Thursday, August 27

Tribunal Tuntutan Pengguna

Semalam aku spend 4 jam di pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna, dalam The Mall KL. Punya la panas hati aku, dalam surat tu cakap pendengaran kes aku pukul 10:30 pagi. Rupa-rupanya bijak pandai di sana inform semua orang untuk semua kes pukul 10:30 pagi. Jadi mereka akan panggil satu persatu kes. Aduhai… malang sungguh kes aku yang last sekali. So, end up start hearing pukul 1:45 tengah hari. Sadis... sadis.

Before anybody wonder, bukan aku yang buat tuntutan pengguna. Tapi pelanggan syarikat aku bekerja yang buat. So, aku mewakili syarikat perlu hadir dan menjawap tuntutan itu. Yup, it is a legal department job or paling jauh pun budak-budak Sales perlu attend sebab mereka yang deal dengan customer. Tapi sebagai bakal employee of the year 2009, aku sebagai engineer pula yang terpaksa defend company. Hahahha…. Employee of the year konon… tak pernah company aku bagi such award. Actually bukan lah kes yang besar, nilai tuntutan pun ratusan ringgit sahaja, entah kenapa Ah Beng tu sibuk bawa ke tribunal. After 20-30 minit berlawan cakap di hadapan hakim, proudly said tuntutan pengguna itu telah dibatalkan. Hahaha… Boleh consider company aku menang la kot. Or to be exact, aku menang… Hahaha… Berbaloi tunggu hampir 4 jam.

Since trial or hearing kes yang involve aku last sekali, then bulan puasa pula tu. Takkan la aku nak pergi kantin makan or jalan-jalan dalam The Mall. Jadi aku spend the whole 3 hours menunggu dalam bilik perbicaraan. It is a small room with only one hakim, one pembantu hakim, dan ada beberapa kerusi dihadapan mereka untuk penuntut dan penentang. Belakang penuntut dan penentang ada disediakan lebih kurang 7-8 row kerusi panjang untuk orang lain duduk. So, aku melepak disana dan dengar semua kes. Walaupun hati panas sebab menunggu, tapi aku perlu akui it is a interesting and informative 3 hours well spend. Banyak juga ilmu yang aku dapat pasal hak pengguna dan benda-benda yang perlu dititikberatkan semasa berurusan dengan peniaga. Aku nak share dengan kawan-kawan disini beberapa kes yang menarik. Aku rasa tak salah aku mention kes-kes tu disini, kan? Sememangnya ianya adalah public hearing dan sesiapa pun boleh datang tengok.


1. Gores & Menang
Ini kes standard, kes menang hadiah tapi still kena bayar duit. So, budak lelaki tu dah ‘kena tipu’ lebih dari 7 ribu ringgit. Penat penuntut dan penentang berhujah. Hakim diam je sambil menulis sesuatu atas kertas. Then, hakim dengan selamba je cakap.....
“Ini kes biasa, setiap minggu ada kes ini. Penentang, awak kena bayar semula semua wang penuntut. Penuntut awak mesti pulangkan semua barang yang awak menang. Kalau ada yang dah pakai, beli baru dan pulangkan semula”
Walaupun syarikat tu (penentang), try nak lawan. Hakim buat muka toya je. Hakim siap sound lagi, kalau syarikat tu berkeras tak nak bayar, dia akan panggil penguatkuasa dan suruh mereka siasat penipuan syarikat tu. Then, baru syarikat tu diam dan setuju nak nak bayar. Hakim sempat buat pesanan masyarakat lagi suruh orang lain jangan terpedaya dengan kes sebegini.


2. Renovate Rumah

Penuntut (tuan rumah) minta penentang (syarikat renovate rumah) pulangkan wang berjumlah RM17 ribu sebab kerja-kerja renovation yang bernilai RM25 ribu tidak siap selepas tempoh yang dijanjikan. Penentang memberitahu yang tuan rumah telah menambah-nambah scope of works setiap hari. Maksudnya janji awal nak repair dapur dan ruang tamu je, tapi tetiba lantai bilik air, pintu bilik tidor, piping air cond, dan beberapa benda lain pun kena buat juga. Sebab tu kerja asal tak siap. 2 kali hakim suruh mereka berunding kat luar dan beritahu jumpa pampasan yang sesuai. They failed to reach an agreement. So, hakim decided syarikat perlu bayar RM6 ribu secara ansuran kepada tuan rumah selama 24 bulan (RM250 per month). Tuan rumah tak puas hati, tapi hakim ingatkan dia yang urusan renovate rumah sepatutnya kena ada sebut harga, surat persetujuan sebut harga, dan sebagainya. Kegagalan itu membuatkan hak dia sebagai pengguna hampir tiada.

Lepas ni, kalau nak repair kepala paip pun aku akan minta plumber tu sediakan quotation.


3. Barang Hilang Di Hotel

Penuntut (pelanggan hotel) minta penentang (pihak hotel) bayar ganti rugi kehilangan barang dalam bilik dan barang dalam kereta yang diparking di hotel. Alasan pelanggan itu adalah kerana dalam bilik dia ada kunci kereta, so sebab barang-barang dalam bilik hilang sekali dengan kunci kereta then barang-barang dalam kereta pula kena curi. Lagi menarik, pelanggan tuduh kerosakan tingkap hotel yang menyebabkan bilik dia boleh dimasuki pencuri. Penentang memberitahu kawasan parking itu bukan milik mereka, ia adalah milik DBKL, jadi kehilangan barang dalam kereta tidak boleh diambil kira lansung. Then, kerosakan tingkat tidak boleh dianggap sebagai penyebab kecurian sebab polis belum habis siasatan. Hotel memberitahu mereka telah offer RM500 sebagai saguhati kepada penuntut beberapa hari selepas kes berlaku. Tapi penuntut tidak menerima tawaran mereka. Hakim memberi response yang kes ini tidak jelas, dan ia dibatalkan sehingga siasatan polis selesai. Kalau betul tingkap rosak menjadi punca kemasukan pencuri then baru boleh pihak hotel disalahkan, dan diarahkan bayar ganti rugi. Penuntut dengan muka selamba minta balik RM500 yang dia reject dulu. Then, pihak hotel pula membuatkan seluruh bilik ketawa bila mereka cakap tawaran dah jadi RM300 sebab RM2 ratus cost nak datang ke perbicaraan tribunal. Hahaha…

Hakikatnya memang kita tak boleh nak tuntut kehilangan barang dalam bilik hotel sebab semasa kita check-in kita dah sign surat yang ada mengandungi kenyataan bahawa barang-barang yang dibawa masuk adalah tangungjawap kita sepenuhnya. Cuma most prestige hotel will offer some token to the victim in order to make sure they will not tell everybody about unsafe situation di hotel tersebut.


