Wednesday, October 29

Poll Result (Sukan) and New Poll (Media)

Macam biasa, aku stopkan poll lama aku create poll baru.

Result from previous poll.

Macam mana tak kuat pun pasukan bola kita, orang Malaysia still prefer soccer compare to other sports.


Aduhai... ciputnya bajet untuk bersukan. Takkan tak ramai yang jadi member gym or mana-mana fitness center kot.

Memang ramai minat Nicol... cuma 47% minat others tu. Siapa agak-agaknya. Ermmm.... Takkan Indra Putra atau Watson Nyambek kot...

Sorry, my mistake. Aku lupa letak RTM or TV3. Mesti kalau follow rancangan highlight Liga Malaysia atau rancangan Scoreboard.

Memang ramai kenal Hasbullah Awang. Mamat ni dah macam VIP. Kalau pergi stadium, aku nampak dia hang out dengan VIP je. Bertepuk gurau senda dengan kerabat diraja, dengan pak-pak menteri. Memang otai... Aku rasa kalau suruh dia jadi manager team bola pun dah boleh dah. Ilmu dia pun tak kurang hebat...


Since tengah bercerita pasal sukan, aku nak bagi quiz sikit. Simple kuiz pasal EPL or Barclays Premier League (BPL). Soalan pasal current event je, aku pun tak pandai sejarah bolasepak mat salleh.

1. Which team belum kalah lagi for this year BPL?

2. Which team managed to broke Chelsea 86 matches unbeaten home record?

3. Which team with most win after 9 BPL matches?

4. Siapa top of BLP table now?

Hehehehe......



(Hopefully tonight Liverpool akan beat Portsmouth, kalau tak esok teruk aku kena kutuk...)



Warning!

Joke aside, kepada mamat yang tinggalkan komen ini:

Tolong hentikan kerja-kerja bangang kau. Bertindaklah secara jantan. Jangan nak pekena orang lain dengan menyusahkan orang yang tak terlibat. Bodoh! Kalau tak puas hati, pergi jumpa terus. Kepada bloggers lain, sila check komen sebegini, aku search phone number tu memang mamat tu tinggal komen sebegitu kat banyak blog.

To Dr. Voon, I'am very-very sorry. I will extra carefull next time with readers comment.

Thursday, October 23

Mawi Kahwin

Wah… surprisingly previous posting pasal politic received cold response from you guys semua. Takkan semua orang dah muak sangat dengan cerita politic kot. Takpe, boring pasal politic jom bercerita pasal Mawi kahwin. Then sedikit citer pasal aku lak.

Gilo…! nak umum pasal nak kahwin pun buat press conference. Ada hati lak tu pilih tarikh before attend kursus kahwin. Kalau lah gagal kursus kahwin tu, tak ke pening nanti. Memang lah tak mungkin failed, but possibility tu still ada.

Reason aku tulis pasal Mawi kahwin adalah untuk tulis tajuk posting ini “Mawi Kahwin”. Aku nak tulis tajuk sebegitu sebab nak bagi blog ini search engine friendly sikit, since keyword Mawi kahwin semakin popular sekarang ni. Those yang familiar with SEO faham la kot maksud aku ini. See, mana nak jumpa blogger yang secara jujur mengaku buat benda-benda macam ni…. Hahahaha…
 
- Iklan -


Sebenarnya aku nak cerita pasal ini….still very much related pasal kahwin.

Birthday aku hari tu aku belikan hadiah kepada diri sendiri daripada duit iklan disini. Seperti aku mention di posting itu, aku juga bagitau I will save money to buy wedding gift that I assume from you guys semua. So here the story…

Macam biasa aku received confirmation email pasal payment dari Nuffnang on the way to my house. Lepas dapat cheque through postal email, aku bank-in. Lepas tiga hari ada la beberapa ratus ringgit extra dalam bank account aku.

So, thanks to all of you plus aku tambah duit sikit....washing machine ini…

Telah berpindah kedudukan daripada kedai electric di Section 23, Shah Alam ke rumah aku di Sungai Rasau, Shah Alam.

