Monday, May 13

Pasca PRU 13


Dah selesai pilihanraya umum…. Ada yang gembira sebab pihak yang mereka sokong menang, tak kurang juga yang masih sentap dan bermurung sebab kalah atau tak puas hati dengan keputusan.

Ada beberapa benda yang aku nak komen…

Adakah Sistem Demokrasi Adalah Terbaik?

Lebih tepat lagi sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Antara carta pie yang paling popular lepas PRU 13 adalah carta pie ini…


Undi popular atau lebih tepat lagi jumlah keseluruhan undi menunjukan majority rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat dan bukannya Barisan Nasional. Ini dengan jelas menampakan kelemahan (or some says, kecantikan) sistem demokrasi. Memang Nampak tak adil, dimana pada hakikatnya majority rakyat Malaysia memilih pihak lain sebagai kerajaan sebenarnya. Ini kerana, kalau kita kaji lagi… memang ahli parlimen bukanlah mewakili ‘manusia’ tetapi merangkumi ‘kawasan’ iaitu termasuk semua benda yang hidup atau tidak didalam kawasan parlimen yang dia wakili. Kita ambil contoh paling mudah, Parlimen Putrajaya… hanya 8 ribu lebih sahaja manusia memilih Tengku Nan… sedangkan, di Seputeh YB Teresa Kok menang dengan majority lebih dari 50 ribu. Tapi di dewan rakyat, both ahli parlimen akan represent 1 seat setiap satu sahaja. Ini kerana, saiz Seputeh dan Putrajaya hampir sama, bermaksud Tengku Nan perlu jaga 13 ribu lebih manusia di Putrajaya tetapi ada banyak lagi benda lain yang perlu dijaga oleh beliau… bunyi macam kelakar, tapi itulah hakikatnya sistem demokrasi yang kita amalkan. Nak ubah sistem demokrasi kepada sistem lain? Bukan senang, dan aku tak nampak possibility ianya boleh dilakukan pun… so, we have to deal with it saje lah…


Chinese Tsunami
Najib masa winning press conference (bukan winning speech), dengan confidentnya menyatakan faktor yang menyumbang kepada kekurangan seats yang BN menang adalah sebab Chinese Tsunami. From his early analysis, Chinese mengamalkan konsep ABCD. Dulu masa PRU 12 ada konsep ABU, iaitu Asal Bukan UMNO. But this time, ABCD lebih menyerlah… iaitu Asal Bukan Cap Dacing. Memang ketara terutamanya di kawasan pengundi majority Chinese calon-calon BN kalah atau even menang pun dengan smaller majority. Ramai tidak faham kenapa, even Utusan the very next day question, Apa Lagi Orang Cina Mahu? 
Sehinggakan ada police report dibuat dek kerana front page news yang berbaur perkauman itu. Pada aku Chinese not really voted-out BN sebab racist (even though aku masih percaya Malaysia memang a very racist country, read here: Silent Racist and here: Respon to Silent Racist)… Tapi mereka lebih kepada nak UBAH. Pada mereka PR with DAP inside merupakan escape route untuk lari dari apa yang mereka faham sebagai ‘ketidakadilan’ yang mereka alami selama ini. It is a very big issue, melangkaui sempadan politik itu sendiri. Ketidakpuasan hati Chinese community ini memang membimbangkan… mereka rata-ratanya tak puas hati dengan privileges yang diberikan oleh kerajaan kepada bumiputera terutamanya Melayu. Memang dilemma juga bila fikirkan perkara ini, benda yang complicated. Chinese (dan bangsa lain) akan cakap kenapa Melayu perlu dapat pelbagai keistimewaan, sedangkan bangsa lain juga bersama-sama memakmurkan negara, mereka juga purely Malaysian, bukannya pendatang. Melayu pula akan kata, ini tanah kami… kami penduduk asal sini, omputih yang bawa masuk bangsa lain dan meletakan syarat kemerdekaan dengan pemberian hak warganegara kepada bangsa-bangsa lain… so, as penduduk asal… empunya tanah, surely tak banyak, sikit ada benda yang kami nak lebih… the argument akan berterusan sampai bila-bila. Mungkin aku ada benda nak tambah sikit, terutamanya kepada member Chinese… kenapa, mostly dalam syarikat swasta yang ownernya adalah Chinese tangga gaji untuk Melayu dan Chinese tidak sama? Its true fact… same level as engineer tapi gaji berbeza. Aku dulu boleh terima perkara ini, sebab aku tahu life style Chinese dan Malays community berbeza… contoh, TASKA Melayu charge jaga anak umur 3 tahun lebih kurang 2 ratus… sedangkan Chinese TASKA akan caj 3-4 hundreds, same goes dalam urusan perkahwinan, celebrate festival dan lain-lain perihal kehidupan… Memang masyarakat Cina berbelanja lebih besar dari masyarakat Melayu. Jadi, jangan dok gaduh pasal hak dan kesamarataan… because memang impossible ianya boleh berlaku. Semua orang mahukan terbaik untuk bangsa dan agama masing-masing… dan kita sebagai manusia tidak akan puas hati dengan apa yang kita dah dapat atau ada.


