Wednesday, August 13

UiTM Buka Untuk Non-Bumiputera

Heboh pasal Menteri Besar Selangor announced nak buka UiTM kepada non-bumi student. Hampir semua pihak slammed Tan Sri Khalid, kalau rajin pergi la search… Student UiTM, UiTM vice-chancellor Prof Datuk Seri Dr Ibrahim Abu Shah, Pak Menteri, tokoh-tokoh pendidik, malah Pak Lah pun kutuk pengumuman daripada Menteri Besar yang baru setahun jagong itu.

Aku tak faham kenapa lah Tan Sri Khalid bangang sangat buat announcement macam tu. Dah sah UiTM bukan bawah jagaan dia, bukan bawah kuasa kerajaan negeri dan bukan kuasa Menteri Besar. Adakah dia dan PKR desperate sangat inginkan sokongan masyarakat Chinese dan Indian sehingga menonjolkan kecetekan pengetahuan dengan buat cadangan sebegitu?

UiTM, seperti namanya… University Teknologi MARA adalah dibawah… MARA iaitu akronim kepada Majlis Amanah Rakyat.

Ini aku copy dari website MARA:

Majlis Amanah Rakyat (MARA), Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi Malaysia, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

OBJEKTIF
Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, profesional dan kukuh.


So, tidak perlu lah bercerita pasal racist, pasal keistimewaan orang Melayu, mewujudkan persaingan di kalangan student bumiputera dan all other nonsense. Student bumiputera boleh pilih nak masuk lain-lain university awam atau university swasta jika mereka inginkan persaingan. UiTM milik MARA dan sila baca apa yang aku copy and paste diatas tu. Fahamkan apa fungsi dan objective MARA. Kalau nak ubah UiTM kena ubah MARA atau tukar nama UiTM.

Aku bukanlah fanatic yang bersungguh nak memperjuangkan hak keistimewaan bumiputera. Aku sedar hak keistimewaan ini juga menyumbang kepada kelemahan kita sekarang dalam beberapa bidang. Aku juga totally understand why other races question the privileges, since government selalu promote race unity but ketidaksamaan layanan mengikut kaum seolah-olah tidak memperlihatkan unity pun.

Tapi lepas baca tulisan atuk ini bulan lepas, aku dah berbelah bagi pula. Pergilah baca sendiri… baca betul-betul dan fahamkan betul-betul….

http://test.chedet.com/che_det/2008/07/the-malaysian-social-contract.html

Sebagai penutup aku letakan lirik lagu rasmi UiTM.


UiTM Dihatiku.

Wujudmu Di Sini Di Tanah Anak Merdeka
Bagai Obor Ilmu Memayungi Putera Puterinya
Pelopor Hidup, Budaya Bangsa, Agama.... Negara
Pembentuk Akhlak Manusia, Agar Jadi Sempurna

Ku Yang Melangkah Ke Sini Ingin Mempelajari
Rahsia Di Muka Bumi Dengan Cara Hakiki
Tunjukkan Aku Jalan Ilmumu
Untuk Ku Menuju
Destinasi Cita-cita Negara Dan Bangsaku

Majulah Bangsa, Maju Negara
Berkat Usaha Jaya Mara
Kami Berikrar Akan Berjasa
Hingga Kita Berjaya….Demi Bangsa

Watikah Yang Ku Miliki Kan Ku
Semat Di Hati
Janjiku Pada Pertiwi Untuk
Menabur Bakti
Ku Sempurnakan Seikhlas Hati
Membela Negara
Doa Restu Ayah Bonda Ku
Untuk Mu Semua
UiTM Usaha Takwa Mulia

41 comments:

Anonymous said...

selaku x MRSM...aku dah ckup kesal dgn kewujudan quota 10% utk non-bumi..sekarang Uitm pula menjadi mangsa..wallahualam..

Ab Razak Hj Ahmad said...

Aku pun terkejut dengan statement Tan Sri Khalid.

Dalam kita dok marah kat dia (memang aku tengah marah ni...), let we think on the previous decision by our lovely government, regardless zaman Che Det atau Pak Lah @ zzzz:-

a. MRSM dah ada quota 10% for NB

b. Sek. Asrama penuh also ada quota 10% for NB

c. Biasiswa JPA increase 45% recently for NB. Dulu 10% only.

d. IKM - sebelum PRU12 also dah declare akan open to NB

e. Suria KLCC halau peniaga bumiputera and sekarang suria KLCC ada 100% tenant NB. Siapa punya suria KLCC tu ha.. Vincent Tan punya ke atau Ananda Krishnan punya...?? oohhh Petronas punya...

f. dah bermacam lagi la yang tak terlarat nak tulis kat ruang yang ciput ni....

