Thursday, December 17

Malaysia Menang Emas Bolasepak Sukan Sea!


Hahahahahhaa......


Puasnya rasa hati... gila-gila puas. Akhirnya, selepas 20 tahun... kita menang pingat emas bolasepak Sukan Sea.

Tak kisah lah coverage Sea Games Loas 2009 macam sial. Mahal sangat kot TV rights.

- Banyak atlet pilihan tak menang pingat emas...takpe.

- Olahraga pencapaian paling teruk...tak kisah.

- Badminton (terutamanya lelaki) tak perform... biar lah.

- Sepak takraw kena ayam je, ok lah, budak-budak lagi.


Yang penting bolasepak kita menang....!


Esok aku umumkan Malaysia cuti!

Next target Piala AFC / Piala Tiger. Sukan SEA hanya untuk bawah 23 tahun. Tak perlu bagi habuan banyak-banyak kepada player sukan SEA, nanti mereka lupa diri. Cukuplah sekadar bagi kapal terbang SUKHOI seorang sebiji, coach and team manager boleh share kapal selam. Hahahaha...


Both pics from Thestar online

Tahniah Rajagopal dan anak-anak buah.

Confirm gol kemenangan ini akan diulang tayang beribu kali di semua stesen TV, berbulan-bulan... mungkin juga bertahun-tahun.



Sempena maal hijrah hari ini... harapnya bolasepak kita juga akan berhijrah kearah yang lebih baik.

Salam Maal Hijrah 1431

10 comments:

Anonymous said...

ahaaa...aku pun rase bangge giler..keep it up!

Anonymous said...

Bro, dah percaya ke dengan team malaysia?

teek said...

eventhough goal deflection, menang tetap menang.

p/s: bersempena kemenangan ni, M'sia cuti 3 hari! aku terharu..
p/p/s: aku rasa olahraga taklah teruk mana. but i understand, ko nak sensationalized the entry :P

ronny said...

yeah...Malaysia boleh!!!

snf said...

thumbs up!!

neewa said...

last menang mse aku darjah 6 tu....BANGGA SGTTT...aku hnya tgok dh sparuh mse kdua...hahaha...x minat sgt still bangga with malaysia team

Ab Razak Hj Ahmad said...

Tahniah Malaysia... Lepas ni Rajagopal akan dapat pingat Dato'....

kadri azmi said...

"akan diulang tayang beribu kali di semua stesen TV, berbulan-bulan... mungkin juga bertahun-tahun". << dah tentu kompem punye..

Anonymous said...

Dood... ko selidik kes ilang enjin jet plak.. cam best je aku nak baca.. tolong ekk.. aku malas nak carik kat site lain.. ko punyer idea ngan penerangan tu.. boleh la aku nak baca.. tak belit2...

Mr. Right said...

ano1,
Bangga, jgn tak bangga.

ano2,
Dah percaya sikit2.

teek,
Sensasi ke entri ni? Hehehe...

ronny,
Boleh...boleh.

snf,
double thumbs up.

neewa,
Yelah, last menang Zainal Abidin ngn Dollah main... lama tu.

Ab Razak,
Tunggu tua sikit ahh baru bagi Dato', kesian wartawan dan pengulas sukan.

infraklia,
Tapi skrg dah tak nampak sgt, maybe nanti2 kot, diulang balik.

ano3,
Aku tak sempat nak selidik la. Ko ingat aku CSI ke? Haha... Lagipun aku takut kena masuk ISA.

Total Pageviews

. page counter