Monday, September 8

Kepala Otak Jammed

Last week aku cuma mampu update blog sekali sahaja. Aku rasa I should stop apologizing for not updating this blog frequently, orang pun dah boring kot baca alasan aku. Busy…busy…busy. Maybe aku tak busy physically, tapi kepala otak aku yang busy. Takde banyak masa untuk berfikir pasal blog. Macam-macam benda kena fikir dan ada banyak benda kena setelkan. Sedaya upaya aku try not to update blog with crappy posting atau simply post forwarded email yang setiap hari singgah di inbox email.

Ok… seperti biasa paragraph atas tu adalah sessi aku whining about my personal life. And as usual, I don’t think ramai orang interested to know more about it. Semua orang ada masalah sendiri yang sudah, sedang dan akan diselesaikan. Right?

Inspired by my experience last week, aku nak campak idea untuk selesaikan antara masalah terbesar negara kita. Jumaat lepas aku nak berbuka dengan abang aku di rumah dia di Ulu Klang. So, lepas kerja aku drive ke rumah dia dari Petaling Jaya. Imagine, from PJ ke Ulu Klang aku terpaksa habiskan lebih dari dua jam. Panas je hati aku terpaksa berbuka dalam kereta. Nasib baik sempat singgah Petronas beli air juice oren dan kacang. Aku tersangkut dalam jem di beberapa tempat. Perjalanan dari PJ ke Ulu Klang ambil masa yang hampir sama dengan perjalanan aku balik kampong ke Teluk Intan, ada ke patut? So, biar aku try bagi suggestion cam mana nak settelkan masalah jalan jem especially time bulan puasa. Macam biasa idea aku ada yang logic dan tidak kurang yang mengarut, dan melampau. Ada yang serious dan tentunya ada yang mampu buat korang at least tersenyum.


1. Kereta Dijalanraya Ikut No. Plate

Dah lama aku fikir benda ni. Bunyi macam mengarut tapi aku rasa ada juga logicnya. Kerajaan patut hanya benarkan kenderaan persendirian berada dijalanraya mengikut nombor plate. Pada hari ganjil (1,3,5…. haribulan) hanya kereta bernombor pendaftaran ganjil sahaja should be on the road. Sama seperti pada hari genap hanya plate kereta persendirian genap sahaja yang kita patut lihat diatas jalan. Dengan cara ini orang ramai akan TERPAKSA menggunakan public transport atau berkongsi kereta untuk pergi dan balik kerja. Kita semua sedia maklum rakyat Malaysia memang suka dipaksa dalam apa hal sekalipun. Bagi mereka yang betul-betul mampu sahaja yang akan membeli lebih dari satu kereta. Mungkin peraturan ini boleh diapply hanya untuk jalan-jalan penting yang selalu sesak. Aku percaya dengan cara ini at least ¼ kereta akan berkurangan di jalanraya.


2. Non-Malay Cooperation.
Last Friday masa tersangkut dalam jem aku tengok kiri kanan bukan semuanya orang Melayu. So, aku harap non-Malay boleh bagi chance kepada kami yang nak berbuka puasa untuk memiliki jalanraya dari pukul 5-7 petang disepanjang bulan puasa ini. You guys maybe can stay kat office till night, or hang out di mamak, shopping complex atau kat mana-mana dulu. Tidak perlulah sama-sama rushing untuk balik rumah. I know, no way government can impose such rule. Ultra sensitive non-Malay akan marah, merajuk, sedih dan mungkin ada yang akan mengamok. So, aku sekadar minta tolong kepada my Chinese and Indian friends to re-schedule your plan just during this Ramadhan month.