** The above statement is free from any political issue.

Penulis Biasa said...

Dood,

ni la salah satu sebab aku suke baca blog ko..ko tak fanatic kat parti yg ko sokong..ko rasa ape yg tak betul, ko terus terang je..

mmg bg aku statement Khalid tu mmg bodoh!!patutnya fikir dulu sebelum bg statement kat media ni..BIKIN PANAZ Bumiputera je!!!

agak2 la..kalo betul la statement dia tu xberunsur politik pun, nape mesti ckp sebelum kaji abes2 buat discussion dgn VC Uitm..baru la bg statement..bodoh!!

Anonymous said...

aku tak kisah pun kalo bukak....sebab aku rasa segelintir atau melambak kat UiTM tu amik lewa pasal pelajaran...nak nak kalo dok kampus tgh bandar...org suruh belajar asyik nk berkawad kat shopping complex perabih duit loan...xpun bagi alasan tak bole bgn pagi, bole bgn tengah hari saja, pelik cemana la zaman sekolah dulu, aku bukan la nk kipas ke apa ke NB nih, tp sejak sekolah aku mmg antara yg paling rapat dgn Nb n sampai alam kerja pun BFF aku Chinese...lagi pun kata nk wujud kan bangsa Malaysia...

Anonymous said...

emmmm.....
memang semestinyer beliau takder hak nak menyuarakan sal menda yang semestinyer dikuasai oleh kerajaan yang mentadbir....
even kerajaan yang mentadbir pon tak der nak sorekan sal menda neh...
thehhehehe....
emmmm......
skunk neh yang melayu sendri nak masuk uitm pon sangat susah apetah lagik kalo nak dimasukkan kaom len dalam uitm??
what a joke....
thehhehehe....
kaom2 len neh pon dapat keistimewaan masing2 sebenarnye...
and diorang punyer jaoh lebeh hebat kalo nak dibandingkan ngan kaom melayu....
tengok kaum india, MIC akan hantar lebeh dari 100 orang setiap tahun ke russia ataupun ukraine...
aku tak tipoo...
yang cine plak haku luper ke mane....
emmmm....
to all readers, niat aku bkan nak racist, just nak kiter bersatu and taknak bertelagah sal menda2 kecik macam neh...
masing2 ader keistimewaan masing2...
yang penting kiter duduk samer sebumbung....

Jed Sulaiman said...

salam dood.

aku member nasar, selalu juga la baca blog kau ni. budak nets juga.

aku sebenarnya sokong matlamat uitm tu iaitu utk memajukan orang bumiputera di dalam bidang akademik dan pekerjaan. cuma kadang2 bila aku pikir balik zaman aku kat uitm dulu, ada juga kaki2 malas, termasuk aku, yang took it for granted. ye lah kan, x mungkin semua benda elok. BMW yang manufacturing focus dia ialah 0.05 precision pun still ada rejects juga.

mungkin MB Selangor lebih patut cadangkan setiap kelas boleh ada 2 org non-bumi sahaja ataupun nak lagi best MB cadangkan kat VC naikkan passing grade secara berkala sebagai contoh: sem 1 & sem 2 - 2.30 baru pass dan sem seterusnya 2.50 baru pass. mungkin nampak drastic sangat tapi selalunya kita akan lebih bekerja keras dalam keadaan yang sedikit demanding.

aku agak letih dengan sifat defeatist yang masih kuat dlm diri orang melayu. bila nampak org cina yg excel dalam pelajaran, ramai org melayu akan cakap "org cina, memang la pandai belajar".

aku harap aku dapat hidup cukup lama utk dengar bangsa lain pula cakap "orang melayu, memang la pandai belajar".

tapi aku dan kawan2 uitm aku ramai yang sependapat bahawa situasi dan realiti kehidupan kat malaysia ni yang buatkan org cina terpaksa belajar bersungguh2. mungkin kami ni xdelah defeatist sangat haha.

ada budak cina area rumah aku dpt 10A1 time spm, pure science stream lagi, tapi xdpt masuk IPTA mana2. aku yg dapat SPM 3A pun dapat masuk uitm.

