Wednesday, June 10

Seni Memilih Buah Durian

Aku dah malas nak bagi excuse lambat update blog, aku rasa member-member yang selalu datang sini pun dah menyampah kot nak dengar. Aku tak sampai hati nak tinggalkan kerja-kerja yang banyak kat office semata-mata nak update blog. Or dalam bahasa mudahnya aku ni seorang pekerja yang bertanggungjawap, hahaha….!

Aku nak cerita pasal buah durian. Semalam wife aku nak makan buat durian. Risau juga, pregnant boleh ke makan durian? So, lepas tanya kepada peserta-peserta senior dalam aktiviti kandung-kandung anak, jawapan semua standard. Seulas dua ulas takpe, jangan banyak sangat. Then, aku pun pergi la pasar malam section 6, beli dua biji kecil.

Aku memang asal Perak. Perak aku rasa antara negeri yang famous dengan buah durian. Sampaikan kami cipta tempoyak, samada untuk buat sambal atau gulai. Jadi dari kecil lagi aku dah terdidik dengan memakan buah durian. It is a very fun family activity. Aku memang suka makan durian, tempoyak dan semua yang related dengan raja buah itu. Abang aku spend school holiday dia dulu masa sekolah menengah dengan menunggu durian di dangau (small hut), alone! Gila… takut siot. Abah aku memang own beberapa dusun durian, not that big la... just enough untuk anak beranak… ada balance-balance sikit je yang boleh dijual. Dulu sometimes kami sekeluarga join abang aku tunggu durian di dalam that small shed built in between durian trees. Syok gila time petang dan subuh dengar bunyi buah durian gugur… siap kira dulu then estimate area mana, bila dah kurang angin kami akan keluar pergi cari. Kena make sure sama jumlah dengan dentuman tadi, short sebiji pun akan rasa rugi.

Aku baru perasan aktiviti membeli buah durian kini tidak seronok dulu. Thrill memilih, risiko mendapat buah busuk, mangko atau mangkak (muda), buah tawar dan sebagainya dah tiada lagi. Sekarang kita lazimnya memang akan suruh penjual tu kupas setiap biji durian yang kita nak beli. Atau penjual tu yang akan volunteer nak buka, konon nak buktikan buah durian tu memang baik. Then, kita boleh rasa pula buah dalam belahan kecil yang dia buat. Kalau tak best, kita ada option untuk reject dan ambil buah lain. Boring gila…. Kalau beli kat hypermarket lagi lah boring, dah siap packing dalam polystyrene. Mungkin sebab kini durian dah banyak sangat dalam market. So, penjual kena berusaha gigih sikit untuk tarik pelanggan. Yela, dulu durian bermusim… sekarang sepanjang tahun ada durian. Thanks to Siamese farmer and rapid growth in agriculture industry. Dulu pemilik dusun durian memang antara orang paling kaya dalam kampong. Kalau ada beberapa ekar dusun, with around 10 matured, quality durian trees per ekar pun boleh dapat around RM10,000.00 pada satu-satu musim durian. Seriously, sebab tu ada adik beradik yang berbunuhan semata-mata berebut harta pusaka dusun durian. Mr. Os pun dalam lagunya ada mention pasal lubuk emas peniaga durian…
“Oh kome, deghoyan dah bebunge…. Moh kite minang anak dare....“
See, even pokok durian baru berbunga kita dah boleh bajet income yang bakal kita dapat, sehinggakan mampu nak mendirikan rumah tangga. Memang ramai bakal pengantin cari duit lebih dengan berniaga durian. Ramai juga Pak Haji dan Mak Haji kampung yang pergi haji hanya dengan hasil durian.


Satu lagi rangkap dalam lagu tu…
“Kalau musim deghoyan, deme berani nampor, Ape deme nak heghan, saman buleh bayor…“
Memang dulu-dulu pemilik dusun dan peniaga durian sombong bila tiba musim durian.