3. Pakat-pakat Berbuka di Office
Aku tidak simply suka-suka minta orang lain (non-malay) to adjust their lifestyle for me. Aku sendiri pun akan cuba tidak menyesakkan jalanraya everyday. So, aku minta kepada orang bujang seperti aku yang tidak ada komitmen dirumah, lebih baik berbuka di office atau kawasan yang berdekatan. Biarkan mereka yang sudah berumah tangga untuk balik berbuka dengan keluarga. Tidak perlulah bertungkus lumus meredah jem sekadar nak beli nasi bungkus di bazaar ramadhan dan makan seorang diri di rumah. Better kau berbuka dengan stranger di kedai makan or memeriahkan majlis berbuka di masjid dekat dengan office.


4. Laporan Trafik Yang Lebih Bagus
Disemua radio station ada laporan traffic. Yang bestnya setiap hari akan cakap benda yang sama. “Jalan sesak di sini, sini, sana, sana, situ, situ”. Memang everyday jalan yang sesak adalah jalan yang sama unless ada accident, traffic light rosak atau ada roadblock kerana perhimpunan haram. So, aku rasa radio station should upgrade their traffic report. Instead of just tell us mana jalan jem, lebih baik beritahu laluan mana yang patut diambil. Kadang-kala ada pendengar yang beritahu alternative route, tapi radio station should equip themselves with such information and help road user exact detail on how to avoid traffic jem. Better kalau ada radio station yang memang dedicated to help us dalam hal ini. Maybe nama radio station tu taffic.fm or freeflow.fm.


5. Improve Public Transport
Ok, semua orang tahu fact ini. Even Pak Lah dah test dan masukkan benda ini dalam bajet next year. Tapi aku rasa solution yang lebih drastic diperlukan. Contohnya, sediakan perkhidmatan bas percuma untuk laluan penting. Disepanjang highway, seperti NKVE, KESAS dan Federal Highway sepatutnya disediakan bas percuma. Bas-bas tempatan juga boleh diberikan percuma. Kalau kerajaan tidak mampu subsidikan maybe costnya boleh dimasukkan dalam cukai pintu, cukai jalan or apa-apa cukai. Pakar-pakar pengiklanan juga boleh membantu dengan mengexploitasikan jumlah penumpang yang ramai dan menggunakan keuntungan untuk cover cost operasi. Apabila sudah disediakan public transport percuma, bas berbayar tidak harus dihapuskan. Sebaliknya tambangnya maybe boleh dinaikkan. Bas berbayar ini akan menjadi pilihan mereka yang berstatus tinggi atau mereka yang nak berlagak. Berikan pilihan kepada pengguna, samada nak naik bas free yang sesak atau bas berbayar yang lebih selesa. Aku percaya choices sebegini akan mampu mengurangkan traffic jem.


6. Waktu Kerja yang Pelbagai
Tidak salah aku rasa kalau pejabat tak kira swasta atau kerajaan mempelbagaikan time masuk dan balik kerja. Communication antara offices bukan berlaku setiap masa. Sekarang ni most offices masuk kerja within 8:00 am to 9:00 am, maybe waktu itu boleh diextendkan lagi dari pukul 7:30 ke pukul 10 pagi. Jadi waktu jalan jammed akan distretchkan 3 jam lagi untuk pergi dan balik kerja. Kalau takut synchronization antara pejabat terganggu, maybe time bekerja boleh disamakan mengikut sector.


Ok stop here. Takde idea lagi dah, tolong throw your opinion kalau ada yang menarik. Chow… nak kembali membebankan kepala otak aku dengan real life problem. Seronoknya…

17 comments:

Farhan said...

cadangan 4,5, dan 6 bagi aku praktikal..yang lain crap

Anonymous said...

cari kerje yang tak memerlukan anda pulang ke rumah. contohnya jadi anak kapal misc ke, takpun jadi pembantu rumah orang.

Yaya said...

header sama?? sape http://nurliyanacheosman.blogspot.com/ ??
tak kenal ponggg

Anonymous said...

hahahaha....
askum...
dah lamer aku tak masuk sineh..
adoiiyaiii....
emmmm... rindu tol aku neh kat mesia...
aku ase better sume orang nek public transport macam orang2 kat spore neh...
siyesly memang susah nak tengok jamm kat cni dongg...
thehehehe...