tapi sebenarnya aku tgk dalam uitm tu ada je persaingan yg sihat. 1st class degree and 2nd ramai juga banding dengan U lain. dan yang paling ketara, aku tgk tahap penguasaan maklumat bebudak uitm, dalam pada duk layan anime, manga, game siang malam apa semua, kebanyakannya power2, especially on current issues and economics. aku cakap ni berdasarkan observation aku yang sangat limited resourcesnya, iaitu di antara kawan2 uitm dan kawan2 U lain. Dan ramai bebudak uitm yang pemikiran mereka business-oriented juga.

cuma satu je la yang aku kelakar sket uitm ni. dulu2 VC ada kata yang dia nak naikkan taraf uitm ke peringkat antarabangsa. aku pun fikir, mcm mana nak dpt pengiktirafan mcm tu kalau hanya terima pelajar bumiputera saja?

aku dapat jawapannya masa aku naik lif kat school tu.

Foreigner: "Salam, I'm Mohamed. I'm from Yaman. Where is room 14?"

Aku: "There. You're teaching multimedia?"

Foreigner: "No, I'm a student here"

Tergelak aku bila pikir balik, orang NB malaysia x dapat masuk uitm, tapi student overseas ada juga yang dapat merasa.

Ye lah, in the name of internationalizing uitm la katakan.

BTW, sebelum aku dituduh x sayangkan melayu la uitm la apa la, 5 tahun aku sekolah kat sekolah yg hanya terima pelajar bumiputera muslim,5 tahun aku belajar kat uitm dan seboleh2 aku akan beli barang di kedai orang melayu dulu, termasuklah laptop yang aku gunakan skrg ni padahal kalau kat lowyat aku boleh dapat diskaun RM100. kalau beli baju pun aku akan cari promoter melayu sbb at least commission dapat kat dia, sbb nak tolong org sendiri.

racist kah aku mcm ni? letih gak aku nak menjawab kat akhirat ni nnt.

Mek Rose said...

Aku..as one of UiTM staff, tataula nak cakap ape..

mmgla giler decesion yg Menteri Besar baru tu buat..tak bincang2 dulu terus buat statement.
Budak2 uitm ni takut la tu..kang ade pesaing susah lak kan..
skang pon depa belajar sambil lewa..tak bersyukur ngan ape yang kerajaan sediakan..depa ade berbagai2 kemudahan..tu pon tak tahu bersyukur..hurmm...

bayangkan..Satu sem ade yang hanya kena bayar yuran RM350.00 for one semester...n ade yang lagi murah..
cube depa kuar ke U lain..or IPTS..mau beriban sebulan...

Kenyataan utk beri sedikit kuota utk NB mmg dari dulu lagi..mcm yg incey AC cakap..takde bezenye pon...pak menteri dulu n pak menteri sekarang same aje...huhuhuhu

Ape2 pon..aku 100% TAK setuju UiTM nak diberikan sedikit kuota utk Non Bumiputera.......hanya ini sahaja satu2nye IPTA utk anak2 Bumiputera....

Jed Sulaiman said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam...
ITM itu dulunya...
aku duduk dalam arena yang dulu...
walaupun pun tak lama...
kerana tawaran yang lebih baik ditempat lain...
aku tinggalkan juga ITM pada masa tu...
aku didalamnya... aku lihat org melayu semuanya hebat2 belaka pada masa tu...
termasuklah aku sendiri...(wakaka angkat bakul sendiri)
selepas aku keluar.... namanya berubah ke UiTM...
dari rakan-rakan seangkatan, banyak yang tidak setuju namanya ditukar...
macam org pernah cakap bila tukar nama fungsinya pun 'bertukar' juga... betul ker???
tepuk dada tanya nafsu...

mr right...
lagu tu mengingatkan aku pada sejarah hidup aku dulu...
tanpa segan aku nak cakapkan
kat ITM lah aku bertemu jodoh dengan isteri aku sekarang....
warrgghhh... syahdunya....

abe said...

a'kum...

aku dag lama ikuti blog ni...
memang best!
cara Mr right berfiir memang menarik dan lain daripada yang lain..

pasal isu uitm ni...
benda ni dah lama NB tak puas hati...
just bila tibe2 MB selangor cadangkan, memanglah akan jadi isu...

aku pun secara peribadi tak setuju jika mrsm ni dibuka kepada NB...

tapi sebanarnya kdg2 aku fikir mungkin elok juga...

sebab berdasarkan pengalaman aku....
aku dulu belajar kat usm ...
amek kursus sains...matrik amek sains gak..