So, lepas ni no more visit to kedai dobi kat Paramount, PJ or Section 7, Shah Alam. Mesti taukeh kedai kat PJ dan mamat yang nama dia juga Fendi kat Section 7 tu akan ternanti-nanti kedatangan aku dengan sebakul baju kotor twice a week.

So, again thank you guys for the very nice and valuable wedding gift daripada korang semua kepada aku.

Lepas ni rajin-rajin la visit blog ini lagi supaya income aku semakin bertambah. Maybe next time aku kumpul-kumpulkan hasil iklan dan aku sedekahkan pula kemana-mana badan kebajikan pilihan korang semua. Aku buat poll mana badan kebajikan yang korang prefer then aku sedekahkan kesana. Ok jugak kan? Hopefully pahalanya kita boleh bahagi seorang sedikit.

Aku sedar ada orang tak puas hati aku buat posting sebegini. Yela, konon-konon menunjukkan, berlagak, bla..bla... Lantak lah. Niat aku just nak share something yang aku percaya korang should know. Since honestly aku anggap hasil iklan disini adalah milik korang semua. So, tak salah roughly aku beritahu kemana perginya duit tu. Kan? Kalau ada yang tak puas hati, dengki atau memandai buat assumption lain... suka hati kau la labu!

P/S: Kalau sesiapa berminat nak tengok beberapa keping lagi wedding photos aku , silalah pergi ke blog isteri aku. Ada gambar akad nikah lagi.... Mak aaaiih... gemuk nya aku....!



Tuesday, October 21

Soi Lek Talk About Openness, Kangkung & Belacan

Dalam subject Bahasa Melayu kat sekolah dulu ada belajar pasal read between the lines. Maksud tersirat namanya kalau tak salah aku. Meaning, maksud-maksud yang hendak disampaikan oleh penulis tapi diselindungkan. Maksudnya, penulis… arrgghh.. korang faham maksud aku.

So, aku nak try cari ‘maksud tersirat’ yang Deputy President baru MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek cuba sampaikan dalam article laporan TheStar ini. Sorry lah, kalau ada orang berpendapat pandangan aku sedikit racist.

Itu artikel penuh laporan berita yang memetik beberapa kata-kata Soi Lek.


First aku nak sentuh pasal kata-kata ini:


Don’t worry Datuk Seri, we all or at least majority of MCA members memang open minded. They chose you instead of the others prove memang mereka open. By choosing “porn actor” seriously show they love transparency and openness.


Then aku nak cari maksud tersirat from this two paragraphs.


First, contradictory from my friend advice, kankung actually is a healthy food. Base on Soi Lek’s ‘experience’, aku juga percaya kangkung tidak memberi kesan kepada kemampuan sex lelaki. So, bolehlah aku suruh isteri aku masak kangkung banyak-banyak. Sebab aku memang suka makan kangkung tapi member cakap kangkung tak bagus untuk orang baru kahwin. Member-member aku tahu apa, Soi Lek adalah seorang doctor yang telah membuktikan kelakiannya pada semua orang yang lucky enough dapat tengok video dia. So, I put my trust on Soi Lek dan everyday aku makan kangkung. Kangkung pun murah, kalau kat kampong aku dalam parit depan rumah pun aku boleh jumpa kangkung.
2nd, Soi Lek juga bagi pesanan. Jangan masak kangkung banyak sangat dengan belacan. Ini dah jadi serious isu. Kangkung referring to his tag team with Tee Keat, as explain in 2nd paragraph above. So, dia cakap both of them cannot mingle too much with ‘belacan’. Who he referred as ‘belacan’? From my view, belacan maksudnya Melayu. Since selalu aku dengar even dalam drama or filem orang kita buat lawak macam ni:

Pelakon: Alaaaah, kau tak payah la nak berlagak macam mat salleh. Jangan la nak pura-pura suka makan cheese, kalau dah belacan tu belacan juga.

Sebagai menunjukkan ada orang Melayu yang berlagak sombong nak jadi orang putih.

Ok, from political point of view pula, in particularly dalam BN, Melayu bermaksud UMNO. UMNO memang kadang kala berbau busuk macam belacan but still berguna kepada orang yang suka makan (nak kenyangkan perut). So, jelas dan nyata lah Soi Lek tak suka bekerjasama too much with UMNO.

