Showing posts with label malaysia isu semasa. Show all posts
Showing posts with label malaysia isu semasa. Show all posts

Monday, December 29

Blog Hina Nabi Muhammad

Ini blog tersebut:

http://www.adibahahmad.blogspot.com

Tak perlu buka address tu, sebab blog tersebut telah ‘diremovekan’ oleh blogger. Aku cakap remove by blogger.com, bukan delete by author sebab we can’t register new blog with that name anymore.

Tahniah kepada Internet user yang rajin ‘FLAG’ kan blog tersebut. Usaha flag ini telah alertkan blogger bahawa content blog tersebut impropriate.

Ini adalah tajuk blog posting dib log tersebut,

Owner gambar tak mahu gambar dicreditkan. So anggap aku 'terjumpa' sahaja.

Daripada tajuk-tajuk posting, kita boleh lihat dengan jelas kutukan yang dilemparkan terhadap Nabi Muhammad SAW.


Siapa Adibah Ahmad? Menurut pembacaan aku dari laman-laman blog dan portal berita. Adibah adalah insan yang telah disabotage. Beliau dah buat 4 atau 5 police report pasal identity beliau yang diexploitasi oleh individu untuk mengutuk Islam dan agama lain. Identiti beliau digunakan untuk mengutuk bukan sahaja Islam dan Nabi Muhammad, tetapi kaum Cina dan India.

Pergi lah search Google dengan keyword Adibah Ahmad, banyak cerita.

Police pun dah aware benda ini dan harapnya siasatan yang sedang dijalankan akan memberi jawapan yang kita mahukan. Cuma aku tidak pasti semua usaha-usaha mengeksploitasikan identity Adibah dilakukan oleh individu yang sama, mungkin ada pihak-pihak lain yang ambil kesempatan. Mungkin.

Aku juga kurang puas hati sebab blog yang berusia beberapa hari itu telah mendapat perhatian yang cukup hebat. Sehinggakan Perdana Menteri pun berikan komen. Hampir semua pihak menyatakan usaha mereka untuk membantu police. Padahal ada banyak lagi website atau blog yang selama ini terang-terangan menghina Islam, menyebarkan ajaran sesat atau ‘mempromosikan’ gaya hidup yang lari dari ajaran Islam. Tetapi sebab tak keluar Buletin Utama tiada siapa nak ambil peduli. Hampeh betul.

Aku dah pernah sentuh hampir similar topic here:

http://www.akubetul.com/2007/07/blog-musuh-negara-terbaru.html

Aku tak berani nak listkan blog-blog yang jelas dan nyata sesatnya. Aku tak berani sebab aku tak confident nak menjatuhkan hukum dan aku takut blogger itu atau gengnya datang cari aku.

Tapi masa aku tulis posting tahun 2007 tu dulu aku dah emailkan kepada JAIS. Mungkin mereka dah siasat dan ambil tindakan, walaupun blog-blog tersebut aku lihat masih up and running.

Kalau blog menggunakan akaun blogger aku tahu lah caranya. Kita boleh ‘FLAG’kan, tapi kalau guna wordpress atau lain-lain platform, bagaimana?

Maybe kerajaan melalui JAKIM, IKIM atau apa-apa agensi kena wujudkan badan khas untuk menangani isu ini. Letakkan pekerja-pekerja khusus untuk check blog-blog yang ada. Kemudian wujudkan satu center khas dimana orang ramai boleh sent address blog yang dirasakan patut direview oleh agansi tersebut. Jangan sibuk nak check blog politic sahaja, sedangkan blog yang merosakan akidah lebih banyak dan bahaya.

Selamat menyambut tahun baru kepada umat Islam!

Monday, August 11

Forum by Malaysian Bar Council Pertaining to Conversion to Islam

Since today aku tidak berapa busy, dan aku tidak prepare apa-apa article untuk dipost sebab aku habiskan weekend di kampong, jadi aku layan kehendak beberapa pengomen dan penghantar email yang minta aku komen pasal forum yang majlis peguam adakan semalam.

Aku perlu nyatakan, pandangan aku purely base on news yang aku dapat dari tv dan internet. Aku tidak pergi atau dapat informasi daripada individu yang terlibat secara lansung dengan program tersebut.

