Alhamdullillah…. Majlis perkahwinan aku di kedua-dua belah negeri berjalan lancar. Aku sekarang dah jadi suami orang. Fuh…! Macam tak percaya je. Sekarang bermulalah kehidupan aku berumah dan bertangga. Dimulakan dengan aktiviti mengisi rumah sewa dengan barang-barang keperluan. Memang niat aku, balance dari duit majlis perkahwinan baru nak beli kelengkapan rumah, kalau ada balance duit lepas beli barang-barang nanti, barulah aku pergi honeymoon. Tak nak kelam kabut, buat satu persatu. Aku bukan businessman, bukan anak hartawan. Duit pun masuk fix monthly. So, kena la berhati-hati. Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada family aku dan family mertua yang bertungkus lumus menguruskan majlis aku. Mak, Mak mertua, abang, akak, abang-abang ipar, akak-akak ipar, biras, sepupu, mak saudara, pakcik saudara… dan semua yang sudi menghulurkan bantuan.
Ribuan terima kasih kepada member-member yang datang dari jauh. Aku betul-betul terharu tengok member-member sanggup drive berjam-jam dan spend ratusan ringgit untuk memeriahkan majlis aku. Aku juga nak minta maaf on behave both families jika ada yang terkurang. Personally aku nak minta maaf kat member-member yang melepak lama di Teluk Intan sebab aku tak berkesempatan nak entertain korang semua. Sorry… betul-betul sorry. Tapi aku percaya korang pun happy dapat jumpa member-member lama, dah macam mini school reunion lah pula hari tu. Seronok aku tengok. Ada yang tak jumpa lebih 10 tahun…. Best…best.
Kepada yang rajin call dan sms aku ucap selamat juga aku nak ucap terima kasih. Sampai tengah malam 4 Oktober 2008 (hari kahwin) pun ada yang sms, prihatin sungguh member-member aku.
Ok… enough bout my wedding. Nanti gambar dah ready aku akan upload beberapa keping kat sini. Kalau ada anak-anak dara, kaum-kaum ibu, atau jejaka-jejaka pelik yang minat nak tengok gambar wedding banyak-banyak, perhatikan blog isteri aku. Confirm dia akan upload banyak gambar nanti.
Before aku offline for 2 weeks, aku ada buat poll pasal perkahwinan. Macam biasa poll tu aku turunkan setelah dapat more than 100 responses.
So, here the result after 173 responses.
Kat sebelah tu ada poll baru. Soalan lebih santai… nothing to do with current event. Aku nak tanya pasal sukan. Kalau rajin silalah jawap.
Again… thank you very-very much to everybody that involve with my wedding. Last favor, tolong doakan rumah tangaa aku aman bahagia.
Thanks…
