Aku posted previous posting last Thursday evening sebelum aku balik ke rumah dari office. The next morning aku received beberapa sms dari kawan-kawan yang kata aku dah kaya. Mulanya aku blur sekejap, then aku teringat pasal blog aku serta paparan income palsu yang aku tulis. Obviously some of my friends too lazy to read the whole blog post. They read the title, skip the introduction, baca beberapa ayat ditengah article dan terus click gambar. Then not even bother to read the ending, terus sms or call aku. Bila aku suruh baca sampai habis baru mereka faham. Hahaha.. apa lah…
Next month my company and one local council in Selangor nak organize satu event yang involve banyak pihak. So, aku akan belajar cara-cara nak layan tetamu-tetamu terhormat. Macam-macam protocol kot.
Then aku terus terfikir, why should we respect somebody? Duit? Ilmu? Attitude? Kedudukan? Achievement? Popularity? Umur? Jawapan paling mudah adalah combination of all element, seseorang jadi kaya sebab dia berilmu dan baik terhadap orang lain seterusnya kerana kejayaan dia dalam bidang yang dia ceburi, dia akan diberi kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan menjadi terkenal, kan? But which of the element yang paling penting untuk kita hormat seseorang? Remember my argument here is which one is the most important…
Secara logiknya ilmu adalah kayu pengukur paling bagus untuk kita hormat seseorang. Lagi pandai orang itu kita patut hormat dia lebih. Tapi, cikgu sekolah yang pastinya lebih berilmu compare to their own student pun tidak dihormati oleh murid dia sendiri. Baru beberapa hari lepas keluar cerita pelajar perempuan tendang cikgu dalam class, gilo! Banyak juga pendapat dan pandangan dari cerdik pandai yang tidak diendahkan dalam masyarakat kita. Teguran para ulama yang sememangnya arif dalam ilmu agama pun tidak selalu diambil berat, kalau tidak, takkan carnival Jom Heboh boleh terus berlansung dibanyak negeri walaupun terang-terang ada mufti yang mengharamkan aktiviti sebegitu. Jadi jelaslah, ilmu bukan element terpenting dalam menghormati seseorang dalam masyarakat kita hari ini.
If we ask Malacca government, in particular Ali Rustam and his best friend, Daim Zainuddin, confirm they will tell us popularity adalah elemen terpenting. (Mesti ramai dah boleh agak kes apa aku nak kutuk ni, kan?). Apa gila bagi Datukship kepada Shah Rukh Khan. Anugerah Datuk adalah kepada mereka yang dihormati dan berjasa kepada masyarakat dan negara, aku tak nampak apa significantnya lakonan Shah Rukh dalam One 2 Ka 4 yang konon-kononnya mempromosikan Melaka mengizinkan dia dihormati oleh kerajaan yang terkenal dengan kisah pahlawan Melayu itu. Without doubt, Malacca government made a big mistake, kita tidak patut anggap popularity seseorang sebagai alasan untuk menghormati dia. Since a lot of parties condemning that decision, so I believe I share the same view with rest of the public.
Kedudukan seseorang juga aku rasa tidak lagi menjadi sebab utama seseorang itu dihormati. ‘Kedudukan’ yang aku maksudkan adalah seperti kerabat diraja, anak tok penghulu, CEO syarikat besar atau menantu perdana menteri. Selalunya kita semua dipaksa untuk menghormati mereka yang berkedudukan. Dalam erti kata lain, kita tidak hormat mereka tapi kita takut dengan mereka. And, lepas pilihanraya umum dulu jelas terbukti our politician not even care to hide their disrespect towards our rulers. Decision Sultan dan Raja tidak ditakuti, malah dipersoalkan secara terang-terangan. Aku juga yakin ramai orang respect Khairy Jamaluddin bukan sebab dia menantu Pak Lah, tapi ada sebab lain, samada sebab dia pandai or sebab dia berani. Since before this, we not witness the same respect people gave to anak-anak Mahathir.
