Monday, November 23

10 Jenis Pekerja Yang Menjengkelkan Aku

Menjengkel or mengjengkel? Apa-apa pun, aku nak cuba listkan jenis-jenis pekerja yang aku menyampah, annoy me, pain in the neck…

Creatively kononnya, aku nak samakan pekerja-pekerja ini dengan martial arts or pengamal martial arts. For the records, aku terfikir benda ni masa atas flight ke Kuching last Saturday… Aku dengan penuh bersungguhnya terus on handphone dan save satu persatu… Hahaha…


1. Taichi
Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department…etc.


2. Boxing
Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap telefon pun dia akan melatah.


3. Silat Pulut
Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya, macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah.


4. Samurai dan Cowboy
Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works.


5. Kungfu Bruce Lee
Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution.


6. Ninja
Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular.


7. Rambo
Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan.


8. Kungfu Jackie Chan
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serious.


9. Street Fighter
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.


10. WWE Wrestling
Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik. Aku referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know, semuanya lakonan semata-mata.


So, please analyze yourself, you fall in which category… Aku rasa aku sendiri jatuh dalam kategori nombor 1, 6, dan 10… Hahaha…Maksudnya kadang-kadang aku sendiri annoy with myself. True… and I don’t think nothing wrong with that, kan?

Please do not take this article seriously, nanti ada pula pengamal martial arts marah aku sebab fakta aku tidak tepat or tersinggung dengan gurauan ini.

Monday, November 16

Isu Penahanan Dr. Asri oleh JAIS

Fuh..! aku dengan penuh confidentnya nak ulas isu sensitive ini. Aku fikir banyak kali juga sebelum menggatalkan tangan membebel pasal isu ini. Tapi fikir punya fikir… I don’t think now is the best time for me to chicken-out untuk tulis blog. Dulu-dulu, selamber badak je aku komen segala isu… kenapa sekarang perlu fikir banyak kali pulak.

Sebelum itu, suka aku nak ingatkan please understand ini isu sensitive. So, kalau nak komen tolong komen secara bijak. Kalau tak confident kau boleh jadi bijak even for few minutes semasa nak tinggalkan komen, tidak perlu lah komen. Aku rela artikel ni komennya kosong daripada terpaksa layan komen-komen yang bahaya.

So, here we go…

For the record, tidak semua buah fikiran dalam ni aku tulis ikut suka hati aku sendiri. Aku sembang dengan ramai juga ustaz-ustaz dan beberapa pemikir yang aku respect before aku pandai-pandai campur adukkan dengan kepala otak aku. To my non-muslim friends, sorry… article ni kemungkinan besar membosankan korang. Come back few days time, mungkin ada article baru dari aku.

Tidak perlu la introduction kot, selagi nama umat Islam di Malaysia, yang tahu membaca, mesti tahu kisah penahanan bekas mufti Perlis, Dr. Asri oleh JAIS few weeks ago (obvious gila malas nak search dapatkan exact date) semasa berceramah di banglo area Selangor. JAIS tahan beliau sebab buat ceramah agama tanpa tauliah.

Isu di sini sebenarnya bukan soal tauliah, tauliah jadi guru agama dikeluarkan oleh banyak pihak. Kerajaan negeri, university, federal government’s agencies…sekolah pondok and so on. There must be other reason why JAIS took that drastic action against Dr. Asri. Dr. Asri bukan kecil-kecil anak, seorang pensyarah yang dipinjamkan ke Kerajaan Perlis untuk jadi Mufti. Ada rancangan TV sendiri… kalau tak salah even dah merakamkan lagu nasyid or sajak-sajak… beliau ada website yang dijaga rapi oleh beliau dan rakan-rakan. So, it is a risky move by JAIS menahan beliau, even though rasanya tuduhan terhadap beliau akan digugurkan nanti.