masa matrik usm dulu, ramai kwn2 aku yang gagal matrik, then masuk uitm (dulu itm)....
yang pelinya, semua member aku yang kantoi kat usm, then masuk itm, semuanya jadi pelajar cemerlang kat sana....

kalau sorang dua takpe la, ni hampir kesemuanya mcm tu...

kalau difikirkan secara posotif, mungkin mereka tu dah insaf, dan dah blajar rajin2, then score time exam...

tapi kalau difikirkan sebaliknya, MAYBE tahap penilaian pelajaran di sana lebih mudah...

kita tahu, kat itm memang semua bumiputera, jadi itm akan ambil kesempatan ni untuk memberi keputusan yang cemerlang kepada semua pelajarnya....

tak hairanlah bila kalau time temuduga, atau proses pemilihan saringan bagi pengambilan pekerja baru (aku bekerja dalam HR, merekrut pekerja baru), graduan uitm semuanya cemerlang2 resultnya....

tapi bila dah ambil diorang bekerja, baru kita sedar tahap pemikiran mereka dan kualiti kerja mereka lbh rendah drpd graduan ipt lain. english jgn cakap la....aku banyak dengar graduan uitm power english...tapi rata2nya teruk gak english dia...kalau yg power english pun, budak TESL jer la...

pastu, uitm mcm biasa la, sentiasa memegang carta pertama dalam ranking Jabatan Agama Islam bagi kes2 khalwat dan gejala sosial...
pegi la uitm mana pun...sama jer...bukan kat shah alam jer...

dah nak jadi mcm sindrom gejala sosial di FELDA plak...

dah la blajar mudah score, bantuan kewangan sana sini....saingan daripada NB takde...pastu suka buat maksiat...kursus2 seni tari/muzik plak memang menjadi tempat artis2 sambung blajar, artis2 ni bawak masuk sekali budaya kuning dalam uitm...budak student melayu ni plak mudah terikut2...bagus!

hanya berkongsi pendapat dan pengalaman..
budak uitnm jgn marah aaa...
hahaha...

p/s: itm dulu orng pangkat dua jer yang mintak...kira untuk loser gak r...

=)

abe said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

MB yg buduh...tulul...bengap...lupa daratan....

aku xuitm mmg tak stuju giler pendapat tu..
pikirla sama anak orang susah kat kg2 tu..jangan sbb nak dapat pgkat sangup jual maruah sendiri..pikirla baik2 mb oi...
masih banyak n terlalu ramai orang melayu yg tidak bersekolah dan melanjutkan pelajaran..pikirla orang bawah sama..sesunguhnyer pemimpin itu tangugjawabnyer besar dan besar jugalah balasan di akhirat nanti

hidup uitm
budak ngine

Bunga said...

utk ABEKUAK,

ko ni ape hal?
banding2kan plak student uitm ngan utm
dah lari tajuk la ko ni
yg pasti uitm/itm bukan loser okey!

utk MB selangor.
Balik belajar utk mejadi MB yg bagus dulu..baru leh jadi pemerintah yg bagus..cakap saje pandai. otak letak kat mane ntah.
hoho...nak berikan kepada org yg bkn sah2 milik mereka
kekalkan keistimewaan bumiputera okay!

-x-uitm...uitm dihatiku-

Bonda Irfan said...

salam..
even aku bkn ex student UITM, tp aku trase sedey gle.. npe msti nk bkak kuota utk NB? dh tntu2lh UITM yg dlunyer dtubuhkan utk meningkat daya saing dikalangan bangsa melayu..npe msti nk msukkn NB plak? Tan Sri Khalid main ckp je ke ape ni? x wat research dlu ker? bpe byk lg bnda yg kta nk bg peluang pd bgsa lain? x tkut hlg ke hak istimewa org melayu... ya..a few member aku yg bgsa cina ckp melayu ni manja..hey..come on la..ni tanah melayu..so, korg jgn nk pertikaikan k..ada lg kwn2 office aku ckp yg bgsa cina ni la..dia kta melayu tkut utk bersaing dgn bgsa lain..aku nk jer humban durang dlm tong sampah besar kt dpn office aku ni..tp xper, aku diam jer..x semesti nyer diam tnda setuju...cuma aku mls nk bertekak..

Anonymous said...