Maybe lepas ni Soi Lek akan perkenalkan menu baru, pizza kangkung or kangkung kari.

Apa pun, all the best to doctor, cum ‘porn star’ to unite Chinese community since sekarang nampaknya Gerakan dah semakin open menerima non-Chinese in their leadership rank.

Monday, October 20

Kenapa Kita Hormat Seseorang?

Notice: Posting serious sikit, dah lama tak buat posting serious.

Aku posted previous posting last Thursday evening sebelum aku balik ke rumah dari office. The next morning aku received beberapa sms dari kawan-kawan yang kata aku dah kaya. Mulanya aku blur sekejap, then aku teringat pasal blog aku serta paparan income palsu yang aku tulis. Obviously some of my friends too lazy to read the whole blog post. They read the title, skip the introduction, baca beberapa ayat ditengah article dan terus click gambar. Then not even bother to read the ending, terus sms or call aku. Bila aku suruh baca sampai habis baru mereka faham. Hahaha.. apa lah…

Next month my company and one local council in Selangor nak organize satu event yang involve banyak pihak. So, aku akan belajar cara-cara nak layan tetamu-tetamu terhormat. Macam-macam protocol kot.

Then aku terus terfikir, why should we respect somebody? Duit? Ilmu? Attitude? Kedudukan? Achievement? Popularity? Umur? Jawapan paling mudah adalah combination of all element, seseorang jadi kaya sebab dia berilmu dan baik terhadap orang lain seterusnya kerana kejayaan dia dalam bidang yang dia ceburi, dia akan diberi kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan menjadi terkenal, kan? But which of the element yang paling penting untuk kita hormat seseorang? Remember my argument here is which one is the most important…

Secara logiknya ilmu adalah kayu pengukur paling bagus untuk kita hormat seseorang. Lagi pandai orang itu kita patut hormat dia lebih. Tapi, cikgu sekolah yang pastinya lebih berilmu compare to their own student pun tidak dihormati oleh murid dia sendiri. Baru beberapa hari lepas keluar cerita pelajar perempuan tendang cikgu dalam class, gilo! Banyak juga pendapat dan pandangan dari cerdik pandai yang tidak diendahkan dalam masyarakat kita. Teguran para ulama yang sememangnya arif dalam ilmu agama pun tidak selalu diambil berat, kalau tidak, takkan carnival Jom Heboh boleh terus berlansung dibanyak negeri walaupun terang-terang ada mufti yang mengharamkan aktiviti sebegitu. Jadi jelaslah, ilmu bukan element terpenting dalam menghormati seseorang dalam masyarakat kita hari ini.

If we ask Malacca government, in particular Ali Rustam and his best friend, Daim Zainuddin, confirm they will tell us popularity adalah elemen terpenting. (Mesti ramai dah boleh agak kes apa aku nak kutuk ni, kan?). Apa gila bagi Datukship kepada Shah Rukh Khan. Anugerah Datuk adalah kepada mereka yang dihormati dan berjasa kepada masyarakat dan negara, aku tak nampak apa significantnya lakonan Shah Rukh dalam One 2 Ka 4 yang konon-kononnya mempromosikan Melaka mengizinkan dia dihormati oleh kerajaan yang terkenal dengan kisah pahlawan Melayu itu. Without doubt, Malacca government made a big mistake, kita tidak patut anggap popularity seseorang sebagai alasan untuk menghormati dia. Since a lot of parties condemning that decision, so I believe I share the same view with rest of the public.

Kedudukan seseorang juga aku rasa tidak lagi menjadi sebab utama seseorang itu dihormati. ‘Kedudukan’ yang aku maksudkan adalah seperti kerabat diraja, anak tok penghulu, CEO syarikat besar atau menantu perdana menteri. Selalunya kita semua dipaksa untuk menghormati mereka yang berkedudukan. Dalam erti kata lain, kita tidak hormat mereka tapi kita takut dengan mereka. And, lepas pilihanraya umum dulu jelas terbukti our politician not even care to hide their disrespect towards our rulers. Decision Sultan dan Raja tidak ditakuti, malah dipersoalkan secara terang-terangan. Aku juga yakin ramai orang respect Khairy Jamaluddin bukan sebab dia menantu Pak Lah, tapi ada sebab lain, samada sebab dia pandai or sebab dia berani. Since before this, we not witness the same respect people gave to anak-anak Mahathir.