4. Jual-Beli Rumah

Individu A jual rumah dia kepada individu B, then ada sedikit dispute. Maybe pasal deposit or something. Mereka berhujah dan berlawan cakap depan hakim for around 5-10 minit. Then hakim tu tanya untuk kepastian…
“Awak jual rumah?”

“… dan awak pembeli rumah?”
Dua-dua angguk….
“Ada mana-mana syarikat terlibat?.... awak pakai broker, agent?”
Dua-dua cakap tiada….
“Ini bukan kes pengguna, ini kena bawa ke mahkamah sivil…”
Hakim kemudian terangkan tribunal tuntutan pengguna cuma selesaikan kes yang melibatkan pengguna dan peniaga, pergaduhan individu dengan individu bukan dalam bidang kuasa mereka.


Ada beberapa kes lain yang tidak kurang menarik, terutamanya beberapa kes pasal repair kereta. Ada juga kes pekerja asing kena tipu, kes beli rumah kedai dan kes syarikat keahlian gym tidak mahu pulangkan deposit ahli mereka sebab barang-barang seperti towel, shampoo dan beg yang hilang. Macam-macam.

Aku cadangkan, kalau sesiapa free, boring tak tahu nak buat apa, boleh lah pergi dengar trial disana… banyak juga yang lucu dan pastinya penuh dengan informasi berguna sebagai menambah pengetahuan.

Semalam aku beli murtabak daging, tapi dagingnya sikit sangat. Bawang dan kentang je lebih. Boleh bawa ke tribunal ke tak? Hmmm...

Friday, August 21

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Every year, macam juga kebanyakkan (if not all) blogger Melayu, aku akan buat satu posting untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada member-member.

Ini posting ‘Selamat Berpuasa’ tahun-tahun lepas…

http://www.akubetul.com/2007/09/ramadhan-al-mubaraq.html

http://www.akubetul.com/2008/08/selamat-hari-merdeka-dan-selamat.html

Ini pula posting lain yang related dengan bulan puasa. Kepada pembaca-pambaca baru blog ini boleh la tengok-tengok posting berikut…

http://www.akubetul.com/2007/09/cerita-ramadhan-tak-puasa.html

http://www.akubetul.com/2007/09/cerita-ramadhan-kanak-kanak-dan-aku.html

http://www.akubetul.com/2007/03/hukum-akal-vs-hukum-tuhan.html

http://www.akubetul.com/2007/09/cerita-ramadhan-benarkah-syaitan.html

Salam Ramadhan kepada semua. Tahniah sebab dipanjang umur untuk jumpa Ramadhan tahun ini. Semoga kita semua akan fully utilize peluang yang Allah beri kepada kita. Kalau ada sesiapa yang ada berniat baik (berhenti merokok, nak pakai tudung, nak stop beli nombor ekor), esok adalah perfect day to start.

Tahun ini adalah tahun pertama aku berpuasa sebagai suami. Lucky (or not so lucky, tak tahu lagi) first time juga akan berpuasa dengan anak kecil. Maybe lebih senang untuk bangun sahur, lebih sukar nak berbuka dengan kawan-kawan, lebih senang nak memberi alasan kepada jemputan berbuka yang boring, lebih sukar nak tidor sepanjang hari cuti… and banyak lagi kemungkinan yang akan aku jumpa jawapannya in the next one month or so.

Selalunya bulan puasa aku akan kurang berjalan, kurang meeting luar, kurang out station, kurang site survey or site visit, masa lebih banyak dihabiskan depan PC or dalam surau (tidor). Sadly surau baru office aku belum siap, so most probably this year akan dihabiskan depan PC. Only next week sahaja ada beberapa trip penting kena pergi. Then, memang akan duduk office. So, most probably akan ada banyak sikit posting di blog ini berbanding bulan-bulan lain. Mungkin macam bulan ini la kot, mungkin ada 2-3 posting seminggu. Aku juga perhatikan every year bulan puasa internet user akan bertambah. Maybe sebab ramai tak pergi lunch, so mereka duduk depan PC and layan internet.

Bulan Ramadhan memang bulan yang menyeronokkan, ada pesta makanan dimana-mana, ada banyak aktiviti ibadat beramai-ramai yang kita boleh join (terawih, berbuka, moreh, ceramah, derma, dan macam-macam lagi). Pada aku pula yang paling best adalah everyday hidup kita ada target. Instead of boring daily task samaada related to kerja or peribadi, kita semua muslim ada target yang kita sama-sama ingin capai. Iaitu untuk tunggu tibanya azan solat marghrib everyday.

Semalam boss aku tanya apa bezanya Ramadhan dengan bulan-bulan lain selain daripada aktiviti tidak makan dan minum di siang hari. Kepada yang belum tahu, boss aku seorang Chinese beragama Christian yang kuat pegangan agamanya. So, aku percaya dengan umurnya yang lebih 40 years old for sure dia dah tahu, maybe dia sengaja nak test aku.
“During one month of Ramadhan for us Muslim, there are numerous discounts and offers…”
- Jawapan aku.

Aku terangkan yang mana dosa-dosa lama akan dapat ‘diskaun’ masa bulan Ramadhan, jadi ramai yang memohon ampun dari tuhan time bulan puasa. Banyak juga offer untuk pahala-pahala baru, maksudnya kalau pahala biasa dapat 10 markah, during ramadhan dapat double or triple jumlahnya.

Harap-harap jawapan aku betul lah tu. Bangga tu jawapan aku creative aku rasa. So, kalau salah, malu pada diri sendiri la.