Berbalik kepada proses membeli buah durian. Dulu di kampong aku, dan aku percaya sama dengan tempat-tempat lain, kita kena pilih buah durian yang kita nak beli. Ada longgok-longgok buah durian, then kita pilih. Memang takde yang dijual secara timbang, semuanya ikut biji. Kita memang tidak boleh suruh peniaga tu simply kupas mana-mana buah durian. Kalau nak buka, bayar dulu… then if isinya failed… kalau nasib baik, dapat refund or boleh pilih buah lain. Kalau balik rumah baru found out isinya busuk or muda, memang nothing we can do. Better luck next time je lah. Although, aku kena admit aku bukan pakar, abah dan abang aku memang expert. Kalau kena pokok durian kami tidak berbuah or buahnya kurang cantik atau simply kami malas nak pergi cari. Kami terpaksalah beli. Tapi aku memang tidak pernah dipertanggungjawapkan untuk memilih. Memang kerja arwah abah dan abang aku. Mereka juga ada pengalaman menjual durian, so they can negotiate for better price. They also can identify which one peraih (middle man) or pemilik dusun.

Jadi, according to them there are tips to find good durian.

Make Sure Luaran Buah Clean
1st, kena bersihkan segala jenis kotoran-kotoran nyata yang ada pada kulit buah durian. Daun kering, rumput, kesan tanah dan sebagainya. Ini kerana sesetengah peniaga penipu akan cover bahagian buah yang busuk dengan kotoran-kotoran tadi. Ada juga yang betul-betul keji even sumbat lubang kesan gigit tupai dengan tanah dan daun.


Berat Buah
Easiest way. Kalau buah tu too light compare to it big size. Most probably belum masak. Or kalau too heavy pula, mungkin dah busuk. So, kalau pernah makan durian yang sedap, manis, lemak… try remember size to weight ratio. Selalunya sama je, so next time cari yang lebih kurang macam tu juga.


Goncang Buah
Ini tips biasa la kot. Kita goncang buah durian dan dekatkan dengan telinga. Cuba dengar atau rasa kesan bunyi ulas durian berlaga dengan kulit bahagian dalam durian. In teori, ulas durian yang cukup masak akan menjadi kecil berbanding semasa ia muda. Buah tu akan mengecut bila ia cukup masak. So, kalau takde sebarang bunyi maksudnya buah tersebut still muda or dah busuk since there is no air space between buah dan pangsanya.


Tepuk or Ketuk Kulit
Same mission as above tip. Kita nak cari bunyi rongga udara between ulas durian dengan dindingnya. Kalau bunyinya bapat, padat, senyap je… confirm buah tu muda lagi. Peniaga juga kadang-kadang rajin ketuk buah durian sebelum kupas untuk kita. Reasonnya sebenarnya adalah untuk longgar atau pisahkan ulas durian dengan dindingnya. Seterusnya ulas durian akan jadi lembut sedikit.


Kupas Sedikit Tangkainya
Kalau buah still ada tangkai, kupas sedikit tangkainya dengan kuku. Kalau ianya still berlendir dan berwarna hijau, maksudnya buah tu still fresh. Maybe baru gugur few hours. Daripada kekeringan dan warna kita boleh estimate bila buah tu gugur. Kalau dah kering sangat dan warna coklat pekat, memang dah lama or buah tu dah busuk. Kalau pula terlalu berlendir or berwarna terlalu cerah most probably buah tu belum masak. Ada juga tip untuk tangkai yang liat dan yang rapuh atau cepat pecah, aku lupa apa indicationnya. Rasanya tangkai yang liat isi buah mungkin manis compare to yang rapuh, something like that la...


