Fuh..! aku dengan penuh confidentnya nak ulas isu sensitive ini. Aku fikir banyak kali juga sebelum menggatalkan tangan membebel pasal isu ini. Tapi fikir punya fikir… I don’t think now is the best time for me to chicken-out untuk tulis blog. Dulu-dulu, selamber badak je aku komen segala isu… kenapa sekarang perlu fikir banyak kali pulak.
Sebelum itu, suka aku nak ingatkan please understand ini isu sensitive. So, kalau nak komen tolong komen secara bijak. Kalau tak confident kau boleh jadi bijak even for few minutes semasa nak tinggalkan komen, tidak perlu lah komen. Aku rela artikel ni komennya kosong daripada terpaksa layan komen-komen yang bahaya.
So, here we go…
For the record, tidak semua buah fikiran dalam ni aku tulis ikut suka hati aku sendiri. Aku sembang dengan ramai juga ustaz-ustaz dan beberapa pemikir yang aku respect before aku pandai-pandai campur adukkan dengan kepala otak aku. To my non-muslim friends, sorry… article ni kemungkinan besar membosankan korang. Come back few days time, mungkin ada article baru dari aku.
Tidak perlu la introduction kot, selagi nama umat Islam di Malaysia, yang tahu membaca, mesti tahu kisah penahanan bekas mufti Perlis, Dr. Asri oleh JAIS few weeks ago (obvious gila malas nak search dapatkan exact date) semasa berceramah di banglo area Selangor. JAIS tahan beliau sebab buat ceramah agama tanpa tauliah.
Kenapa JAIS ‘terpaksa’ tahan beliau? JAIS sedar dengan tahan beliau, siap panggil media, keluar gambar front page newspaper, pastinya memberi publisiti meluas kepada beliau. Ramai percaya, Dr. Asri sekarang berada di puncak popularity… mengalahkan ramai artis-artis class B dan C. Beliau mendapat sokongan dari ramai orang termasuk golongan VIP dan VVIP.
For me… AKU SETUJU DENGAN JAIS.
Meminjam kata-kata imam surau perumahan aku....
“Isunya bukan yang mana salah, yang mana betul…. Isunya adalah perpaduan dan perpecahan umat Islam…“Tidak kiralah apa fahaman, apa ajaran yang Dr. Asri amal dan cuba sampaikan. Wahabi ke, salafi ke, syiah ke… nobody really sure apa fahaman dia. Dia pun tidak pula rajin nak declare betul-betul. Hakikatnya lain-lain amalan yang bukan As-sunnah wal jama’ah dan tidak sama dengan mazhab syafie’ yang majority umat islam Malaysia amalkan harus dibendung penyebarannya di Malaysia. Again, isunya bukan salah-betul. Semua amalan itu betul, benar, dan mempunyai keistimewaan masing-masing… kita biar Allah yang putuskan which one better than the other, if such rank exist.
Amalan seperti tiada bacaan Qunut semasa sembahyang subuh, tiada wirid berjemaah selepas sembahyang berimam, tidak amalkan sunat bacaan surah Yassin malam Jumaat dan beberapa perbezaan lain tidak harus diperbesar-besarkan.
Logiknya… kenapa pengamal ajaran mazhab lain contohnya, perlu larang pengamal mazhab Syafie’ nak membaca Qunut dalam sembahyang subuh? Maksud doa Qunut semuanya elok-elok belaka… meminta petunjuk dan pengampunan daripada Allah. Memang baik rasanya dimulakan hari kita dengan meminta petunjuk dan pengampunan dosa-dosa semalam, kan? Lebih afdal rasanya semua umat Islam bersatu dan menentang musah-musuh Islam…. menentang maksiat… menentang kemungkaran… daripada kita sibuk bergaduh sesama sendiri. Pernah diriwayatkan, imam syafie sendiri pernah sembahyang subuh berjemaah dan tidak membaca doa qunut berana beliau berada di kawasan mazhab lain.
Penentangan terhadap ajaran Wahabi (ramai assume Dr. Asri pengamal Wahabi), bukanlah perkara baru. Dari dulu... berpuluh tahun dulu lagi dah keluar isu ini. Sehingga ramai percaya golongan Ahbash yang dimulakan di Lubnan telah menular masuk ke Malaysia. Benar atau tidak, wallahua’lam. Golongan Ahbash memang anti pengamal ajaran Wahabi. Samada Dr. Asri pro Wahabi atau tidak, hanya beliau sendiri yang tahu.
Sekali lagi aku nak tekankan, aku tidak belajar ilmu agama sehingga tahap tertinggi. So, aku tidak berani nak komen which aliran better... Wahabi ni betul ke, baik ke tidak... dan seterusnya. Aku cuma risau ajaran selain daripada as sunnah dan mazhab syafie’ di perhebatkan ajarannya di Malaysia. Hasilnya kelak, umat Islam di Malaysia akan berpecah. Rugi kan? Dah la dalam politik kita bergaduh... dalam beragama pun nak gaduh juga ke?
Apasal kita sibuk nak bergaduh pasal hukum perempuan berdarah haid masuk masjid sedang muda mudi kita sibuk beromen tak kira yang dah datang haid atau belum!
So, kepada ulama-ulama kita please put aside your personal agenda. Tolong fikir perpaduan dan kesejahteraan majority umat Islam. Remember, we can’t fight the law… we can only change it!