Cakap dah macam ustaz tapi aku sendiri berat nak pergi terawih. Antara reason utama aku malas nak join jemaah surau untuk terawih adalah :


1. Makan Macam Ular Sawa
Kalau ada occasion-occasion seperti majlis buka puasa, gathering rakan sekolah, berbuka dengan family ramai-ramai or simply jadi rambang mata di pasar ramadhan memang senang kena penyakit ni. Bila dah makan macam orang gila time berbuka… lepas isya’ memang berat je mata. Rasa nak tidor je... then akan keluar niat “tidor dulu, bangan tengah malam nanti terawih la sorang-sorang“... and I dont have to tell you guys what actually happen. Jangan kata terawih, subuh esok pun belum tentu bangun.


2. TV
Musuh utama sembahyang terawih la ni. Malam memang banyak rancangan-rancangan best. Perut kenyang, buat air… duduk depan tv memang nikmat. Sedar-sedar dah tengah malam.


3. Bola
Sepatutnya part of TV, tapi bola memang special case la sikit. Kalau ada game bola BPL awal, member-member racun ajak pergi tengok confirm tertinggal terawih. Tengok kat kedai mamak lak tu, memang ada macam-macam makanan yang dari siang tadi asyik teringat je. Hancur terawih…


4. Persiapan Raya
Ini terutamanya orang perempuan lah. Sibuk buat kueh, buat baju anak, buat langsir, buat macam-macam lagi. Siang kerja or konon-konon takde tenaga, jadi malam lepas perut kenyang akan start buat segala jenis benda.


5. Kerja
Berbeza dengan persiapan raya, kerja maksudnya memang kerja untuk cari rezeki. Ini memang tak boleh elak lah. Kalau kerja kilang, ikut shift contohnya. Mana sempat nak kejar terawih berjemaah. Kena buat sorang-sorang lah. Tapi kalau sekadar meeting, discussion, maybe boleh arrange lepas terawih or petang before berbuka. Kalau buat lepas terawih, boleh terus berdiskus sampai sahur. Esok pagi boleh masuk lambat… ermm…

Ok… aku harap dengan memberitahu alasan-alasan aku untuk tidak berterawih berjemaah, rakan-rakan kat sini boleh jadikan iktibar dan rajin-rajin pergi terawih. Boleh ke macam tu? Boleh la kot….

Malam ni lepas terawih aku nak lepak dengan kawan-kawan sampai sahur (main badminton, pingpong, lepak kat mamak). Esok pagi aku naik bas ke Terengganu (tidor sepanjang hari dalam bas), then sampai dah dekat nak berbuka. Lepas sahur esoknya, aku balik kesini bersama wife dan Amzar Rafiq dengan flight.

Doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik.

Monday, August 17

Ms. X’s Allergy

Guest blogged by Ms. X. Ini kali ke 3 Ms. X jadi guest blogger.

1. http://www.akubetul.com/2008/06/dont-annoy-me.html
2. http://www.akubetul.com/2008/07/politik-lagi.html

1st time dulu aku pujuk dia, yang kedua pula aku minta izin nak modify her long comment into posting together with another long comment from Zackos. And this time she insists aku post article ini.

Although I have to admit drama kantoi copy mengopy, tiru meniru, tembak-tembak dah selesai. Aku rasa aku dah cukup baik dengan penuh budi bahasa handle case ini, namun still ada orang kutuk-kutuk aku. Aku approve je komen kutuk mengutuk tu, rasanya aku approve semua komen cuma satu aku terreject. Seriously tak sengaja terreject. Aku terima je kutukan tu, lantak lah. Pada aku memang mustahil nak puaskan hati semua orang. Tapi Ms. X sebagai seorang kawan yang baik, yang mungkin sayang dengan aku (hahaha…) terasa bahang panasnya. And she wrote this article tanpa sebarang influence dari aku. She sends to my email and leaves to me whether to post or not. Of cause la aku akan post, takkan aku nak kecewakan kawan baik aku yang aku kenal more than 10 years semata-mata nak jaga beberapa hati orang yang aku baru nak kenal. Kan? Tulisan di bawah pun bukan ditujukan kepada peniru, tapi lebih kepada orang-orang sekelilingnya.

Ms. X has a blog but she’s not gonna tell. She prefers to remain anonymous as she doesn’t want to be stalked. Bukan pengecut cuma menghargai privacy. “pengecut” dan “doesn’t want to be stalked” ada beza, faham? <<>

-------------------------------


Ms. X’s Allergy

Aku sebenarnya nak tinggalkan komen kat previous entry Mr. Right. Ala, entry yang cerita pasal entries Mr. Right dah dicopypaste oleh orang lain tu. Tapi bila dah komen, terasa panjang pulak macam entry itself. Since dah lama tak guestblog, long overdue dah, might as well I comment as entry.

Please be informed that this entry is NOT for the Hamba Allah, he’d already apologized. As far as Mr. Right’s concern, the case is now closed. So, perlu diingat, entry ni bukan untuk Hamba Allah tu. This entry is for some of the commentors, ditujukan khas untuk sesetengah orang yg komen. Dan juga entry ni ditulis atas initiative aku sendiri, Mr. Right tak suruh & tak bayar aku. Frankly, I don’t think he can afford me. Aku pun ada pendirian & pendapat sendiri, don’t insult my ability to think.

Aku agak terkejut dengan sesetengah komen yang rata-rata agak ok dengan kegiatan copy paste ni. Kalau kasi support, I understand and I don’t mind sebab Hamba Allah tu kawan you all but menyokong aktiviti copy paste tu, memang tak patut la. Maybe sebab orang-orang yang menyokong ni pun pernah copy paste kot.

Tapi yang paling aku allergic bila aku baca argument ‘orang melayu tak maju’. Allergic betul aku. Aku tak kisah kalau korang nak kutuk Mr. Right (haha, sori la brader) tapi kutuk tu biar la logic & berakal. Orang cerita pasal kereta, engkau cerita pasal getah sayur. Apa benda?

Orang komen tu kata orang melayu takmo tolong kawan-kawan, tolong sikit nak upah, nak kredit. Tak macam bangsa lain yang tolong kawan dengan ikhlas. Allo! Orang melayu nak maju kena tiru-tiru ke? Kes ni bukan “tolong kawan”, ni kes “curi”. Tau beza ke tak antara “tolong” dengan “curi”? Nak kena buat kelas pulak kang. Or you’d prefer in English? Help and steal, got difference you know! Aku serious tak faham apa lah orang suka sangat pakai argument ‘bangsa’ ni. Hidup 1Malaysia! (Yukhs) Kalau betul takpe gak, ini salah penggunaan. Takyah la cerita bangsa-bangsa ni, geli aku. It’s all about individuals regardless of the race, religion etc.

