Monday, September 15

Today My Birthday

Since today birthday aku, so posting hari ini totally pasal aku. Tiada masalah negara, tiada komen pasal isu semasa, tiada lawak-lawak jenaka. 100% pasal aku. Walaupun ada orang email, minta aku komen pasal recent scenario involving ISA detainees. Tapi aku malas, malas nak penatkan kepala. Maybe esok lusa….

Nyanyi dulu…..

Allah selamatkan aku….
Allah selamatkan aku….
Allah selamatkan Fandi…
Allah selamatkan aku….


Lagu orang putih pulak….


Happy birthday to me…
Happy birthday to me…
Happy birthday to Fandi…
Happy birthday to me…

Hahahha… macam budak-budak.

Pedulikan, tak salah rasanya aku nak celebrate birthday aku sendiri di blog aku sendiri. Honestly, masa budak-budak pun aku tidak pernah sambut birthday. Sebenarnya, semenjak ada awek dan kerja di company sekarang baru aku merasa celebrate birthday, sebelum tu tak pernah pun.

Macam aku war-warkan minggu lepas, hari ini birthday aku. Ramai member aku yang ambil cuti bila tiba birthday mereka. Aku malas nak cuti, weekend pun aku dah boring dok rumah tak buat apa. Better aku datang office, siapkan kerja (hope my boss read this) dan update blog.

Last year, aku gunakan duit dari iklan Nuffnang dan aku beli domain akubetul.com sempena birthday aku. Aku anggap ia sebagai hadiah dari reader blog ini kepada aku. Betul la kan, since aku dapat duit tu sebab reader rajin datang blog ini dan ada yang berminat untuk click iklan, so duit tu consider hadiah, upah, bayaran daripada pembaca kepada aku. Register domain hanya USD10 sahaja. This year sebab rezeki dari iklan pun dah sedikit bertambah, so aku belikan diri aku hadiah yang sedikit mahal menggunakan duit iklan.

Sepasang suit hitam. Blazer, kemeja dan seluar panjang. Aku tempah di Teluk Intan last few months. Semuanya RM600. Aku anggap ianya hadiah dari pembaca blog ini sebab again, 100% bayaran untuk suit itu aku gunakan duit dari sumber iklan disini. So, thank you guys.

Lepas habis duit Nuffnang aku gunakan untuk suit tu, aku simpan pula untuk hadiah perkahwinan nanti. Tengoklah apa aku akan beli untuk diri aku yang akan aku anggap hadiah dari korang semua.

Birthday aku tahun ni best sebab beberapa perkara. 1st, last Saturday aku attend majlis buka puasa anjuran Nuffnang kat The Apartment di KLCC.

Gambar atas, aku curi dari mana, lupa. Atas tu gambar aku lepak hisap rokok dengan celebrity blogger Muzaffar dari sultanmuzaffar.blogspot.com memang cool, kurang bercakap....banyak fikir kot. Yang bawah dari blog redmummy.com (celebrity blogger). Aku dok semeja dengan Mira (Redmummy), aku tak suka sangat dia. Sebab aku rasa dia sombong dan berlagak, but hubby dia cool. Juga jadi smoking buddy aku malam itu.

Jemputan makan free, bodoh la aku tak pergi. Kat sana aku jumpa ramai bloggers, ada yang glamer dan ada yang baru nak naik. Aku selalu percaya dah tua-tua ni malas nak buat member baru. Aku confident better aku jaga sahaja kenalan yang dah sedia ada daripada tambah kenalan-kenalan baru dan start all over again process mengenali hati budi manusia lain. But semenjak dua menjak ni tanggapan aku dah sedikit berbeza. Aku suka pula buat kawan baru. Kenal dan belajar benda-benda baru. Malam tu aku kenal ramai juga bloggers, sorry kalau tak termention kat sini. Kalau aku mention 2-3 orang, nanti yang lain kecil hati. Nak mention semua, mustahil lah. Baru kenal, dah kecil hati tak best.... kan?

Itu 1st reason aku suka time birthday tahun ini.
2nd, masa tengah makan dan bersembang dengan geng bloggers, aku dapat beberapa sms daripada rakan-rakan. Dimulakan dengan SMS kutukan yang aku terima pukul 7:50 dan diakhiri dengan SMS sedih pada pukul 9 lebih. Hahahah… Sedih tu maksudnya member aku yang sedih sebab team bola yang mereka sanjung-sanjung sangat tersungkur di bumi Anfield. Hahahhaa.. Steven Gerrard dan kawan-kawan bagi hadiah birthday best pada aku tahun ni. Diaorg sepak bontot Manchester United 2-1.

