Showing posts with label nuffnang poll. Show all posts
Showing posts with label nuffnang poll. Show all posts

Sunday, November 1

Poll Result and New Poll - Cari Duit Online

Dah berkurun poll pasal DS Najib aku biarkan di sebelah kanan. Dah dapat beratus-ratus feedbacks. Poll tu adalah part of Nuffnang widget, since last few months aku keluarkan iklan Nuffnang dari blog ini, tiba-tiba aku tidak boleh axcess widget poll tersebut, tapi poll tu still display di blog ini. Maksudnya, aku tidak boleh manage poll tersebut, tak boleh nak delete, nak tamatkan even nak tengok berapa orang yang dah vote. Pelik kan? sebagus-bagus Nuffnang pun still tak perfect juga sistem mereka.

Then, start middle this month aku 'surrender' dan aku terpaksa akui Nuffnang is the best local blog advertisement firm. Jadi aku masukkan semula iklan-iklan Nuffnang. Then, aku dah boleh manage poll tersebut semula.

Ini result pasal pelantikan DS Najib jadi PM Malaysia...


Soalan pertama: DS Najib Ready Untuk Jadi Perdana Menteri Malaysia?
I would say almost 50-50. Lebih separuh daripada anda semua percaya DS Najib belum ready nak jadi PM. Mungkin penyokong Pak Lah harap Pak Lah stay for few years lagi kot.


Soalan Kedua: Pak Lah Perdana Menteri Terburuk?

Sekali lagi, lebih setengah mengatakan Pak Lah adalah perdana menteri paling buruk pernah Malaysia ada. Kesian Pak Lah, mungkin dia jadi PM kejap sangat, tak sempat nak tunjuk taring dia.


Soalan Ketiga: Berapa Lama DS Najib akan Jadi PM?

Majority tidak percaya DS Najib boleh jadi seperti Dr. M. Ramai percaya beberapa tahun lagi beliau akan digantikan dengan perdana menteri lain. Muhyiddin atau Hishamuddin?


Soalan Keempat: Siapa Penasihat DS Najib?

Ini soalan paling menarik. But not surprisingly ramai yakin our 1st lady adalah penasihat utama kepada DS Najib. Tidak kurang juga yang percaya sebenarnya kita dah dapat 1st female prime minister. Hahaha...


Selesai poll lama, aku buat poll baru. Poll baru ini berkenaan dengan pengetahun anda semua pasal cari duit dari internet. Terkejut juga aku bila bersembang dengan kawan-kawan ramai yang tidak tahu apa-apa pasal nak jana wang online. Penat juga aku terangkan. So, aku nak tahu berapa ramai yang macam kawan-kawan real life aku.

Ada free time tolong jawap poll.

Chow...! This month aku akan cuba perbanyakkan posting. Sorry, last month sikit gila.

Thursday, September 18

Poll Result and New Poll - Kahwin

Seperti biasa, bila poll aku cecah more than 100 responses aku akan tamatkan dan ganti dengan poll baru. Poll yang lepas aku tanya pasal bulan Ramadhan dan Syawal. Actually aku surprise juga since just after one week poll tu dah received 100 responses, since aku busy aku biarkan ia running till today. If sesiapa interested, below adalah result setelah 142 orang menjawap.

Suka aku tengok ramai yang start puasa penuh sejak sekolah rendah lagi. But yang menariknya, aku ada member yang dari kecil jarang tinggal puasa tapi bila dah besor gajah ni cukup liat nak puasa sebab pengaruh kawan-kawan. Aku juga suka sebab ramai orang macam aku rupanya, wajib bersahur. Mungkin ramai yang nak dapat pahala sunat sahur, tapi aku the main reason sebab aku taknak jadi mayat bergerak disiang hari. Tapi last week aku lupa bangun sahur sehari, still ok lah. Cuma, macam aku mention sebelum ini, aku akan stay di surau dari sebelum zuhur sampai asar.Hahahha... ramai orang belasah je bajet masa pergi bazar ramadhan. Patutlah peniaga-peniaga ramai yang belasah je letak harga makanan.

Fuh... majority more than 70% prefer makan masakan ibu dan isteri. Bagus..bagus. Although aku tersilap sebab tak tanya 2nd choice. Tapi still ada yang prefer makanan bazar compare to even buffet hotel... pelik. Bajet raya pula ramai yang tak letak target, errmmm... tak plan pembelajaan ke? Hampeh....

Ok... itu poll lama, aku dah letak poll baru. Ini aku suka ni, belum pun aku post posting ini. Dah ada orang response poll tu. Poll tu pasal kahwin, since macam member-member kat sini semua tahu, Insyallah aku akan lansungkan perkahwinan lepas raya nanti. So, saja nak compare apa yang aku sedang lalui dengan mereka yang pernah kahwin atau tahu pasal perkahwinan base on pengalaman family atau kawan-kawan. Tolong share dengan aku. Aku tanya soalan-soalan basic pasal umur, bajet dan yang aku still considering... tempat honeymoon. So, help me out here.