Lepas tu, ada pulak culture orang yang bersalah dijulang sebagai hero. Orang yang mengopypaste di“tak apa”kan, orang yang dicopypaste (victim) lak yang dibelasah. Ni macam berita-berita kat TV je, orang yang report kena tangkap dan soalsiasat, orang yang bersalah tu best-best makan tempe. (sekadar contoh sahaja) Biasa la, Malaysia boleh kan?

Lantak dia la entry dia laku ke tak jual tepi jalan, the thing is the entry yg dia jual tepi jalan tu dah kena curik! Suka diingatkan, kami tengah cerita pasal kereta, bukan getah sayur.

Pasal disclosing nama tu, berbalik kepada niat la. Aku fence-sitter dalam hal ni. Tapi sendiri buat, sendiri tanggung la kan? Bukannya nak aibkan orang. Criminal “Wanted” poster tu kira aibkan ke? Ni ibarat ada mamat curik motor korang depan mata tapi biar kan la, takyah la debik belasah dia depan orang ramai, nanti dia aib pulak, mungkin harini rezeki dia nak mencuri.

Apa punya mentaliti la korang ni, mencuri pun di OK kan. Pelik aku.

Dammit Mr. Right, aku dah tolong kau ni dan aku sebagai orang melayu yang distereotype tak ikhlas, aku nak upah (please refer para 5). Kau ingat aku tolong ni free ke? You owe me nasi ayam satu, dude!


-------------------------------


Thanks Ms. X. Ok… nasi ayam, not a biggy. Just let me know when and where insyallah aku datang. Kalau weekdays aku datang sorang, so consider dating lah, kalau weekend maybe with my wife and baby. Hehe…

Untuk makluman semua orang, Ms. X masih lagi single and I believe available. So, kalau ada yang terpikat dengan beliau (just from her writings) let me know, maybe I can hook you guys together.

Pasal guestblog, aku memang menerima tulisan daripada sesiapa. Kalau aku rasa tulisan tu layak, aku akan postkan. Tak kira apa tujuan tulisan itu ditulis, nak tolong aku ke, nak tolong orang lain ke, nak luahkan perasaan ke, nak memikat awek ke, nak promote blog pun boleh. Janji tulisan yang berkualiti. Komen-komen for that particular entry Guestblogger tu perlu jawap sendiri. And for this case, Ms. X akan jawap kalau ada komen. Cuma lambat sikit lah, sebab aku still on comment moderation. So she have to wait I approve comment tu dulu then baru dia boleh jawap and aku approve komen dia pula.

Chow…!

Friday, August 14

Aku Jadi Mangsa Plagiarism… Lagi

This will be quite a long posting. Aduhai… aku betul-betul malas nak buat posting sebegini. Aku harap I can settle this issue between the blogger and myself without I have to dedicate one posting for his stupid act. Aku malas nak gaduh-gaduh, malas nak create musuh, macam juga orang lain, aku pun busy cari duit. Jadi benda-benda bangang macam ni memang malas gila nak layan. Tapi aku terpaksa juga clear kan isu ini, I let you guys know why, later. I will try to be diplomatic and much as possible dan akan cuba sebaik mungkin untuk tidak menjadi blogger kurang ajar atau blogger emotional. Trust me, aku fikir berpuluh kali juga untuk buat dan post posting ini atau tidak. Since Encik Mohd Azizan Abdul Kadir diam membisu dan mengharapkan masa akan solve problem ini bagi pihak dia, he leave me with no other choice. Walaupun setelah copy not one but at least 4 of my blog posting...!

Ini adalah kali ketiga posting dalam blog aku kena cilok. But I have to say in this particular case it is far more interesting since the blogger is a serious blogger not like the previous two yang hanya main-main berblog. Blogger ini ada more than one blogs and he seriously want to generate money from his blog.

Ok, without further ado…. The big loser is….

http://tinsusu87.blogspot.com/

Do not go to his blog yet. I will guide you guys to visit his blog later. Slowly follow the chronology of event first.

10 August 2008, around noon aku jumpa benda ini dalam Innit page. Kepada yang tak tahu, innit adalah blog aggregator page own by Nuffnang.

Aku tertarik dengan tajuk posting dia yang hampir sama dengan tajuk posting aku few days before, pasal isu yang sama.

Jom Buat Demonstrasi Jalanan Membantah Kenaikan Tambang Taxi

See the only different? Tambang Taxi kepada Harga Susu

Ok… so, aku pun pergi la melawat blog yang at that time I still believe kebetulan title posting lebih kurang sama dengan posting title aku.

Then, bila aku baca posting dia aku terkejut sebab bukan sahaja title posting hampir sama, infect the whole article hampir sama. Susunan cerita, points yang dilontarkan, paragraph by paragraph sebiji sebadak sama macam aku punya. To his credit, ada la sikit-sikit perubahan yang dia buat. Contoh: dia tukar perkataan AKU kepada SAYA, TIDAk kepada X, and a few changes lagi. Aku tersenyum dan rasa sedikit bangga… hahahhaa… yela, since article yang aku tulis from scratch mungkin terlalu bagus sehinggakan ada orang sanggup copy, ubah sikit-sikit dan tulis semula dalam blog dia. Aku betul-betul bangga, aku gembira tak terkata, aku lompat tinggi-tinggi, terus pergi disko buka arak 2-3 botal dan raikan kejayaan itu dengan member-member. Haahahaha… obviously aku bergurau, bangga still ada but at the same time aku rasa geram dan sedikit marah. So, aku politely leave a comment and ask the blog owner to contact aku.

Here the article in picture format. Since dia dah delete posting tersebut on that very evening. Gambar Tin Susu Tiru. Download gambar dari sana, then besarkan gambar ke saiz yang sesuai untuk baca posting tersebut. Boleh lah nak bandingkan dengan tulisan aku pada 3 August yang lepas.

Ok, lepas aku tinggalkan komen, aku juga inform a few of my yahoo messenger friends. Then they also leaved a few comments. I did warn them to be diplomatic and not being too hash.

