Monday, December 22

Cara Berlagak Dengan Member-member

Notice: Obviously ini adalah posting lawak, jangan ada pula manusia bangang assume aku suka-suka nak tambah dosa dengan galakkan member disini berlagak sombong.

Dalam satu kumpulan kawan-kawan mesti ada yang suka berlagak. Jenis manusia yang suka show off. Ada apa-apa kejayaan pun mesti dia akan cerita dengan rakan. Jadi untuk melawan dengan manusia sebegini, biar aku bagi cadangan bagaimana nak berlagak to the max dengan kawan-kawan. Aku juga perhatikan ada kawan-kawan atau bloggers yang tidak pandai berlagak. Cara berlagak mereka tak best, style lama, tak tersusun.

Aku tidak maksudkan berlagak dengan membeli pakaian berjenama di Petaling Street atau Uptown, aku juga tidak merujuk kepada blogger-blogger ‘berlakon kaya’ yang akan pastikan setiap posting menayangkan ‘kekayaan’ dia. Aku nak beri cadangan cara berlagak yang lebih advance dan efektif. Kalau rasa dah fed up disukai oleh member-member dan teringin dibenci, bolehlah try praktik cadangan aku ini.



1. Citer Pasal Kerja Positively
Majority antara kita tak happy dengan kerja kita. Terutamanya yang makan gaji. Tak kira macammana bagus, syok, ataupun betapa besar gaji kita. Memang adat manusia lepas certain period kita akan boring. Kita akan looking for new adventure, new challenge, etc. But kalau dah ada commitment, dah ada tangungjawap memang difficult untuk simply resign and cari kerja lain. So, antara salah satu cara nak berlagak dengan member-member adalah dengan ceritakan betapa seronoknya kerja kita sekarang. Boss baik, project banyak, kerja relax dan yang paling penting GAJI BESAR. Member-member mesti bengang je, since mereka tak syok dengan kerja mereka, tapi kita nampak happy dan puas.



2. Register dan Guna Kredit Kad Depan Kawan-kawan.
Ramai lagi yang masih kaitkan credit card dengan golongan kaya. Jadi pergi register dengan semua bank. Register ketiga-tiga jenis credit card yang ada, Mastercard, Visa dan American Express. Hatta bayar makanan dan minuman dia kedai mamak pun kalau boleh sweep credit card.
“Sorry lah, aku memang tak biasa bawa cash. Lagipun credit limit card aku baru dinaikkan kepada RM10 ribu, rugi pula tak pakai”
Confirm member menyampah dengan kita kalau kita keluarkan ayat diatas semasa nak bayar beli jajan dia petrol station.



3. Mengeluh Pasal Potongan Cukai Pendapatan
Last time aku check rasanya income lebih RM2400.00 or so sebulan sahaja yang perlu bayar cukai. So, kalau nak beritahu rakan-rakan yang gaji kita lebih daripada itu bolehlah mengeluh pasal pembayaran cukai.
“Sial betul… penat aku beratur kat LHDN bulan lepas nak setelkan income tax…. Dah la tak tau kemana duit kita pergi, kena bayar puluhan ribu untuk mengenyangkan perut pemimpin…”
Kalau member yang memang jenis pendengki dia akan tertarik dengan perkataan ‘puluhan ribu’ dalam ayat kita kat atas tu. Dia akan cepat-cepat kira, kalau income tax kita puluhan ribu maksudnya mesti gaji kita dalam lingkungan 10 ribu sebulan.



4. Gambar-gambar di Online Activities
Sedikit tempias kepada senario ‘blogger berlagak kaya’ tapi scopenya lebih luas. Bukan hanya diblog. Tapi dimana sahaja aktiviti online kita yang bergambar, selitkan paparan yang menunjukkan kita kaya raya. Ambil gambar diri kita dengan kereta cantik dan letak di profile Facebook, di Myspace, di Friendster. Family vacation atau business trip ke luar negara, uploadkan gambar di Flikr, Fotopages, Sharepic. Usaha ini kena consistence, kena rajin upload gambar dan kena berhati-hati. Berhati-hati maksud, kalau pergi kemana-mana dengan Air Asia sebagai contoh, tidak perlu paparkan gambar tiket dan gambar kapal terbang, malu lah, Air Asia tidak menggambarkan kekayaan. Kalau kita berhati-hati dan plan dengan betul, melalui gambar-gambar ini boleh membuatkan member-member kita dengki dan sakit hati.



