Wednesday, December 10

Billboard Ads - Fail....!

Seperti biasa, bila aku malas, takde idea or takde masa nak membebel panjang lebar aku akan post gambar yang akan menjadi topik utama blog posting. Terasa macam blogger kaum ibu lah pulak, hahahhaa... ambil gambar dan bercerita pasal gambar tu. Sekali sekala takpe kot.

So, jom tengok gambar billboard yang aku.... ok, bukan aku tapi wife aku snap masa on the way balik kampung last weekend. Billboard besar bagak ni boleh dilihat di simpang Shah Alam - Meru. Betul-betul lepas bayar tol RM0.50.



Ada tiga benda yang 'tidak kena' dengan iklan diatas. Kalau korang power try la cari before scroll kebawah.
-
-
-
-
-
-
-
-


1. Tarikh.
Ok, not a big deal lah. Konsert Alan Tam telah diadakan di Genting pada bulan Ogos but the billboard masih belum dibawa turun. Benda standard la tu. Masa on the way balik dari kampung ke Shah Alam pun aku masih boleh nampak notis di toll booth yang memberitahu wang syiling RM1 tidak boleh digunakan. Notis to berkuatkuasa tahun 2005 kot, but still pekerja tol malas nak bawa turun.




2. Kongsi Rakan?

Takkan la pembuat iklan tu bukan orang Malaysia sehingga boleh melakukan silly mistake macam tu. Rakan Kongsi dan Kongsi Rakan totally different meaning. So kepada pereka papan iklan, designer bunting dan sebagainya let me give you guys Bahasa Melayu lesson.

Kongsi Rakan = Share friend.


Meaning, we share mutual friend. I ada kawan nama Danial, then Ah Tam also knew this Danial. So, I and Ah Tam share friend. Got it? Kalau still tak faham, pergi masuk sekolah rendah balik.


Rakan Kongsi = Partner.


I want to open cyber cafe bisnes, I invite Danial to help me. So, Danial invest or give any kind of assistance, then I and Danial become business partner or Rakan Kongsi.

Faham?




3. Spectrum Advertise in Karisma?

Maybe tak ramai yang perasan 3rd weird thing there. Spectrum adalah rakan kongsi or in this case 'kongsi rakan' for the event, but why they advertise in Karisma's billboard? Spectrum Outdoor Marketing dah kehabisan papan iklan ke? Sama lah seperti Yahoo beriklan di Google Adwords, pelik kan? But again, maybe Spectrum dan Karisma adalah Kongsi Rakan.... eh silap, rakan kongsi or adik beradik macam NTV7, TV3, TV9, TV8 all under Media Prima. So, dah jadi kebiasaan kita lihat TV3 iklankan rancangan mereka di TV9 dan sebaliknya.

Ok, chow. Selamat bercuti lagi...

10 comments:

Anonymous said...

hahahaha..
kongsi rakan???
blh plak...

@tune® said...

aiseh...xde sape monitor ke?kalau bos aku napak sure dah kene tolak bonus nih...

Anonymous said...

wah.
anda memang peka.
boleh perhatikan sampai ke situ.
saya tak pernah terfikir nak tgk papan iklan kecuali yang ada tulisan besar.(baca dengan tak sengaja)

kongsi rakan.
AHAHAHA

Anonymous said...

Err ... nak betulkan sket ayat ko Ecik Betul ... ada salah sket ...

"then I and Danial become business partner "

Yang betul sepatutnya ...

"then Danial and I become business partner"

Nampak beza di situ? Nampak? Tak nampak? Ahhh ... lu pk la sendiri!

Bunga said...

bagusnya
prihatin

eh..EN Mr ade lagi?
ingatkan dah mati ditelan bumi

oh lupe, nak dtg blog akubetul just nak kutuk2 aku betul...

hahaha..tak abis2 lg ko ye..

dahla pengecut..blog takleh view..betul kate nur intan..hak hak hak..

Anonymous said...

haha tu la. cina bodo. org nak wat satu sekolah bg semua faham dan pandai bahasa melayu depa ckp racist.

Mr. Right said...

syasya,
Boleh... kepada org tak reti bahasa memang la boleh.

@tune,
Kena tolak bonus ok lah jugak. Daripada kena tolak gaji or kena buang keja terus.

chika,
Billboard tu kat traffic light. So, masa nak tunggu kaler hijau, terbaca lah.

mr.
Ntah, tak 'nampak' lak bezanya. English aku masa SPM dulu dapat 9 kot.

bunga,
Biorkan je. Dia mmg suka ngusik. Mungkin dia boring sebab dia jarang kena usik kot.

guapunyahal said...

haha

direct translate la ni

Share Partner
Kongsi Rakan

hehehe.. pasal yg no3 tu may be Ad Space tu own by Karisma then Spectrum sewa that space....

Sy's Den said...

satu lagi..minor mistake kot..." Di Cetak " haha

Sy's Den said...

satu lagi..minor mistake kot..." Di Cetak " haha

Total Pageviews

. page counter