Selepas itu aku terpaksa offline sebab kena pergi meeting di Cyberjaya. Few hours later, masa dalam meeting beberapa member sms beritahu peniru itu dah delete posting tersebut. Then, minutes later I received sms dari peniru. Basically dia minta maaf, then inform yang dia dah delete posting tersebut. Sms pertama dia sama seperti email yang dia hantar, yang akan aku tunjukkan later. He also shows very nice gesture by congulated me for my newly born baby. How sweet… aku tersenyum sebab aku percaya aku dah dapat kawan baru, weird way… but still new friend. Aku replied sms dia few times then aku ingatkan jangan buat lagi.

Later that evening aku balik office, on laptop… automatically sign in to Yahoo Messenger then aku perhatikan ada offline message dari peniru. Again, message to hampir sama dengan sms pertama dan email dia yang aku akan bukak nanti. Seperti biasa juga aku akan buka gmail aku untuk approve comment, aku perhatikan ada pula email dari peniru…

Basically he blames his friend yang tipu dia dengan memberi isi-isi kepada posting tersebut. Aku accept his explanation although aku tak 100% percaya, since the posting too similar to mine.

Then just moment later, one of my friend send YM message inform aku ada beberapa lagi posting dari blog yang sama yang dia rasa sama dengan posting aku. Aku pergi dan check and I found out at least 3 articles hampir sama or mengandungi buah fikiran aku. Damn... aku jadi makin panas…

Please compare these pairs of articles.

http://tinsusu87.blogspot.com/2009/07/perlukah-aku-dengki-dengan-mereka.html

with

http://www.akubetul.com/2009/03/blog-blog-yang-aku-dengki.html

--------

http://tinsusu87.blogspot.com/2009/07/aku-komen-isu-semasa-ppsmi-dimansuhkan.html

with

http://www.akubetul.com/2009/06/aku-komen-isu-semasa-m-league-jadi-semi.html

--------

http://tinsusu87.blogspot.com/2009/04/love-money.html

with

http://www.akubetul.com/2006/12/love-money.html

I have to say bukan semua dia tiru bulat-bulat. Mostly dia tukar sikit-sikit dan ada yang dia ambil few points sahaja and elaborate with his own way or include some of his idea.

Aku terus reply email Encik Mohd Azizan Abdul Kadir dengan memberitahu dia yang aku meragui kejujuran dia dan aku inginkan penjelasan for his wrong doing. Sadly, dia tak reply email aku. Tengah hari kelmarin (12 August) aku send sms minta dia reply email aku. He did replied to my sms and said he will response to my email nanti.

Aku rasa aku dah lenient enough dengan memberi dia 4 days to come out with a solution and reply to my email. Malangnya dia refuse to do so.

So, I hope this will be a lesson to everybody. Tolong lah jangan curi idea orang lain. Kesianlah pihak yang bersusah payah berfikir, memerah idea untuk menulis sesuatu article. Belajarlah hormati orang lain supaya orang lain boleh hormati diri kita.

Satu benda menarik disini, juga terdapat satu posting diblog Encik Mohd Azizan Abdul Kadir yang bercerita pasal plagiarism. Konon-kononya he mentioned he against aktiviti meniru artikel orang lain. Dia juga memberikan buah fikiran untuk mencari idea menulis blog tanpa mengamalkan plagiat. Sadis sungguh… Encik Mohd Azizan Abdul Kadir cakap tak serupa bikin. Sedih….sedih.

Ini posting pasal plagiarism itu:

http://tinsusu87.blogspot.com/2009/05/kekeringan-idea-punca-plagiarism.html

Memetik tulisan blog orang lain bukanlah satu kesalahan. Cuma bagilah credit kepada blog asal. Aku juga sedar ada beberapa pihak yang copy atau memetik tulisan aku diblog mereka, sekadar nak share with their reader and friends. Tapi mostly they kind enough to inform their visitor that article datang dari sini.

Contoh:

http://suaralantangjejaka.blogspot.com/2008/08/12-0gos-2008-jejaka-terjumpa-artikel-ni.html

http://manjediary.blogspot.com/2009/03/pokok-rosak-kan-akar.html

Even Harakahdaily.Net pun pernah quoted pandangan aku dan mention pandangan tersebut dari blog ini.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=11944&Itemid=50

Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada mereka sebab berkongsi pandangan aku dengan pembaca mereka.

Reason utama aku buat posting ini adalah kerana aku tidak suka cara Encik Mohd Azizan Abdul Kadir menipu pembaca dia dan cubaan menipu aku. Melihatkan komen-komen daripada pembaca-pembaca blog dia aku sedih sebab mereka semua ingat idea-idea tersebut adalah his original idea. Aku juga percaya income peniru daripada advertisement boleh diragui status halalnya kerana ada unsur penipuan, wallahualam…

Jadi aku harap Encik Mohd Azizan Abdul Kadir tidak tiru aku lagi… infect jangan tiru mana-mana tulisan blogger lain lagi. Kalau takde idea nak tulis blog better biarkan blog bersawang. Or post any interesting forwarded email. Don’t know what he gonna do now, maybe dia akan delete semua posting tersebut, atau tukar tarikh dan buat seolah-olah memang dia yang tulis dulu then aku tiru dia. Hahahha… one of my posting yang dia copied adalah tulisan aku tahun 2006, even before blog dia wujud. I hope he will post a apologies message at his blog and let his reader know his acts.

Bigger picture, aku harap tiada lagi orang copy tulisan aku secara curi-curi. Malas lah nak deal dengan benda-benda sebegini. Although have to admit, memang rasa sedikit bangga, tapi still hopefully jangan lah malu-malu nak mention source of the article kalau copy tulisan aku. Tak buat linkback pun takpe lah, konon-konon taknak orang click, tambahkan traffic aku or increase search-engine-result blog ini. Plain word www.akubetul.com is good enough.

Selamat berhujung minggu kepada semua kawan-kawan. Jangan lupa pay Encik Azizan Abdul Kadir's blog a visit. Cakap la hello ke apa ke...


Update (15/08/09):


Seriously said aku tidak rasa gembira with the whole event. Aku still rasa serba salah. adakah tindakan aku memaparkan kisah ini diblog secara terbuka satu benda yang tepat. Azizan dah reply email aku dan hantar beberapa sms. Beliau mengaku salah dan beliau berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu. Di blog beliau pun beliau ada posted article pengakuan, although he sound not really satisfy with response by my friends. Takpe lah...Beliau sudah delete semua posting yang 'ditiru', tapi kalau ada yang still nak proof aku ada simpan gambar posting tersebut.