Elop,

1st of all, to ABEKUAK...comment towards UiTM student, is it based on the statistic or based on rumours???
you sort of having some issue against uitm student...
kenapa? cinta utk uitm student kena reject ker????
hahahahahaha...
usm will never better that uitm!!! deal with it!!!
(well...let see wat u want to say about that???....tersentap le tu karang...)

i would never agree with having NB to uitm.
Being in uitm is already a competetive atmosphere.
imagine u have to score everytime in order to get 3 pointer...or 2.9..
it is really a hard work!..
imagine u have to deal with english for those who doesn't understand much..

come on..this is MALAY land ok..deal with it!!
we as malay are "certified" and "eligible" for every specialties in our own land!!!...

-Ipoh Lads-

Anonymous said...

aku bkn nak racist.

actually tak silap aku seblum ni dah ada minister or chinesse yg mintak bukak quota untuk NB untuk UITM.

then time tu menteri pelajran aku tak ingat sape ada buat syarat kalu nak bukan dia mintak chinesse bukak quota untuk Melayu untuk ekonomi or business.

but they insist taknak bukak quota utk melayu bagi ekonomi..

aku tak ingat tahun bila tp aku penah tengok n baca pasal nie..

anybody please advice if anyone of you have listened to related topic about this issue.

Anonymous said...

ntah ler..kalo dipikri uitm saje tanpa tgk bebudak uitm tu sendiri,mmg la x patut dibukak kepada NB tpi skali pikirkan bebudak uitm nie....
rase nak sepuk jerr diorang ni...blaja lebih kurang,enjoy byk sbb exam senang nk lulus (pengalaman aku sendiri) coz lect pon duk dicandukan tolong melayu,tolong melayu ,tolong malayu...tgklah,rmai kan artis2 kite yg grad dr uitm ..hehhe..bukan nk prejudis kt artis plak tp selalunya mcm tulah..then ,yg model2 pon,byk gak uitm student...heheheh....bukn nk provok ok...
lepas tu yg gunakan alasan sbg seni utk berpakain yg pelik2 pon rmai...londeh situ,dedah sini..mcm2 lah...diorng ni kena bg rsa susah skit...tp mayb ada cara lain kot..x yah la sampai nk bukak kuota..tp kesian gak tgk kalu kwn2 aku yg chinese n yg tak kaya,spm straight A's tp x dpt g ipta..aku yg bongok ni dpt la jugak...serba salah plak aku,sbb dia tu kawn baik aku...hehehhe...

ZezzY said...

erm, hot issue je memanjang....
panas lak rase jd ex uitm ni...
anyway is it wrong to open uitm to non-bumi?
benefit over disbenefit, which is more?
its useless to quarrel over who is right n wrong...
why don't we settle the "real" issue????
anyhow, everyone entitle to have their own opinion...
I have mine too...You guyz are welcome to read about it here:
http://anythingunderabovenaround.blogspot.com/

pock.tehz said...

ape laa korang nk marah ssgt ?? mb tu x leh wak ape ? time mrsm kuota 10 % dulu x de lak orang nk marah ? megapa ye .. ? skrg stundent uitm leh lak wak demo.. ? mb tu pom satu saje nk bagi panas line .. buat statment tu pikir laa dulu ?

Anonymous said...

itulah,masa kuota MRSM dulu,apsal x kecoh2 pon??tu sapa yg buat kuota tu??? nak bantah pon,ok tp jgn jadi alat parti politik mana pon lah....mother tuut btulalah...
LU PIKIRLAH SENDIRI

Anonymous said...

pada aku lah, no harm done kalau Uitm dibuka untuk semua orang. InsyaAllah rezeki tu ada. let's not get into that la kan, nanti semua orang berasap.

aku nak stress statement Khaled Nordin yang kata proposal MB tu is an insult to Malay. Pada aku, statement Khaled Nordin tu yg insulting sbb his statement, to me means that UiTM shouldn't be open to other races because Malays are not capable of competing and not good enough. Well, maybe we Malays are.

but i think i'm not. ;)

Anonymous said...

aku mmg heran betul org dok marah2 ngan statement mb sngor, yg pm dulu bukak kuota 10% utk nb kat mrsm ngan sek asrama penuh nape xde pon yg buat demonstrasi, xde kecoh2 sgt pon...pasal org tu pm ke?

lagi satu, nape uni2 lain x dibenarkan wat demo tp uitm ni bole je...pasni kalu uni lain nak wat demo aku rasa xde yg bole halang...

Anonymous said...