Berbatov konon… pppiiiiiiirrrrraaaaahhhhh! To M.U fans, doa la banyak-banyak supaya Ronaldo sihat cepat dan tak injured lagi. Kesian aku tengok (replay) player M.U main macam budak sekolah rendah tengah padang. Hahaha…. Yup, dah 4-5 tahun kami tak menang lawan M.U… but that fact does not make M.U players less motivated, infect maybe mereka lagi bersungguh nak jaga record. But apakan daya… Kesian…kesian…kesian…. Dah la kalah, player kena gantung….. kesian… ada player yang injured…. Kesian…kesian. Itu belum Torres main lagi tu…. Hahahhaa….. Again, Berbatov konon…. Hahahahhaa….

Fergusen salam tak ikhlas... Hahahahha.... LOSER...!


Malam ni nak berbuka dengan tunang aku. Mesti dia belanja aku makan sedap-sedap. Best…best.


Kalau ada sesiapa nak bagi hadiah, contact email aku. Ingat, hadiah yang mahal-mahal, yang ada class dan yang best-best sahaja. Kalau sekadar kad, pen sebatang, atau pemotong kuku, takpe lah. Simpan je lah… Hahaha… kidding.

Chow….

25 comments:

Anonymous said...

Dood! happy birthday!

just fyi, aku pun ada kat KLCC on that particular night. ;)


p/s: ok apa kasi hadiah pen/pensil etc sbb kitorang dah "kasi" hadiah value RM600/-, right?

Anonymous said...

Dud.... happy besday....hahaha...macam biasalah kita...siapa punya besday...diayang kena belanja...hahahha...

Chalok

Bonda Irfan said...

happy bestday..moga ari ni jadi ari pling best utk ko..(jgn lpe best day aku 26 ni..) hahahaaa

Anonymous said...

mmg the Reds powah ~
berbatov jd berbatuk mlm tuh .
porah ..
anyway epi besday bro .

Anonymous said...

tahniah! Nice to meet you on Saturday :)

Ab Razak Hj Ahmad said...

EPL dah sampai penghujung ke...?? Last weekend hari tu the last game ke...???

La... bukan rupanya .. ada 35 matches lagi ha ha ha ha ha.... Normally, Liverpool dia punya target to fight for last berth for UEFA Champion League qualification (maksud aku... no. 4 la)...

Tengok la sape belasah sape....

Anyway... Happy besday..

Mek Rose said...

Happy birthday yang...:-)

Anonymous said...

hepi besday.

manu loser

YNWA!

Pakdi
http://pakdi.my

Anonymous said...

Happy Birthday...
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Anonymous said...

Selamat hari lahir

Semoga berkekalan hingga ke anak cucu sepanjang hayat, dunia akhirat.

ucapan aku satu set dengan ucapan perkahwinan..haha! aku serius.

Anonymous said...

adoi...
aper2 aku ucap happy besday dlu..
moge semakin sehat ngan orang tersayang...
blek ker isu mu kalah ngan lipasfool, alaaa...
season baru start kot bro...
first time berbatov men ngan mu...
relax ler..
aku lagik ske tengok result untuk keseluruhan season...
hahahhahahah.....
ape2 pon...
glory2 man united.... ;p

Anonymous said...

hahaha...happy birthday mr..right...
if ada ronaldo pn stil liverpool blh menang gak...
mu = loser...
hahahahaha....

Anonymous said...

oho.. slmt harijadi ye En Fandi.. semoga murah rezeki dan panjang umur dan Slmt Hari Raya.. la.. awatlah hg panggil Ros tu gf hg?? kan dia tu tunang hg?? Kena 'up' skitlah.. <-- haha, saja jer merepak.. maaf yo..

Youjie said...

Appy Birthday Bro!! ske bc blog bro ari2... Moga panjang umo...murah rezeki...amin.. :)

Bunga said...

Selamat hari tua ya..
yg ke berapa? ahaks!

neway
hepi besday
moga panjang umur
murah rezeki..amin..

Anonymous said...

MU looser.
Semua follower dia dah mula takutla tu.
Harap si ronaldo tu je.
if takde patah kaki la..
hahahhahaha.....

if nak tunjuk terer.
kenala dari skarang.
takkan nak tunggu match ke 35 baru nak tunjuk power..hahaha

eh. selamat hari jadi.
semoga panjang umur
dimurahkan rezeki
kawen ko tu jgn lupe jemput kami semua...

-yg selalu baca blog ko-

Anonymous said...

Happy belated besday. Terlambat sehari. Takpe kot. Hehe.

Dah lame tak bloghop kat sini.

Ape-ape pon...aku suka baca blog ko..

Anonymous said...

yang bawah dari blog redmummy.com (celebrity blogger). Aku dok semeja dengan Mira (Redmummy), aku tak suka sangat dia. Sebab aku rasa dia sombong dan berlagak, but hubby dia cool. Juga jadi smoking buddy aku malam itu


:)

Lina said...

hai, happy belated birthday...

Anonymous said...

salam mr right...

