Thursday, September 3

Aku Jadi Blogger Bapa Sejati

Honestly aku tiada masa nak tulis blog. Ada 2-3 posting yang dah tulis separuh dan tak sempat nak disambung. Pasal kematian Teoh Beng Hock, pasal buku motivasi dan pasal perihal budak-budak jadikan surau padang permainan. Merdeka pun aku tidak buat sebarang special posting.

Macam biasa, kalau aku tiada idea or masa nak berblog terpaksalah aku copy tulisan orang lain dan 'olah supaya jadi lebih baik' dan post di blog aku. Hahahaha.... Eh, silap. Joking....bulan puasa kena banyak bergurau supaya tak ingat perut yang lapar dan tekak yang dahaga, kan? Aku lebih rela post gambar-gambar daripada buat kerja-kerja recycle.

Macam sebelum-sebelum ini aku akan transform jadi photo-blogger bila tiada idea atau masa nak membebel panjang-panjang. Since camera aku penuh dengan gambar anak, jadi instead of jadi photo-blogger sahaja, aku akan jadi apa yang aku panggil blogger-bapa-sejati. Blogger-bapa-sejati ni sama seperti blogger kaum ibu yang tidak mempunyai specific topik untuk disembangkan. Sekadar post semua jenis gambar aktiviti harian dan buat beberapa ayat ulasan. Surprisingly dan yang membuatkan aku dengki, blogger-blogger sebegini dah ramai yang jadi so call celebrity blogger, lebih famous daripada artis yang mempunyai 1-2 album atau berlakon beberapa drama di RTM. Padahal blogger tu sekadar....Ok, stop mengutuk, menonjolkan sifat dengki aku yang melampau dan mengurangkan pahala puasa. I

ni gambar-gambar anak lelaki sulung aku. Mohammad Amzar Rafiq....


TIDOR.....





NANGIS....



SUKA



Gambar paling aku suka.....


Betul lah member-member aku beritahu sebelum aku dapat anak dulu....

1. Kau akan anggap anak kau paling comel.
2. Kau akan sentiasa teringat anak.
3. Balik kerja kau akan nak tengok muka anak.
4. Kau akan susah nak tidor malam... hahahha...

Chow... selamat berbuka puasa dengan kawan-kawan, adik beradik dan saudara-mara. Bulan puasa tahun ini ada 2 kali cuti on Monday, so ada banyak free time nak enjoy berbuka beramai-ramai.

----------------------

Peringatan kepada kawan-kawan sekolah SERATAS aku. Terutamanya budak-budak lelaki, this Saturday early morning kita akan aktiviti bersahur beramai-ramai. Contact aku or Li Tongkang for details location. Aku rasa satu langkah bijak arrange aktiviti bersahur selain dari berbuka yang kita terpaksa kejar masa, berebut slot dengan majlis-majlis lain, meredah jem, cari tempat sembahyang dan sebagainya.

Total Pageviews

. page counter