Ok, malas nak go through one by one all the posiblities aku mentioned kat atas tadi. Just straight to the point je lah. Aku rasa masyarakat kita hari ini hanya akan hormat mereka yang kaya. Lagi kaya, lagilah dihormati. Tak kira apa kedudukan dia, betapa tinggi ilmu dia, dia terkenal atau tidak, dia hodoh atau cantik. Asal sahaja dia boleh buktikan yang dia kaya, confirm orang ramai akan hormat dia. Memang ada pengecualian untuk beberapa kes, seperti dalam pertubuhan tertentu, dalam institusi tertentu dan sebagainya. But secara keseluruhannya dalam masyarakat kita, wang ringgit adalah the most important indicator samada kita patut hormat atau tidak orang tersebut. Jangan ada orang yang tidak mengaku, konon-kononnya dia tidak hormat manusia lain berlandaskan duit. Jangan la nak tipu diri sendiri, kita semua memang gila duit dan akan respect those yang berjaya kumpul paling banyak. Aku percaya sebab duit lah juga budak-budak UMNO hormat Khairy, staff hormat boss, samseng hormat kepala gangster, ketua kampong cium tangan wakil rakyat, downline sanggup keluar minum dengan upline berjam-jam dan dihighway Kancil pindah lane kalau BMW ada kat belakang.

Sebab tu lah aku nak jadi kaya, aku nak orang hormat aku. Hahahha….. Aku taknak kehidupan yang selesa, tinggal kat dalam banglow besar, drive kereta yang aku tak reti nak pronounce brandnya, melancong ke Bahamas every month.

Aku cuma nak orang hormat aku dek kerana aku kaya raya… Fuh!

Kita semua memang bengong!

(Aku dah cakap, posting serious…membengongkan semua orang, cukup serious dah aku rasa, kan?)

Thursday, October 16

Online Income Aku

After long break memang malas dan susah nak masuk kerja. Nak tunekan kepala otak to focus on work damn difficult. Yang menariknya, memang adatlah kerja akan bertimbun lepas cuti panjang. Arrgghh…. Malasnya. Alangkah seronoknya jika boleh tak kerja, lepak rumah je, tambahan pula baru kahwin ni, kan…? Hehe….

Talking about ‘tak perlu kerja’ mesti ramai yang sudah tahu income from Internet tidak kurang lumayannya. Some expert still believe Internet adalah lubok emas zaman modern. Asal kita rajin, diging and work hard to find the ‘gold’ confirm akan jumpa. So, ramai member-member ask me to reveal how much I got from this blog, and other blogs I manage. Kalau close friend tanya memang aku suka nak beritahu, since I hope I be able to motivate them. Although tak la banyak mana, but still money minded society like ours akan terbuka mata juga walaupun cuma seringgit. Jadi, member-member rapat dengan aku memang dah tahu berapa banyak aku dapat on average monthly from my online activities. Aku tak namakan online business, since aku tak buat apa-apa business, just running quite number of blogs and sites.

Ramai so call online entrepreneur takut nak expose income mereka. Terutama bloggers. They afraid reader akan salah anggap. Reader akan dengki dan seterusnya tidak visit lagi blog mereka. Only those yang betul-betul berjaya dan famous sahaja dare to do so. Tapi aku tak peduli, lantak la korang nak salah anggap ke, nak marah ke, nak dengki ke, nak merajuk ke. That’s beyond my control, your own choice.

My income just from local online advertisement firm, Nuffnang and internationally known, Google Adsense.

So, without further ado…. Print screen from my Nuffnang and Adsense page for everyone to view.




Click on both picture to enlarge and see the numbers kalau tak berapa jelas kat sini.

Harapnya member-member aku yang bertanya dah puas hati dengan paparan aku tu. Kalau ada yang belum click sebab korang memang jenis yang lansung tak busy body. Tolong click juga, dapatkan figure tu. Kagum kejap dengan kedasyatan aku. Kalau still malas nak click, biar aku besarkan gambar tu kat sini, just part angka tu sahaja.

