Thursday, September 17

Selamat Hari Raya

Aku percaya ramai perantau yang ingin pulang ke kampong akan pulang hari ini, dan sebahagian lagi akan pulang esok, seterusnya segelintir kecil akan pulang pada hari Sabtu. Jadi afdal lah rasanya aku buat blog post dedikasi hari raya pada hari ini, dengan harapan seramai mungkin pembaca akan dapat membaca ucapan aku.


Sedikit pasal keselamatan jalan raya….


Masa pelancaran kempen keselamatan jalanraya (http://www.090909.org.my) hari tu aku dengar purata kematian atas jalanraya Malaysia adalah 18 nyawa sehari. Gila..! banyak siot. 18 dah sama jumlah dengan satu team bolasepak yang diregister untuk satu-satu kejohanan, 11 player utama dengan 7 orang pemain simpanan. 18 orang rakyat Malaysia terbunuh di atas jalanraya kita setiap hari, maksudnya seorang mati bagi setiap 1 jam lebih. Aku dengan penuh confident declare diri aku seorang pemandu berhemat, jarang-jarang sangat aku drive laju-laju. Jarum meter kereta aku kadang-kadang je melebihi 120 km/jam. Kalau pergi kerja-balik kerja, selalunya aku bawa dengan penuh santai, even outstation pun selalunya aku bawa kereta perlahan je, penuh ketenangan. Pada aku simple je, siapa yang suka bawa kereta laju-laju di atas jalanraya memang golongan orang yang bodoh...! Kalau memang urgent, ada emergency that totally different story lah. Jadi, aku harap semua orang berhati-hati dijalanraya. Biar lantak la lambat, biar bebuka dalam kereta, bersahur tepi jalan hatta sembahyang raya di masjid dalam perjalanan pun takpe. Jangan bawa kereta macam orang bodoh yang boleh membunuh diri sendiri dan pengguna jalanraya yang lain.


Sedikit pasal keMelayuan aku….


Dulu bila aku dengar sesiapa mengeluarkan ayat sebegini...
“Aku memang pantang....“
... disambung dengan apa jua ayat, antaranya:
“orang mempermain nama bapa”

“member kutuk awek aku”

“orang mencarut depan aku”
Dan pelbagai pantang larang lagi kononnya.

Lazimnya aku akan menyampah dengan orang tu. Aku akan rasa orang tersebut perasan bagus kerana ada pantang larang konon. Kalau kita buat juga pantang dia tu, dia akan melenting, marah, mengamok, dan sebagainya.

Tetapi, tanpa sedar aku just found out aku pun rupa-rupanya dengan tak sengaja ada pantang sebegitu. Seriously, aku tidak perasaan dan bukannya dibuat- buat. Aku jadi pantang kalau orang Melayu cakap English dengan aku 100%, padahal dia lebih fasih berbahasa Melayu. Aku tidak tahu kenapa, maybe related dengan semangat bangsa, racist, kebodohan aku bertutur dalam English, sifat dengki dalam diri or what ever reason. Tapi yang jelas darah aku memang menyirap ke kepala bila muka Melayu tulen speaking mat salleh depan aku. Aku pun baru perasan benda ini. In two occasions, aku marah without concrete reason. Seorang tu member baik bos aku, dan seorang lagi client besar. Both Malays, mereka cakap English siap slang orang putih lagi. Aku terus jadi panas dan perasaan marah meluap-luap. Bila ada yang tidak kena dihati aku, terus meletop. Aku tidak tahu betul atau tidak tindakan aku menyampah dengan Melayu yang nak jadi mat salleh. Yang pasti, itu dah jadi pantang aku... mat sial je....


Sedikit pasal sambutan Hari Raya aku…


Aku antara manusia yang lebih suka bulan Ramadhan berbanding bulan Syawal. Bukan bermakna aku ini golongan alim ulama…. Sememangnya selepas arwah abah aku meninggal, sambutan raya family aku tidak semeriah dahulu. Ala-ala kadar sahaja. Kemeriahan akan terasa bila aku balik kampong opah dan melawat rumah saudara mara di sekitar Perak. This year I don’t think there will much different. Hopefully kehadiran anak akan menceriakan sambutan hari raya aku dan keluarga. Baju raya aku dan baby mak aku buatkan, wife pula akak dia yang buatkan. Shopping raya pun takde apa yang aku beli. Sebab aku jenis yang shopping mengikut keperluan, bukannya mengikut season atau musim. Kasut koyak, beli kasut baru tak kira musim raya ke, musim haji ke. So, sememangnya aku tidak begitu teruja dengan kehadiran Syawal. Harapnya tahun ini ada sedikit improvement. Insyallah...

Akhir kata…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR BATIN

Sorry, takde gambar lawa-lawa, hiasan pelbagai, ketupat gantung-gantung. Menjelang raya tahun ini adalah paling busy.