Everybody said the forum is about memeluk agama Islam dan beberapa perkara yang berkaitan dengannya. Ini adalah tajuk forum tersebut:

"Conversion to Islam: Article 121(1a) of the Federal Constitution: Subashini and Shamala Revisited"

Lebih tepat lagi, forum tu nak bincang pasal Article 121, iaitu mahkamah civil tidak boleh overrule keputusan mahkamah syariah. Dalam dua kes yang menjadi topic utama forum iaitu Subashini dan Shamala, kedua-dua family tidak tahu akan ketua keluarga mereka memeluk Islam, jadi timbul pelbagai komplikasi selepas orang yang memeluk agama Islam itu meninggal dunia. Jenazah nak kebumi dimana? soal harta, penjagaan anak…etc.

Actually niat Bar Council agak baik, mereka nak menghuraikan kekalutan yang sudah dan akan timbul berkenaan isu ini. Tetapi aku terpaksa agree dengan semua yang memprotest semalam. Adalah tidak bijak membuka forum tersebut kepada public. Aku percaya Malaysian public, including myself not matured and educated enough to discuss about this problem openly.

Aku tidak arif pasal soal pelembagaan negara, tetapi aku percaya tentunya terdapat saluran yang lebih tepat yang boleh digunakan oleh pengamal undang-undang untuk setlekan problem ini. Anjurkan forum terbuka untuk bincang pasal agama, simply a stupid decision lah.

With that, ini conclusion aku:

Bodoh…! Seperti yang aku cakap diatas. Aku rasa mereka yang ingin anjurkan forum itu secara terbuka adalah golongan yang kurang bijak. Aku yakin rakyat Malaysia belum bersedia. Peguam-peguam bijak seperti mereka should know better about this. Agama adalah isu paling sensitive di Malaysia. Regardless what their intention, such open forum seriously mengundang malapetaka. Period!


Syed Hamid dan Kerajaan Malaysia…. Bijak. They advised Bar Council to cancel the forum, Bar Council ignored. The they ‘allow’ protestor to reach to that building and urged those stupid lawyers to stop the forum. So, nobody will blame kerajaan, majority of the rakyat wants the forum to be stop. So, peguam-peguam yang bijak pandai tu tak boleh buat apa-apa.


Police…. Especially Dang Wangi district Police Chief Assistant Commissioner Zulkarnain Abd Rahman…. Bijak. Aku tidak dengar sebarang pertumpahan darah. Daripada rakaman youtube dan berita, aku dapat lihat peserta rally agak aggressive. Tetapi kebijaksaan police handle the situation dan managed to ask Bar Council to stop the forum… very smart move.


To all these people, led by Peninsular Malay Students Federation vice-president Jais Abdul Kari, Muslim Consumers Association of Malaysia complaint officer Imran Yusof, Pas Youth chief Salahuddin Ayub, who is also Kubang Kerian member of parliament, Muslim Organisations in Defence of Islam (Pembela) exco member Zulkifli Noordin, who is also Kulim Bandar Baharu MP, and Pekida Malaysia supreme council member Mohd Syahrir Abdul Aziz… thank you very much. Although aku dengar ada pihak yang melontarkan kata-kata kesat berbaur perkauman, but… aku percaya sedang api kemarahan membara, memang sukar nak kawal diri.


Aku tidak nampak komen yang jelas daripada parti-parti politik, tidak kira UMNO atau daripada Pakatan Rakyat. PAS dan PKR hantar wakil membantah semalam, tapi mereka tidak secara terang-terangan mengutuk forum tersebut. Dengan itu, aku labelkan mereka sebagai…. penakut. Ini kerana dalam banyak kes sebelum ini, Bar Council always on their side, so they afraid to condemn that forum dan hilang sokongan dalam isu-isu lain. Kira penakut lah tu… pemimpin UMNO tak join bantahan semalam, kenapa ya? Keris lupa nak asapkan ke? ataupun dah berkarat?


Last week someone (Chinese) ask me this question:

You consider yourself as Malay or Malaysian?

Aku diam… then jawap… Malay.

Dia diam dan senyum. Aku tidak tahu jawapan aku betul atau salah. Bila aku tanya dia, dia tak jawap then terus ubah topic.



P/S: I know, somebody will say aku ni macam lalang. Hari ini aku kutuk but esok atau lusa aku akan puji individu atau organisasi itu semula. Hope everybody understand, aku always puji dan kutuk base on each particular event unless aku stated yang aku komen in general. Hope you guys understand….