Parti Berasaskan Bangsa dan Agama
Ramai beranggapan racism wujud dalam politik Malaysia sebab kita membenarkan parti politik berasaskan agama dan bangsa wujud. Dengan beraninya aku akui dan setuju dengan sebahagian daripada perkara ini… aku pun setuju kalau ianya diubah. Aku sayangkan Parti Islam Semalaysia, PAS… aku kagum dengan tokoh-tokoh dan majority ahli serta penyokong mereka. Namun, aku rasa sudah sampai masanya peraturan yang melarang agama dijadikan sebagai nama rasmi parti politik dikuatkuasakan. Do not get me wrong!... aku bukan suruh asingkan agama dan politik… berdosa besarlah aku sekiranya aku berfahaman sebegitu. Aku cuma rasa agama in particularly agama Islam sangat besar sehingga melepasi batas politik. Agama Islam sepatutnya diperjuangkan didalam dan diluar parti politik tetapi tidak perlu dijadikan nama rasmi. Ini bukan sahaja bagi menjaga kesucian agama Islam agar tidak dipermainkan oleh pelbagai pihak, ianya juga amat penting bagi mengelakkan salah faham serta kekeliruan. Bayangkan, in the future kalau ada pihak nak buat Parti Budha Malaysia, Parti Hindu, Parti Singh dan seterusnya… what will happen to our political landscape? Ianya akan jadi a religious battle pula, adakah ianya sihat? Sedangkan masalah perpaduan bangsa pun jenuh nak disetelkan, apatah lagi masalah agama. Bagi kita orang islam pula, we can refer to cara pemerintahan junjungan besar kita Nabi Muhammad, aku tak penah dengar pasal parti politik Islam atau pembahagian kawasan dan kuasa mengikut agama yang dianuti oleh penduduk sesuatu kawasan. Tetapi, yes… dalam Piagam Madinah contohnya… perihal bangsa dititikberatkan… Setiap ‘bangsa’ digariskan tatacara perpaduan dan kerjasamanya dalam 47 Fasal Piagam Madinah yang dicipta oleh Nabi Muhammad kita. So, aku rasa parti politik ke’bangsa’an boleh dikekalkan, tetapi tidak yang berlandaskan agama. Perjuangan memartabatkan agama Islam dibuat dari dalam parti, contohnya… Parti UMNO sendiri dalam Fasal 3.3 dengan jelas menyatakan ‘3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.’ Bukanlah maksudnya aku suruh PAS bubar parti dan masuk UMNO ramai-ramai, but maybe PAS should change their name and continue what they doing right now… no problem. Impian aku, satu hari nanti dalam semua parti (tak kiralah yang berasaskan bangsa atau tak), akan ada ulama yang menjadi pemimpin… imagine dalam parti PKR, UMNO, Gerakan, MIC, MCA, even DAP… ada ulama (ustaz, pakar agama Islam) yang dipilih memegang jawatan… bukankah itu lebih memartabatkan agama Islam namanya?..Setiap parti tersebut akan ada majlis syura mereka sendiri... tidak mustahil, kalau keindahan Islam itu boleh diterapkan dalam semua parti ianya memang boleh dilaksanakan... Wallahua’lam…


PAS + UMNO
Perpaduan Melayu Islam memang dah jadi perbincangan hangat dari dulu lagi… ramai percaya jalan terbaik adalah dengan PAS bergabung dengan UMNO. 