Ok, malas nak go through one by one all the posiblities aku mentioned kat atas tadi. Just straight to the point je lah. Aku rasa masyarakat kita hari ini hanya akan hormat mereka yang kaya. Lagi kaya, lagilah dihormati. Tak kira apa kedudukan dia, betapa tinggi ilmu dia, dia terkenal atau tidak, dia hodoh atau cantik. Asal sahaja dia boleh buktikan yang dia kaya, confirm orang ramai akan hormat dia. Memang ada pengecualian untuk beberapa kes, seperti dalam pertubuhan tertentu, dalam institusi tertentu dan sebagainya. But secara keseluruhannya dalam masyarakat kita, wang ringgit adalah the most important indicator samada kita patut hormat atau tidak orang tersebut. Jangan ada orang yang tidak mengaku, konon-kononnya dia tidak hormat manusia lain berlandaskan duit. Jangan la nak tipu diri sendiri, kita semua memang gila duit dan akan respect those yang berjaya kumpul paling banyak. Aku percaya sebab duit lah juga budak-budak UMNO hormat Khairy, staff hormat boss, samseng hormat kepala gangster, ketua kampong cium tangan wakil rakyat, downline sanggup keluar minum dengan upline berjam-jam dan dihighway Kancil pindah lane kalau BMW ada kat belakang.
Sebab tu lah aku nak jadi kaya, aku nak orang hormat aku. Hahahha….. Aku taknak kehidupan yang selesa, tinggal kat dalam banglow besar, drive kereta yang aku tak reti nak pronounce brandnya, melancong ke Bahamas every month.
Aku cuma nak orang hormat aku dek kerana aku kaya raya… Fuh!
Kita semua memang bengong!
(Aku dah cakap, posting serious…membengongkan semua orang, cukup serious dah aku rasa, kan?)
10 comments:
Dood,
Ler tade orang komen lagi ke? Meh aku komen first hehe
Kesimpulannya, tak senang untuk dihormati tapi mmg takkan dapat buat semua orang untuk hormat pun.
Ada orang mungkin hormat, mungkin kutuk, mungkin tak hormat.
Jadi kita belasah aje le. Janji kita rasa kita betul?
p/s: nak jadi kaya tu dah objektif yang betul tuh
Org yang nak bagi Shah ruk han darjah, aku rasalah bini dia minat sangat dekat dia tu.
Dalam dunia skarang ni, org pentingkan diri sendiri. Orang hormat orang lain bila berkepentingan. Kalau tak, haram! hahaha. Contoh, ko tengoklah, org hormat bakal mertua sebab nak kawen dgn anak dia..
wah..ade posting baru...
tak nyedor teman..
betul tu..org kaya mudah dihormati oleh org lain..
if aku la kan..bkn sbb aku nak hormat sgt ngan org kaya ni..tapi sbb kang senang aku nak mintak tulun..hahahahah...=))
askum....
1st aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua rakan2 and readers blog kesukaan aku neh...
2nd aku nak ucapkan selamat penagantin baru kepada dood yang tak invite aku gi kenduri kawen dier..
lalalaa..
just joking dude..
hehehhee...
emmmmm...
citer sal hormat, aku baru dapat satu kes sal respect gak laaa..
sebabkan tak respect each other aku ngan partner dalam company aku bertekak...
punca nyer terlampau taksub ngan kedudukan dalam company...
aku tak tau naper sampai jadik macam neh skali..
huhuhuhh...
tapi takperlaa..
bagi aku orang yang paling kiter patot hormati ialah parents kiter, and also the whole family laaa..
huhhuuh....
so kalo sal2 yang len aku takder nak respect sebab takot tapi segan ngan ilmu atau kedudukan seseorang...
hehehe...
sorry doood aku dah lamer tak masuk sini cuz aku baru jer sampai mesia pagi tadik...
bz maaa...
betul ckp kanagroo tu..kerana kepentingan..susah nak carik keikhlasan skg nih..kite boleh ckp org, tp dalam keadaan tertentu, kite pun buat bnde yg same..silap2 lg teruk..sape xsuke kaye kan?
