Digi melalui Nuffnang sedang promote MMS Speak Up contest. Although aku bukan lagi ahli Glitterati Nuffnang, tak semestinya aku tak boleh support promotion campaign mereka, kan? (Bodek…bodek… hehe)
So, basically Digi anjurkan contest menyuruh pelanggan mereka hantar MMS untuk menyatakan perubahan yang kita mahukan berlaku di Malaysia. Kira-kiranya dah dekat Merdeka month ni nak naikkan semangat kenegaraan lah. So, berdunyun-dunyunlah pelanggan Digi masuk, hantar macam-macam gambar dengan penuh creativity. Hadiah macam-macam, LG handphone, Ipod, even duit cash RM3,000. Majority entries aku tengok adalah benda-benda standard:
1. Mahukan politician lebih bekerja dari bercakap
2. Mahukan Malaysia lebih aman.
3. Less traffic jam
4. RM lebih berharga
5. Public transport lebih baik
6. Rakyat bersatu
7. Cintai alam sekitar
... dan macam-macam lagi.
Aku rasa they should send something more specific. Kalau benda-benda general macam tu susah untuk mana-mana pihak merealisasikan impian mereka. Aku pelanggan corporate Digi, tapi sadly jenuh aku try sent MMS tak boleh lepas, maybe company aku dah disablekan function MMS kot, ntah lah. Takpe, aku memang jarang-jarang menang apa-apa contest pun, last weekend masuk SKMM Treasure Hunt pun pulang empty handed. So, biar aku cuba bagi idea, kepada pelanggan-pelanggan Digi yang terbaca, kalau berminat bolehlah create gambar dan sent MMS base on these ideas. Kalau menang bagi la aku sikit sharenya, ok? Deal?
Aku hanya ada dua specific request…
1. Sepak Takraw
Rata-rata di bandar-bandar anak muda sibuk main futsal. Kat mana-mana ada gelanggang futsal. Dulu masa mula-mula nak glamer charge futsal RM80-90 sejam, sekarang ada yang cecah RM120…. Tapi still ramai orang main. Dalam dewan-dewan perbandaran pula malam-malam ramai yang main badminton. Sewaan gelanggang tidak la mahal mana, tapi duit nak beli shuttle cock tu berat. Sekali main, kalau main secara serious boleh habis 2-3 tabung. End up almost sama dengan kos main futsal. Banyak juga syarikat or pejabat kerajaan yang sponsor staff mereka main futsal atau badminton. Aku tak puas hati betul, kenapa tak ramai yang nak main sepak takraw? Gelanggang sepak takraw pun dah makin kurang. Padahal sepak takraw adalah sukan tradisi kita. Kalau aku minta orang main congkak atau batu seremban ramai-ramai setiap minggu maybe melampau lah, tapi sepak takraw is a ‘healthy’ sport juga. Perlu tenaga, semangat sepasukan, berpeluh, elemen-elemen yang sama seperti futsal dan badminton. Kos untuk main sepak takraw pun tak mahal mana, bola sebiji boleh tahan berbulan-bulan. Kalau main dalam dewan (banyak dinding) pun at least boleh tahan few weeks.
Sepak Takraw Pantai
Aku juga harap kerajaan wujud dan popularkan sukan sepak takraw pantai. Just to follow the trend, bermula dengan beach volleyball, then ada bolasepak pantai, lepas tu aku dengar ada pula rugby pantai… so, tak salah rasanya kita introduced and promote Sepak Takraw Pantai.
Sebutan ‘Sepak Takraw’
Selain mempopularkan sukan sepak takraw, aku juga harap anak-anak muda jangan sebut sukan sepak takraw dengan simply TAKRAW sahaja. Gunakan perkataan SEPAK itu. Sebab SEPAK adalah Bahasa Melayu dan TAKRAW adalah bahasa Siam bermaksud bola atau raga. Masa nak popularkan sepak takraw di peringkat antarabangsa Malaysia dan Thailand agreed to use both languages. So, kalau kita asyik sebut TAKRAW dan tinggalkan SEPAK, akhirnya nanti orang luar dan even anak cucu kita sendiri akan percaya yang sukan sepak takraw originate from Thailand. Padahal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi kerabat diraja dah main sukan ini. Kalau tidak kerana sepak takraw, kemungkinan besar tidak akan wujudnya Negeri Pahang. Ingat? Pergi baca buku sejarah balik….
Jadi impian pertama aku adalah sukan sepak takraw dipopularkan di bandar-bandar besar, termasuk mempromosikan sepak takraw pantai dan kita semua menitik beratkan sebutan SEPAK instead of TAKRAW.
2. Perbanyakkan Drive Thru
Aku antara golongan manusia yang cukup suka dengan sistem urusan secara drive through. Lazimnya drive thru or drive through yang popular adalah masa nak beli McD, KFC, bayar bill (dulu kat Teluk Intan boleh bayar bill TNB secara pandu lalu) dan membayar cukai (ending posting ini aku tunjukkan bukti sistem pandu lalu di MBPJ, or shall I said drive-in………?).
Tapi aku percaya sistem drive through patut dikembangkan untuk lain-lain urusan. Bukan sahaja boleh menggembirakan orang-orang pemalas nak keluar kereta macam aku, drive through juga boleh menyelesaikan masalah parking di pusat-pusat bandar.
Drive through yang aku impikan…
Urusan Bank
Aku tahu di oversea memang ada machine ATM drive through, di Malaysia pun rasanya ada… aku pernah guna sekali, tapi aku lupa dimana. Tapi sepatutnya ia dikembangkan lagi. Bukan sahaja untuk machine ATM, tapi untuk lain-lain urusan seperti cash, cheque deposit, bayar kredit card, malah tidak keterlaluan kalau aku minta disediakan kaunter pertanyaan secara drive through. Aku lebih rela beratur panjang dalam kereta yang sejuk daripada pusing, pusing cari parking berpuluh kali.