Friday, December 14

Aku Komen Isu Semasa

Dah lama aku tak komen isu semasa. Bukan aku tak nak, cuma aku busy dan tak sempat nak ambil tahu isu semasa. Busy with what? I myself have no idea. Work?, maybe. Next year gonna be really fun, December tahun lepas aku tidak tahu apa akan aku hadapi in January and February 2007, but this time around aku sudah boleh agak all the ‘fun’ for at least till June next year. Isn’t that cool? Ok enough with my work, aku tidak mahu menyusahkan rakan-rakan sekerja (kaki bodek, cock sucker, butt licker) yang akan terpaksa report kepada big boss kerana aku blog too details pasal kerja. Aku juga tidak mahu meletakkan big boss dalam keadaan serba salah samaada nak marah or pujuk aku. Hahahhaa…


1. Hindraf

Aku baru je kaji apa itu Hindraf like, 5 minutes ago. Aku tahu sikit-sikit je before this. My findings, they just plain stupid. Any movement yang memperjuangkan sesebuah agama dan bangsa secara extreme adalah tindakan bodoh. Any group of people yang blame others kerana diri mereka miskin dan ketinggalan adalah kumpulan manusia yang bodoh. Any individual timbulkan keseimbangan bangsa di Malaysia adalah manusia bodoh. So, for me Hindraf and any party who support them adalah BODOH x 3. As simple as that. Government use ISA to detain them...? Good, padan muka. Don’t get me wrong, some of Hindraf demands quite logic and reasonable, but mostly memang stupid dan melampau. And their execution, nampak sedikit radikal.

--------

Update(18/12/2007):

Member aku ada komen menarik pasal isu ini. Disini.

-------


2. Sea Games – Sepak Takraw

Kita tarik diri dari ambil bahagian kerana membantah penggunaan bola yang ada couting getah. Aku berbelah bagi dalam perkara ini. My patriotism, egoistic mind said, it is a good decision. We stamp our mark as strong and brave country. Nobody can push us around. Tetapi aku sedikit sedih kerana ketidakprofesionalan (confirm takde perkataan ini) persatuan sepaktakraw dunia, asean dan negara-negara anggota. Imagine, mereka gagal dalam menguruskan pasal bola, ini jelas memperlihatkan kelemahan orang-orang kita (Asia) dalam sport management. Ini juga sedikit sebanyak akan membantutkan usaha untuk mengembangkan sepak takraw ke peringkat lebih tinggi. It’s almost impossible now to see Sepak Takraw masuk Olympic Games.


3. Gempa Bumi

Recent days, 2 kali earthquake di Pahang. Gurauan rakan-rakan cakap ‘hantu’ disana sedih dengan kematian Uncle Lim. Hahaha… But seriously, antara tanda-tanda kecil kiamat adalah banyak berlakunya gempa bumi. So, negara kita yang tidak dalam lingkuan gempa pun dah terkena tempias. Walaupun duluuuu.. aku rasa sesiapa yang berada disempadan Indon selalu terasa cebisan gegaran bila Indon kena gempa, tapi kalau dah 3.2 scala Richter aku rasa kita kena fikirkan amaran Allah ini.


4. Gadis Malaysia Kena Tipu

Malas nak search, Siti Munirah dan few other ladies rasanya. Tapi cerita hampir sama, pergi oversea then kena tangkap sebab bawa dadah dalam beg. Beg itu diberikan oleh lelaki asing kepada mereka just before take off. How on earth mereka boleh kena tipu hidup-hidup macam tu? Aku tak familiar dengan boarding arrangement for international flight, tapi aku confuse macam mana beg tersebut boleh lepas checking di KLIA? Then, memang betul-betul tiada cara ke untuk bantu gadis-gadis ini legally? Can’t Malaysia government do something? Damn.. too many question dah. But, as everybody setuju aku harap gadis-gadis kita akan lebih bijak next time. Jangan terpedaya dengan kehenseman pemuda-pemuda asing dan terpengaruh dengan janji-janji manis keindahan bekerja di negara luar. Tak cukup cool ke kerja dalam negara?


5.
Noh Alam Shah Belasah Daniel Bennett.
Bukan cerita popular, cuma aku nak ambil kesempatan mengutuk kebodohan jiran-jiran kita. Noh Alam Shah adalah player bolasepak kebangsaan Singapore. Semasa game antara club, dia telah belasah rakan sepasukan kebangsaan beliau, defender import Daniel Bennett. Bodoh tahap lembu.

