Friday, October 23

Apa Lagi Yang Boleh Di MLMkan?

Aku, sama seperti classmate di university dulu dikenalkan kepada multi level marketing lebih kurang tahun 2000. Masa tu lecturer sibuk bercerita pasal sistem berniaga baru yang berlandaskan konsep kongsi keuntungan. As engineering student, kami memang la kagum tapi still blur dengan MLM. Easy assumption, MLM ni macam direct selling Amway, Avon, Tupperware yang mak dan akak kami jalankan. Then, bila dah dekat nak final-final year baru ramai yang faham dan tak kurang banyak yang masuk Laxor, Omegatrend, CNI, Alken dan beberapa nama yang familiar lagi.

Dulu, product yang paling standard adalah barangan kesihatan. Gamat, spirulina, rumpai laut, segala jenis minyak, vitamin-vitamin, dan sebagainya. Kemudian, ada pula yang jual barangan keperluan rumah, macam sabun, ubat gigi, sehingga jus minuman dan mee segera. Ideanya adalah supaya ramai yang berminat nak masuk sebab barang-barang tu sememangnya barangan keperluan harian. Walaupun harga lebih mahal dari even 7-Eleven, tapi temptation menjana duit menbuatkan ramai yang sanggup beli mee segera CNI yang berharga RM1.00 satu sedangkan Maggi Tomyam pun masa tu baru 50-60 posen je.

Tapi kini product MLM dah pelbagai bagai. Bukan sahaja barangan-barangan standard lagi. Jom tengok product MLM yang aku pernah dengar....


1. Credit Phone

Dengar cerita benda ni popular di belah utara Malaysia. Konsepnya sama seperti MLM yang lain, jadi ahli dapat sejumlah credit topup, then cari ahli, dapat komisen yang berbentuk tunai dimasukkan dalam akaun bank. Dan yang menariknya kena maintain beli topup dari syarikat ni beratus-ratus ringgit sebulan. Aduhai… gilo. Kesian orang-orang kampung yang sepatutnya guna handphone berapa sen je sebulan, tapi terpaksa beli topup beratus-ratus. Hajat awal nak cari duit, hasilnya duit sendiri yang lebih banyak habis.


2. Airtime Telefon

Bukan credit top up, tapi airtime. Salah satu brand yang famous adalah TDTone, diuruskan oleh syarikat nama Otelo Sdn. Bhd. Syarikat ni basenya dulu di Taman Tun. Tapi sekarang dah tutup kedai kot. Konsepnya macam i-Talk, dimana kita beli credit dari syarikat tu, then bila nak buat call dari mana-mana phone, kita kena call center dulu. Then, baru panggilan kita disambungkan seterusnya airtime kita akan ditolak sedikit demi sedikit mengikut penggunaan. Yang bestnya, benda ni telah di MLMkan, kita kena cari downline, then setiap kali downline tambah credit kita akan dapat beberapa sen. Kalau downline kita beribu orang dan everyday mereka topup, boleh kaya juga. Cuma, aku rasa bila kerajaan perkenalkan MVNO, dimana semua syarikat telco boleh share nombor, sapa-sapa boleh beli airtime dari mana-mana telcos dan repackagekan sendiri. TDTone tutup kedai. Banyak sangat saingan… Tune Talk dah mula even perkenal simcard sendiri. Padahal mereka takde apa-apa infrastruktur komunikasi pun.


3. Handphone & Laptop

Aku baru tahu pasal benda ni last few months. Dalam bulan puasa rasanya. Ada syarikat yang jual telefon dan laptop berkonsepkan MLM. Barang-barang semuanya yang branded dan boleh didapati dari kedai. Mereka terang-terangan declare barangan mereka lebih mahal dari yang dipasaran. Handphone CSL yang dijual RM500 di kedai handphone contohnya, mereka jual lebih kurang RM700 lebih. Cuma, macam biasa… kalau kita dapat cari orang lain beli dari kita, kita akan dapat komisen. Then, kalau dapat ‘buka dua kaki’ dapat bonus couple pula. Ada la beberapa jenis bonus lagi yang memang membuatkan kita teruja.