Tuan Right(skema tu)
Post ko kali ni mmg seyes gila..naik penat otak aku..apa pn tak patah semangat aku nak baca blog ko pn..Homat diri sndri je...heee
salam,
budaya masyarakat kita, yang berkuasa akan dihormati. Yang miskin akan dihina/dipandang rendah.
Dek kerana ingin kan hormat dari masyarakat/sedara mara, ambil rasuah utk tender lantas jadi kaya raya.
Bila dah kaya tukar kereta mewah 2 3 bijik.beli rumah 2 3 bijik.emas berlingkar di dada isteri.Masyarakat kagum dan hormat tetapi ada juga yang mengumpat.
Tetapi reseki yg tidak berkat,lama-lama bosan, main perempuan, GRO, lupa anak bini,tangungjawab.
Waktu susah dulu bersama isteri tercinta, naik motor kemana2.Keluarga porak peranda kerana ingin cepat kaya...dan di hormati.. :)
malaymind,
Aku memang selalu rasa aku betul... hahahha.... Tapi kalau follow jalan yang betul je, lambat nak kaya or mungkin tak kaya2 lansung. Ermmmm....
kangaroo,
Kalau bini dia minat takkan dia nak bagi pingat. Dia tak jelas ke? Maybe dia sendiri yang minat, merasakan diri dia mcm SRK. Mcm ramai member2 yg rasa diri dia brad pitt, ronaldo, torress, etc.
bunga,
Hahaha.. hakikatnya semua org gila duit. Sampai maruah diri pun tergadai sebab nak cium bontot org kaya.
lalala.inc,
Ni kerja sampai oversea ni mesti dah kaya dah. So, aku kena hormat ko lebih la kot compare dgn kawan2 aku yg lain. Kan? Hahaha... Wei, jgn kata aku tak invite, aku invite semua org kat sini.
unicorn,
Yes..! Kepentingan.. itu reason paling utama sebenarnya. Since ramai orang rasa wang tu penting, so mereka hormat org kaya dgn harapan dapat tumpang rezeki dia.
neewa76,
Wahh.. Tuan Right... ko jgn bodek aku, sebab aku belum kaya lagi. Hahaha.... Kadang2 memang aku post posting serious sikit, sekadar bagi training kat kepala otak kita.
lankapo,
Rasuah tender? Mana kau tau ni? ish..ish... mcm byk pengalaman je. Hahahaha....!
kaya mungkin salah satu faktor gak la. tp kalo aku, aku lebih hormat org yg tua dr aku.
maksud aku, tak penah lg la aku sound org tua walau aku marah mcm mana pun kat org tua tu. cth kalo org tua ludah kat kaki aku, biasanya aku akan tahan marah je kalo org tua. tp kalo org muda atau lebih kurang sebaya je gn aku, aku tampor je.
owh ye, aku mmg kaya. bukti? www.akukaya.com. haha....
respect myself ..
most people now 0n need something to be respect..
yup..buat kebaikan je belum jamin diri kite dihormati..aku dah rase suffered for 4 years working w/out respect walopun aku slalu meringankn beban keje pakcik n makcik kt opis tu..
kadang2 betol kate kwn aku...
"people now 0n juz 0nly thinking wht u ve inside ur pocket either than wht u ve inside ur mind"
ini penyakit masyarakat kite..
don't denied it..bile aku kate melayu ni third class minded semue tak setuju..realitynye kaum kite ni plg ramai mengampu,
membodek,
menghasut,
mengupat,
memfitnah n perbuatan yg same taraf in order to build unrespect environment..n0 matter how kite suke sebangsa jat0h..why??
kite sendri bleh jawap..ask urself..
bg aku respect ur 0wnself before respect others..
x perlu ape2 faktor (kaya,ilmu,
umur,pangkat n so 0n) utk kite hipokrit..see urself first..
Post a Comment