13 mei oi...

ko nak buat demonstrasi ke ape ke
buatler...kitaorang tak kisahla...pepe jadi sendiri tanggung hahahah...

hidup uitm

Anonymous said...

pasal mrsm dan matrikulasi "terbuka" 10% kpd non-bumi..sape yang teka?bukan ker pakatan pembangkang..da melayu sendiri tekan melayu..sedangkan kita tau matrikulasi dan MARA ditubuhkan untuk apa..betoi dak??..kalau tak tau..aku mals ar nak ckp apa..juz selidik balik napa 10% "terbuka" kepada nb di MRSM dan matriculation...jangan tau hentam...err..ader tak anak melayu blajar kat TAR College???..kolej yang dibuat utk chinese+non bumi..tolong angkat tangan..hehe..well..buka mata buka telinga..MENANG SORAK TANAH TERGADAI..kenape kat tanah melayu nak cari keje swasta kene tau ckp bi..kenape kompeni cine offer keje tulus..prefferred languang english, mandarin..kenape?????Melayu..melayu..
kemana hilang bahasa kebangsaan..klu melayu pon tak hal melayu...aku leh tepuk tangan la..tapi sedey jer..nanti ank cucu aku merempat kat tanah nenek moyang aku...melayu..melayu...

Anonymous said...

nak betulkan skit. klau tak silap UiTM bukan bawah Mara lg. skrg yg bawah Mara adalah UniKL. tp UniKL adalah ipts. so sape2 pun bleh masuk. tp majoriti melayu sb ditanggung oleh Mara.jadi UiTM bleh kata mcm ipta biasa je.ni sy copy paste lagu UniKL


Universiti Kuala Lumpur
Mercu tanda kejayaan MARA
Nakhoda kemajuan siswa-siswi
Mahir, inovatif, berdikari

Universiti Kuala Lumpur
Pusat ilmuan teknikal kita
Nakhoda kemajuan teknologi
Di lautan, di daratan
dan di langit tinggi

Universiti Kuala Lumpur
Pelopor teknologi terkini
Nakhoda kemajuan negara kita
Unggul di mata dunia

Universiti Kuala Lumpur

Anonymous said...

Yg ni aku dapat dari blog che Gu bard ...

"Kerajaan Negeri ingin menjelaskan kenyataan tersebut adalah bukan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat ataupun Parti Keadilan Rakyat.

Ianya dibuat ketika Dato' Menteri Besar Selangor menjawab soalan daripada pihak media tentang kemasukan pelajar asing dan bukan bumiputra ke dalam UiTM.

Ulasan tersebut telah dibuat dari konteks mempertingkatkan mutu serta kualiti pendidikan tinggi di dalam era globalisasi sekaligus membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu dan Bumiputera.

Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat amat kesal ulasan ini dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman.

Dato Menteri Besar ingin mengulangi pendirian bahawa Beliau tidak pernah bermaksud mempertikaikan hak-hak keistimewaan pelajar bumiputra dan sedar bahawa UiTM ditubuhkan bagi membantu mengangkat martabat pelajar Melayu serta bumiputra Sabah dan Serawak. "

Selebihnya baca la sendiri ...

Tapi la dood, kalo dah tau MB Selangor tak de kuasa nak menentukan kuota, yg bebudak UiTM terhegeh2 gi demo tu buat aper? melenting tak tentu pasal pehal plak? Ponteng kelas pun ada. Yg aku nampak terlebih2nya si naib Canselor ...

BUkan ker certain2 course kat UiTM dah ader student oversea? Aper yg nak melenting sangat pasal mende ni?

Hmm ... sebab keluar dari Mulut parti pembangkang. CUba keluar dari mulut kerajaan ... ya ... kami sokong 100%!

Macam lembu kene cucuk hidung! Tak de kelas punya demo la bebudak UiTM ...

Anonymous said...

bagus betul MR tuh...nk ckp kaji dulu...jangan nk asyik hidup uitm tp tak kaji dulu asal cerita nape MB bole keluar stmt mcm tu kan kan...

kay uitm shah alam memang ada student overseas.....aku slalu jumpa and diorg kalo cuti sem stay kat kolej cempaka/kenanga n dining masak untuk diorang...kenapa aku tau sebab aku penah amik porfessional coursedi mana cuti aku tak sama dengan normal student kat uitm tuh....

pasal TARC tu...dah naik jd uni kolej dan telah beberapa thn d buka kepada sume orang...aku ingat melayu pertama tak silap aku perempuan amik degree comm ke broadcasting tah....tapi memang ada masuk surat khabar front page atau watever page...so next time nk komen semak dulu fakta ok...

dan pendapat aku, tak salah bukak pada NB sbb aku rasa pasal statement sebenar MB tu telah d putar belik kan media n budak uitm..UITM sendiri tak kaji apa sebanar nya statement MB tu n tetiba dok nk tunjuk perasaaan..demo sana sini....ish ish..sepatut nya sbg budak yg terpilih masuk UiTM ni mampu lah guna akal waras nk mengkaji sebelum ambil tindakan apa2...VC dgn students sama je...