4. Website or Web portal

Dua kali aku teman member pergi ke Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam. Dua-dua kali juga MLM jual product yang sama walaupun syarikat yang berbeza. Aku memang suka dengar ceramah-ceramah MLM, masuknya jarang-jarang, tapi sekadar nak tambah pengalaman dan kenalan. Program yang aku dengar adalah http://www.ads4bucks.com/ dan http://www.whizzfx.com/. Ads4bucks tu celebrity yang terlibat adalah Azizul Khamis, katanya dah jadi Dato’ Azizul Khamis... entah lah. Then, Whizzfx tu pula melantik Rashidi Ishak, suami Vanida Imran sebagai duta. Dua-dua syarikat model yang lebih kurang, not exactly the same, cuma dekat-dekat. Kita jadi ahli, dapat beberapa product kecil dan product digital (ebook atau software) then yang penting kita akan dapat FREE web portal. Kira-kiranya dapat website atau blog space percuma yang boleh kita gunakan untuk promote apa benda sekalipun. Aku fikir-fikirkan, sama macam blogspot, wordpress atau blogmas lah. Sebab url website kita nanti attach dengan domain mereka dan website kita ikut template yang mereka sediakan. Again, kalau kita dapat cari downline, pasang 2 kaki, 3 kaki, 4 kaki… beli 2 kedai, 3 kedai… and so on, makin banyak lah income kita. Tak salah aku, yang Ads4bucks modalnya beberapa ratus je... tapi Whizzfx modalnya cecah ribuan ringgit. Fuh!


5. Loan Bank

Aku baru tahu last week. For me this seriously too much. There is a group of bankers come out with this brilliant idea. They will help anybody to apply personal loan from establish financial institution. Of cause, they promise even blacklisted or CTOS block or anything can still approve. Minimum amount is RM50K, and maximum up to millions. After submission, we must give them 2-3 weeks to work their magic… and once approved, they will deduct RM2400.00 as processing fee on top of others standard fees apply by bank. Then, if we introduce new client they will give us RM400.00 regardless loaned amount, if we buka 2 kaki, we get another few hundred ringgit. Then, each time our downlines open another branch, we will getting beberapa puluh ringgit or something. The model up to 5-7 tiers. So, as usual… they told few success stories, got one guy pinjam RM150K. But, after less than a year he managed to pay back his loan using ‘komisen’ from this interesting MLM scheme. And now his income per month around 10-15K by introduce peminjam. Fuh! Gilo… loan bank pun sekarang dah jadi MLM.


Sekarang memang banyak sangat barang yang ‘dimultilevelkan’. Kalau aku teruskan list tu, sampai esok pun tak habis. Penapis air, membership pelancongan, minyak wangi (one drop?), jus manggis, medical card dan macam-macam lagi. Look like any other scheme macam loyalty card, direct selling, or any other komisen base business model bertukar kepada multi level marketing. Next few years tak pelik kalau kueh raya, kerepek ubi atau belacan pun akan dijadikan product MLM. Sebab sekarang software nak manage MLM business easily boleh dibeli dari internet. Then, just masukkan nama product, jumlah dan jenis ‘bonus’… ready to rock and roll!

For me, aku masih lagi beranggapan MLM Sucks! Hahaha… Bukanlah aku betul-betul benci MLM… MLM Sucks tu salah satu my earliest posting… tersenyum aku baca balik tulisan aku tu. Hahaha….!

Selamat berhujung minggu... no more open house, raya gathering... poket pun dah kosong. So, chill out dalam rumah sendiri jelah.

5 comments:

Anonymous said...

Nice info.Nang ur post.

Check my entry n nang it if u like it:

http://innit.nuffnang.com/view.php?id=138691

http://innit.nuffnang.com/view.php?id=138366

Thanks

Reen said...

Voucher discount pun dah banyak yang jadi produk mlm.

neewa76 said...

hurmm...baru nak cuba2 masuk MLM ni...g 2 3 kali kelas mmg la terbakar dengar org2 yg dh bjaya...tp bkn senang nak bjaya...mcm 2 soalan ko tu la...skrg aku nak promote kek coklat aku...kwn2 kata sedap...ko nak x doood...heee

akem G said...

biase la bro poket kosong time2 camni ..
tp jgn kene 2-0 !! hahaha

en_me said...

tak pernah join mlm .. uhuhu

Total Pageviews

. page counter