Showing posts with label Piala Malaysia 2007. Show all posts
Showing posts with label Piala Malaysia 2007. Show all posts

Sunday, September 9

Tak Syoknya Bola - Malaysia Cup 2007

Mungkin ada yang menyangka aku tidak akan sentuh pasal kekalahan Perak dalam final Piala Malaysia. Aku tidak ‘sekecil’ itu. Aku tidak selemah itu. Aku sanggup terima kekalahan.

Disebabkan perkara yang tidak dapat dielak dan tidak cukup menarik untuk diceritakan, aku tidak pergi ke stadium. Miscommunication with my mum, end up aku gagal dapatkan ticket. Member-member pun pelik kenapa aku tidak pergi ke stadium. Tidak, aku bukan merajuk dengan Perak, aku cuma merajuk dengan pasukan kebangsaan.

Tahniah aku ucapkan kepada pasukan Kedah dengan kejayaan treble. Sultan Kedah yang siap dengan neck tie hijau kuning malam tadi tentunya teramat gembira dengan kejayaan mereka. Kenapalah Sultan Azlan minat hockey.... Segala-galanya tertulis memang tahun ini adalah tahun bolasepak Kedah. Ketinggalan 0-2, ketua pasukan kena sent off, main strikers injured. Even Liverpool (mengambil contoh pasukan terkuat didunia kini) pun akan gagal untuk mengejar semula perlawanan. Cukup, aku tidak mahu komen lebih-lebih sebab aku cuma menyaksikan perlawanan first half, sekali lagi kerana sebab yang tidak cukup menarik untuk diceritakan. Again, congrats to sesiapa yang related to negeri Kedah.

Membuat analisis perlawanan bolasepak cukup mudah. Kita boleh cari beratus jika tidak beribu alasan kenapa sesebuah pasukan menang atau tewas. 4-4-2 vs 3-5-2, young and energetic vs compose and experience, macam-macam lagi. Selepas game, cukup mudah mencari kelemahan sesebuah pasukan, jika betul-betul pandai try to shout your opinion before the game. Namun aku rasa gambar dibawah boleh memberi sedikit idea salah satu punca kekalahan Perak. Aku tak setuju, but most people still believe money is a good motivation tools.

Cari di Utusan untuk berita penuh.

Kepada:
Conen, Dee, Pak Lan, Sukun, Mat Kayu, Nije dan beberapa nombor yang aku tidak kenal atau tidak ingat.

Tahniah. Imagine, each one of them sms aku on average 5 sms seorang. So, hampir 50 smses aku terima malam tadi dari penyokong Kedah. Nasib baik beberapa sahabat aku dari Kedah yang lain mengambil tindakan melupakan kewujudan aku. Atau mungkin mereka tidak minat bolasepak. Tetapi yang menariknya terdapat juga member-member dari negeri lain yang tumpang sekaki mengutuk kekalahan Perak. Kepada nombor-nombor yang tak kenal, sorry, mungkin kekerapan aku menukar handphone membuatkan aku terhilang nombor-nombor tersebut.


Kepada:
Lobo, Awie, Jamal, Ghadaf, seluruh sahabat-sahabat dari Kampong Bahagia, Teluk Intan dan majority dari kawan-kawan dari sekolah aku di Ipoh dulu.

Next year kita cuba lagi. Ingat, Selangor juga pernah julang tiga piala, lihat mereka sekarang. Terumbang-ambing didalam liga.

Walaupun Perak kalah, kena belasah 0-3. aku sedikit gembira. Aku tahu aku ada ramai kawan. Ramai sahabat yang diharap boleh membantu aku tatkala diperlukan, Insyaallah.

Sekarang jom alihkan perhatian ke liga luar negara dan biarkan player kita training untuk Sukan Sea.

Pelik, gambar yang sebegini indah berupaya membuat hati sesetengah pihak menjadi pedih.

Gambar - gambar dicuri dari fam.org.my


Update (10/09/07)
:

Kedah menang 5 awards di malam gala bolasepak Malaysia. Perak pun menang 5 awards jugak. Then, each award for Selangor and Negeri Sembilan.

AWARD RECIPIENTS

Popular player: K. Nanthakumar (Prk)
Valuable player (F): Marlon Alex James (Ked)
Valuable player (L): Mohd Shukor Adan (Sel)
Promising player: Mohd Zaquan Adha (Nse)
Best coach: Mohd Azraai Khor Abdullah (Ked)
Best striker: Mohd Khalid Jamlus (Prk)
Best midfielder: Ahmad Fauzi Shaari (Ked)
Best defender: Victor Andrag (Ked)
Best goalkeeper: Mohd Helmi Eliza Elias (Ked)
Top scorer (F): Keita Mandjou (Prk)
Top scorer (L): Mohd Khalid Jamlus (Prk)
Best fan club: Perak

Tapi yang penting adalah yang terakhir dalam list tu. Fan, penyokong, supporters terbaik, PERAK. Lain-lain award bukan aku menang, bukan korang menang, players dan individu lain yang menang. But for best supporters, aku turut terasa sebagai pemenang. Aku dan kawan-kawan aku. :) Jangan berbangga diatas kejayaan orang lain beb...!

Senarai pemenang dicopy dari The Star: here. Bernama tidak pula included best fan club... pelik.

Total Pageviews

. page counter