Kenapa JAIS ‘terpaksa’ tahan beliau? JAIS sedar dengan tahan beliau, siap panggil media, keluar gambar front page newspaper, pastinya memberi publisiti meluas kepada beliau. Ramai percaya, Dr. Asri sekarang berada di puncak popularity… mengalahkan ramai artis-artis class B dan C. Beliau mendapat sokongan dari ramai orang termasuk golongan VIP dan VVIP.

For me… AKU SETUJU DENGAN JAIS.

Meminjam kata-kata imam surau perumahan aku....
“Isunya bukan yang mana salah, yang mana betul…. Isunya adalah perpaduan dan perpecahan umat Islam…“
Tidak kiralah apa fahaman, apa ajaran yang Dr. Asri amal dan cuba sampaikan. Wahabi ke, salafi ke, syiah ke… nobody really sure apa fahaman dia. Dia pun tidak pula rajin nak declare betul-betul. Hakikatnya lain-lain amalan yang bukan As-sunnah wal jama’ah dan tidak sama dengan mazhab syafie’ yang majority umat islam Malaysia amalkan harus dibendung penyebarannya di Malaysia. Again, isunya bukan salah-betul. Semua amalan itu betul, benar, dan mempunyai keistimewaan masing-masing… kita biar Allah yang putuskan which one better than the other, if such rank exist.

Amalan seperti tiada bacaan Qunut semasa sembahyang subuh, tiada wirid berjemaah selepas sembahyang berimam, tidak amalkan sunat bacaan surah Yassin malam Jumaat dan beberapa perbezaan lain tidak harus diperbesar-besarkan.

Logiknya… kenapa pengamal ajaran mazhab lain contohnya, perlu larang pengamal mazhab Syafie’ nak membaca Qunut dalam sembahyang subuh? Maksud doa Qunut semuanya elok-elok belaka… meminta petunjuk dan pengampunan daripada Allah. Memang baik rasanya dimulakan hari kita dengan meminta petunjuk dan pengampunan dosa-dosa semalam, kan? Lebih afdal rasanya semua umat Islam bersatu dan menentang musah-musuh Islam…. menentang maksiat… menentang kemungkaran… daripada kita sibuk bergaduh sesama sendiri. Pernah diriwayatkan, imam syafie sendiri pernah sembahyang subuh berjemaah dan tidak membaca doa qunut berana beliau berada di kawasan mazhab lain.

Penentangan terhadap ajaran Wahabi (ramai assume Dr. Asri pengamal Wahabi), bukanlah perkara baru. Dari dulu... berpuluh tahun dulu lagi dah keluar isu ini. Sehingga ramai percaya golongan Ahbash yang dimulakan di Lubnan telah menular masuk ke Malaysia. Benar atau tidak, wallahua’lam. Golongan Ahbash memang anti pengamal ajaran Wahabi. Samada Dr. Asri pro Wahabi atau tidak, hanya beliau sendiri yang tahu.

Sekali lagi aku nak tekankan, aku tidak belajar ilmu agama sehingga tahap tertinggi. So, aku tidak berani nak komen which aliran better... Wahabi ni betul ke, baik ke tidak... dan seterusnya. Aku cuma risau ajaran selain daripada as sunnah dan mazhab syafie’ di perhebatkan ajarannya di Malaysia. Hasilnya kelak, umat Islam di Malaysia akan berpecah. Rugi kan? Dah la dalam politik kita bergaduh... dalam beragama pun nak gaduh juga ke?

Apasal kita sibuk nak bergaduh pasal hukum perempuan berdarah haid masuk masjid sedang muda mudi kita sibuk beromen tak kira yang dah datang haid atau belum!

So, kepada ulama-ulama kita please put aside your personal agenda. Tolong fikir perpaduan dan kesejahteraan majority umat Islam. Remember, we can’t fight the law… we can only change it!


Saturday, November 7

Video Namewee Kutuk TNB

Ah Beng yang dapat instance fame sebab mempermainkan lagu Negaraku beberapa tahun lepas berjaya produced another controversy video. This time dia kutuk Tenaga Nasional Berhad, TNB.

