Showing posts with label malam pertama. Show all posts
Showing posts with label malam pertama. Show all posts

Friday, December 28

Jemputan Perkahwinan

Cuti sekolah hampir selesai, maka berakhirlah juga marathon majlis perkahwinan di seluruh Malaysia.
Picture from : http://thekadkahwin.fotopages.com/

Name it what ever you want; berkira, tak friendly, belagak bagus, kolot, kekampungan atau apa sahaja. Tetapi aku memang jenis yang berkira bila berkaitan dengan jemputan kahwin. With all the new communication technology nowadays people seem like to treat wedding invitation lightly. Ini reaksi aku terhadap jenis-jenis jemputan kahwin.


1. Hantar Email ke Yahoo Group.
Ramai bakal pengantin hantar jemputan melalui Yahoo or Google Group.

“Saya menjemput semua rakan-rakan ke majlis

perkahwinan saya dialamat bla…bla..bla.. attached map”

Confirm aku tidak akan pergi ke majlis dia, jika mood aku bagus aku akan reply email dia seperti ini:

“Congrats dude!”


2. Hantar Email.
Tidak jauh beza dengan hantar ke Group. Cuma mereka hantar individually.

“Dood, jemput datang kenduri aku..bla..bla..bla”

Jawapan aku pun tidak jauh berbeza,

“Jika tiada aral aku akan hadir…”

Kemungkinan besar aku tidak akan pergi, paling baik pun aku akan kirim hadiah kepada sesiapa yang pergi.


3. Short Message Service 1.
Sama seperti email, cuma lebih ringkas dan padat.

“Jmput ke knduri aku pada tarikh bla..bla..bla”

Most probably aku tidak akan reply sms dia, kalau ada masa aku call balik untuk ucap tahniah. Again, aku jarang pergi jemputan seperti ini, kiriman hadiah the best he/she will get from me.


4. Shot Message Service 2.
Ini antara cara terbaik.

“Aku bakal jadi raja sehari early nex year, pls

reply wif ur mail addy for me to mail u the card”

Dengan pantas aku akan reply.


5. Kirim Kad Sahaja.
Post or pass kepada pihak ketiga. Aku highly consider untuk pergi ke majlis dia but most probably with no hadiah.


6. Phone Call.
With or without kad, aku appreciate phone call untuk jemputan kahwin. Bertanya khabar beberapa minit then beritahu yang dia bakal mendirikan rumah tangga. Kemudian menjemput aku. Lepas habis call dia akan sms alamat rumah dan tarikh. Jemputan sebegini, confirm aku akan pergi walaupun dihujung dunia provided dengan izin Allah lah.


7. Face to Face.
Datang cari rakan-rakan lama dan baru. Join tengok bola di mamak, pergi futsal, ajak lepak-lepak then surprise us all with invitation card. Without doubt aku akan pergi. Aku akan penuh semangat cuba ajak semua rakan-rakan pergi secara konvoi. Hadiah besar badan aku akan aku usahakan. Hahaha…

Aku sedar bakal pengantin busy untuk entertain semua rakan-rakan. Ada bermacam-macam perkara mereka perlu uruskan. Walaupun aku tiada pengalaman, tapi dari cerita rakan-rakan sememangnya ianya memang sukar untuk menjemput semua rakan-rakan dengan penuh ‘hormat’ seperti yang aku inginkan. But, for me kalau bakal pengantin tidak show any effort to invite aku, aku juga tidak akan bersungguh untuk pergi ke majlis dia.

Ingat, jika kita pergi ke majlis perkahwinan without proper and valid invitation from tuan rumah makanan kita makan itu consider haram.

Selamat berhujung minggu dan menghadiri majlis perkahwinan terakhir tahun ini (jika you guys dapat jemputan la)...


P/S: This entry nothing to do with my engagement, cuma banyak majlis jemputan kahwin aku terima membuatkan aku terfikir benda ini. :)

Total Pageviews

. page counter