For the record, aku anggap isu ini dah selesai. Harap kawan-kawan di sini tidak lagi 'menggangu' Azizan. Although I must say, thanks for all the support guys! Seronok aku tengok ramai juga yang tumpang simpati dan share geram dengan aku.

Aku juga harap Azizan akan terus berblog dan buktikan yang kau boleh jadi blogger berjaya dengan usaha sendiri.

Tuesday, August 11

Bukan Aku… Tapi Kawan Aku Punya Cerita

Short posting… aku ada banyak gila kerja kena setelkan. Aku cuma nak cerita kisah kawan aku…. bukan aku… tapi kawan aku.

Dalam alam pekerjaan, apa perkara yang membuatkan paling korang sedih? Boss bangang? Co-woker macam sial? Subordinate degil nak mampos? Workstation macam kandang kerbau? Officemate tikam belakang?

I don’t know you guys, but for my friend (not me, but my friend) ada few scenario yang membuatkan dia rasa nak nangis di tempat kerja. Seriously nak nangis…bukan nak marah… tapi sedih nak nangis.

Since this article will be directly related to his work, his current job, so I have no choice but not to reveal the whole details. Better I ask him to sent resign letter je kalau aku ada intention nak cerita semuanya disini, kan?


Senario Satu: Terima Mati, Tolak Rugi

Hard to explain, but just try imagine kawan aku seorang tailor. Then suddenly seorang customer datang bawa kain berwarna merah bernilai RM10, 000 suruh dia jahitkan sepasang Baju Melayu untuk pakai next week. Since kain pun bernilai 10 ribu takkan upahnya 1-2 ratus ringgit, at least 3-4 ribu. Problemnya disini, dalam simpanan benang dia, tiada benang kaler merah. Dia memang tak sempat nak pergi bandar dan beli benang berwarna merah. So, he have no other choice but to use kaler lain, maybe pink or orange. So, somehow he knows customer tu pasti akan marah or tak satisfy with his baju Melayu. But again, remember upah jahit baju Melayu tu 3-4 ribu ringgit at least 10 times more than normal upah untuk jahit sepasang baju Melayu. Sekarang kawan aku tu menghadapi dilemma yang lebih kurang sama. Damn… dia memang benci dengan senario ini. Sedih…geram.


Senario Dua: Kaki, Tangan Kena Ikat

Another classic scenario yang membuatkan kawan aku rasa nak nangis. Untuk ini, imagine pula dia seorang pembuat rumah. Or, to be more specific, dia seorang developer kawasan perumahan. Selepas membeli sebidang tanah, dia develop tanah itu dengan… let say 50 buah rumah teres. Then, lepas siap suddenly somebody came and declare the land still belong to him/her. Maybe there is some sort of misunderstanding or something, end up legally the land memang hak dia. So, in order for my friend to sell the houses he must repurchase the land. And the owner asks for ridiculous amount of money. But, nothing he can do. Suka atau tidak, kawan aku memang kena bayar supaya dia boleh jual rumah-rumah disana and hopefully to make some profit out of it. And believe me, again…. it is not the exact episode but now he or shall I say they (kawan aku dan bos dia) facing almost similar scenario. Memang rasa nak nangis memikirkan kerugian yang bakal dia tanggung.


Senario Tiga: Muka Tak Malu

No… I’m not talking about my friend’s marvelous co-workers. Member-member office dia semuanya baik-baik belaka. Aku referring to pihak lain yang terlibat dalam kerja kawan aku tu. Bayangkan, kawan aku tu penat lelah berusaha… bak kata mat salleh, he put his blood in the project. But dengan muka selamba je some useless dude minta commission or dalam kata mudah minta share. Lagi parah kalau yang minta share tu adalah government servant yang sebenarnya minta rasuah…! Memang rasa nak menitik air mata. Again, the best thing is my friend knows he have no other option but to entertain those jokers.


Senario Empat: Talam Bermuka-muka

Sekali lagi bukan pasal member-member office dia. Tapi pasal orang lain. Kawan aku baru perasan dalam dunia ni memang ramai orang ‘bertuan’ malah ada yang ‘bertuhankan’ duit. Mereka sanggup lakukan macam-macam benda demi wang ringgit. Jumpa kali pertama nampak macam pak imam, kali kedua nampak macam tok bilal, kali ketiga nampak macam makmum biasa, jumpa kali seterusnya dia dok luar surau je. Member aku tu pesan kepada diri dia sendiri, dia kena selalu alert dan do not trust anybody. Proses filtering buah pisang yang busuk dalam tandan pisang adalah usaha berterusan yang memerlukan komitmen yang tinggi.

Chow… nak sambung kerja. Ingat, sekali lagi aku pesan… cerita di atas adalah pasal kawan aku, it is not me… its my friend. Hahaha….Semua partners dan pekerja kerajaan yang deal dengan aku baik-baik belaka. Semuanya taraf-taraf wali gitu. Kawan aku je benasib malang.

Wednesday, August 5

Ibu Bapa Bongsu

Both aku dan wife adalah anak bongsu. Family wife aku far bigger than mine, aku cuma ada 3 adik beradik compare to hers, 9 orang. So, what I want to share with you guys now are the advantages and disadvantages become a bongsu parent. Macam semua orang tahu, last few weeks kami baru dapat anak… so, memang menarik untuk diceritakan pengalaman menjadi ibu bapa paling kecil dapat family.

