Showing posts with label bas terbabas. Show all posts
Showing posts with label bas terbabas. Show all posts

Tuesday, August 14

Aku on Current Issue

Macam biasa aku nak komen pasal isu-isu semasa.


1. Negarakuku
Tiba-tiba Muar glamour sekejap ekoran tindakan budak Cina yang menyalurkan kreativiti beliau kearah yang sedikit bodoh. Aku tahu pasal clip tu kira awal juga since my officemate (Chinese) told me about it. But he said that guy kena saman. But now we know nothing government or police can do towards him. Sebab dia buat clip tu di luar negara, publish menggunakan server luar negara, dan yang menariknya dia study di Taiwan menggunakan wang sendiri. So, bising sana sini pun tak guna. Tak layak jadi warganegara lah, panggil balik lah… ini lah, itu lah. Setelah baca lyric terjemahan aku rasa tidaklah terlalu menghina sangat lagu tu jika dilihat dari perspective Islam. Cuma bahagian dia bercerita pasal azan subuh sahaja yang sedikit menyindir. Sindiran dia pun tidaklah terlalu pedas dan ganas, menyamakan laungan azan umpama kokokan ayam jantan dan irama muzik R&B. Kurang ajar, itu sahaja. Dia bukan jahat, tapi kurang ajaran. Dia hanyalah remaja Cina yang nakal dan tidak sensitive perihal keagamaan. The rest of the song pasal mengutuk kerajaan, mengutuk police, mengutuk benda-benda lazim yang ramai orang kutuk, termasuk aku. Hope he learns his lesson and continue expressing his creativity in more appropriate way. Lagipun dia dah minta maaf. Tutup buku, dan biarkan dia berkarya sambil menuntut ilmu.

Kalau berminat nak tahu lebih search Negarakuku di Google.


2. Susu Sekolah Busuk

Bodoh. Dah sah ada orang kerajaan yang gagal jalankan tugas. Tidak perlu fikirkan nak ganti program susu sekolah dengan soya lah, dengan coklat bar lah. Berikan sahaja syarikat besar seperti Nestle atau F&N handle benda ini. Lantaklah syarikat kroni tak dapat, syarikat bumiputra tak dapat. Useless. Tapi baca berita ini dalam paper mesti ramai juga tersenyum. Terkenang zaman kanak-kanak beli susu coklat dalam kotak yang murah. 30 posen rasanya. Aku selalu minta mak aku beli banyak. At least 10 kotak, dan aku habiskan seorang. Kakak dan abang aku dah dewasa masa tu, masa suka susu. Hehehhee…


3. Budak 14 tahun dirogol rakan sebaya.

Kalau tak tahu click sini. Gila. Dulu kita dengar berita macam ni di negara barat sahaja. Aku dulu 14 tahun tengok video blue pun tak pandai lagi. Hisap rokok pun tak berani. 14 tahun aku masih lagi kena beri salam kepada hampir setiap pelajar yang melintas depan aku di sekolah. Standard la, junior kena beri salam kepada senior. Walaupun sekadar “kom bang”. Tapi ini tak, 14 tahun dah pandai perdaya rakan dan merogol. Siapa yang patut dipersalahkan? Mak bapa… cerita macam ni membuatkan aku takut nak kahwin. (alasan standard). Confirm salah kerajaan juga kerana gagal control kesongsangan budaya dalam masyarakat. Sharizat lupa kot dia jaga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ni tidak, asyik bercerita pasal wanita, wanita, wanita. Bengong. Maybe Pak Lah patut letak ustaz or ustazah jaga kementerian ni lepas pilihanraya nanti. Entahlah, memang sukar nak jadi negara maju tanpa tercedok gejala-gejala buruk, it like a package. Buy 1 get 1 free.


4. Hubungan Istana dan PM dingin.

Politic sikit. 1st kaki kelentong Raja Petra beromong-omong di Malaysia-Today pasal cerita ini selepas mesyuarat sultan-sultan. Dengan darah diraja Bugis, konon-konon dia dapat insider information. Raja Petra punya kisah memang boleh buat novel atau filem, dia andaikan Pak Lah dah ready nak lari ke Australia sebab Sultans nak bubarkan parlimen dan pecat dia. Hahahhaha… Raja Petra ni ingat dia duduk dalam dunia fantasi ke? Then, bila paper Singapore (apa kejadah mereka sibuk urusan kita) melaporkan Agong reject cadangan nama dari Pak Lah untuk jawatan Hakim Besar Malaya, desas-desus kelentongan Raja Petra umpama api sekam disiram minyak tanah. Pemerhati politik mula mengaitkan ucapan Puera Paling Cool di Dunia (Raja Nazrin) dalam beberapa majlis tribute to tokoh-tokoh lama sebagai sindiran terhadap kepimpinan Pak Lah. Semalam Nazrin menyejukkan keadaan dengan ‘pujian’ terhadap kerajaan. For me, it’s about time raja-raja Melayu menampakkan peranan mereka. If they sent the ultimate duo, Sultan Azlan and his putera, aku rasa we have nothing to worry about. Aku more than happy to witness ada bigger authority to check and balance government decision instead of weak opposition parties.

5. CYC.
Our boys perform up to their best to hold millionaire team Chelsea and marginal defeat to Bayern and PSV. Macam pernah aku cakap, aku bukannya nak player skillful atau permainan ala samba Brazil. Aku nak tengok permainan bersemangat. And Robert Albert managed to guide our boys toward that style of game. Player-player professional dari 3 club tu gagal bermain cantik ekoran diasak, dikejar, ditackle, oleh perajurit-perajurit muda kita. See, I not that hard to impress. Senang je aku berpuas hati. They manage to make anak Hasselbaink look stupid masa game dengan PSV sudah mampu buat aku tersenyum. Tahniah.

(Please jangan komen pasal masa depan mereka, dulu masa zaman Allan Haris pun aku kagum dengan permainan Akmal, Zamani, Indra dan ramai lagi, but now…)

Terlanjur cerita pasal sukan. All the best to our badminton player and thanks to Steve Gerrard heroic display, Rafa Benitez got his 1st opening day win.


6. Bas terbabas.

Sedih. Sedih pasal kemalangan berlaku. Sedih pasal semua pihak start tonjol-tonjol jari penunjuk kat orang lain. Then aku sedih bila membaca berita di most newspaper, they report it as a sport event. Record baru, pecahkan record lama. Cam sial… macam pencapaian cemerlang je. Sedih…sedih. Bodoh punya pemberita. Aku juga berharap pihak berkuasa akan cari sampai lubang cacing macamana bas tu boleh lepas Puspakom dan arwah driver tu boleh renew lesen. Pegawai yang bersubahat harus sedar mereka 'hutang' 20 nyawa.

Total Pageviews

. page counter