Ok, aku bukan nak cerita perihal aku mencuri movie orang, aku nak cerita pasal movie berkenaan binatang. Banyak
Apa lagi?
Ratatouille – Tikus
Antz – Semut
Garfield – Kucing
Chicken Run – Ayam
Finding Nemo – Ikan
Aku bukan wartawan hiburan atau blogger pemalas yang buat article dengan listkan semua benda yang berkenaan dengan topic. Itu kerja senang, jadi sebagai usaha membezakan diri dengan golongan pemalas, aku nak berikan idea filem-filem haiwan lain yang aku rasa boleh tarik orang ke panggung.
1. Panda Bear.
Aren’t they cute? Bayangkan dengan muka yang comel, bulu yang gebu, pemalas, duduk atas pokok. Kerja mereka… makan…tidor…makan…tidor. Character yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan. Semua lelaki cemburu dengan cara hidup beruang panda.
2. Cacing.
Kehidupan dalam tanah, ada banyak lorong yang mereka korek, macam highway. Makan tanah hasil korekkan, dan keluarkan ditempat lain. Bekerja tanpa henti untuk mencari makanan. Aku rasa ada nilai-nilai murni yang boleh dieksploitasi dari sifat cacing. Mungkin di penghujung cerita tunjukkan kesedihan ahli keluarga yang kehilangan family member kerana menjadi umpan kaki pancing. Sedih…sedih. Boleh juga selit unsur lawak dengan letak bayaran tol tinggi untuk lalu ‘highway’.
3. Kutu.
Tidak, aku tidak maksudkan ahli politic. Aku cakap kutu, as betul-betul kutu. Kutu yang duduk atas badan anjing, atau kepala manusia. Kehidupan bermasyarakat mereka, cara mereka lari dari serangan sikat benban (kalau tak tahu apa sikat benban, pergi tanya nenek atau makcik sebelah rumah), serangan ubat, shampoo. Nahh.. tak menarik, aku tulis kutu sebab nak buat link ke posting lucu aku pasal politician, itu sahaja. Move to next idea.
4. Biawak
Mungkin film maker dari animasi haiwan selalunya ada element lucu dan sedih. Target audience, kanak-kanak yang akan drag parent untuk ke pawagam. So, aku rasa perlu ada film cartoon ganas. As purely ganas, ada bunuh-bunuh, darah bertaburan, bangkai bersepai. Target market pula, remaja dan golongan lelaki bermotor kuasa
tinggi. Buat cerita animasi pasal biawak merebut kawasan, rebut hasil buruan, rebut punca air. Kisah politic orthodox sekumpulan biawak ganas. Wahh… mesti best. Wujudkan watak-watak menarik yang akan digilai oleh lelaki ganas dan macho. Biar mereka buat tattoo di lengan ada gambar Bronko (contoh nama watak ganas ketua penjahat biawak).
5. Monyet.
Mungkin ada watak-watak cameo monyet dalam beberapa film. Atau watak pembantu macam dalam filem Tarzan dan
Aku planning nak bagi idea banyak-banyak. Bila aku dapat idea je, aku terfikir yang filem sebegitu dah ada. So, that’s it, 5 idea yang aku percaya boleh diusahakan oleh pembuat filem
Korang dah lawat Komuniti Iklan Percuma ke belum? So far aku ada la juga dapat ahli baru. Nampak macam ada harapan je impian aku jadi kenyataan.