The Return of Budak Nakal said...

Huhuhuhu. aku sama ngan farhan.. pasal bawak keta ikut no plate.. aku rasa bank akan lagi kaya kot.. well.. satu family 2 keta.. satu no ganjil.. satu no genap.. huhuhuu.. bankrap den...

@tune® said...

erm..kalau ikut nomo plate...org yg nomo genap untung sbb die keje 3 ari jer...nomo ganjil keje 4 ari...

dzu amri said...

aku rasa kalau nak lagi best, govt kena buat penyusunan semula tempat tinggal, satu area untuk satu tempat kerja. jadi masalah jam pun akan kurang. muahahaha..

atau pun, setiap majikan dikenakan menyediakan van pengangkutan untuk staf masing2, ala2 bas kilang ler camtu, kurang gak ler kenderaan kat bumi mesia ni. hik hik..

MalayMind said...
This comment has been removed by the author.
MalayMind said...

Ada certain ideas tu bolehlah digunakan aku rasa. Execution je lah bergantung kepada kita semua.

Anyway idea no plate tu dah dilaksanakan di Singapore. Kay sana mereka ada sejenis no plate kereta yang hanya boleh bergerak waktu weekend.

Confirm tak leh naik jalan langsung waktu kerja.

Anonymous said...

Q ske bce blog ni..bru je bljr2 bce blog..utk topik ni mmg ada 2 3 idea yg blh gne...Q geram jgk ble lori sodok tanah 2 (Q x tau nama dia per) tkedek2 ats jln..u guys yg akn mcube tu bgtau result k..hrp2 pak lah bce r blog ni

Anonymous said...

salam...
aku setuju kalu waktu keje di pelbagaikan....
bukan setakat kat kl... mana-mana bandar utama lain jadi sesak sekarang....
paling sesuai sangat cadangan ko nih...
kesatuan sekerja boleh highlightkan perkara nih...
masukkan dalam mesyuarat kesatuan...
bukan setakat bulan puasa je bermasalah, sepanjang masa masalah jem nih tak selesai...
ok beb...
sokong 200%....

Mek Rose said...

Bulan pose aku pilih waktu kerja 7.30 - 4.30...hehe..mmg berkesan..tak jem..cepat je sampai umah..kat bazar pon tak ramai org lagi..bes2

Ab Razak Hj Ahmad said...

Walau apa cadangan yang nak dirancang, dilaksana atau dihapus perlu improvekan dulu public transport. Tak perlu se efficient mcm London, Frankfurt, New York, Seoul or Tokyo, belajar la dari jiran kita Singapore. Rel service kat Bangkok dan Jakarta pun showing some improvements as reported by media recently.

Bila public transport dah tip top maka baru boleh laksanakan antara cadangan aku yang mana telah dilaksanakan di beberapa negara:-

a. City entrance fee - Nak masuk bandar ada fee instead of toll.

b. Haramkan kereta yang masuk bandar hanya ada sorang dalam kereta. Minimun 2 or 3 (maknanya kena car pool la).

c. Increase parking fee. Satu jam RM20.00 atau satu jam RM50.00.

d. Nombor genap atau ganjil OK gak. Tapi kat Singapore ada plate putih (all access day or night). Ada plat merah dan kuning. Ada kereta boleh jalan weekend saja dan ada kereta boleh jalan malam sahaja. Again, public transport kat situ memang tip top dengan MRT dan feeder bus dia.

Lain-lain cadangan macam waktu kerja anjal memang aku setuju jugak. Ada office yang start jam 10 dan 11 dan balik lewat sikit. Bukan selalu boleh gilir-gilir.

Masalah jammed kat KL all the year bukan time bulan puasa je. In addition, nak salahkan kaum lain sama-sama balik time buka pun tak boleh jugak coz macam cuti CNY, kenapa jalan jammed teruk org balik kampung sebab kita sama-sama balik ha ha ha ... muhibbah la katakan.