Aku tidak setuju lansung dengan idea ini. Pada aku ini adalah solution jangka pendek yang dicetuskan oleh manusia yang malas nak memerah otak. Aku lebih suka, if PAS nak pull-out dari PR.. they join BN as another component parti. Sebabnya mudah sahaja, kalau PAS merge dengan UMNO, their voice in BN will become one… tapi kalau PAS diterima sebagai komponen parti dalam BN, Melayu akan ada dua pihak yang kuat dalam BN. Pemberian jawatan dalam parti, jawatan dalam kerajaan, pengagihan seat masa pilihanraya akan lebih banyak kepada Melayu dengan cara ini compare to PAS+UMNO and become ONE component party of BN. Kepada PAS pula, even if PR menang PRU dan buat kerajaan persekutuan… adakah mereka can simply apply Islamic law secara mendadak? Adakah rakan PKR dan terutamanya DAP akan setuju? Suara-suara before PRU dengan jelas menunjukan tiada persetujuan itu… Jadi maybe.. just maybe dengan duduk dalam BN dan have some says in government decision, lebih mudah PAS nak moving towards implementing Islamic law di Malaysia. Maybe not in total secara tiba-tiba, start dengan sector kewangan dulu ke contohnya… then, dapatkan portfolio untuk jaga mahkamah syariah… mulakan laksana hukum hudud secara perlahan-lahan di mahkamah syariah bagi kes jenayah yang berada dibawah kuasa mahkamah syariah… dan slowly (but surely) move sedikit-sedikit… biar semua rakyat faham betul-betul hukum Allah ini untuk digunapakai secara menyeluruh. Aku rasa dengan situasi pembahagian kuasa dalam parti politik sekarang it is much easier for PAS to do it within BN compare to with PR. Dalam BN, UMNO still masih terkuat compare to dalam PR yang hampir sama rata if not DAP the strongest. So, if PAS with their power and experience masuk BN, suara Melayu dan pentingnya Islam akan lebih kuat dalam BN surely.


Itu sahaja. 

Enough about politic… tak perlulah bersorak gembira atau jadi sore loser. Syukurilah kemenangan dan terima lah kekalahan, kepada rakan Islam… kita kena percaya kepada planning Allah adalah yang terbaik. Sekarang adalah masanya kita bersatu (tak kiralah as Melayu, as Muslim or as Malaysian)… yang penting kena bersatu dan move forward. 

Friday, May 3

Selamat Mengundi... INI KALILAH...!


Macam baru je habis PRU 12… dah masuk pilihanraya baru. Masa 2008 dulu aku memang rajin mengupdate blog, lepas kerja sampai malam aku dok di office baca semua perkembangan politik dan menulis. Tapi kali ni aku tidak lagi seaktif dulu… blog ni pun dah ibarat hidup segan tapi tak mahu-mahu mati… Hahahaah! Yelah, masa 2008 memang blog adalah sumber utama untuk dapat berita, untuk berdiskus, untuk mengutuk, memuji dan sebagainya… tapi dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi sekarang dah berlambak platform lain yang lebih mudah dan pantas.

Ramai percaya pilihanraya kali ini antara yang paling sengit, aku pun tak boleh elak untuk mempercayai keadaan itu. Tapi tak kurang juga yang masih percaya BN akan menang mudah dengan bersandarkan teori penyokong PR sememangnya vocal dan agresif berbanding penyokong BN yang lebih senyap dan low-profile. 

Tidak banyak perbezaan sentiment yang dimainkan oleh kedua-dua pihak pada PRU kali ini dengan PRU sebelum-sebelumnya. Pakatan Rakyat masih lagi mengatakan kerajaan terdahulu, yang dah memerintah selama 55 tahun penuh dengan segala jenis keburukan, kejahatan dan ketidakadilan. Dan Barisan Nasional pula tetap dengan modal yang sama… iaitu menyatakan keadaan sekarang sememangnya adalah yang terbaik yang boleh dicapai oleh Malaysia dan menyatakan risikonya jika rakyat mengubah kerajaan dengan Pakatan Rakyat yang tiada pengalaman, tiada pengetahuan dan sebagainya. Cuma kelebihan sedikit kepada PR kali ini, mereka mempunyai 4 negeri yang telah diperintah selama 5 tahun untuk dijadikan sampel ‘kejayaan’ mereka. Since tak banyak perbezaan, so kalau nak baca pendapat aku on some of the issues, just search lah posting pada tahun 2008.....