Anonymous said...

mr. right,
statement tu keluar dari Dr. Halimah, dan diulas oleh Tan Sri Khalid. Refer kepada http://www.aspirasiuitm.com/. Semua hentam Khalid. Kenapa ye? Sebab dia MB? Tapi, itu hanya cadangan dan ulasan, dan kita sendiri tahu, dia tiada kuasa (hak untuk mencadangkan dia tetap ada ye), jadi, pedulikan sahajalah cadangan dia. Cuma, sebab dia orang PKR, dia MB, dia orang besar, semua orang hentam dia. Heh.

Mr. Right said...

intan,
Aku bukan budak MRSM, lepas kau bagitau baru aku teringat. So, kalau MRSM boleh memberi laluan kepada non-bumi maksudnya tak mustahil UiTM pun akan diubah juga.

abikhsan,
Betul lah... dah byk perubahan yg bias terhadap non-bumi. Walaupun statement kau free dari political influence, tapi aku still tak puas hati pesal orang UMNO bising sgt, sedangkan dari statement ko dah tunjuk pemimpin mereka sendiri dah mcm2 buat keatas orang melayu.

badrul,
Discuss ngn VC? Ibrahim abu shah orang kuat BN lah, mana ngam ngn state gov.

Anonymous,
Aku pun ramai kawan dari kecil sampai kerja non-bumi. But aku tak rate mereka tinggi sgt. More or less sama je ngn bumi.

lalala.Inc,
Betul, tak guna bertelagah. Sifat dengki tak kira diantara kaum atau sesama kawan2 memang tidak patut dipupuk. Masing2 dapat hak masing2.

bojed,
Seronok dapat dengar pandangan dari budak UiTM sendiri. AKu pun dulu belajar UiTM, tapi pelik sikit. Sebab aku golongan kantoi tak dapat pegi oversea. So, tak begitu familiar dengan aktiviti dan environment di UiTM induk.

rose,
Wah... lepas bekas student UiTM, ini komen dari staff UiTM pula. Boleh tolong sesiapa minta lecturer or pak guard UiTM pula datang sini tinggalkan komen. :).

miekabo,
Lor... orang suruh study ko boleh ngorat awek la pula. Ceh..! Tapi kekal sampai ke jinjang pelamin ye.. kagum2...

abekuak,
Aku rasa kalau budak2 UiTM baca komen kau ni mangamuk dorg nanti. Takde ahh... ITM or UiTM standardnya tak la teruk sangat. KAlau compare dengan university tempatan lain yang study dalam Bahasa Melayu, UiTM much better sebab banyak (kalau tak semua) course belajar dalam English. Cuma since semuanya bumi and majority Melayu, so banyak la masalah2 yang dekat dengan kita yang kita sedari berlaku kat UiTM. University lain pun lebih kurang sama je.

budak ngine,
Fuh.. panas ni, sampai bawa ke akhirat. Betul juga, UiTM telah berjaya mengubah ratusan ribu kalau bukan jutaan hidup pemuda yang datang dari family miskin dari kampung2.

Bunga,
X-UiTM lagi... bagus2. Betul2 student UiTM bukan loser. Relax la, maybe abekuak tak puas hati sebab tak dapat tackle awek UiTM. Awek UiTM adalah paling cun antara semua university di Malaysia.

anggerik ungu,
Betul tak bagus pun bertekak apa2 berkaitan dengan racist dengan bangsa lain. Tak mungkin setel. Akan bertambah kusut adalah.

-Ipoh Lads-,
As always aku menang totally agreed with you one this. Aku malas nak elaborate more, but everything you said, spot on.

Anonymous,
No idea. Tak ingat lah.

dizzy,
Wei.. ramai jugak artis yang study di private kolej. Semua university sama lah. Student Melayu memang suka main2. Infect bukan sahaja Melayu, memang adatnya student suka main2. Having fun habiskan usia remaja. So, takde kena mengena bumi or nonbumi. Pasal student pandai Chinese tak dapat masuk U tu, pemimpin mereka dan pemimpin negara kena usahakan lah. But not directly effecting bumiputera.