Aku paling suka Man Utd kalah... hahaha....
bukan ape... aku cuma tak suka ngan pengurus dia jer...
tapi player-player dia org ada yang aku minat, tak semua...

apa-apa pun selamat hari lahir yang ke-???
sori la... aku aku tak tahu umur ko...
dan
Selamat berpuasa... dan Selamat hari raya Idul fitri...
Maaf Zahir jer.... batin kat bini aku sorang jer...
wakakaka....

marrang nung! said...

Salam...
smoga Allah merahmati umur ko...
smoga ko jadi org yg lagi baik...
smoga ko bertambah rezki yang dirahmati...
smoga ko tak disesatkan oleh setan...
smoga ko tak makin besar...
smoga ko lagi pemurah dan penyayang...
smoga dak rose makin syok kat ko...
dan smoga ko dapat ape yang ko nak...

and u must always remember...
'YOU'LL NEVER WALK ALONE

lankapo said...

haha dah tua rupanya en aku betul. tak per lek lagi, setahun lagi genap lah ke angka tiga puluhan..

semakin aktif nampak ke perkumpulan blogger2..pasni bleh lah lawan Kenny Sia haha

Ye lah Liverpool menang nasib..dijaring sendiri oleh keeper dan defend MU. tengok malam ni plak, dgn Marseile bleh gigit tak bleh gigit..jangan tunggu ujung masa tambahan kedua untuk score udah laa

Mr. Right said...

Teek,
La... kalau tau kau kat KLCC leh ajak melepak sekali. True, korang dah bagi hadiah RM600. Tima kasih.

Chalok,
Hahahha... takde, itu dulu bro. Sekarang member2 yg kena belanja.

angeerik ungu,
Hari paling best tak la, tapi antara paling best la. Eh.. sempat promote besday pulak ye.

akem g,
Hahaha... Berbatuk... Thanks.

julian,
Nice to meet you too. Good luck with your PHD.

abikhsan,
Blom penghujung lagi, tapi apa peduli. Boleh sepak pungkoq M.U memang best. Harap2 nya Ronaldo akan injured lagi lepas ni... Hahaha... seronok tengok M.U takde Ronaldo, terkapai-kapai. kan?

Thanks.

Rose,
Thanks yang.

pakdi,
YNWA.....

Thanks.

sipuri,
Amin...

kangaroo,
Ucapan satu set? Hahhaa... ok..ok.. tima kasih.

lalala.Inc,
Takpe, lepas ni kau ngn abikhsan leh la tunggu result hujung season je. Astro tu subscribe tengah2 tahun je lah. Hahahah....k?

syasya,
Betul... letak la sapa pun. Liverpool menang gak.

hatifi,
Bila masa lak aku sebut gf? Kalau ada pun tersasul la kot. :)

yOuJiE,
Tima kasih... Amin.. Rajin2 lah baca lagi. Kalau takde update, baca yang artikel yg lama2. k..

Bunga,
Tima kasih... Besday yg ke 29.

-orang kampung-,
Betul2... tunjuk la dari sekarang. Takkan nak harapkan Ronaldo sorg je. Nanti orang patah2kan kaki dia OR dia pindah ke Real Madrid, cam mana?

Pasal jemputan kawin, tunggu... akan dijemput.

My Gurl @}---,
Tima kasih. Selalu2 lah datang sini lagi ye.

Redmummy,
Ini redmummy betul ke atau orang lain? Takpe, kalau betul redmummy, aku nak minta maaf kalau terasa dengan sound direct aku tu. Aku memang jujur a.k.a lurus bendol orangnya. Apa aku rasa, aku cakap/tulis je.

Lina,
Thanks...

miekabo,
Selamat...selamat...Umur aku 29 siot. Dah tua... Pengurusan M.U ko benci? kenapa? Belagak ke...? Betul2... setuju bebenor.

marrang nung!,
Amin...
Amin...
Amin...
Amin...
Amin...
Amin...
Amin...
Amin...

Tima kasih bebanyak.

Yes...yes... Never Walk Alone.

lankapo,
Aku aktif sebab nak makan free je. Lagipun jujurnya aku nak tahu berapa ramai Melayu dalam member Nuffnang.

Wei... pehal lak menang nasib. Jeles la tu... ke kau dah start support M.U season ni?

All,
Thanks for all the besday wishes. Semoga doa korang dimakbulkan. Amin....

Cherrina said...

eh..takde lah redmummy smbong..yelah..ko kan jantan..dia kan ppuan..ape je lah benda yg korg leh borak..dgn husband dia ko leh lah isap rokok sesame borak pasal bola ke..IT ke..tak kenal maka tak cinta lah yang oii...

Khair Hazm said...

Assalammualaikum bro..selamat berkenalan..saja jer datang singgah..baru nak belajar-belajar..

Total Pageviews

. page counter