Showing posts with label membaca. Show all posts
Showing posts with label membaca. Show all posts

Thursday, August 9

Kenapa Membaca Buku?

Dah lama aku nak tulis benda ini tapi tertangguh-tangguh. Banyak juga isu semasa aku rasa nak komen, tapi nanti-nantilah aku buat complilation semua sekali.

Tercetus dari sessi berbalas sms dengan kawan aku yang book junkie. Aku terpanggil nak tulis pasal orang gila membaca. Aku tak refer kepada membaca bahan-bahan santai macam komik, majalah hiburan atau blog. Aku juga tak nak sentuh pasal membaca buku rujukan sekolah, like it or not, memang student kena baca buku rujukan. Aku bermaksud pasal orang yang suka membaca novel, buku motivasi atau bahan bacaan lain yang berat.

Kenapa mereka suka membaca buku sebegini?

Sebagai seorang yang memang malas membaca, tukar…sebagai seorang pemalas, aku rasakan membaca buku adalah satu aktiviti…errmmm… bodoh. Maybe too hash, but that my opinion. Daripada baca kisah percintaan, lebih baik tengok je movie Nothing Hill or Heart. Sorry, aku jarang tonton cerita jiwang, itu sahaja contoh yang aku boleh berikan. Ataupun, kalau berminat dengan kajian makhluk asing contohnya lebih baik tonton Is It Real? Di Astro last few days around 3:00 o’clock in the morning. Lagi jelas paparan dalam documentary tu. Mungkin dalam buku ada tulis penemuan Starchild, kalau melalui bacaan, aku akan assume benda tu budak atau patung kanak-kanak, padahal ianya adalah tengkorak kecil yang dipercayai milik makhluk asing. Interesting kan?

Aku tahu kebaikan membaca, semua orang tahu. Dari zaman kanak-kanak lagi semua orang beritahu aku membaca bagus untuk.. bla..bla..bla. Cuma pada aku membaca hanya salah satu cara untuk menambah ilmu pengetahuan dan berseronok. Tetapi zaman sekarang ada terlalu banyak option lain yang lebih mudah. Kenapa perlu memenatkan mata dan fikiran dengan membaca hasil kajian atau biography seseorang? Search internet semuanya ada. Kalau membaca novel contohnya, setiap perkataan dan ayat kita perlu gambarkan sendiri. Memerlukan kemahiran imagination yang baik.

Contoh:

“At that time I was flat broke, and couldn’t even afford to catch a plane to go there so, I took a cheap express bus instead.

I boarded the bus at Pudu Raya at 10 pm but could not sleep throughout the whole journey. When I arrived in the Lion City at around 4 am, I headed straight for a nearby hotel and loitered around in the lobby, waiting for the sun to rise.

While lounging around in the lobby, I kept turning away the waiters asking me to buy a drink, telling them my limousine to the airport would arrive at any moment. I kept that up until 8 am, and then headed for the Nomura office.”

Petikan dari buku Skali Lagi tulisan Tengku Farith Rithauddeen, Group CEO and Co-Founder of SKALI. Sorry, bukan petikan buku tapi petikan dari Prologue aku copy and paste from official website.

Dari contoh tu, bayangkan macam mana nak imagine keadaan dia? Duit takde, naik bas, pergi Singapore. Bas apa? Siapa duduk sebelah dia dalam bas? Then sampai sana lepak-lepak kat lobby hotel. Hotel apa? Murah ke? Hotel 5 bintang? 0 Bintang? Pastu, bila waiter datang dia kata driver on the way, waiter tu pakai baju apa? Soalan apa yang waiter tu tanya? In English ke in BM (since penulis Melayu dan mungkin waiter tu pun Melayu). Nampak tak kesusahan membayangkan cuma beberapa perenggan tersebut? Inikan pula the whole book. Kalau tengok filem, scene ini boleh ditayangkan beberapa minit sahaja. Aku boleh gunakan masa, tenaga dan saraf-saraf otak aku untuk memikirkan jalan cerita atau benda-benda lain dalam penceritaan dia.

Mungkin membaca lebih bagus kerana dapat ‘mendidik’ otak agar lebih creative. Kalau tonton movie pengarah dan penulis script yang ‘tolong’ otak untuk bayangkan setiap suasana, tapi ketika membaca kita perlu lakukan sendiri. Ini MUNGKIN baik untuk melatih otak ‘bergerak’. Ye la tu, tapi aku rasa kerja di office, menipu boss, menipu customer, selesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan, traffic jam, masalah negara, masalah dunia, Perak kalah, mampukah Torres?, menulis blog… dan macam-macam lagi. Sudah terlalu banyak benda yang membuatkan kepala otak aku tak duduk diam. Aku tidak perlu membebankan ‘dia’ dengan membaca novel-novel puitis.

Aku malas nak bagi contoh-contoh lain, point aku adalah, membaca tidak terlalu menguntungkan berbanding aktiviti lain yang lebih seronok, dapat lebih banyak ilmu dan yang penting lebih mudah dan tak memenatkan.

Mesti ramai orang akan tak setuju dengan pandangan aku ini, aku masih rasa Aku Betul…! cuma untuk isu ini aku tidak akan cakap orang lain salah.

Total Pageviews

. page counter