Dalam video clip tu, Namewee mulakan dengan menunjukkan kemarahan sebab dia call TNB Muar tapi panggilan dia tidak berjawap. Seriously aku confuse, pehal dia call office TNB Muar? Call sahaja lah 15454. So far aku tidak pernah dikecewekan oleh 15454, everytime ada gangguan bekalan electric tak kira di kampong atau di Shah Alam, aku antara orang pertama yang contact 15454. Kita diwajibkan bagi alamat penuh, tapi kalau kita dah selalu call, just mention nama sahaja dia akan bacakan alamat rumah. Namewee cakap even 15454 pun tiada jawapan, tipu...!

Then Ah Beng tu teruskan clip videa beliau dengan naik motor pusing keliling kawasan setempat… most probably Muar. He end up sampai di office TNB. Dia marah sebab kenapa office TNB ada electric, sedangkan rumah dia tiada, logic and valid argument. Cuma maybe office TNB tu jauh dari rumah dia, dan tidak terkena gangguan or office tersebut ada generator set. Maybe Namewee tidak akan mengamok kalau TNB install sebiji genset kat belakang rumah dia khas untuk dia seorang sahaja. Atau mungkin juga dia still akan marah, sebab bunyi bising menggangu beliau nak concentrate buat lirik rapping.

Namewee teruskan video dia dengan ‘mengamok’ dalam office tersebut. Beberapa interesting points yang boleh di highlight kan:

1. Namewee marah sebab pekerja-pekerja disana relax, minum kopi, makan pisang instead of jalankan troubleshooting.
2. Namewee ingin berjumpa dengan the highest rank officer di pejabat TNB tersebut.
3. Namewee marah sebab tiada pengumuman pasal gangguan bekalan elektrik yang dibuat oleh TNB dalam newspaper or television.

Apa ke bengapnya Namewee ni….

1. Takkan semua pekerja TNB yang standby tu perlu dikerah ke site and repair masalah tu. And if they not at site adakah mereka tidak boleh relax, minum kopi tengah malam nak hilangkan ngantuk?
2. 10 pm, tidak mungkin manager TNB still di office. Nak jumpa boss besar-besar, datang pagi-pagi la apek oi!
3. Apek ni dah confuse antara breakdown dengan scheduled shutdown for maintenance or upgrading works. Takkan Namewee nak TNB buat prediction, tonight will be a breakdown, then buat announcement dalam newspaper sebegini:



Aku try to figure out what actually Ah Beng Namewee ni cuba lakukan?

1. Menyambung popularity?
2. Harap TNB will improve their quality of service in his place?
3. Nak naikkan semangat racist? Seperti komen-komen yang ditinggalkan di Youtube… Cina, Melayu dan India bodoh sedang berlawan cakap… bengong!


Seriously aku tidak pasti apa tujuan utama dia buat sebegitu. Cuma aku sedikit kagum dengan tindakan pekerja TNB tu. Kalau aku ditempat mereka confirm aku rampas perakam video, campak dalam longkang… dan seterusnya aku pecahkan pula muka apek cakap banyak tu.

I’m not try to defend pekerja-pekerja TNB tu, kita semua tidak tahu what actually happen that night. Aku juga tidak didorong oleh semangat racist untuk defend mereka, banyak kali juga aku kutuk orang Melayu, businessman Melayu, pekerja kerajaan and so on.

Tapi tindakan mengamok, datang ‘serang’ pekerja TNB malam-malam buta… then buat rakaman video, publish di Youtube… seriously lame la. Namewee ingat dia cool sangat la dengan produce video tu dan buat lagu-lagu menarik mengutuk TNB. Mungkin betul terlalu kerap gangguan elektrik di tempat beliau. Tapi dengan mengamok sebegitu, for sure will not solve the problem. Report la ke ketua kampong ke, wakil rakyat or better report kepada rival wakil rakyat, maksudnya ahli politik dari parti lain dikawasan tersebut. Last option, seperti ramai orang buat, contact Karam Singh Walia or mana-mana reporter, kalau dah keluar Buletin Utama guarantee TNB akan bertindak.