Nampak? Ribuan Ringgit Malaysia dan ribuan US Dollar tu... Impressive kan?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ok... honestly. Aku takde idea nak berblog. Aku busy pasal kerja dan pasal nak isi rumah sewa yang still kosong. So, I have to admit it is a lame joke from me. Atas tu memang lah bukan print screen dari page Nuffnang dan Adsense aku yang original. Aku dah edit. Tapi bukan dengan Photoshop atau apa-apa software edit gambar. Aku belum khatam lagi ilmu edit gambar. Ada member bagitahu aku trick nak edit laman web milik orang lain. Bukan juga maksudnya edit yang kekal, itu hacking namanya.

Ok, kalau yang dah tahu tak pe lah. Kepada yang belum tahu, payah sangat aku nak terangkan, korang try lah sendiri.

1. Pergi mana-mana laman web.
2. Lepas habis load page tu, tulis perkataan yang warna merah ini kat address bar di atas tu.

[javascript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0]

3. Click 'enter'.
4. Editlah mana-mana part dalam page tersebut.

Aku try dengan Firefox boleh, dengan I.E boleh, dengan Google Chrome pun boleh. Lain-lain browser tak pasti la pula.

Selamat mencuba.

Tuesday, October 14

Aku Dah Jadi Suami Orang

Alhamdullillah…. Majlis perkahwinan aku di kedua-dua belah negeri berjalan lancar. Aku sekarang dah jadi suami orang. Fuh…! Macam tak percaya je. Sekarang bermulalah kehidupan aku berumah dan bertangga. Dimulakan dengan aktiviti mengisi rumah sewa dengan barang-barang keperluan. Memang niat aku, balance dari duit majlis perkahwinan baru nak beli kelengkapan rumah, kalau ada balance duit lepas beli barang-barang nanti, barulah aku pergi honeymoon. Tak nak kelam kabut, buat satu persatu. Aku bukan businessman, bukan anak hartawan. Duit pun masuk fix monthly. So, kena la berhati-hati.


Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada family aku dan family mertua yang bertungkus lumus menguruskan majlis aku. Mak, Mak mertua, abang, akak, abang-abang ipar, akak-akak ipar, biras, sepupu, mak saudara, pakcik saudara… dan semua yang sudi menghulurkan bantuan.


...Terima kasih…

Ribuan terima kasih kepada member-member yang datang dari jauh. Aku betul-betul terharu tengok member-member sanggup drive berjam-jam dan spend ratusan ringgit untuk memeriahkan majlis aku. Aku juga nak minta maaf on behave both families jika ada yang terkurang. Personally aku nak minta maaf kat member-member yang melepak lama di Teluk Intan sebab aku tak berkesempatan nak entertain korang semua. Sorry… betul-betul sorry. Tapi aku percaya korang pun happy dapat jumpa member-member lama, dah macam mini school reunion lah pula hari tu. Seronok aku tengok. Ada yang tak jumpa lebih 10 tahun…. Best…best.


...Thank you…

Kepada yang rajin call dan sms aku ucap selamat juga aku nak ucap terima kasih. Sampai tengah malam 4 Oktober 2008 (hari kahwin) pun ada yang sms, prihatin sungguh member-member aku.

Ok… enough bout my wedding. Nanti gambar dah ready aku akan upload beberapa keping kat sini. Kalau ada anak-anak dara, kaum-kaum ibu, atau jejaka-jejaka pelik yang minat nak tengok gambar wedding banyak-banyak, perhatikan blog isteri aku. Confirm dia akan upload banyak gambar nanti.

Before aku offline for 2 weeks, aku ada buat poll pasal perkahwinan. Macam biasa poll tu aku turunkan setelah dapat more than 100 responses.

So, here the result after 173 responses.


Kat sebelah tu ada poll baru. Soalan lebih santai… nothing to do with current event. Aku nak tanya pasal sukan. Kalau rajin silalah jawap.

Again… thank you very-very much to everybody that involve with my wedding. Last favor, tolong doakan rumah tangaa aku aman bahagia.

Thanks…

Total Pageviews

. page counter