Showing posts with label Thundercats. Show all posts
Showing posts with label Thundercats. Show all posts

Tuesday, August 7

Gaban, Kesatri Baja Hitam, Spiral Zone, Thundercats and… Maero Attack

Hari tu aku cerita pasal aku pergi tengok Tranformers. With few minor minus points, aku still anggap filem tu best gila. Then, yesterday aku terbaca yang Transformer the Movie break all time record for Malaysia’s film ticket collection. Fuh…! Patutla member aku cakap masa dia tengok dulu lepas habis penonton bangun yang tepuk tangan, macm tengok teater la pula.

Then, last weekend aku tengok Simpson the Movie. Boleh la… Seperti message yang filem tu sendiri cakap, kenapa perlu tengok benda yang sama seperti di tv? Aku pun tak tahu kenapa aku tengok, walaupun tak kering gusi gelak, tapi aku rasa filem tu tak layak dipanggil filem. Hanya extended version of the tv series.

Aku pulak terfikir, bila agaknya producer filem terutamanya dari Jepun nak buat filem-filem kartun mereka. Aku tahu ada yang dah buat, cuma aku betul-betul interested to watch film version of ‘Hero’ such as;

1. Gaban.

Walaupun dah stop tayang kat Malaysia like 10 or 15 years ago, but everybody knew who is Gaban. Tak mungkin tak tahu. Ada remaja yang gunakan Gaban sebagai symbol kedasyatan. “Terror macam Gaban”…atau “Fuh… Gaban la kau”. Terngiang-ngiang lagi ditelinga ku suara orang jahat

“Heret Gaban ke ruang angkasa setan….” Pastu ada gelak… “Hehehhehe…”

Kalau sesiapa ‘rindu’ Gaban bolehlah explore YouTube, banyak gila clip di sana. Tapi aku rasa kalau mereka jadikan filem, confirm aku pergi tengok.

Ada sesiapa ingat berapa saat dia tukar costume?


2. Kesatri Baja Hitam

Tak lengkap kalau bercerita pasal Gaban then tak sentuh hero seorang lagi ini. Aku gagal jumpa apa-apa info pasal cerita ini, mungkin sebab namanya telah dibahasamelayukan. Tapi pasti semua masih ingat aksi motor dia datang sendiri bila di panggil. Dah macam kereta Knight Rider.


3. Spiral Zone

Confirm tak ramai tahu pasal cartoon ni. Memang tak lama pun ditayangkan. Menurut so called official websitenya disini; http://spiral-zone.com/tonka/, siri ini cuma ditayangkan 1 season sahaja. Walaupun patungnya masih menjadi collection item yang bernilai, namum entah kenapa tidak diteruskan. Mungkin melihat gambar askar menunggang kenderaan satu tayar dibawah boleh mengembalikan kenangan sesetangah rakan disini. Ring any bell?


4. Thundercats

Kalau tak tahu cartoon ni confirm bukan kanak-kanak Malaysia. Kalau baca di wiki, ada filem Thundercats. Namun hanya untuk tayangan television. Thundercats juga satu-satunya watak cartoon yang di komikkan. Selalunya dari komik ia dikartunkan, tapi ini terbalik. Kalau tak tahu lansung pasal Thundercats atau nak mengembalikan nostalgia silam boleh click; http://en.wikipedia.org/wiki/ThunderCats atau http://thundercats.vpga.com/. Youtube pun ada clip-clip menarik. Bila la agaknya nak buat full version filem Thundercats… Hoooooooooooo…!


5. Maero Attack

Ini bukan cartoon, tapi series remaja perempuan Jepun main volleyball. Best gila, setiap petang aku mesti tengok. Kalau sekarang ada lagi siri tu mungkin aku tengok sebab peha gadis Jepun yng putih-putih, tapi zaman kanak-kanak dulu aku sendiri tak tahu kenapa best sangat rasanya cerita ni. Ingat spike pusing-pusing dia? Hahahhaa…

Ada beberapa lagi cerita best yang aku tak ingat, tapi petang-petang lepas mengaji sebelum main dengan member-member atau balik dari main sebelum tunggu maghrib aku mesti tengok cerita-cerita ini. Antara reason penting kenapa aku tengok bukanlah kerana jalan cerita atau visual yang cantik sangat. Tapi kerana kalau tak tengok, esok masa kawan disekolah bersembang apa aku nak cakap? Takkan nak diam je. Malu…malu… Kalau umur lingkungan 20 ke 30 tahun mesti korang senasib dengan aku.

Sempena merdeka, aku cuba menjadi patriotic dan turut mengharap ada filem Kluang Man atau Usop Santorian. Paling tidak pun, cartoon Sang Kancil dan Buaya. Watak buaya tu ku rasa cool juga untuk dikomersialkan.

Total Pageviews

. page counter