Let the fun begin. Parlimen bubar tengah hari tadi.
Under Article 55(4) of the Federal Constitution, a general election must be held within 60 days of the dissolution of Parliament. However, the EC practice after 1969 has been to hold the election within 16 to 20 days of the dissolution. - Bernama
Nampaknya Pak Lah sudah confident dengan bom dan motar untuk membalas peluru dan sumpitan dari pihak pembangkang. Tidak boleh tidak, aku akan membebel pasal politik serba sedikit sepanjang demam pilihanraya umum ini.
Tapi posting ini bukanlah nak promote mana-mana parti atau individu. Aku nak join debat pasal, apakah priority yang patut kita beri semasa ingin mengundi. Peribadi calon atau party yang dia wakili?
Tapi aku rasa salah satu cara untuk mengetahui keperibadian calon adalah dengan melihat party yang dia join,
Alasan aku:
Lebih Mudah Untuk Nilai Calon Dari Nilai Parti Politik
Di Malaysia sememangnya mustahil untuk nilai tahap kebagusan sesebuah party politik. Tiada, atau hampir tiada saluran berita yang boleh dipercayai. Media arus perdana semunya bias towards Barisan Nasional. Aku dah ulang beberapa kali diblog ini, aktiviti memperkudakan media milik penuh atau separa milik kerajaan adalah contoh terbesar penyelewengan Barisan Nasional. Aku tidak tahu bagaimana penyokong BN boleh memberi alasan kepada aktiviti tidak bermaruah secara terang-terangan sebegini. Umpama melihat manusia dirogol depan mata. Ya, kadang kala aku sedih tengok pembaca berita, wartawan dan pengacara yang jiwa mereka dirogol dihadapan jutaan penonton atau pembaca. Media milik party pembangkang juga tidak kurang hebatnya dengan propaganda dan mainan mereka dengan cara tersendiri. Saluran berita dari laman web pada aku lebih kepada khabar angin kerana tidak boleh diyakini kesahihannya dan esetengah blogger semakin melampau dengan melemparkan pelbagai fitnah kepada kedua-dua belah pihak. This pro-blogger wannabe berharap boleh raih popularity dengan mencipta berita-berita sensasi. So, secara ringkasnya sememangnya mustahil untuk kita sebagai pengundi untuk menilai sesebuah parti politik di
YB Katak
Perlu diingat, calon pilihanraya boleh bertukar ke mana-mana party politik selepas dia menang kerusi berkenaan. Aku tidak arif undang-undang, tidak pasti ada tempoh masa atau tidak. Tetapi seingat aku di Kelantan dulu banyak kes YB yang dibeli bertukar angin dari PAS ke BN selepas menang pilihanraya umum. Jadi kepada pengundi yang pilih dia sebab parti yang dia wakili, akan mengigit jari melihat pemimpin dia jadi katak kodok.
Parti Politik Tidak Boleh Bekerja.
Apabila kita mengundi, kita memilih ketua untuk mewakili kita ke peringkat yang lebih tinggi. Ketua ini akan menyuarakan pendapat, masalah dan idea kita ke pihak atasan. Jadi aku rasa kita wajib kenal pemimpin kita dan memilih mereka yang boleh bekerja untuk kita. Bukan mereka yang pandai membodek, menyogok, mengugut, memeras keringat untuk terpilih sebagai calon parti. Parti yang diwakili hanya pemudah cara untuk dia bekerja. Jangan terpedaya dengan ugutan manusia-manusia bangang yang kata pembangunan akan terbantut jika kesinambungan tidak diteruskan. Wakil rakyat yang berkelibar dan ada kredibiliti tinggi tidak menumpang keutuhan dan popularity parti yang dia wakili.
Jadi sebelum menanda kertas undi kenali dulu barisan calon. Spend waktu sedikit untuk selidik keperibadian dia. Aku tahu, akan timbul beberapa scenario dimana sukar untuk kita nak kenal calon yang diletakkan dikawasan kita. Kadang-kadang dek kerana ada agenda tersendiri parti akan meletakkan calon yang lansung tidak berkaitan dengan kawasan tersebut. Carilah solution sendiri. Terus terang aku katakan, last general election aku tanda undi rosak untuk bahagian parlimen Teluk Intan kerana aku lansung tidak sempat nak kenal calon Indian dan Chinese yang bertanding.
Kepada mereka yang merasakan fikir pasal politik membuang masa. Tidak berfaedah, useless. Atau semua politician sucks, dirty, bodoh dan sebagainya. Aku senang untuk mengingatkan, terutama kepada saudara Islam aku. Ketahuilah memilih pemimpin adalah wajib kepada semua umat Islam. Kita memilih pemimpin yang akan membentuk pemerintah. Jika kita tersalah pilih atau tidak memilih, aku rasa kita juga akan dipertangungjawapkan jika kerajaan membuatkan tindakan yang lari dari suruhan Allah.
Contoh mudah:
- Aku undi calon parti X.
- Parti X menang majority.
- Parti X membentuk kerajaan.
Kerajaan yang dianggotai oleh pemimpin parti X halalkan pembinaan kilang arak, kerajaan parti X secara terang-terangan mempraktikan amalan rasuah atau kerajaan parti X tidak berusaha seupaya mungkin untuk menegakkan syiar Islam.
Aku rasa aku pun terkena tempias dosa dek kerana tidak kaji kecenderungan calon yang aku pilih.
Fikir-fikirkan lah…
P/S: Aku cakap parti X, bukan Parti UMNO atau mana-mana parti komponen dalam Barisan Nasional. Siapa makan tahi dialah yang akan terasa melekit didalam tekak.