Cium
Another standard method. Kena hati-hati, kalau silap gaya boleh berdarah hidung kena duri. Kita semua tahu buah durian memang ada bau yang kuat. Sebab tu tak boleh bawa masuk public transport atau hotel-hotel mewah. Selalunya durian yang cukup masak, manis, sedap memang harum baunya. Try cium dibahagian bawah durian, mesti ada sedikit rekahan. Kalau baunya sedap menusuk kalbu, beli je lah. Kalau still tak dapat bau, try cucuk sikit kulit buah dengan kuku pun boleh. Kalau buah yang betul-betul bagus confirm terkeluar juga baunya. Kalau masih gagal detect bau, muda lagi lah tu. Suruh je penjual tu peram dulu...then buat je tempoyak. Kalau ada pula bau kurang menyenangkan, beli juga buah tu, suruh peniaga tu kupas dan paksa dia makan buah yang busuk tu. Since, peniaga selalunya tahu buah tersebut dah busuk, cuma dia nak try luck kalau berjaya perdaya pembeli.


Analisa Duri
Duri juga boleh beritahu freshness buah durian. Kalau durinya dah lembik, tak keras memang dah lama lah buah tu gugur. Then, daripada duri juga boleh estimate isi buah durian. This one memang kena pengalaman sikit lah dan perlukan pemahaman pasal buah durian setempat. Maksudnya, kalau durian di kawasan Teluk intan, kami dah tahu duri yang bagaimana isinya cantik. Duri yang kecil, yang bengkok dibahagian hujung, yang hujungnya ada sedikit kesan warna merah dan sebagainya. Durian dari Kampung Gajah lain pula ciri-cirinya, dari Hutan Melintang pula lain, dan seterusnya. Tapi sekarang, durian come all over the place, memang tak boleh nak agak lah. Mana aku tahu durian dari Pahang or dari Johor macam mana durinya.


Kecoh pasal macam-macam isu politik. perebutan kuasa pada muktamar PAS, muzakarah PAS dan UMNO. Pakatan Rakyat goyah. Isu PKFZ Port Klang. PPP ada 2 presiden. Penubuhan suruhanjaya diraja siasat rampasan kuasa kerajaan Perak. Dan macam-macam lagi… aku choose to write about cara pilih buah durian yang not even relevan lagi sekarang since cara beli yang dah semakin senang dan boring.

Ok la kot, kan? Penat siot nak tulis pasal politik…

13 comments:

Mommy Lyna said...

Saya suka durian mas. Pejal dan manis.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Durian sedap dimakan dan di ambil dari pangsanya. Nak thrill dan nikmat makan kat pondok tunggu durian.

Bila bertandang ke rumah orang, bila dia dah siap kopek durian dan letak dalam pinggan, tak kira durian brand apa pun terus hilang selera nak makan.

Tengok shopping mall pun sama, nampak cantik letak dalam polistrin tapi tak selera...

Anonymous said...

Silap tu Mr. Right. Dia tepuk durian tu mana boleh lambut isi kecuali isi memang dah lembut. Kalau nak check ruang udara dlm durian pun, org jarang tepuk. Belubang ar tgn. Biasa org garu durian tu dgn blakang kuku. Kalau bunyi mcm byk udara, maknanya durian tu ok n x mangkaq. Masa arwah ayah aku juai durian kat dusun dia, dpt RM20,000 to RM 25,000 satu musim.

Anonymous said...

Sy setuju..durian best jika mkn dr pangsanya..
Dan ada sesetengah orang yang makan durian dgn nasi (bukan pulut).kiranya durian tu cam wat lauk..loya seh..

Anonymous said...

Mintak maap lah pada peminat2 durian nie terus terang aku ckp aku kureng sikit dgn durian bukan tak mkn cuma kureng aje. Kalau tak makan pun rasa tak menyesallah.

Anonymous said...

Mintak maap lah pada peminat2 durian nie terus terang aku ckp aku kureng sikit dgn durian bukan tak mkn cuma kureng aje. Kalau tak makan pun rasa tak menyesallah.

bro.matt said...

salam kenei yop..
aku pun suka makam durian.."arwah bapak aku cakap hantu durian,pergi cari durian kat kebun maleh,,makan macam hantu"
musim durian luroh pelawe2lee teman!!

Syarifah Hidayah said...

