Monday, December 15

Kenapa Nak Jumpa Member Lama?

Notice: Topik santai... hari Isnin takkan nak memikir pecah kepala. Penat siot.

Semenjak bercadang nak buat reunion sekolah, fikiran aku asyik terfikir pasal tu je. Kepayahan nak uruskan, nak menjemput, nak booking, nak bayar, nak control bajet…. Aduhai. Tapi lepas semua tu nanti mesti akan rasa puas dapat tengok member ramai-ramai melepak, gelak ketawa, kongsi-kongsi cerita, kongsi-kongsi rahsia. Best…best.

Aku terfikir, kenapa kita suka bila jumpa kawan lama? Apa sebenarnya yang syok dapat melepak dengan member-member yang dah tak jumpa beberapa tahun?

Biar aku cuba cari alasan, since aku rasa memang seronok, tapi aku tak berapa pasti apa yang menyeronokkan tu.


1. Share Kejayaan
Jangan nak tipu lah, majority antara kita memang suka bermegah diri. So, antara reason kita suka jumpa member lama adalah untuk beritahu dia atau mereka ‘kejayaan’ yang kita dah kecapi sekarang. Dah kahwin, dapat anak kembar, kerja bergaji besor, pakai kereta berCC besor, rumah besor…. Dan lain-lain. Walaupun nampak macam tak baik, tapi aku rasa takde salahnya. Aku lebih rela bermegah, belagak dengan member-member yang dah ‘kenal’ aku. Mereka yang dah tahu perangai aku, confirm mereka takkan ambil hati or cakap aku sombong. Aku rasa lebih baik aku belagak dengan kawan baik daripada aku sembang besar dengan member yang aku baru kenal. Kan? Aku tahu, kawan-kawan aku semua bagus-bagus, pandai-pandai, bijak-bijak… jadi kalau aku cakap besar, mereka tak ambil hati akan take it positive. Mungkin mereka akan berusah untuk lebih berjaya daripada aku… Hahaha… Best pula rasanya topik ni. Maybe lagi 2-3 hari aku akan postkan cara-cara untuk berlagak dengan member-member.


2. Share Pengalaman
Tanpa niat berlagak, bermegah or menunjuk-nunjuk. Memang ramai yang suka berkongsi pengalaman. Cuma masalah aku adalah pengalaman aku tak cukup banyak, kalau bersembang dengan member-member seharian pun rata-rata aku dah tahu pengalaman mereka. So, kalau jumpa member lama, mesti banyak pengalaman boleh share. Pengalaman mereka belajar kat oversea, kerja kat dasar laut, berkempen semasa pilihanraya umum, pengalaman layan pekerja, layan boss, semua tu tak boleh jumpa kat laman web, kat blog atau dalam buku cerita. So, tak sabar aku nak jumpa member-member lama dan mendengar pengalaman mereka. Mesti ada macam-macam kisah.


3. Nak Tengok Perubahan
Perubahan ni macam-macam kategori. Yang paling lucu tentunya perubahan fizikal. Dulu kurus melidi, sekarang dah macam tong drum. Dulu rambut macam pelakon iklan shampoo, sekarang dah macam Syed Hamid Alba. Memang seronok tengok perubahan mendadak kawan-kawan lama. Untuk pengetahuan member lama aku, tiada banyak perubahan rupa bentuk aku. Ok… ada perubahan, makin besor. Hahaha… Perubahan seterusnya adalah perubahan attitude, percakapan, perangai. Tapi so far, susah nak jumpa. Kalau masa form 5 dia memang kepala gila-gila, sekarang pun akan still gila-gila, tak kiralah anak dah berderet, kerja pegawai kelas atasan, kepala otak still sama bila jumpa kawan lama. Kalau dulu ahli surau, sekarang akan maintain ahli surau atau dah naik taraf jadi ahli masjid….alhamdullillah.


4. Balas Dendam
Sound funny. Tapi aku rasa ada member yang ingin berjumpa member lama untuk balas dendam. Not really nak pukul or bergaduh, tapi nak buktikan something. Maybe dulu masa sekolah orang kutuk dia pendek, gemuk, botak, etc. But sekarang dia dah tinggi, badan macam body builder dan rambut macam Maya Karin, so dia nak balas dendam dan kutuk member-member yang pernah kutuk dia dulu. Yang perempuan pun sama, maybe dulu orang kutuk dia ‘tak laku’, tak pandai bergaya atau tak reti pakai make up, sekarang dia dah jadi model dan ada boyfriend keliling pinggang. Boleh la jumpa member lama dan ‘balas dendam’ kutuk mereka yang dulu heroin sekolah tapi sampai sekarang tak dapat suami lagi. Hahaha….


5. Tambah Networking Bisnes.
Memang nampak macam bagus, eratkan semula hubungan dengan member lama agar boleh menambah ‘lubang’ bisnes. Tapi aku cukup menyampah kalau ada pihak yang jadikan ini sebagai main reason mereka berjumpa dengan kawan-kawan lama. Ada, memang aku ada member sebegini. Memang niat dia pergi reunion high school, reunion university sebab untuk tambah networking. Damn… aku cukup benci. Prinsip berkawan aku bukan untuk cari untung. Aku tak suka mereka yang kemaruk wang ringgit sehingga berkawan pun berlandaskan keuntungan. Member biasa ajak kenduri kahwin, tak nak pergi… tapi member lama, anak datuk jemput, travel satu peninsular pun sanggup. Ada potential nak kembangkan bisnes konon, pergi mampos dengan golongan sebegini!

