Dah selesai pilihanraya umum…. Ada yang gembira sebab pihak yang mereka sokong menang, tak kurang juga yang masih sentap dan bermurung sebab kalah atau tak puas hati dengan keputusan.
Ada beberapa benda yang aku nak komen…
Adakah Sistem Demokrasi Adalah Terbaik?
Lebih tepat lagi sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Antara carta pie yang paling popular lepas PRU 13 adalah carta pie ini…
Undi popular atau lebih tepat lagi jumlah keseluruhan undi menunjukan majority rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat dan bukannya Barisan Nasional. Ini dengan jelas menampakan kelemahan (or some says, kecantikan) sistem demokrasi. Memang Nampak tak adil, dimana pada hakikatnya majority rakyat Malaysia memilih pihak lain sebagai kerajaan sebenarnya. Ini kerana, kalau kita kaji lagi… memang ahli parlimen bukanlah mewakili ‘manusia’ tetapi merangkumi ‘kawasan’ iaitu termasuk semua benda yang hidup atau tidak didalam kawasan parlimen yang dia wakili. Kita ambil contoh paling mudah, Parlimen Putrajaya… hanya 8 ribu lebih sahaja manusia memilih Tengku Nan… sedangkan, di Seputeh YB Teresa Kok menang dengan majority lebih dari 50 ribu. Tapi di dewan rakyat, both ahli parlimen akan represent 1 seat setiap satu sahaja. Ini kerana, saiz Seputeh dan Putrajaya hampir sama, bermaksud Tengku Nan perlu jaga 13 ribu lebih manusia di Putrajaya tetapi ada banyak lagi benda lain yang perlu dijaga oleh beliau… bunyi macam kelakar, tapi itulah hakikatnya sistem demokrasi yang kita amalkan. Nak ubah sistem demokrasi kepada sistem lain? Bukan senang, dan aku tak nampak possibility ianya boleh dilakukan pun… so, we have to deal with it saje lah…
Chinese Tsunami
Najib masa winning press conference (bukan winning speech), dengan confidentnya menyatakan faktor yang menyumbang kepada kekurangan seats yang BN menang adalah sebab Chinese Tsunami. From his early analysis, Chinese mengamalkan konsep ABCD. Dulu masa PRU 12 ada konsep ABU, iaitu Asal Bukan UMNO. But this time, ABCD lebih menyerlah… iaitu Asal Bukan Cap Dacing. Memang ketara terutamanya di kawasan pengundi majority Chinese calon-calon BN kalah atau even menang pun dengan smaller majority. Ramai tidak faham kenapa, even Utusan the very next day question, Apa Lagi Orang Cina Mahu?
Sehinggakan ada police report dibuat dek kerana front page news yang berbaur perkauman itu. Pada aku Chinese not really voted-out BN sebab racist (even though aku masih percaya Malaysia memang a very racist country, read here: Silent Racist and here: Respon to Silent Racist)… Tapi mereka lebih kepada nak UBAH. Pada mereka PR with DAP inside merupakan escape route untuk lari dari apa yang mereka faham sebagai ‘ketidakadilan’ yang mereka alami selama ini. It is a very big issue, melangkaui sempadan politik itu sendiri. Ketidakpuasan hati Chinese community ini memang membimbangkan… mereka rata-ratanya tak puas hati dengan privileges yang diberikan oleh kerajaan kepada bumiputera terutamanya Melayu. Memang dilemma juga bila fikirkan perkara ini, benda yang complicated. Chinese (dan bangsa lain) akan cakap kenapa Melayu perlu dapat pelbagai keistimewaan, sedangkan bangsa lain juga bersama-sama memakmurkan negara, mereka juga purely Malaysian, bukannya pendatang. Melayu pula akan kata, ini tanah kami… kami penduduk asal sini, omputih yang bawa masuk bangsa lain dan meletakan syarat kemerdekaan dengan pemberian hak warganegara kepada bangsa-bangsa lain… so, as penduduk asal… empunya tanah, surely tak banyak, sikit ada benda yang kami nak lebih… the argument akan berterusan sampai bila-bila. Mungkin aku ada benda nak tambah sikit, terutamanya kepada member Chinese… kenapa, mostly dalam syarikat swasta yang ownernya adalah Chinese tangga gaji untuk Melayu dan Chinese tidak sama? Its true fact… same level as engineer tapi gaji berbeza. Aku dulu boleh terima perkara ini, sebab aku tahu life style Chinese dan Malays community berbeza… contoh, TASKA Melayu charge jaga anak umur 3 tahun lebih kurang 2 ratus… sedangkan Chinese TASKA akan caj 3-4 hundreds, same goes dalam urusan perkahwinan, celebrate festival dan lain-lain perihal kehidupan… Memang masyarakat Cina berbelanja lebih besar dari masyarakat Melayu. Jadi, jangan dok gaduh pasal hak dan kesamarataan… because memang impossible ianya boleh berlaku. Semua orang mahukan terbaik untuk bangsa dan agama masing-masing… dan kita sebagai manusia tidak akan puas hati dengan apa yang kita dah dapat atau ada.
