Friday, December 5

Selamat Hari Raya Aidiladha

Pagi tadi seorang budak I.T office aku datang jumpa aku. Bare in mind, mamat ni bukan Malaysian, dia Indian from India. Nama dia Satyam Tadikonda (bunyi macam ganas je, kan?)
Satyam: Bro, this Monday what ah?

Aku: What…. What? Holiday la… cuti…

Satyam: What holiday…?

Aku: Ooh…

Aku buka blog aku dan tunjukkan header baru blog ini (ada tulis ‘Selamat Hari Raya Aidiladha’)

Satyam: Ooohhh… Aidi...Aidi Ladha… I want to put it up in our company’s website.

Slow..slow dia eja…

Aku: Yup… just follow the spelling.
Satyam: Ok…Thanks

Dia terus pergi masuk bilik dia dan sambung kerja. Aku pun teruskan aktiviti membaca paper, baca berita bola, baca blog-blog wajib. Lepas satu jam, aku baru start nak ‘bekerja’ dengan membaca email office. Tetiba, the same guy datang semula.

Satyam: Bro, Raya Haji and Aidi Ladha same?

Aku: Yup… same.

Satyam: What actually you celebrate that day hah? That day Muslim start to perform Haj is it?

Aku: No… err… (garu kepala)… They went ealier, then celebrate Aidiladha there, in Arab Saudi.

Satyam: Then, why you guys call it Raya Haji?

Aku: Like this… there was one religious ritual…. Bla..bla..bla… Nabi Ibrahim sacrifices…bla..bla…bla.. . (aku goreng apa-apa yang aku teringat)…

Satyam: Oooh… ok… Let’s have a smoke.

Aku tahu dia still tak puas hati dengan jawapan aku, since aku tak jelaskan lagi apa sebenarnya kaitan Haji dengan Aidiladha dan Korban. Aku pun tak reti nak terangkan.


So, harapnya kawan-kawan kat sini boleh sama-sama try to explore apa maksud Raya Aidiladha.

Pengorbanan siapa yang perlu diperingati?
Kenapa kita perlu berkorban?
Apakah bentuk-bentuk pengorbanan yang disuruh olehNya?

Sambil-sambil drive balik kampong boleh berfikir. Kepada yang dah berkeluarga bolehlah jadikan topic perbincangan to kill some time masa perjalanan pulang ke kampong.

Aku nak ucapkan:

Selamat Hari Raya Aidiladha


Hati-hati memandu dan selamat bercuti. Aku pun nak balik kampung. Lepas fikir semasak-masaknya, timbang segala kemungkinan.... kami (aku dah wife) akan balik ke Teluk Intan, Perak. Hehehe... Pantai Timur banjir...what to do.


P/S: Kalau nak tengok hasil kerja mamat tadi tu, boleh check website company aku bekerja: http://www.sentralfon.com.my/. Dia cakap before 5 pm hari ini greeting tu akan up.

4 comments:

Anonymous said...

Selamat hari raya aidiladha utk ko dgn pn rose...selamat pulang ke kg

Anonymous said...

selamat hari raya aidil adha..

huhu apa2 pun aku suka cari info kt al-azim.com (masjid negeri melaka nyer website)

ada info utk tiap bulan dlm islam, peristiwa2..

Penulis Biasa said...

hehe!!rindu aku kat satyam..as usual..ayat yang aku takle lupe time meeting IT dept.."this one is progressing, this one is pending, ....pending, .... progresing..." hahaha!!send my regard to him..

Mek Rose said...

hehe...kelakor...:-)

Total Pageviews

. page counter