“During the final minutes, Noh Alam Shah and Daniel Bennett tussled for the ball and Alam Shah kneed Bennett in the head. When Bennett was on the ground, Alam Shah kneed him once more. After he was dragged away, he returned and kicked Bennett in the head.”

Noh Alam kena ban from Singapore league for 1 year. But the best thing is, he can still play for national team. Stupid. Then, Fandi Ahmad yang sekarang jadi coach Pelita Jaya (club di Indonesia) nak import dia main disana. Noh Alam Shah bodoh, FA Singapore bodoh, Fandi Ahmad dan Pelita Jaya pun juga bodoh.


6. Big 4 Showdown.

Forget about national football team failure di Sea Games, this Sunday semua peminat bolasepak akan disajikan dengan 2 perlawanan gergasi EPL. Aku harap kedua-dua perlawanan akan menarik dan bukannya semua team main safe. Although still early to use the results as indicator siapa akan clinch the title, but obviously siapa yang menang akan dapat confident. If Liverpool won, kepada rakan-rakan penyokong lain, jangan la buka blog ini next Monday. Hahahaha…. Tapi kalau kalah… nope, tak mungkin. Kah..kah..kah.


7. Banjir.

Since government dah predict akan berlaku banjir, so aku rasa everything under control. Tapi ini membuktikan betapa lemahnya kita sebagai manusia. Walaupun kita dah tahu ianya akan berlaku, months back metrological department dah predict, but still nothing we can do to avoid it. Sedih juga dengar ada juga kemalangan maut. Aku juga susah hati ni, raya haji nanti aku ada ‘urusan penting’ di Terengganu, harapnya banjir akan segera surut. Some said, banjir adalah untuk membersihkan dosa. Betul juga kot.


Sorry, aku tidak tahu kalau ada isu besar lain yang aku tertinggal. As mentioned tadi, aku rasa aku banyak terlepas pandang. Aku malas nak komen isu politik macam Mat Sabu kena tangkap atau ahli parlimen kena buang dewan... boring pula rasanya tunggu pilihanraya umum ni. Ntah bila la BN nak 100% ready. Penakut!

Have a nice weekend.

Tuesday, August 14

Aku on Current Issue

Macam biasa aku nak komen pasal isu-isu semasa.


1. Negarakuku
Tiba-tiba Muar glamour sekejap ekoran tindakan budak Cina yang menyalurkan kreativiti beliau kearah yang sedikit bodoh. Aku tahu pasal clip tu kira awal juga since my officemate (Chinese) told me about it. But he said that guy kena saman. But now we know nothing government or police can do towards him. Sebab dia buat clip tu di luar negara, publish menggunakan server luar negara, dan yang menariknya dia study di Taiwan menggunakan wang sendiri. So, bising sana sini pun tak guna. Tak layak jadi warganegara lah, panggil balik lah… ini lah, itu lah. Setelah baca lyric terjemahan aku rasa tidaklah terlalu menghina sangat lagu tu jika dilihat dari perspective Islam. Cuma bahagian dia bercerita pasal azan subuh sahaja yang sedikit menyindir. Sindiran dia pun tidaklah terlalu pedas dan ganas, menyamakan laungan azan umpama kokokan ayam jantan dan irama muzik R&B. Kurang ajar, itu sahaja. Dia bukan jahat, tapi kurang ajaran. Dia hanyalah remaja Cina yang nakal dan tidak sensitive perihal keagamaan. The rest of the song pasal mengutuk kerajaan, mengutuk police, mengutuk benda-benda lazim yang ramai orang kutuk, termasuk aku. Hope he learns his lesson and continue expressing his creativity in more appropriate way. Lagipun dia dah minta maaf. Tutup buku, dan biarkan dia berkarya sambil menuntut ilmu.

Kalau berminat nak tahu lebih search Negarakuku di Google.