Pembubaran Parlimen Lewat
Salah satu indicator kekuatan PR dan ketakutan BN kononya adalah kerana kelewatan Najib membubarkan parlimen. Tapi pada aku ianya tidak tepat, kerana hakikatnya Najib bukanlah PM semasa PRU 12, beliau hanya mengambil baton yang dipasskan oleh Pak Lah pada 3 April 2009… kira-kira 4 tahun yang lalu. Senario ini sama seperti ayahanda beliau yang drag PRU 1974 sehingga bulan Ogos, iaitu parlimen dibubarkan selepas 5 tahun 3 bulan PRU pada 1969, walaupun sebenarnya pada masa itu parlimen tidak bersidang selama hampir dua tahun ekoran kekecohan yang melanda Malaysia. Ayahanda Najib, Tun Razak pada masa itu mengambil tampok pemerintahan daripada Tunku Abdul Rahman pada September 1970, selepas 4 tahun baru beliau adakan PRU. Sememangnya sejarah berulang kepada anak beliau pula. So, kelewatan pembubaran parlimen bukanlah petunjuk apa-apa… 


INI KALI KAH?

Memang berdebar nak tunggu pengumuman PRU pada malam 5 Mei nanti… since both parties confident mereka boleh menang. Personally, aku harap Pakatan Rakyat akan menang sebanyak mungkin kerusi parlimen… pada masa yang sama biarlah Barisan Nasional menang di beberapa negeri. Bukahlah aku suka sangat dengan Pakatan Rakyat atau benci sangat dengan Barisan Nasional tapi lebih kepada inginkan perubahan. Cuma masih ada beberapa perkara yang merisaukan aku seandainya Pakatan Rakyat menang…

Akan Berlakukah Rusuhan?
Rusuhan samaada penyokong BN yang mengamok sebab tak puas hati kalah atau penyokong PR yang terlalu gembira, angkuh dan mencetuskan provokasi. Lebih kurang sama macam PRU 1969. Tapi, sebagai rakyat Malaysia, kita kena percaya dengan pihak berkuasa kita. Rusuhan macamana pun confirm mereka boleh handle. So, INIKALILAH….


DAP Control Putrajaya?
Sebelum penamaan calon, ramai juga yang berdebar menantikan berapa banyak kerusi parlimen yang DAP boleh dapat. Bukan nak bias atau apa, memang ramai Melayu yang takut dengan DAP sekiranya mereka berkuasa, takyah citer la sebab apa. Mungkin ketakutan tu tak bertempat, mungkin MCA lagi ‘nakal’ dari DAP… taktau lah. Tapi since DAP dapat 51 seats je, even mereka menang semua pun (walaupun mustahil) mereka takde la berkuasa sangat… Lagipun melihatkan ketegasan PAS didalam meletakan calon sehingga sanggup bertindih di 7 kerusi, menunjukkan mereka bukanlah kuda tungangan semata-mata dalam pakatan tersebut. So, INIKALILAH….


Anwar Ibrahim Jahat?
Jahat disini membawa banyak maksud. Kalau aku percaya semua propaganda yang dimainkan oleh BN atau rakan-rakan mereka… memang aku percaya yang Anwar ni…. Gay, agent Yahudi, bapa segala kronisme dan nepotisme, pernah songlap duit negara masa jadi finance minister dan macam-macam perkara buruk lagi. Secara peribadi pula aku juga percaya Anwar bukanlah pejuang Melayu yang tulen, kerana pejuang atau perwira Melayu tulen akan setia dan taat kepada ketua. Sedangkan, Anwar sebelum pemecatan beliau dulu.. beliau tidak taat kepada perintah PM ketika itu untuk berundur dengan terhormat. Pelantikan TPM dan jawatan menteri adalah kuasa PM (lepas perkenan agong), so dia patutnya redha bila PM ‘minta balik’ jawatan tu… Kalau betul Mahathir nak songlap duit negara untuk selamatkan kroni pada masa itu, dia tak perlu pun restu Anwar… dia boleh tukarkan portfolio Anwar dan lantik diri sendiri jadi menteri kewangan… hakikatnya Anwar memang nak lawan Mahathir didalam UMNO, didalam kerajaan dan didalam urusan ‘penyelewangan harta kerajaan’. Tapi… selepas banyak dugaan dan cabaran bertahun-tahun, aku harap Anwar dah insaf… Lagipun, aku rasa daripada aku kaji benda yang tidak pasti.. benda yang samar-samar dan banyak sangat agakkan, lebih baik aku tengok semua ketidakpatutan yang BN buat yang terang-terangan depan biji mata. To be safe, mungkin aku ada sedikit harapan yang mana Anwar kalah di Permatang Pauh dan pemimpin PAS jadi PM.... insyallah....So, INIKALILAH….


