Friday, May 3

Selamat Mengundi... INI KALILAH...!


Macam baru je habis PRU 12… dah masuk pilihanraya baru. Masa 2008 dulu aku memang rajin mengupdate blog, lepas kerja sampai malam aku dok di office baca semua perkembangan politik dan menulis. Tapi kali ni aku tidak lagi seaktif dulu… blog ni pun dah ibarat hidup segan tapi tak mahu-mahu mati… Hahahaah! Yelah, masa 2008 memang blog adalah sumber utama untuk dapat berita, untuk berdiskus, untuk mengutuk, memuji dan sebagainya… tapi dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi sekarang dah berlambak platform lain yang lebih mudah dan pantas.

Ramai percaya pilihanraya kali ini antara yang paling sengit, aku pun tak boleh elak untuk mempercayai keadaan itu. Tapi tak kurang juga yang masih percaya BN akan menang mudah dengan bersandarkan teori penyokong PR sememangnya vocal dan agresif berbanding penyokong BN yang lebih senyap dan low-profile. 

Tidak banyak perbezaan sentiment yang dimainkan oleh kedua-dua pihak pada PRU kali ini dengan PRU sebelum-sebelumnya. Pakatan Rakyat masih lagi mengatakan kerajaan terdahulu, yang dah memerintah selama 55 tahun penuh dengan segala jenis keburukan, kejahatan dan ketidakadilan. Dan Barisan Nasional pula tetap dengan modal yang sama… iaitu menyatakan keadaan sekarang sememangnya adalah yang terbaik yang boleh dicapai oleh Malaysia dan menyatakan risikonya jika rakyat mengubah kerajaan dengan Pakatan Rakyat yang tiada pengalaman, tiada pengetahuan dan sebagainya. Cuma kelebihan sedikit kepada PR kali ini, mereka mempunyai 4 negeri yang telah diperintah selama 5 tahun untuk dijadikan sampel ‘kejayaan’ mereka. Since tak banyak perbezaan, so kalau nak baca pendapat aku on some of the issues, just search lah posting pada tahun 2008.....


Pembubaran Parlimen Lewat
Salah satu indicator kekuatan PR dan ketakutan BN kononya adalah kerana kelewatan Najib membubarkan parlimen. Tapi pada aku ianya tidak tepat, kerana hakikatnya Najib bukanlah PM semasa PRU 12, beliau hanya mengambil baton yang dipasskan oleh Pak Lah pada 3 April 2009… kira-kira 4 tahun yang lalu. Senario ini sama seperti ayahanda beliau yang drag PRU 1974 sehingga bulan Ogos, iaitu parlimen dibubarkan selepas 5 tahun 3 bulan PRU pada 1969, walaupun sebenarnya pada masa itu parlimen tidak bersidang selama hampir dua tahun ekoran kekecohan yang melanda Malaysia. Ayahanda Najib, Tun Razak pada masa itu mengambil tampok pemerintahan daripada Tunku Abdul Rahman pada September 1970, selepas 4 tahun baru beliau adakan PRU. Sememangnya sejarah berulang kepada anak beliau pula. So, kelewatan pembubaran parlimen bukanlah petunjuk apa-apa… 


INI KALI KAH?

Memang berdebar nak tunggu pengumuman PRU pada malam 5 Mei nanti… since both parties confident mereka boleh menang. Personally, aku harap Pakatan Rakyat akan menang sebanyak mungkin kerusi parlimen… pada masa yang sama biarlah Barisan Nasional menang di beberapa negeri. Bukahlah aku suka sangat dengan Pakatan Rakyat atau benci sangat dengan Barisan Nasional tapi lebih kepada inginkan perubahan. Cuma masih ada beberapa perkara yang merisaukan aku seandainya Pakatan Rakyat menang…

Akan Berlakukah Rusuhan?
Rusuhan samaada penyokong BN yang mengamok sebab tak puas hati kalah atau penyokong PR yang terlalu gembira, angkuh dan mencetuskan provokasi. Lebih kurang sama macam PRU 1969. Tapi, sebagai rakyat Malaysia, kita kena percaya dengan pihak berkuasa kita. Rusuhan macamana pun confirm mereka boleh handle. So, INIKALILAH….


DAP Control Putrajaya?
Sebelum penamaan calon, ramai juga yang berdebar menantikan berapa banyak kerusi parlimen yang DAP boleh dapat. Bukan nak bias atau apa, memang ramai Melayu yang takut dengan DAP sekiranya mereka berkuasa, takyah citer la sebab apa. Mungkin ketakutan tu tak bertempat, mungkin MCA lagi ‘nakal’ dari DAP… taktau lah. Tapi since DAP dapat 51 seats je, even mereka menang semua pun (walaupun mustahil) mereka takde la berkuasa sangat… Lagipun melihatkan ketegasan PAS didalam meletakan calon sehingga sanggup bertindih di 7 kerusi, menunjukkan mereka bukanlah kuda tungangan semata-mata dalam pakatan tersebut. So, INIKALILAH….