Sikit pasal perkahwinan aku. Aku dah call member-member untuk minta alamat dan jemput ke kenduri aku. Satu group lagi aku akan jumpa weekend ini untuk berbuka puasa dan bagi kad. So, kalau sampai next week ada member aku yang belum dapat pangilan dari aku. Tolong contact aku, maki aku sebab terlupa pasal kau. Kalau tak pun, sms atau miscall aku, then bila aku call balik, korang diizinkan untuk marah aku. Then aku akan teruskan dengan rutin menjemput ke kenduri aku. Fair deal kan.... Bukan senang orang boleh marah dan maki aku depan-depan tau. Boss aku pun jarang-jarang dapat chance macam tu. Boleh la contact 0162266654 or my 012 number.

Ok... chow.

Monday, June 9

Design Baru, Poll Baru, Aku Tetap Sama...

Notice: Posting santai, malas nak bebankan kepala….

Sebagai membuktikan yang aku ini baik hati, boleh terima pendapat orang lain dan tidak besar kepala, aku mengubah design blog ini. Aku memang malas nak buat sebab honestly aku memang tak pandai, so aku takut kalau-kalau everything hilang. Tapi since poll result menunjukkan ramai yang nak design blog ini diubah, aku pun ubah lah.

Tanpa banyak soal, tanpa banyak complaint, aku harap korang just accept design baru ini. Ramai-ramai cakap “Wah… cantiknya, kemas, tersusun, nampak professional”…. Aku pakai blogger template yang mamat Indonesia ini buat: http://www.isnaini.com/. Dah lama aku perhatikan blog template ini, bila aku tengok member aku pakai di http://kaizerz.blogspot.com/ bertambah suka aku dengan template tu. So, again, without much complaint I hope you guys boleh terima design baru ini. Penat aku copy and paste code tu.

Result lain dari poll tu…

Aku buat conclusion, ramai reader suka article padat berkaitan apa juga isu yang aku tulis sendiri. Ok, noted dan aku akan cuba tulis article banyak-banyak lepas ini.

Majority tidak kisah aku letakkan iklan diblog ini. Wah, ada juga yang minta no bank akaun aku. Kepada yang benci iklan-iklan disini, sorry la apa nak buat dah memang adat berblog sebegitu. Bak kata blogger kapitalis Melayu, Alang-alang Tulis Blog Biar Sampai Buat Duit….

So, sempena design baru ini. Aku ada buat poll baru. Boleh la tolong jawap kalau ada masa free.

Chow, aku nak tidor… mengantuk tengok bola.

P/S: Title posting macam tagline iklan. Hahahahaa....

Friday, May 16

Happy Teacher's Day & Please Answer the Poll

First, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru didunia. Please read my last year postings related to guru.

Pernhayatan Lirik Penting

Contactlah Guru

Funny right, mat salleh gunakan word ‘Guru’ for some sort of very high respectful individual and very much related to spiritual kind of thingy. Macam yoga guru, motivation guru, religious guru. But for us, guru simply means cikgu, teacher, pendidik dan manusia mulia yang dulu aku tak sedar kemuliaan mereka. Cuma bila dan besar gajah ni, barulah terasa. So, again…. Happy Teacher’s Day.

If you guys notice, recent weeks there is a poll running in the right widget of this blog. Actually it’s not created by me, automatically run by Nuffnang. I not bother to change the polling question since I not believe anybody care enough to answer. But, after few weeks, total of 100 plus readers took part. Thanks.

Here the polling results.


Pakcik dan granny pun ada baca blog ni...? Emmm....


Ramai student rupanya, jadi aku ke behave sikit. Tak baik ajar adik-adik buat jahat.

Now I created new poll with my own questions. Please waste spare some of your precious time to answer the questions. I try to be as specific and simplest as I can. As you go through the questions you might see the polling result will determine the look and direction of this blog. So, please answer honestly and help me out here. Ok… Thanks.

Here the questions,

1. This blog perlukan theme baru?
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak kisah.


2. I love to read…
A. Artikel pendek dan padat.
B. Artikel berjela-jela.
C. As long as it is Mr. Right’s original writing.


3. Akubetul should focus more on…

A. Politic.
B. Sports.
C. Mr.Right’s personal life.
D. Rojak, macam sekarang.


4. Mr. Right commercializes this blog…
A. I hate all those Ads…Nuffnang sucks!
B. It’s Ok, some sort of ‘tip’ to Mr. Right.
C. Not bothering me at all.
D. Give me your bank account no.


Please answer the poll on your right and/or care enough to leave any constructive comments.

Thanks and selamat bercuti…

Total Pageviews

. page counter