Campurtangan Kuasa Asing?
Memang mencurigakan juga kalau kita lihat perbelanjaan PR pada PRU kali ini. Mereka start berkempen away early than BN, maksud aku kempen fisikal yang turun berceramah. Semuanya Nampak tersusun dan sistematik. Dengan online advertisement samaada secara direct atau terselindung....Ianya memang memerlukan perbelanjaan yang besar, jadi persoalannya.. siapa yang bagi duit? Tidak mungkin semata-mata dengan kutipan derma sahaja mereka mampu kumpul berjuta… even maybe cecah ratusan juta ringgit. Aku tak dapat nak sedapkan hati dengan abaikan persoalan ini… tak boleh nak assume pelabur yang bagi duit tak mahu apa-apa return of the investment… Cuma aku harap barisan kepimpinan PR sekiranya mereka berkuasa pandai lah nak pusing ikut celah mana untuk memuaskan hati pihak pelabur tersebut. Kalau diikutkan, kalau dalam meniaga memang ramai yang kata lebih baik pakai duit orang lain daripada guna duit sendiri (as BN habiskan duit kerajaan untuk berkempen)… So, INIKALILAH….

Aku malas nak sentuh pasal manifesto… since pada aku both manisfesto menjanjikan benda yang baik…. Samada mereka boleh tunai ke tidak… sama je, tidak mungkin kedua-dua pihak boleh tunai 100% apa yang mereka janji… mesti ada slack sana sini… 

Aku juga tak cerita pasal agama… aku bukan arif bab agama pun. Kawan-kawan muslim aku rata-rata lagi pandai daripada aku… masing-masing dah buat research sendiri kaedah pemilihan pemimpin dari sudut pandangan Islam… so, jom applykan. 

Aku harap kawan-kawan, rakan pejabat, saudara mara aku yang sokong BN sekiranya membaca posting ini tidak akan marah atau pandang lain kepada aku… sememangnya aku sama seperti ramai rakyat Malaysia… berterima kasih kepada kerajaan terdahulu dengan segala keringat dan usaha mereka memakmurkan negara… Cuma pada aku, kerosakan yang ada (semua orang percaya ada kerosakan, kan?) sudah beyond repair… so, kena ganti baru… itu sahaja.. sedangkan korang percaya ianya tidak seteruk mana sehinggakan perlu gamble tukar kerajaan. Itu sahaja perbezaan pendapat kita… tak lari jauh pun kan? Kalau its become worse semasa pemerintahan PR (if they win)… kita tukar lah balik pada PRU 14…. 

Aku juga nak minta maaf kepada semua sahabat-sahabat sekiranya semasa tempoh bersembang… berdiskusi… bertengkar…perli memerli… aku ada mengguris perasaan sesiapa… Mostly aku anggap gurauan kawan-kawan sahaja… tak lebih dari itu… Memang kadang kala dan ada tempatnya aku berlakon macam support BN.. ada masa aku macam support PR.... Hahahah! sajer seronok-seronok... hakikatnya... dari dulu aku memang sokong Barisan Alternatif... antara sebab utama adalah itu pesan arwah abah aku.... aku pegang sampai sekarang....

Akhir kata… kepada kawan Muslim… sebelum mengundi nanti jangan lupa minta petunjuk dari Allah… buat lah sembahyang apa yang patut… dan minta lah doa banyak-banyak. Since hakikatnya, politik Malaysia ni banyak sangat benda yang kabur… bila sampai satu berita kita pun confuse, fitnah ke betul ni….kita main agak-agak je. So, Allah yang maha mengetahui sahaja lah yang boleh bagi panduan… Wallahua’lam….

Selamat Mengundi!

Total Pageviews

. page counter