5. Cerita Pasal Kumpul Harta
“Kau rasa Honda City dengan Honda Accord yang mana lebih save minyak….? Nak pakai BM atau Merc memang tak mampu aku nak tanggung”
Walaupun contoh ayat diatas nampak seperti merendah diri dengan mengakui diri kita ‘tak mampu’, tapi kalau kita ulang ayat-ayat seperti diatas beberapa kali kepada kawan-kawan yang sama mereka mesti akan sakit hati juga. Mesti ada member-member yang panas telinga kita nak kumpul harta, tambahan pula kalau member tersebut yang memang jenis pendengki.



6. Cakap Orang Putih
Ini sangat efektif diamalkan tatkala jumpa member-member lama. Kalau dulu kita memang bersembang dengan dia in BM atau gunakan loghat negeri, tapi sekarang kita cakap 100% in English. Mesti dia berbulu. Buat tak tahu je, walaupun dia balas dalam BM, kita still jawap dalam English. Aku rasa tak sampai 5 minit dia akan terus blah dengan hati yang panas.

Contoh:
Member: Dood…! Oi… lama tak jumpa, dok mana sekarang?

Aku: Oooh… Faizal, aku stay in Shah Alam. But work in PJ.

Member: Shah Alam? Seksyen berapa?

Aku: Nearby je Bro….Section sixteen, just beside Sg. Rasah’s toll… behind Puspakom.

Member: Errr… kau study mana dulu ya? Oversea ke?

Aku: No lah, aku study at UiTM, Shah Alam…bro.
Lepas beberapa ayat lagi, mungkin tanpa ambil no phone aku pun member aku akan ucap selamat tinggal dan aku akan balas dengan “bye and take care”.


Ok… itu sahaja points yang aku terfikir. Cara-cara nak berlagak dengan member-member. Amalkan lah selalu kalau nak merasa dibenci, dicemuh or dipinggir oleh rakan-rakan. Juga sangat sesuai digunakan untuk ‘membalas’ sikap member-member kita yang sememangnya suka berlagak sombong.

Good luck!

P/S: To my real life friends, kalau aku terguna taktik diatas depan korang, sorry lah. Maybe tak sengaja. Or, aku anggap kau my best friend, since pada aku best friend tak akan iri hati, dengki or jealous. Kan?

20 comments:

Unknown said...

aku pernah buat no 1 dan no 6 . kerana kerja di office yang dikelilingi foreigner , aku selalu terpaksa ckp english dengan orang lain .. kadang2 tak sengaja . lps tu sbb aku keje syif .. jadi keje relaks .. cuti banyak .. huhu .. so klu aku bercerita dengan jujur .harap takder yg jeles .. so untuk bahagian keburukan keje aku .. mostly kawanku tak memakai deodorant .. mamat2 opisku berbau tengik biler dekat .. dan cuti yang banyak tp bukan weekend adalah tak best .. suck .. masa banyak dihabiskan dengan internet jer ..

fazemy said...

Good idea Mr. Right...bley dipraktikkan unt kengkwn yg suka berlagak nih!Yang crita psl income tax tu baguih..hehe

Anonymous said...

selain dr ckp english..
blh buat slang2 british
ble mmbr ajak g mamak
blh ckp
" oh please i don't eat there"
dgn slang skali...

cara nie buat mmbr lg bnci smp x nk kwn...
tryla....

@tune® said...

yeah...
nice tips...sgt membantu la...

thanx ye Mr Right...

Anonymous said...

uissshh dood...

ayat tu macam kurang berlagak lagik tu....banyak lagik benda yang boleh buat tu...setakat ko punnya tips tu...sikit aja yang terasa tu....hehehee...dud..ada macam ayat berlagak tak???

chalok.....

momoe said...

love to read ur blog...but ur language irritates me...too much grammatical error...if u want to write in english then write the full version in english...if u cant just write it in malay and people will understand...

Mek Rose said...

amboi2..banyaknye tips..biasa praktik benda2 ni ke? huhuhu...

Anonymous said...

haha momoe dah sound ..

if you want to speak in English, speak Manglish..

if you want to speak in Malay speak proudly and don't be shy-shy cat.

Bunga said...

tips yang berguna nih
hahaha

ok lah jugak kan tips no. 2 tuh

aku ade gak terkena ngan kawan2 camni berlagak dengan brapa banyak kad kredit dia ade
hahh.pada aku...kad kredit = org yg takde duit
sbb tu kan kad utang..hahahah

Bunga said...

opsss lupe nak cakap

momoe & RED papa = orang yg sama aku rasa nih.

org lain takde masalah pon mr. right nak buat bahasa rojak

if tak suka baca blog ni..plsss...BLAH!