Contoh perbualan species ini:
“Dood, lama tak jumpa… kerja mana sekarang?.... aku kerja kat Sunway, company construction”
Tangan kelam kabut bawa keluar wallet…
“Ini kad aku, kalau company kau nak renovate office ke, kau nak design rumah ke, contact la aku, I. D pun aku buat”
Aku akan pelan-pelan ambil kad dia, tengok sekejap dan simpan dalam poket baju sambil kepala berfikir…
“I.D tu binatang apa pula….”
Sial!.... belum apa-apa hal lagi dah promote bisnes. Geram betul aku. Selalunya aku save no phone dia, dan aku terus buang bisnes kad tu. Sorry.

Belum lagi masuk cerita promote MLM, insurance, program janaan wang online dan macam-macam skim lagi. Aduhai... boring gila!



6. No Reason at All
Memang tak perlu alasan sebenarnya untuk berseronok dapat jumpa member lama. Dapat mengimbau kenangan-kenangan lama memang seronok. Tak kira pahit atau manis.


Ok... aku dah makin emotional, better aku stop. Aku pun dah nak pergi sampaikan presentation kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya. Wish aku all the best....

11 comments:

Anonymous said...

Oi, hang tak bagitau pun kat mana?
Orang rumah aku nak bersalin tengah bulan dua, jadi kalau pergi pun aku sorang la. Kalau ada membe2 pempuan kita yg belum kahwin, dah jadi macam Maya Karin macam hang kata tu boleh la jadi partner aku hari tu. hahahaha.

Modric

Anonymous said...

Ko mungkin byk duit sebab tu tak perlu tambah networking bisnes. Ko juga mungkin tak buat Sales, ko tak tau kepentingan contacts.

Anonymous said...

Mr. Right.
Mostly ape yg bro tulis tu memang betul.. Kekadang terpikir, kenapalah budaya kita ni tidak saling mendoakan kebahagian/kesenangan untuk kawan/orang lain. Selalunya mesti nak buat sesuatu yang mendorong ke arah timbulnya penyakit hati..hehe..
sama2lah kita renungkan..

Anonymous said...

Ya.
Ya.
Ya.

Kau betul lah sangat.

Mek Rose said...

betul tu..mmg sakit ati ngan kawan2 yg cari kita time susah je (bisnes)..
last month aku dapat call dari sorang kawan yg dah lama tak jumpe...tatau mana dia dapat no kontek aku..then ajak jumpe
aku sonok la kan..kawan zaman uitm dulu..
then dia datang ofis..
upe2nye..nak jual promote produk yg company dia juai..
dia ingatkan aku duk bahgian kewangan n buat urusan pembelian
bila aku cakap aku bahagian penerbitan..muke sedih je
ok dats it..lepas jumpe2 sembang2..dia balik..then tade dah..senyap je

hampeh!

aku skang jual sutera terengganu...tapi aku jual start dari bawh..cari customer slow2.then dah ramai org kenal..baru ok..
takdela smpai sanggup cari & jumpe kawn lama hanya semata2 untuk jual2 cari lubang bisnes...

ntahapoapo

MalayMind said...

Ni serba salah jugak tu kalau ada kes-kes member camni.

Alah, apa susah. Direct to the point je lah.

Sebagai penjual: " Aku nak jumpa ko nak pass katalog ni"

atau

sebagai pembeli: "aku tak nak dengar pasal ko nyer bisnes lagi, jom gi minum"

Walauapa pun, jumpa kawan sebab bisnes ni memang serampang dua mata:

1) Orang yang menjual untuk dapat untung

2) Orang yang membeli untuk dapat beli yang lebih murah.

Semuanya sebab kenal.

Yang masalahnya ialah cakap berlapik.

Contohnya: " Dood, lama dah kita tak jumpe, rindu aku nak jumpa ko nak dgr citer terbaru"

Tup tup, keluar katalog MLM daaa..

Ini namanya serampang kena pelempang daa

Bunga said...
This comment has been removed by the author.
Bunga said...

ERRmmmm...aku tak pernah lak terkene ngan member2 cenginih..ahuk
soo..no komen. ho ho

Aku suka ngan reunion
Leh tgk berkembangan teman2
Ade yg makin berkembang
Ade yang makin menguncup

Ha ha ha

Mr. Right said...

modric,
Ish..ish... bini bersalin hang pulak nak cari partner lain? Tak patut, tak patut.

ano,
Betul kot. Hahaha... Tapi aku pun takde gatal2 mention blog aku ni bila jumpa member lama, walaupun blog ni jadi salah satu punca income aku.

saudagarmadu,
Sebab kita dah ditanam sakit dengki dari kecil lagi.

Pesakit,
Terima kasih.

rose,
Oooh... tu yang ada brochure kat rumah tu ye. Hahaha... Nanti dah besar sikit, kita buat website jual kain sutera ok. Member2 kat sini mesti boleh support, kan?

malaymind,
Tak salah promote bisnes dgn member lama. Cuma aku harap tidak jadi main reason, mungkin alasan ke 10 or ke 18.

bunga,
Jom join reunion sekolah aku. Amacam, ada berani?

Anonymous said...

ckp pasal berlagak, aku cuba elakkan berlagak dengan member offline aku. sbb nak jaga hati mereka.

kalo aku nak berlagak, mostly dlm blog je sbb hanya 2-3 org member je yg tau blog aku.

mcm tu juga dengan mengutuk. just kutuk dlm blog je.

hati kwn2 offline mmg aku jaga sgt2 sbb mrk ni kira mcm adik beradik pada aku.


percaya atau tak, nak promote bisnes seks2u aku kat kwn2 offline pun aku malas.sbb takut mereka terasa aku perkecilkan kemampuan seks mereka pula. hehe...lawakkan?

Bunga said...

oh
idakler teman
kome dah tua2
aku muda lagi
hahaha..hukhukhuk

Total Pageviews

. page counter