Secara logiknya, TNB pun sama seperti service provider yang lain, tidak mahu ada gangguan bekalan. Tidak kiralah bekalan elektrik ke, air ke, internet ke, gas ke… since every breakdown melibatkan cost dan kerugian yang besar. Ingat seronok ke kerja repair talian or cable tengah-tengah malam? Ingat best ke buat report berjela-jela kepada boss? Tak kisah la boss baca atau tidak, ada tindakan susulan atau tidak, tapi report still kena submit. Aku percaya kalau boleh, pekerja TNB tu pun nak duduk goyang kaki dan semuanya berjalan lancar.

Kalau Namewee atau sesiapa pelanggan TNB tidak mahu gangguan bekalan elektrik lansung, pasang lah generator atau pasang sistem solar sendiri lah!


P/S: Aku tidak related lansung dengan TNB. Cuma aku harap dengan membodek mereka, dapatlah bekalan elektrik free seumur hidup. Hahaha… boleh aku pasang air cond banyak-banyak dalam rumah. Hahahaa….!

Sunday, November 1

Poll Result and New Poll - Cari Duit Online

Dah berkurun poll pasal DS Najib aku biarkan di sebelah kanan. Dah dapat beratus-ratus feedbacks. Poll tu adalah part of Nuffnang widget, since last few months aku keluarkan iklan Nuffnang dari blog ini, tiba-tiba aku tidak boleh axcess widget poll tersebut, tapi poll tu still display di blog ini. Maksudnya, aku tidak boleh manage poll tersebut, tak boleh nak delete, nak tamatkan even nak tengok berapa orang yang dah vote. Pelik kan? sebagus-bagus Nuffnang pun still tak perfect juga sistem mereka.

Then, start middle this month aku 'surrender' dan aku terpaksa akui Nuffnang is the best local blog advertisement firm. Jadi aku masukkan semula iklan-iklan Nuffnang. Then, aku dah boleh manage poll tersebut semula.

Ini result pasal pelantikan DS Najib jadi PM Malaysia...


Soalan pertama: DS Najib Ready Untuk Jadi Perdana Menteri Malaysia?
I would say almost 50-50. Lebih separuh daripada anda semua percaya DS Najib belum ready nak jadi PM. Mungkin penyokong Pak Lah harap Pak Lah stay for few years lagi kot.


Soalan Kedua: Pak Lah Perdana Menteri Terburuk?

Sekali lagi, lebih setengah mengatakan Pak Lah adalah perdana menteri paling buruk pernah Malaysia ada. Kesian Pak Lah, mungkin dia jadi PM kejap sangat, tak sempat nak tunjuk taring dia.


Soalan Ketiga: Berapa Lama DS Najib akan Jadi PM?

Majority tidak percaya DS Najib boleh jadi seperti Dr. M. Ramai percaya beberapa tahun lagi beliau akan digantikan dengan perdana menteri lain. Muhyiddin atau Hishamuddin?


Soalan Keempat: Siapa Penasihat DS Najib?

Ini soalan paling menarik. But not surprisingly ramai yakin our 1st lady adalah penasihat utama kepada DS Najib. Tidak kurang juga yang percaya sebenarnya kita dah dapat 1st female prime minister. Hahaha...


Selesai poll lama, aku buat poll baru. Poll baru ini berkenaan dengan pengetahun anda semua pasal cari duit dari internet. Terkejut juga aku bila bersembang dengan kawan-kawan ramai yang tidak tahu apa-apa pasal nak jana wang online. Penat juga aku terangkan. So, aku nak tahu berapa ramai yang macam kawan-kawan real life aku.

Ada free time tolong jawap poll.

Chow...! This month aku akan cuba perbanyakkan posting. Sorry, last month sikit gila.

Total Pageviews

. page counter