Kedai Runcit Ala Seven Eleven
Mesti korang pernah alami, drive tengah highway, tiba-tiba rasa haus, lapar atau kalau perokok rasa gian rokok teramat sangat. Nak berhenti di hentian atau petrol station malas or tak sempat. So, kalau lah ada drive through untuk barang-barang kecil seperti air minuman, jajan, chewing gum, rokok, gula-gula… kan ke best? Maybe a small booth macam toll booth pun dah cukup. Kita lalu, minta air kotak satu, kupon top up, kauci, kemudian bayar… then teruskan perjalanan tanpa perlu stop kereta. Kalau kita propose kepada pihak konsesi lebuhraya mesti mereka minta bayaran mahal sewa tapak, tapi aku harap pihak konsesi sendiri yang buat drive through sebegitu. Kalau harga barang sedikit mahal pun takpe lah, 7 Eleven pun beza beberapa sen dengan kedai runcit biasa or pasaraya.
Tong Sampah
Again semasa dalam perjalanan di tengah highway. Lepas makan dan minum segala jenis jajan yang dibawa, selalunya sampah sarap akan bersepah dalam kereta. Kalau yang pembersih sikit dia akan kumpulkan dalam satu beg plastic, then bila turun nanti pergi buang dalam tong sampah. Tapi kalau ada drive through tong sampah kan ke senang. Di tepi-tepi jalan, or selepas toll booth, sediakan tong sampah besar yang lebih kurang sama tinggi dengan kereta dan mempunyai bukaan yang luas. So, senang nak campak sampah sarap. Sekarang pun kita boleh nampak bersepah resit tol dibuang sebaik sahaja lepas bayar toll. Jadi memang molek sangat kalau disediakan tong sampah pandu lalu selepas pondok tol.
Ada banyak lagi servis yang boleh diselesaikan dengan kaedah drive thru. Bayar saman, renew driving license, renew passport, laundry, dan macam-macam lagi. Jadi impian kedua aku adalah Malaysia akan ada banyak lagi perkhidmatan drive thru.
Seperti dijanjikan, aku postkan bukti perkhidmatan drive thru di MBPJ. MBPJ betul-betul bangga dengan sistem drive thru mereka sehingga dimasukkan dalam calendar mereka. Aku malas nak pergi snap gambar kaunter drive thru tersebut, jadi aku letakkan gambar daripada calendar. Kaunter drive thru ini bersebelahan dengan Bangunan Sivik yang dulu diadakan konsert mingguan Akademi Fantasia.
See? Hahahha…. Bukan drive thru, tapi drive in. Maybe mereka suruh kita drive sampai masuk dalam banggunan, bukan sekadar lalu… Confirm case malas nak fikir panjang masa buat translation…
Chow, nak sambung kerja. Aku berjalan lagi, komen-komen semua akan aku reply bila aku balik office maybe tomorrow night, or during weekend. Hopefully lepas ni kurang outstation. Nak kena tengok wife dah masuk hujung-hujung ni. Doakan wife aku dan baby selamat menempuh this final month.
Ohh.. lupa nak berikan website pertandingan Digi tu, here: http://www.nuffnang.com.my/digi-speak-up-malaysia/
Pelanggan Digi pergi la masuk, kesian siot baru ada 95 penyertaan lepas lebih seminggu kot. Padahal first 100 participant akan dapat tiket wayang free tu.
4 comments:
aku sokong ko pasal sepak takraw tuh. Xda plak aku dgr stkt ni pihak penyedia sukan swasta (cth: Planet Sukan aka Sports Planet) sediakan gelanggang sepak takraw.
Masa aku kecik dulu, Pjbt Pos Jelutong, Pulau Pinang ada kemudahan pandu lalu. SKrg aku xtaulah, lama x menjengok Pjbt Pos Jelutong.
Kedai Mesra Petronas ada pandu lalu kt USJ kalau xsilap aku. Harap Petronas dpt kembangkan idea pandu lalu kt Petronas yg berada di lebuhraya di Malaysia kita yg tercinta ini.
Sangat2 setuju ngan sepak takraw tu.. sekarang ni, sepak takraw still dipertandingkan di Sukan Asia.. Tak jadik digugurkan.. Syabas Istaaf kerana perjuangkan sukan ini di peringkat global.
Mr. Right, hopefully, next time you post pasal raja pop, michael jackson lak.. Pasti ramai yang nak tau pasal raja pop tu k.. Want to know your opinion bout him..
Always right..
Amaran Komen, Show Off tak boleh tapi Off Topic boleh kan..??
Syarikat Malaysia bid UK80 juta untuk Newcastle. Hampir sama harga untuk ex-player Mangkuk yang Real Madrid beli.
Real Madrid bayar UK80 juta utk sorang player, while kalau dump duit tu kat Newcastle bukan sorang player tapi ada 26 player, coachs, managers, doctors (ada s means lebih dari sorang) and stadium lagi.... Ha Ha Ha... what a joke.
Hatifi,
KEdai MEsra Petronas ada pandu lalu? kat USJ? Nak kena pegi cari ni.. hehe.. saja, nak test.
shark,
Beberapa hari lepas pasukan sepak takraw kita kalah dengan pasukan Korea? Gila siot... Korea tu...
Aku tak minat muzik sgt lah, so cam mana nak komen pasal MJ.
abikhsan,
Off topic boleh, ko punya pasal semuanya boleh.
Ananda Krishan nak beli Newcastle? Akhirnya akan ada player Malaysia main kat England.
Post a Comment