Hahahahahhaa......

Puasnya rasa hati... gila-gila puas. Akhirnya, selepas 20 tahun... kita menang pingat emas bolasepak Sukan Sea.
Tak kisah lah coverage Sea Games Loas 2009 macam sial. Mahal sangat kot TV rights.
- Banyak atlet pilihan tak menang pingat emas...takpe.
- Olahraga pencapaian paling teruk...tak kisah.
- Badminton (terutamanya lelaki) tak perform... biar lah.
- Sepak takraw kena ayam je, ok lah, budak-budak lagi.
Yang penting bolasepak kita menang....!
Esok aku umumkan Malaysia cuti!
Next target Piala AFC / Piala Tiger. Sukan SEA hanya untuk bawah 23 tahun. Tak perlu bagi habuan banyak-banyak kepada player sukan SEA, nanti mereka lupa diri. Cukuplah sekadar bagi kapal terbang SUKHOI seorang sebiji, coach and team manager boleh share kapal selam. Hahahaha...
Tahniah Rajagopal dan anak-anak buah.
Confirm gol kemenangan ini akan diulang tayang beribu kali di semua stesen TV, berbulan-bulan... mungkin juga bertahun-tahun.
Sempena maal hijrah hari ini... harapnya bolasepak kita juga akan berhijrah kearah yang lebih baik.
Salam Maal Hijrah 1431