Sekali lagi, Salam Aidilfitri dan minta maaf sekiranya aku berdosa dengan korang. Berhati-hati di jalanraya.

7 comments:

marrang nung! said...

Selamat menyambut Aidilfitri...
semoga ianya lebih bermakna...
maaf jika ada salah dan silap...

mack said...

AKUM SELAMAT HARI RAYA KEPADA MR BLOGGER AKU BETUL......SEMOGA TAHUN INI LEBIH MARIAH DAN BERGEMBIRA NAMUN JANGAN LUPA KEPADA YANG MENERIMA MUSIBAH HARAP MEREKA BERSABAR DENGAN UJIAN ALLAH DIMANA KEBAKARAN BERLAKU SEMALAM DALAM BULETIN TV3 SEMOGA KERAJAAN NEGERI KELANTAN AKAN MEMBANTU MEREKA SEKADAR MENGIKUT KEMAMPUAN. AKHIR KATA SEMOGA ALLAH AKAN SENTIASA MEMBERI HIDAYAHNYA KEPADA KITA DIBERINYA IMAN DAN KESIHATAN.WSLM

Anonymous said...

selamat hari raya mr right...

muyyaQ™ said...

Tetapi, tanpa sedar aku just found out aku pun rupa-rupanya dengan tak sengaja ada pantang sebegitu. Seriously, aku tidak perasaan dan bukannya dibuat- buat. Aku jadi pantang kalau orang Melayu cakap English dengan aku 100%, padahal dia lebih fasih berbahasa Melayu. Aku tidak tahu kenapa, maybe related dengan semangat bangsa, racist, kebodohan aku bertutur dalam English, sifat dengki dalam diri or what ever reason. Tapi yang jelas darah aku memang menyirap ke kepala bila muka Melayu tulen speaking mat salleh depan aku. Aku pun baru perasan benda ini. In two occasions, aku marah without concrete reason. Seorang tu member baik bos aku, dan seorang lagi client besar. Both Malays, mereka cakap English siap slang orang putih lagi. Aku terus jadi panas dan perasaan marah meluap-luap. Bila ada yang tidak kena dihati aku, terus meletop. Aku tidak tahu betul atau tidak tindakan aku menyampah dengan Melayu yang nak jadi mat salleh. Yang pasti, itu dah jadi pantang aku... mat sial je.... ko keje tu kat govement or keje kat kompeni swasta yg dimiliki oleh orang bukan melayu?

lau kompeni yg dimiliki oleh org yg bukan melayu... standard la tuh. protokol -.-"

neewa76 said...

Selamat ari raya aidilfitri...maaf zahir batin...awl2 raya aku x shat smpai x blh bgun tp raya kelima 'ehem' dtg umah..hepi la ckit..

Ab Razak Hj Ahmad said...

Nice topic and comment to debate... Sorry tercakap omputeh..

Nak share sikit my experienced. Aku sekolah melayu and belajar kat local U je. Now kerja dengan GLC and semua top management aku and staff borg Melayu (99%). But day today correspondece is in English.... Pelik kan..?? Sorry ya bukan aku nak berlagak..

Bila aku call Call Centre aku lebih suka tekan butang 2 (Means press 2 for English) instead butang 1 utk Bahasa Malaysia.. Bila aku Q kat KFC or McD pun aku akan speaking and bila check in kat Hotel or airline pun aku akat ter 'speaking'... Muka aku bukan Pan Asian pun memang melayu sawo matang tulin... Sometime tak boleh nak tune. Bila aku pegang keyboard or HP nak sms, aku pun prefer English... Again sorry ya... Aku rasa all the above are untuk practice sahaja and nak melembutkan lidah sahaja and to boost my confident bila berdepan dengan top management and BOD.

Aku tertarik dengan dialog dalam filem pendek yang KJ berlakon jadi driver teksi bila ada part bergaduh yang penumpang tu kata..."Tak semestinya saya cakap omputeh saya bukan Melayu dan tak semestinya saya cakap mandarin, saya Cina and bukan Melayu.." Nice untuk direnungkan...

p/s - Bab cakap omputeh slang Mat Salleh tu memang aku pun tak berkenan.

Mr. Right said...

marrang nung,
Selamat... balik Ganu ke raya lepas?

mack,
Yup, ujian Allah tak kira masa, tak kira bentuk.

syasya,
Tima kasih. Selamat kepada u jgk.

muyyaQ,
Mana ada protokol mesti cakap English. Kalau rakyat M'sia mesti tahu cakap BM, tak kira apa bangsa sekalipun. So, mana boleh private sector suka2 buat protokol kena ckp omputih.

neewa76,
Wah... raya ke 5 terus sihat? Magic..magic..

abikhsan,
Cakap English untuk memudahkan urusan dengan cakap English sebab nak tunjuk power totally different dan tidak susah nak differentiate intention orang tu samada nak senang urusan or nak belagak!

Total Pageviews

. page counter