2. Susu Sekolah Busuk

Bodoh. Dah sah ada orang kerajaan yang gagal jalankan tugas. Tidak perlu fikirkan nak ganti program susu sekolah dengan soya lah, dengan coklat bar lah. Berikan sahaja syarikat besar seperti Nestle atau F&N handle benda ini. Lantaklah syarikat kroni tak dapat, syarikat bumiputra tak dapat. Useless. Tapi baca berita ini dalam paper mesti ramai juga tersenyum. Terkenang zaman kanak-kanak beli susu coklat dalam kotak yang murah. 30 posen rasanya. Aku selalu minta mak aku beli banyak. At least 10 kotak, dan aku habiskan seorang. Kakak dan abang aku dah dewasa masa tu, masa suka susu. Hehehhee…


3. Budak 14 tahun dirogol rakan sebaya.

Kalau tak tahu click sini. Gila. Dulu kita dengar berita macam ni di negara barat sahaja. Aku dulu 14 tahun tengok video blue pun tak pandai lagi. Hisap rokok pun tak berani. 14 tahun aku masih lagi kena beri salam kepada hampir setiap pelajar yang melintas depan aku di sekolah. Standard la, junior kena beri salam kepada senior. Walaupun sekadar “kom bang”. Tapi ini tak, 14 tahun dah pandai perdaya rakan dan merogol. Siapa yang patut dipersalahkan? Mak bapa… cerita macam ni membuatkan aku takut nak kahwin. (alasan standard). Confirm salah kerajaan juga kerana gagal control kesongsangan budaya dalam masyarakat. Sharizat lupa kot dia jaga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ni tidak, asyik bercerita pasal wanita, wanita, wanita. Bengong. Maybe Pak Lah patut letak ustaz or ustazah jaga kementerian ni lepas pilihanraya nanti. Entahlah, memang sukar nak jadi negara maju tanpa tercedok gejala-gejala buruk, it like a package. Buy 1 get 1 free.


4. Hubungan Istana dan PM dingin.

Politic sikit. 1st kaki kelentong Raja Petra beromong-omong di Malaysia-Today pasal cerita ini selepas mesyuarat sultan-sultan. Dengan darah diraja Bugis, konon-konon dia dapat insider information. Raja Petra punya kisah memang boleh buat novel atau filem, dia andaikan Pak Lah dah ready nak lari ke Australia sebab Sultans nak bubarkan parlimen dan pecat dia. Hahahhaha… Raja Petra ni ingat dia duduk dalam dunia fantasi ke? Then, bila paper Singapore (apa kejadah mereka sibuk urusan kita) melaporkan Agong reject cadangan nama dari Pak Lah untuk jawatan Hakim Besar Malaya, desas-desus kelentongan Raja Petra umpama api sekam disiram minyak tanah. Pemerhati politik mula mengaitkan ucapan Puera Paling Cool di Dunia (Raja Nazrin) dalam beberapa majlis tribute to tokoh-tokoh lama sebagai sindiran terhadap kepimpinan Pak Lah. Semalam Nazrin menyejukkan keadaan dengan ‘pujian’ terhadap kerajaan. For me, it’s about time raja-raja Melayu menampakkan peranan mereka. If they sent the ultimate duo, Sultan Azlan and his putera, aku rasa we have nothing to worry about. Aku more than happy to witness ada bigger authority to check and balance government decision instead of weak opposition parties.

5. CYC.
Our boys perform up to their best to hold millionaire team Chelsea and marginal defeat to Bayern and PSV. Macam pernah aku cakap, aku bukannya nak player skillful atau permainan ala samba Brazil. Aku nak tengok permainan bersemangat. And Robert Albert managed to guide our boys toward that style of game. Player-player professional dari 3 club tu gagal bermain cantik ekoran diasak, dikejar, ditackle, oleh perajurit-perajurit muda kita. See, I not that hard to impress. Senang je aku berpuas hati. They manage to make anak Hasselbaink look stupid masa game dengan PSV sudah mampu buat aku tersenyum. Tahniah.

(Please jangan komen pasal masa depan mereka, dulu masa zaman Allan Haris pun aku kagum dengan permainan Akmal, Zamani, Indra dan ramai lagi, but now…)

Terlanjur cerita pasal sukan. All the best to our badminton player and thanks to Steve Gerrard heroic display, Rafa Benitez got his 1st opening day win.


6. Bas terbabas.

Sedih. Sedih pasal kemalangan berlaku. Sedih pasal semua pihak start tonjol-tonjol jari penunjuk kat orang lain. Then aku sedih bila membaca berita di most newspaper, they report it as a sport event. Record baru, pecahkan record lama. Cam sial… macam pencapaian cemerlang je. Sedih…sedih. Bodoh punya pemberita. Aku juga berharap pihak berkuasa akan cari sampai lubang cacing macamana bas tu boleh lepas Puspakom dan arwah driver tu boleh renew lesen. Pegawai yang bersubahat harus sedar mereka 'hutang' 20 nyawa.

Total Pageviews

. page counter