
Lepas habis follow liga bolasepak Eropah, sekarang peminat bola ternanti-nanti Euro2008. Kalau ada tournament bolasepak sebegini, surely aku akan TERlibat dalam perjudian. That a very bold confession daripada aku. Paling kurang mesti beberapa ratus duit aku akan melayang. Pedih je rasa hati melihat rakan-rakan bergembira. But not this time, tahun ini adalah tahun aku. Aku akan pastikan aku tidak rugi lagi…. Hahahahhaha (gelak orang jahat)…
Ok, to be honest. Aku bukanlah terlibat dalam perjudian yang besar. Simply having some fun dengan rakan-rakan. Aku pun tidak berniat nak mengaut keuntungan dengan melibatkan diri. Duit kemenangan pun selalunya si pemenang akan gunakan untuk belanja orang lain makan. Ianya hanyalah sekadar hiburan bersama sahabat dan rakan sekerja. Aku harap tiada pihak polis datang dan soal siasat aku kerana terlibat dalam perjudian haram. (Ada ke judi halal?)
Walaupun hanya untuk suka-suka, tahun ini aku nak pastikan aku menang. Aku nak berlagak sombong dengan officemate. Aku nak dengan riaknya belanja mereka makan.
Kami ada pelbagai jenis style betting, tapi yang paling basic adalah pilih team before tournament started. Letakkan sejumlah wang, then siapa yang menang akan ambil semua wang yang dikumpul. Kalau ada lebih dari seorang pemenang, share la duit dalam bowl tu. Aku percaya mesti banyak office juga buat game ini.
So, here my strategy to win or to be exact, tidak kalah….
AKU AKAN PILIH BANYAK PASUKAN….!
Ada 16 teams qualify for final…

Teams yang seorang pun player mereka aku tidak kenal, boleh dilupakan…. Aku memberi sedikit harapan kepada Switzerland kerana mereka tuan rumah…Walaupun Greece defending champion, but the whole world knows it is the biggest fluke of all time.

Jadi tinggal, 11 pasukan lagi….
Pasukan yang nama striker mereka aku tidak boleh pronounce juga aku tidak berikan harapan.

Tinggal 8 pasukan…
Akhir sekali, masukkan sedikit emosi dalam pemilihan. Aku benci Cristiano Ronaldo for obvious reason, aku juga tidak fikir Portugal boleh jadi champion. Sedangkan di kampong sendiri (previous tournament) pun mereka gagal, apatah lagi dinegara orang. So, aku eliminate mereka.

Jadi tinggal 7 teams….

Final, aku akan bet 7 pasukan. Hahahhaha… 4 teams aku main di office aku, dan 3 teams aku main di office member aku. Finally, aku akan merasa menikmati wang kemenangan dari hasil judi. Tak sabar rasanya nak tunggu Euro2008 habis dan aku mengaut hasil keuntungan. Aku memang bijak….
Ok, itu untuk aku. Yang bakal menang at least beberapa puluh ringgit pada awal pagi 29 June nanti. To all friends here, aku dan kawan aku (www.lankapo.com) ada anjurkan simple game untuk kita semua.
Aku tak suka gambar Luca Toni yang Lankapo guna. Jadi aku tampal gambar Torres.
Click gambar (atau sini: Euro2008 Online Contest) untuk pergi ke blog tersebut. Disana, anda semua boleh predict siapa akan jadi juara Euro2008. Tekaan tepat akan dapat hadiah duit. Aku ulang, siapa yang dapat teka dengan tepat, akan dapat hadiah WANG TUNAI. Bukan sticker, bukan voucher membeli belah, bukan coupon discount Domino Pizza. Untuk jadikan lebih thrill selain kena predict bakal juara, peserta juga kena pilih siapa yang dijangka akan menang Golden Boot. Just tinggalkan komen, tulis siapa bakal juara dan siapa akan jadi penjaring terbanyak. Ramai orang declare pengetahuan bolasepak mereka tinggi (terutama peminat fanatic M.U), so sekarang buktikan lah… Jangan sembang je.
Selamat berhujung minggu dan menghadiri majlis perkahwinan....
P/S: Aku harap tiada yang kata aku menyokong perjudian. This simply for fun. Menambahkan excitement kepada kejohanan Euro. Jangan ambil serius sangat.