Advantages

1. Sharing is Caring
Even masa pregnant lagi wife aku dah dapat stock baju dari akak-akak dia dan akak aku. So, bila nak dapat baby je macam-macam lagi benda yang kami dapat dari adik beradik. Since ada adik beradik kami yang dah stop production, berkotak-kotak baju baby ada dalam rumah sekarang. Although ramai yang cakap 1st baby kena beli benda baru semua, come on... every parent knows baby clothes will only last for few months. Then, baby dah besar dan memerlukan baju size lain. So, instead of wasting money buying new clothes we just accept their offer. Selain baju, beberapa benda lain seperti kelambu, bengkung, dan lain-lain pun kami pinjam dari adik beradik. Save cost dan mengeratkan talian silatulrrahim….:)


2. Banyak Tempat Rujukan

Again its started masa bulan-bulan pregnant lagi. Kami ada banyak tempat rujukan. So, back in our mind memang kurang la sikit risau. Few phone calls then we already get solid answer for any problem we faced. Masa aku tunggu wife before deliver pun adik beradik send sms memberi semangat. Mereka dah lalui benda tu, so they knew what kind of encouragement that we need at that particular time. Then bila dah lahir baby, kami tidak risau since we know if anything happen we have so many source of information around us. Remember in my posting the other day, I mention 4 o’clock in the morning my brother reply my sms and remind me to azan the baby? That kind of reminder we received a lot from our sibling. We very thankful for that.


3. Experience

In my case, aku pernah hantar akak ipar aku pergi hospital masa sakit nak bersalin jam 5 pagi. So, somehow I know what to expect if that happen. I also help my mum to buy ikan haruan and veggie for my sister dulu. Even help her to grill the haruan or buatkan sup. Then, for my wife pula, as youngest in her family for sure she does have experience assisting her mum taking care of her sister dalam pantang. Also, wife aku mesti ada pengalaman jaga baby sikit sebanyak. Anak sedara pun dah lebih 20 orang, tak mungkin lah ada zero knowledge pasal skill nak handle budak kecil. So, in that sense we somehow well prepared.


4. Financial Aid

Beside advice and encouragement, I believe as adik or anak bongsu juga if I needed any kind of financial assistant most of our brothers and sisters will be very happy to help. Normally kalau kau anak bongsu, regardless your education level or your profession… your family will always look you as their sweet little youngest brother or sister. But in my case, alhamdullilah aku belum lagi nak pinjam duit mereka. BELUM bukan TIDAK MAHU atau TIDAK AKAN… big different tu. Hahaha….



Disadvantages

1. Kurang Sambutan
Have to admit lah… both our mother not really thrilled with our newly born baby. Cannot blame them also, baby aku adalah cucu ke nombor puluh-puluh for our mums. So, we can’t expect the same reception as their 1st grandchild. Although maybe I’m wrong here, since normally anak bongsu adalah anak manja... maybe they did feel very-very happy to see their anak manja dapat anak. Don’t know, difficult to figure out old folk’s feeling. From adik beradik pun sambutan tidak semeriah anak sedara pertama atau kedua. Fact that our brothers and sisters busy taking care of their family juga membuatkan sambutan agak tidak sepanas seperti anak-anak mereka dulu. For example, masa anak abang aku lahir, aku masih bujang… aku ada plenty of time to visit my newly born niece or nephew. Tak fair lah kalau aku expect abang aku do the same thing now, sedangkan dia busy dengan anak, isteri, kerja dan sebagainya.

Same goes to wedding lah, kalau dalam satu kumpulan kawan-kawan, siapa kahwin lambat memang agak sukar nak kumpulkan kawan-kawan yang ramai masa hari kahwin. Since kawan-kawan dah busy with other commitment. Jaga family, cari duit dan macam-macam urusan lagi. Those yang kahwin awal-awal memang syok tengok member-member bujang datang rumah even tidor semalam, dua malam.


2. Too Many Info

Related to 2nd point of the Advantages. Sometimes we been flooded with information and advices. Boleh lemas… everybody sort like try to outdone each other. Even very simple things such as whether we should prepare to give susu kambing or mandikan anak with air herba if anak ada kuning, could be very long discussion. Then if say we accept suggestion from one sibling, others that gave different opinion on that particular issue akan terasa pula. Not to mention different budaya Perak and Terengganu. Different budaya consequently created different approach for so many things. So, my juggling acts have to be perfect.


3. Too Many Instructions

Info, advice, idea are totally difference from instructions. Since we are the youngest in the family, everybody assume we have no idea what to do and how to tackle every single problem. So, instead of give opinion, some started give all kind of instruction. Even nak pilih nama anak pun ada yang cuba bagi arahan. Then, adik beradik yang lain will also start question all our decision. Why you not sent your wife to kampong through flight? Why must stay in kampong for few weeks? Why don’t you guys be more independent? So far aku belum reply to any of those question rudely lah. Aku will try to explain one by one, or at one stage just diam membisu sahaja. I know maybe their intention are good, they don’t want us to make same mistake as theirs or we burden our mothers or simply wasting our money or something. Bottom line here is if you a youngest in your family and you married to another bongsu, just get prepared mentally.


4. Limited Nama

Imagine in my case, anak sedara aku dan isteri ada lebih dari 30 orang. So, if let say each if them have 2 names (ada yang tiga, but ada a few yang repeated). So, our option dah kurang at least by 60. And those 60 names adalah nama-nama yang sedap, yang mempunyai maksud yang best-best. Jadi kami terpaksa memerah kepala otak untuk cari nama yang membawa maksud yang baik, bunyi sedap dan tidak sama dengan nama anak-anak saudara. See, rugi kan... kalau anak sulung no such problem.


So there you have it. Advantages and Disadvantages of become a bongsu parent.

What ever pun, (since I know some of my family member do read my blog) I would like to thanks my brother, my sister, my in laws, and million thanks to our mothers for their tireless effort to help me and my wife. Walau macam mana aku membebel pun, we do realize rising a son is not a easy task. We really need your assistant to guide us to become better parent.

(Ahh… I’m really good in this covering-my-ass statement, right?)

Please do anticipate a few parental related posting in the future. Ok la kan… kepompong pun lama-lama jadi rama-rama. But I will try my best not to transform this blog into another ‘blog kaum ibu’.

Monday, August 3

Jom Buat Demonstrasi Jalanan Membantah Kenaikkan Tambang Taxi

Saturday morning sampai di tempat kerja aku dengar ramai member mengeluh jalan jem sebab ada demonstrasi lagi. Aku blur… member-member pun pelik sebab selalunya aku memang aware isu-isu politic sebegini. Tapi kali ini aku betul-betul tak tahu. No idea at all. Memang kebiasaannya aku tak bawa laptop pergi kerja pada hari Sabtu sebab konon-kononya nak buat kerja-kerja offline (claims, sign forms, kemas meja, check file, etc), so aku memang tak boleh nak online untuk check cerita tunjuk perasaan itu. Jadi aku bergantung harap kepada cerita rakan-rakan sahaja. Aku baru tahu rupa-rupanya ada golongan yang buat demo pasal nak minta mansuhkan ISA. Aku jadi katak bawah tempurung sebab Thursday and Friday aku bertungkus lumus, tak tidor more than 24 hours, siapkan satu submission. Actually start Wednesday lagi aku dah isolate myself dari orang lain sebab aku nak siapkan kerja itu. Jadi aku memang tak tahu menahu pasal akan ada demo kat KL hari Sabtu.