Anonymous said...

Halluuuu.Lama aku tak jengah blog ngko ni.Baiiikk punya tipss seh!!
Aku nak praktik yang mane ar?
sebab gaji aku pon bukan besor mana pon. Takyahla nak berlagak ngan kawan-kawan kan kan kan..kang aku lak termalus ;-)

Mr. Right said...

Nasa,
Hahaha.. kena hati2 citer nak citer pasal keja. Kalau bukan close fren nanti dia ingat kita berlagak. Dah banyak cuti, start bisnes la wei. Ops, dah start dah.

Lawatilah shop blog Nasa. (Cari link di akubetul.com)

fazemy,
Hahaha... sila2. Tapi jgn lebih2 nanti ko lak dibenci.

syasya,
Wah.. siap ngn slang lagi. Confirm member bengang.

@t00neY r00neY®,
Sama. Ko jgn suka2 praktik pula. Hati2.

Chalok,
Hahha.. wah, cepat belajar. Terus practice. Bagus2, practice make perfect.

momoe,
Thanks. Ini isu lama. Aku akan tulis seperti aku bercakap. Campur2. Aku malas check dictionary untuk cari apa2 word. Seriously, kalau tulis 100% in BM pun kena check jugak, since ada beberapa perkataan yang kita biasa ckp dlm english. Kalau ko irritated by my language, takyah la visit blog aku. :). But aku accept teguran ko dan akn cuba kurangkan grammar error. Thanks again.

rose,
Praktik time terpaksa.

red papa (lankapo.com),
Aduhai. Enough la with all this lame tactic to gain traffic. Sedih la.

Biar aku tolong ko:

Kawan2 di akubetul.com. Jom ramai2 pergi blog lankapo.com. Kemudian pergi cari semua blog dia (ada more than 10). Click semua iklan disana.

Thank you.

Bunga,
Hahaha... tips yang mungkin berguna kalau kita berdepan dengan orang yang suka berlagak.

Biarlah. Dia memang suka kutuk2 aku. Gurau kot.

nasir,
Memang lah, paling baik jgn berlagak ngn kawan2. Ngn kawan baik takpe, itu dianggap gurau senda. Hahaha...

Anonymous said...

aku pun ramai kawan suka berlagak, mungkin idea kau boleh pakai

Anonymous said...

ni pendapat aku pasal credit card..

huhu, kalau guna credit card gold atau platinum aku percaya memang buleh ckp besar dgn kawan2.

tapi kalau setakat mastercard berkeping2.. desperado kot huhuhuhu

aku lagi nk nampakkan ke'desperado'an memerlukan duit sampai sanggup hutang2 asal dapat beli belah.

lagi satu pasal nk speaking2 tu.. huhuh.. kalau grammar tak serabut, ok kot nk ckp besar huhuhuhu

Anonymous said...

adus.. tulis sampai aku sendiri susah nk paham (tgh main game)

huhu practice bila ada orang nk berlagak kt kita huhuhu

Bunga said...

red-papa tu ur fren eh mr rite?
momoe tu pon gak ke?

Kawan jenis ape tu?
ahaks!
suppose kawan sokong kawan
tapi seolah2 dah menjatuhkan kawan yg lain.
manusia zaman skang kan...mcm2!

Anonymous said...

nk ckp style berlagak yg kasi member2 hangin satu dbn....kwn aku selalu ckp mcm ni kt aku..."boifren i ajak kawin la, dia kata hantaran utk i sebuah BMW 3 series...dgn muka sombong nye dia pndang muka aku dan tnya "U ADE??? (ai! gurau kasar nmpak)... sah2 la aku mmg xde sbb aku dh kawin dgn laki aku yg biasa2 jer...mula2 mmg bengang giler..tp sbb kawan baik so aku sound jer dia...tak payah la nk poyo sgttttt!!! dia juz gelak jer...hahaa

Encik Fikri said...

http://tudimex.blogspot.com/2011/07/cara-untuk-blagakversi-budak-u-tahap.html

cara blagak versi budak U.. dari aku, inspired by your article

Amer said...

Aku Mmg Tercari Cari Tips mcm Niwh.. Ramai SEhh kengkawan Yang berlagak nak mampoih..

Anonymous said...

Guy .. Indah .. Indah .. Saya akan bookmark website Anda dan mengambil additionallyI feed puas untuk mencari informasi bermanfaat begitu banyak di sini di pos, kami ingin bekerja keluar teknik ekstra dalam hal ini , terima kasih untuk berbagi . . . . . .

Total Pageviews

. page counter