Hye,
Saye baru 1st time kat cni. I suke sgt durian.Mase saye form 5 hari2 mkn durian sampai mamat2 yg nak teckle i pun hari2 kasi hadiah durian. Hantu betol la mamat2 ni. Ntah hantu2 ni sebat kat dusun sape ntah.

Skrg dah 23 umur, baru je kawin. Laki i siap puji2 i kentut bau durian masa atas katil.

Kepada mamat2 yg nak teckle minah pakai durian, awek2 peminat durian ada ramai dekat area sungai ptani. Semua taste durian mcm I mase skolah. Hantu sungguh.

Mai la sungai ptani.

cikcahaya said...

cess..post ni membuatkn aku tetibe 'ngidam' lak..

mangkuk statik said...

Timo kacih.
1. aku termasuk kategori cam kau, yang harap ke bapak aku yg pilihkan.
2. Bile aku tanyer, ape kriteria yg digunakan maser pak aku pilih deroyan, dier bagik jawapan standard org tua2, " Ahh! Makan je lah. Nanti kau tua2 kau tau lah nanti"
3. Pergh. Jawapan tak membina.
4. SO , timo kasih atas post kau. Baru gua tau ilmu bermanafaat ni. Boleh kerek pas nih!!

Salam.

marrang nung! said...

musim durian luruh kat Terengganu dah start...
penat ler aku balik ngandor durian nanti nih...
dood, nanti mase ko balik bawak org rumah ko bersalin boleh la ko try rase durian terengganu lak... best wooo.....

Mr. Right said...

Mommy Lyna,
Durian Mas tu durian apa?

abikhsan,
Betul2. Kalau makan bawah pokok memang terasa lebih sedap. Kalau kutip sendiri, lagi la rasa puas.

Ano1,
Hahaha... bukan tepuk dengan tapak tangan. Tepuk la ngn pisau ke, parang ke, kapak ke. Garu tu betul gak, tapi setiap kali aku try kulit atas kuku mesti berdarap. Susah siot.

ano2,
Hahaha... pulut durian or nasi durian sedap gak. Letak garam dan santan... Perrrgggg.... sedap. Dah lama tak try.

ano3,
Rugi...rugi.

ano4,
Rugi...rugi.

(haha, repeated komen perlu repeated reply)

bro.matt,
Hahaha... hantu durian? Kome kutip durian sendiri ke durian orang lain? Jgn dibuat yop, nanti deme ingat tupai tumpo kome kena tembak.

Syarifah Hidayah,
Hahahhahaa.... ini cinta durian la ni. Hahaha... kentut makan durian busuk lah, pun suami puji. Sebab baru kawin kot. Dah bertahun-tahun nanti mahu dia suruh kuar blik. Harap2 tak...Sedap ke durian Kedah?

cayataro,
Ngidam? Pegi pasar malam cari ye.

mangkuk statik,
Dah tahu kena practise. Pegi try pilih durian then beli tanpa suruh penjual buka. Kalau ok, baru rasa puas.

marang nung,
Sedap ke durian Ganu? Nanti aku try. Hujung bulan depan, insyallah.

Anonymous said...

Judinmat.
Saya juga peminat makan durian.Saya suka makan durian D24,D2, tek kha,ang he, tembaga.Setiap tahun belanja RM 1000. untuk beli durian.Tahun ni makan tak dan puas krn durian kurang menjadi di Baling dan utara perak.
Paling seronok ialah tunggu durian di dusun, tidur di dangau , kutip durian waktu tengah malam jam 2.00 pagi.
Sekarang ni tak mau lagi tunggu durian di dusun waktu malam.Masa budak-budak dulu seronok tunggu durian waktu malam di dusun.Ada satu malam kami pergi kutip durian luruh juam 3.00 pagi, terserempak dengan sang harimau sedang makan durian .Kami lari balik ke dangau dan malam tu tak kutip durian sampai pagi , takut nak turun sebab ada harimau datang tolong kutip durian.Sejak itu tak mau lagi tunggu durian di dusun waktu malam.
TQ

Total Pageviews

. page counter