Kenapa aku sungguh-sungguh dan menarik minat pasal public transaport. Coz aku dah jadi pengguna setia since April 2004 till todate yang mana langsung takde peningkatan. Based on my fact i.e observation and experience. Sebab itu aku banyak tulis isu ni dalam blog aku tak kira pasal service atau jati diri masyarakat masa guna public transport.

Sorry ya agak panjang pulak komen aku ni... dan ter promosi blog aku kat sini pulak...

Wassalam

Unknown said...

Salam dood. Selamat berpuasa.

Cadangan nombor 1 kau tu dah lama dilaksanakan di Arab Saudi, especially in big towns ie Dubai, Central Jeddah (peak time) etc.

Dan memang terbukti dapat kurangkan jam ke tahap pergerakan trafik yang lancar.

X silap aku peraturan ni dia kuatkuasakan cuma time weekdays je.

Aku tau cerita ni pun time aku lepak rumah kwn aku kat jeddah sana.

So cadangan kau memang bernas!

shorty soul said...

kan bagus kalau msia ader culture "bwk basikal" or "jalan kaki" instead of too dependent with all da transportation..

byk manfaat bole dpt..dpt kuruskan badan ..tanpa lemak2 terkumpul dgn melampau.. and dpt plak jaga udara yg sememangnye dah tcemar nih...

tp syg..msia nih panas!!...confirm syarikat2 deodarant akan jadi kaya kalau culture nih btol2 wujud..

lankapo said...

idea memmang bernas/canggih/praktikal ..tapi klu kerajaan asyik tido jerkkk..
sampai sudah lah tak selesai..

Mr. Right said...

Farhan,
Takkan idea no plate tu crap jugak. See, komen orang lain yang kata method sebegitu dah digunapakai kat negara luar.

fariezul,
Bijak2. Atau cari kerja yang tidak ikut normal office hour. Jaga tol ke, penyembur fogging ke, penyeluk saku ke.

aleeya,
Tak kenal? tapi taste korang nampaknya sama.

lalala.inc,
Dah lama tak masuk sini? kenapa? Takkan takde internet line kot. Kalau public transport kita cun, memang lah semua akan pakat2 naik.

Det,
Tak payah la dua keta. Pilih je la satu plate. Then, share la ngn officemate. Nak berjalan ngn family planning la pada hari tertentu je.

atune®,
yeke untung? sama je kot..cuba kira betul2.

~WhEn dZuHRiAh sCribbLe~,
Canggih juga idea ko. Aku dengar Google kat US tu memang satu kawasan besar office dia. Siap ada rumah utk pekerja. Lebih kurang mcm Petronas kat Ganu la kot.

MalayMind,
Ada certain idea? Certain..?! semua idea tu boleh pakai lah...

Anonymous,
Lorry tanah? Hahaha... abis tu cam mana, takkan nak suruh dia jalan waktu tgh malam je.

miekabo,
Betul tu. Kesatuan pekerja boleh pakat2 minta. Sesetengah govt agency mmg ada bagi pilihan kepada pekerja nak masuk kul 7:30, 8:00 or 8:30.

rose,
Bijak2. Shah ALam bulan pose ni kul 5 keatas dah start jem. Sakit hati gak....

abikhsan,
Tak kisah komen panjang2. Promote blog pun aku tak kisah. Janji bukan publisiti murahan. Aku agree with most of your points. Lama gak ko naik public transport ye.. kagum..kagum...

bojed,
Pemikiran aku sama cam pak arab... ermmm... pelik..pelik. Kebetulan pulak ye.

shorty soul,
Orang Malaysia kerja jauh ngn office lah. Kalau macam aku naik basikal, sebulan je dah jadi mcm Apek Senario lah badan aku.

lankapo,
Kerajaan tidor? Ermm... ko ni dah bukan jadi warga Johor lagi ke?

Total Pageviews

. page counter