Tidak tahu lah orang lain, tetapi aku perhatikan sekarang makin ramai budak perempuan Melayu suka pakai baju kebaya. Terutamanya di musim raya. Alhamdullillah, pengekalkan tradisi turun temurun. Kalau baju kurung moden maksudnya takde pesak, tapi kebaya moden agaknya memang mesti pakai kain yang menampak dada dan bulu ketiak ke?
Mak aku cakap memang kebaya sebegini sudah glamor zaman opah aku, cuma sekarang di popularkan semua. Trend ini mungkin dimulakan oleh artis-artis kita.


Kemudian remaja-remaja kita yang cerdik pandai pun rajin lah ikut.


On serious note, kalau betul pun teringin pakai baju kebaya jarang. Ikut trend kononnya, apalah salah buat seperti 3 dara pingitan dibawah ini. Kebaya renda dengan lining yang menutup the whole body. Nampak manis dan sopan.

P/S: Semua gambar aku jumpa dari google search, kalau owner tak benarkan aku guna gambar-gambar diatas sila beritahu aku.