Showing posts with label blog ajaran sesat. Show all posts
Showing posts with label blog ajaran sesat. Show all posts

Monday, December 29

Blog Hina Nabi Muhammad

Ini blog tersebut:

http://www.adibahahmad.blogspot.com

Tak perlu buka address tu, sebab blog tersebut telah ‘diremovekan’ oleh blogger. Aku cakap remove by blogger.com, bukan delete by author sebab we can’t register new blog with that name anymore.

Tahniah kepada Internet user yang rajin ‘FLAG’ kan blog tersebut. Usaha flag ini telah alertkan blogger bahawa content blog tersebut impropriate.

Ini adalah tajuk blog posting dib log tersebut,

Owner gambar tak mahu gambar dicreditkan. So anggap aku 'terjumpa' sahaja.

Daripada tajuk-tajuk posting, kita boleh lihat dengan jelas kutukan yang dilemparkan terhadap Nabi Muhammad SAW.


Siapa Adibah Ahmad? Menurut pembacaan aku dari laman-laman blog dan portal berita. Adibah adalah insan yang telah disabotage. Beliau dah buat 4 atau 5 police report pasal identity beliau yang diexploitasi oleh individu untuk mengutuk Islam dan agama lain. Identiti beliau digunakan untuk mengutuk bukan sahaja Islam dan Nabi Muhammad, tetapi kaum Cina dan India.

Pergi lah search Google dengan keyword Adibah Ahmad, banyak cerita.

Police pun dah aware benda ini dan harapnya siasatan yang sedang dijalankan akan memberi jawapan yang kita mahukan. Cuma aku tidak pasti semua usaha-usaha mengeksploitasikan identity Adibah dilakukan oleh individu yang sama, mungkin ada pihak-pihak lain yang ambil kesempatan. Mungkin.

Aku juga kurang puas hati sebab blog yang berusia beberapa hari itu telah mendapat perhatian yang cukup hebat. Sehinggakan Perdana Menteri pun berikan komen. Hampir semua pihak menyatakan usaha mereka untuk membantu police. Padahal ada banyak lagi website atau blog yang selama ini terang-terangan menghina Islam, menyebarkan ajaran sesat atau ‘mempromosikan’ gaya hidup yang lari dari ajaran Islam. Tetapi sebab tak keluar Buletin Utama tiada siapa nak ambil peduli. Hampeh betul.

Aku dah pernah sentuh hampir similar topic here:

http://www.akubetul.com/2007/07/blog-musuh-negara-terbaru.html

Aku tak berani nak listkan blog-blog yang jelas dan nyata sesatnya. Aku tak berani sebab aku tak confident nak menjatuhkan hukum dan aku takut blogger itu atau gengnya datang cari aku.

Tapi masa aku tulis posting tahun 2007 tu dulu aku dah emailkan kepada JAIS. Mungkin mereka dah siasat dan ambil tindakan, walaupun blog-blog tersebut aku lihat masih up and running.

Kalau blog menggunakan akaun blogger aku tahu lah caranya. Kita boleh ‘FLAG’kan, tapi kalau guna wordpress atau lain-lain platform, bagaimana?

Maybe kerajaan melalui JAKIM, IKIM atau apa-apa agensi kena wujudkan badan khas untuk menangani isu ini. Letakkan pekerja-pekerja khusus untuk check blog-blog yang ada. Kemudian wujudkan satu center khas dimana orang ramai boleh sent address blog yang dirasakan patut direview oleh agansi tersebut. Jangan sibuk nak check blog politic sahaja, sedangkan blog yang merosakan akidah lebih banyak dan bahaya.

Selamat menyambut tahun baru kepada umat Islam!

Total Pageviews

. page counter