Parti Berasaskan Bangsa dan Agama
Ramai beranggapan racism wujud dalam politik Malaysia sebab kita membenarkan parti politik berasaskan agama dan bangsa wujud. Dengan beraninya aku akui dan setuju dengan sebahagian daripada perkara ini… aku pun setuju kalau ianya diubah. Aku sayangkan Parti Islam Semalaysia, PAS… aku kagum dengan tokoh-tokoh dan majority ahli serta penyokong mereka. Namun, aku rasa sudah sampai masanya peraturan yang melarang agama dijadikan sebagai nama rasmi parti politik dikuatkuasakan. Do not get me wrong!... aku bukan suruh asingkan agama dan politik… berdosa besarlah aku sekiranya aku berfahaman sebegitu. Aku cuma rasa agama in particularly agama Islam sangat besar sehingga melepasi batas politik. Agama Islam sepatutnya diperjuangkan didalam dan diluar parti politik tetapi tidak perlu dijadikan nama rasmi. Ini bukan sahaja bagi menjaga kesucian agama Islam agar tidak dipermainkan oleh pelbagai pihak, ianya juga amat penting bagi mengelakkan salah faham serta kekeliruan. Bayangkan, in the future kalau ada pihak nak buat Parti Budha Malaysia, Parti Hindu, Parti Singh dan seterusnya… what will happen to our political landscape? Ianya akan jadi a religious battle pula, adakah ianya sihat? Sedangkan masalah perpaduan bangsa pun jenuh nak disetelkan, apatah lagi masalah agama. Bagi kita orang islam pula, we can refer to cara pemerintahan junjungan besar kita Nabi Muhammad, aku tak penah dengar pasal parti politik Islam atau pembahagian kawasan dan kuasa mengikut agama yang dianuti oleh penduduk sesuatu kawasan. Tetapi, yes… dalam Piagam Madinah contohnya… perihal bangsa dititikberatkan… Setiap ‘bangsa’ digariskan tatacara perpaduan dan kerjasamanya dalam 47 Fasal Piagam Madinah yang dicipta oleh Nabi Muhammad kita. So, aku rasa parti politik ke’bangsa’an boleh dikekalkan, tetapi tidak yang berlandaskan agama. Perjuangan memartabatkan agama Islam dibuat dari dalam parti, contohnya… Parti UMNO sendiri dalam Fasal 3.3 dengan jelas menyatakan ‘3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.’ Bukanlah maksudnya aku suruh PAS bubar parti dan masuk UMNO ramai-ramai, but maybe PAS should change their name and continue what they doing right now… no problem. Impian aku, satu hari nanti dalam semua parti (tak kiralah yang berasaskan bangsa atau tak), akan ada ulama yang menjadi pemimpin… imagine dalam parti PKR, UMNO, Gerakan, MIC, MCA, even DAP… ada ulama (ustaz, pakar agama Islam) yang dipilih memegang jawatan… bukankah itu lebih memartabatkan agama Islam namanya?..Setiap parti tersebut akan ada majlis syura mereka sendiri... tidak mustahil, kalau keindahan Islam itu boleh diterapkan dalam semua parti ianya memang boleh dilaksanakan... Wallahua’lam…
PAS + UMNO
Perpaduan Melayu Islam memang dah jadi perbincangan hangat dari dulu lagi… ramai percaya jalan terbaik adalah dengan PAS bergabung dengan UMNO.
Aku tidak setuju lansung dengan idea ini. Pada aku ini adalah solution jangka pendek yang dicetuskan oleh manusia yang malas nak memerah otak. Aku lebih suka, if PAS nak pull-out dari PR.. they join BN as another component parti. Sebabnya mudah sahaja, kalau PAS merge dengan UMNO, their voice in BN will become one… tapi kalau PAS diterima sebagai komponen parti dalam BN, Melayu akan ada dua pihak yang kuat dalam BN. Pemberian jawatan dalam parti, jawatan dalam kerajaan, pengagihan seat masa pilihanraya akan lebih banyak kepada Melayu dengan cara ini compare to PAS+UMNO and become ONE component party of BN. Kepada PAS pula, even if PR menang PRU dan buat kerajaan persekutuan… adakah mereka can simply apply Islamic law secara mendadak? Adakah rakan PKR dan terutamanya DAP akan setuju? Suara-suara before PRU dengan jelas menunjukan tiada persetujuan itu… Jadi maybe.. just maybe dengan duduk dalam BN dan have some says in government decision, lebih mudah PAS nak moving towards implementing Islamic law di Malaysia. Maybe not in total secara tiba-tiba, start dengan sector kewangan dulu ke contohnya… then, dapatkan portfolio untuk jaga mahkamah syariah… mulakan laksana hukum hudud secara perlahan-lahan di mahkamah syariah bagi kes jenayah yang berada dibawah kuasa mahkamah syariah… dan slowly (but surely) move sedikit-sedikit… biar semua rakyat faham betul-betul hukum Allah ini untuk digunapakai secara menyeluruh. Aku rasa dengan situasi pembahagian kuasa dalam parti politik sekarang it is much easier for PAS to do it within BN compare to with PR. Dalam BN, UMNO still masih terkuat compare to dalam PR yang hampir sama rata if not DAP the strongest. So, if PAS with their power and experience masuk BN, suara Melayu dan pentingnya Islam akan lebih kuat dalam BN surely.
Itu sahaja.
Enough about politic… tak perlulah bersorak gembira atau jadi sore loser. Syukurilah kemenangan dan terima lah kekalahan, kepada rakan Islam… kita kena percaya kepada planning Allah adalah yang terbaik. Sekarang adalah masanya kita bersatu (tak kiralah as Melayu, as Muslim or as Malaysian)… yang penting kena bersatu dan move forward.
1 comment:
ko mmg dapat menterjemahkan apa yg dalam fikiran aku. cuma satu je sampai sekarang yang aku tak setuju.
mungkin betul cakap ko, kalau PAS jd component BN pun mudah untuk PAS moving foward. Tapi masalahnya sekarang, BN terang2 menolak hukum Islam. Mungkin bukan semua tapi kepimpinan tertinggi semuanya menolak. Sebab tu aku tetap lagi bersetuju kalo PAS bersama DAP je.
Post a Comment