I’m not a big fan of so called street demonstration. Kalau kes-kes besar yang triggered by any important event ok lah kot. (Ex: BERSIH sempena general election). But minta mansuhkan ISA or few weeks before pasal menyokong or membantah penggunaan English in teaching Math and sciene. I don’t think necessary lah untuk adakan demo di jalanraya.

Ok, maybe in this particular case I’m a victim of government propaganda. Mungkin aku termakan hasutan dakyah-dakyah yang dipancarkan oleh media arus perdana setiap hari ke ruang tamu rumah kita. But lets admit it lah… street demonstration membawa banyak keburukan berbanding kebaikkan.

Kebaikan
1. Dapat apa yang dihajati or at least give certain amount of pressure.
2. Inform government we not weak dan boleh dimain-mainkan.

Keburukan
1. Jalan jem
2. Business terganggu
3. Public transport interrupted
4. Portray negative image to international media
5. Kerajaan ada modal nak burukkan opposition
6. Bazir wang rakyat (poster, baju, kain rentang, etc)
7. Bazir wang kerajaan (elaun polis, FRU, penyembur)

Mungkin ada yang cakap, tunjuk perasaan yang dianjurkan adalah demonstrasi aman. Pihak berkuasa yang jadikan ia ganas dan bertukar jadi rusuhan. Tidak mungkin polis boleh biarkan ribuan orang berjalan atas jalanraya yang sepatutnya jadi laluan kenderaan macam tu je tanpa sebagai sekatan. Seperti kata Najib semalam, nak berkumpul, nak berapat umum, biarlah di tempat yang betul. Dalam dewan, dalam stadium atas padang bola dan sebagainya. Bukan atas jalanraya, tepi rumah kedai dan dalam masjid.

Hakikatnya memang sukar untuk membuatkan kerajaan terima cadangan kita kalau kita salurkan menerusi tunjuk perasaan di jalanraya. The biggest demo ever adalah masa Anwar kena tangkap… hasilnya? Anwar still meringkuk dalam penjara. Then, melalui rundingan (I believe there must be some sort of negotiation), Anwar dibebaskan few years ago. So, ini membuktikan memang sukar nak ‘menang’ dalam pertempuran atas jalanraya dengan kerajaan Malaysia.

Kalau ramai dah tahu sukar nak menang kalau fight atas jalanraya, tapi kenapa masih wujudnya demo jalanan?

Jom kaji dari sudut beberapa pihak. Of cause terwujudnya tunjuk perasaan jalanan adalah adanya 3 element penting.

1. Initiator
2. Organizer
3. Participant

Initiator selalunya adalah those yang akan organize. Tapi tak semestinya, sometimes inititor adalah ahli politik peringkat tertinggi dan organizer adalah macai-macai mereka dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang mereka boleh tunggangi. Aku percaya most, if not all of the inititor not really want to fight for what ever they stated in the demonstration manifesto. Mereka mempunyai agenda mereka sendiri. Most probably agenda politic. Inititor ini adalah golongan bijak pandai yang tahu, there will be really slim chance to give enough pressure to government to accept their proposal through street demonstration.

1. Raih popularity
2. Naikkan imej diri sendiri
3. Tingkatkan rasa marah dan tak puas hati rakyat kepada kerajaan
4. Cover isu-isu lain yang menguntung ‘musuh’ mereka
5. Menguji kemampuan macai-macai
7. Gertak/usik/cubit/ kerajaan

Aku percaya itulah reason-reason utama kenapa inititor mencipta alasan untuk diadakan tunjuk perasaan atas jalanraya.

Organiser pula selalunya satu pertubuhan atau satu kumpulan manusia. Aku rasa reason utama mereka tolong organise sesuatu demo jalananan adalah :

1. Bodek boss masing-masing
2. Menambah sokongan kepada group mereka
3. Gila glamer
4. Cari duit (baju, topi, payung)

Maybe adalah beberapa kerat daripada organiser yang benar-benar ikhlas membantu kerana hati mereka yang suci murni. But aku percaya majoriti still mempunyai agenda peribadi dan bukannnya benar-benar nak memperjuangkan nasib orang lain.

Bagi paticipant pula… separuh yang hadir sebenarnya nak tengok what really happen. They not really into the demo pun. Sekadar nak jadi penonton sahaja. Daripada separuh yang benar-benar hadir nak menunjukkan perasaan atau berdemo pula, aku percaya 50% juga mempunyai agenda sendiri. Samada mereka dibayar, mereka berhajat nak jadi pemimpin (since memang trend nak jadi pemimpin opposition kena sertai demo), sekadar nak tambah pengalaman, dan beberapa silly reason lagi. Selebihnya pula, maybe few thousand lagi adalah golongan yang kena tipu. Mereka betul-betul datang dengan harapan kerajaan akan tunduk dengan desakan mereka dan terima cadangan mereka. Aku cakap mereka tertipu kerana organizer or rakan-rakan yang tipu mereka dengan berkata demo ini sangat penting, ada chance nak capai hajat, boleh buat kerajaan takut, dan macam-macam lagi.

Minda racist aku juga terfikir, kenapa dari dulu lagi demonstrasi jalanan, tunjuk perasaan, rusuhan... samada aman atau haram mesti orang Melayu yang bersungguh. Cina dan India sekadar tempek menempek sahaja.
Kesimpulannya, aku percaya majority yang initiate, yang anjurkan, yang urus dan yang hadir ke street demonstration mempunyai agenda mereka sendiri. Hanya segelintir daripada mereka sahaja yang benar-benar jujur dan percaya tunjuk perasaan akan berjaya mencapai apa yang diperjuangkan.

For me, kalau aku pemimpin pembangkang… better aku accept defeat in this battle since I know there is other war to be won. Kan?

Total Pageviews

. page counter