Tuesday, October 5

Perihal Kahwin 10/10/10

Seperti yang ramai tahu, next weekend memang banyak majlis perkahwinan diadakan. Sebab tarikh cantik tiga kali sepuluh dan kebetulan pulak jatuh hari Ahad. Then, baru je habis musim raya, so saki baki mood raya, mood makan free rumah terbuka, dan mood berjalan masih ada lagi. Just nice nak conclude holiday mood and recharge semangat untuk kembali bekerja.



Selebriti pun ramai kahwin tarikh tu, samaada akad nikah awal then just majlis hari Ahad or memang both ceremony dirancang pada hari yang sama. Again, aku sebagai blogger pemalas dan poyo busy, malas nak search and listkan artis-artis yang bakal kahwin next Sunday. Untung lah mereka yang kahwin hari tu, terutamanya si bakal suami, senang nak ingat anniversary perkahwinan. Confirm takde berlaku kes lupa beli hadiah atau isteri baling pinggan.


Aku pula nak buat beberapa conlusion base on scenario majlis perkahwinan pada hari Ahad, 10 Oktober 2010.


Untuk kita yang berumur lebih 20 tahun dan tidak merancang untuk berkahwin pada 10/10/10….



1. Anda Tidak Dapat Langsung Jemputan


Confirm something wrong dengan diri kau. Kau memang kera sumbang muhrim. Samaada kau nerd gila, blogger yang maintain 10 blogs, kaki computer game, kaki spam wall facebook kawan-kawan, maksudnya kau memang jenis yang tak suka berkawan ataupun worst kes kawan-kawan semua benci kat kau. Sila check dengan kawan-kawan lama, member-member sekolah dulu, member-member university, kiub sebelah kat pejabat, kalau-kalau ada yang buat majlis perkahwinan atau sedara mara mereka kahwin. Then, buat muka tak malu je minta diri anda dijemput. Kiranya kalau lunch pada hari Ahad ni kau tak dapat makan free memang hidup kau ada problem…



2. Anda Dapat More Than 10 Invitations


Please limitkan pergaulan kau. Dah tahap kronik dah kau ni. Kurang-kurangkan lah lepak dengan kawan-kawan. Bawa-bawalah layan anak bini/suami kat rumah, jengok orang tua kat kampung or melawat rumah adik beradik bukan time raya sahaja. Kau memang jenis yang disukai oleh ramai orang, aku nasihatkan next reality tv show kau masuk je. Tak kiralah nyanyian ke, tarian ke, kuda kepang ke hatta raja lawak sekali pun... masuk je, confirm kau akan menang or at least masuk final hanya dengan vote dari kawan-kawan sahaja.



3. Anda Dapat 2-3 Jemputan


Kau normal. Tahniah. (Hahaha... sebab aku dapat 3 jemputan).



Untuk pasangan pengantin yang nak ikat kasih pada 10/10/10....


1. Majlis Anda Crowded Tak Hingat


Tahniah! Walaupun ada beribu majlis perkahwinan lain satu Malaysia, di kampung kau sahaja confirm ada more than 5 majlis. Tapi still orang letak priority pada majlis kau. Dah selesai majlis, sila selidik kenapa majlis kau popular. Catering yang kau pilih memang famous ke atau kau anak politician (atau kau sendiri berkedudukan) yang orang lain nak menumpang tuah…. Atau mungkin jugak pasangan kau dulu ada ramai bekas kekasih, so semuanya datang nak tengok depan biji mata mereka sendiri yang pujaan mereka telah dikebas orang. Dah jumpa reason, try built on that reason dan kuatkan lagi pengaruh kau.



2. Majlis Anda Lengang


No problem. Bukan orang lain nak kahwin… kau yang nak kahwin, pedulikan semua benda lain. Yang pasti, kau sekarang dah boleh duduk sebumbung dengan kekasih hati dan membina hidup bersama.Sapa yang tak nak datang tu nasib diaorang lah. Nasi, lauk pauk kenduri yang tak habis, sedekah kat rumah anak yatim terdekat.


Kepada yang buat bisnes ada kena mengena dengan perkahwinan pula, macam catering, andaman, sewaan baju/pelamin, print kad, photography and so on… kalau sekarang ni kau tak dapat any order at all… bisnes kau memang menuju kemusnahan. Buat lah sesuatu… or kalau dah tak boleh jugak, beralih la ke bisnes lain.


Aku sendiri this Sunday insyallah akan pergi ke Pahang untuk majlis housemate merangkap member university aku dulu. Walaupun ketua penduduk kat apartment aku takan kahwinkan anak, then sepupu aku di kampong pun ada menjemput… tapi, kawan yang duduk serumah dengan aku hampir sepuluh tahun patut didahulukan.


Since bercakap pasal perkahwinan, yesterday adalah anniversary perkahwinan aku yang kedua. Thanks to kawan-kawan yang ucap selamat di Facebook. Baru tahun kedua, perjalanan masih jauh… wish me all the best.


Gambar tengah malam, wife bake surprise kek. Hahaha...

3 comments:

zacky786 said...

whoaa..~ hpy family.. :)

Youjie said...

moga bahagia! awk inspirasi sy utk menulis blog dari sy 1st year taw.....all da best dgn baby n hunny :P

Mr. Right said...

Thanks.

Ala, blog ni pun aku dah makin jarang diupdate. Sebulan sekali pun payah. Wat to do, keja aku sekrang tak serelaks dulu.

Total Pageviews

. page counter