Anwar Ibrahim Jahat?
Jahat disini membawa banyak maksud. Kalau aku percaya semua propaganda yang dimainkan oleh BN atau rakan-rakan mereka… memang aku percaya yang Anwar ni…. Gay, agent Yahudi, bapa segala kronisme dan nepotisme, pernah songlap duit negara masa jadi finance minister dan macam-macam perkara buruk lagi. Secara peribadi pula aku juga percaya Anwar bukanlah pejuang Melayu yang tulen, kerana pejuang atau perwira Melayu tulen akan setia dan taat kepada ketua. Sedangkan, Anwar sebelum pemecatan beliau dulu.. beliau tidak taat kepada perintah PM ketika itu untuk berundur dengan terhormat. Pelantikan TPM dan jawatan menteri adalah kuasa PM (lepas perkenan agong), so dia patutnya redha bila PM ‘minta balik’ jawatan tu… Kalau betul Mahathir nak songlap duit negara untuk selamatkan kroni pada masa itu, dia tak perlu pun restu Anwar… dia boleh tukarkan portfolio Anwar dan lantik diri sendiri jadi menteri kewangan… hakikatnya Anwar memang nak lawan Mahathir didalam UMNO, didalam kerajaan dan didalam urusan ‘penyelewangan harta kerajaan’. Tapi… selepas banyak dugaan dan cabaran bertahun-tahun, aku harap Anwar dah insaf… Lagipun, aku rasa daripada aku kaji benda yang tidak pasti.. benda yang samar-samar dan banyak sangat agakkan, lebih baik aku tengok semua ketidakpatutan yang BN buat yang terang-terangan depan biji mata. To be safe, mungkin aku ada sedikit harapan yang mana Anwar kalah di Permatang Pauh dan pemimpin PAS jadi PM.... insyallah....So, INIKALILAH….


Campurtangan Kuasa Asing?
Memang mencurigakan juga kalau kita lihat perbelanjaan PR pada PRU kali ini. Mereka start berkempen away early than BN, maksud aku kempen fisikal yang turun berceramah. Semuanya Nampak tersusun dan sistematik. Dengan online advertisement samaada secara direct atau terselindung....Ianya memang memerlukan perbelanjaan yang besar, jadi persoalannya.. siapa yang bagi duit? Tidak mungkin semata-mata dengan kutipan derma sahaja mereka mampu kumpul berjuta… even maybe cecah ratusan juta ringgit. Aku tak dapat nak sedapkan hati dengan abaikan persoalan ini… tak boleh nak assume pelabur yang bagi duit tak mahu apa-apa return of the investment… Cuma aku harap barisan kepimpinan PR sekiranya mereka berkuasa pandai lah nak pusing ikut celah mana untuk memuaskan hati pihak pelabur tersebut. Kalau diikutkan, kalau dalam meniaga memang ramai yang kata lebih baik pakai duit orang lain daripada guna duit sendiri (as BN habiskan duit kerajaan untuk berkempen)… So, INIKALILAH….

Aku malas nak sentuh pasal manifesto… since pada aku both manisfesto menjanjikan benda yang baik…. Samada mereka boleh tunai ke tidak… sama je, tidak mungkin kedua-dua pihak boleh tunai 100% apa yang mereka janji… mesti ada slack sana sini… 

Aku juga tak cerita pasal agama… aku bukan arif bab agama pun. Kawan-kawan muslim aku rata-rata lagi pandai daripada aku… masing-masing dah buat research sendiri kaedah pemilihan pemimpin dari sudut pandangan Islam… so, jom applykan. 

Aku harap kawan-kawan, rakan pejabat, saudara mara aku yang sokong BN sekiranya membaca posting ini tidak akan marah atau pandang lain kepada aku… sememangnya aku sama seperti ramai rakyat Malaysia… berterima kasih kepada kerajaan terdahulu dengan segala keringat dan usaha mereka memakmurkan negara… Cuma pada aku, kerosakan yang ada (semua orang percaya ada kerosakan, kan?) sudah beyond repair… so, kena ganti baru… itu sahaja.. sedangkan korang percaya ianya tidak seteruk mana sehinggakan perlu gamble tukar kerajaan. Itu sahaja perbezaan pendapat kita… tak lari jauh pun kan? Kalau its become worse semasa pemerintahan PR (if they win)… kita tukar lah balik pada PRU 14…. 

Aku juga nak minta maaf kepada semua sahabat-sahabat sekiranya semasa tempoh bersembang… berdiskusi… bertengkar…perli memerli… aku ada mengguris perasaan sesiapa… Mostly aku anggap gurauan kawan-kawan sahaja… tak lebih dari itu… Memang kadang kala dan ada tempatnya aku berlakon macam support BN.. ada masa aku macam support PR.... Hahahah! sajer seronok-seronok... hakikatnya... dari dulu aku memang sokong Barisan Alternatif... antara sebab utama adalah itu pesan arwah abah aku.... aku pegang sampai sekarang....

Akhir kata… kepada kawan Muslim… sebelum mengundi nanti jangan lupa minta petunjuk dari Allah… buat lah sembahyang apa yang patut… dan minta lah doa banyak-banyak. Since hakikatnya, politik Malaysia ni banyak sangat benda yang kabur… bila sampai satu berita kita pun confuse, fitnah ke betul ni….kita main agak-agak je. So, Allah yang maha mengetahui sahaja lah yang boleh bagi panduan… Wallahua’lam….

Selamat Mengundi!

No comments:

Total Pageviews

. page counter