ZezzY,
Yeah true. Kena kaji lebih banyak baik ke lebih banyak buruknya dengan adakan quota non-bumi. Jom ramai2 baca pandangan ZezzY di blog beliau.

dfg9,
MB kena provoke kot time tu. Tapi peliknya boleh lah pula student berdemontrasi menentang kerajaan (negeri). Dulu kata tak boleh, AUKU la apa lah. Sekarang boleh la pula.. pelik2.

teek,
Competition among bumi and non-bumi healthy ke? Banyak lagi kesan daripada kemasukan non-bumi, dan bukan semuanya baik.

13mei,
Betul2... dulu utk mrsm and SBP senyap je ye. Skrg heboh... ntah apa2.

ayerkosong,
Kau telah lebih membuatkan aku yakin yang kita semua rakyat Malaysia adalah racist. Silent racist.

Anonymous,
Hah... fakta baru la pula. UiTM dah transfer ke tempat lain ke? Bukan MARA lagi?... anyone boleh confirmkan ini?

MR.,
Betul2, sebab tu aku kutuk MB tu, bukan Pakatan Rakyat. Sebab itu adalah statement peribadi Tan Sri Khalid. Budak UiTM tak biasa demo2 ni, so sekali buat nampak kelam kabut sikit. Hahahaha....

Anonymous,
Budak UiTM dengar cakap VC dorg lah. Instruction suruh demo, dorg demo lah. Dapat ponteng class syok la tu. Tapi mesti ramai yg bagitau lecturer dorg pergi demo padahal pergi Bukit Raja, tengok wayang ngn gf. Muahhahah...

sipuri,
Yup.. itulah bayaran menjadi org penting. Setiap gerak geri, statement akan dikaji dan diteliti. Silap cakap kena hentam lah. Kena hati2....

All,
Fuh... berjaya aku reply semua komen. Penat gak... Thanks for the komen. Kalau ada yang aku termiss sorry la. pasal issue ini ala, confirm sekejap lagi reda la. Issue picisan ni seronok sekejap je.

Anonymous said...

mak aku cina
bapak aku melayu + cina
nenek2 aku sah2 cina
maka melayukah aku?tp yg sure aku muslim la.hehe

dulu2 pun Dr M pernah cdgkan pasal kuota tu.xpyh la skrg suma org angin melampau2.Komen dia lately pun kata 'bukan masa yg sesuai utk buka kuota to non malays'..so kena phm yg vision pasal kuota ni masa-masa akan dtg confirm akan timbul lg isu ni,regardless pemimpin parti mana pun yg ckp

buka minda,jgn cpt buat judgement :)

Anonymous said...

"Marah sungguh saya apabila mendapat maklumat Khalil Ibrahim sekali lagi mencerca dan menghina pelajar UiTM. Walaupun saya bukan bekas pelajar UiTM tetapi apabila ada orang Melayu yang menghina pelajar UiTM di hadapan bukan Melayu, saya memang cukup marah.

Dilaporkan bahawa Khalil Ibrahim memang tidak puas hati dengan tindakan pelajar UiTM yang mengadakan demokrasi dihadapan pejabatnya baru-baru. ini Khalil Ibrahim makin bertambah tidak puashati apabila ada ura-ura untuk mendakwanya kerana membuat kenyataan bodoh mengenai UiTM sebelum ini.

Dilaporkan bahawa seorang ahli PKR yang kini bertugas sebagai setiausaha ADUN Selangor tidak puas hati dengan keceluparan mulut khalid. Ahli PKR tersebut tidak puas hati kerana dia juga merupakan lepasan UITM yang mempunyai keputusan yang baik.

Setiausaha ADUN PKR itu dilaporkan memberitahu Khalil Ibrahum secara sinis menghina pelajar-pelajar UITM dihadapan rakan-rakan exco yang bukan Melayu. Apabila ditanya tentang percubaan reaktor UITM dan pelajar-pelajar UITM untuk mendakwa khalid di mahkamah kerana cuba mengugat keistimewaan orang Melayu mengenai kuota 10%, khalid secara spontan menjawab:

‘PELAJAR-PELAJAR UITM TU OTAK BELACAN, DIA NAK BUAT APA SILAKAN’ !

Kenyataan Khalil itu kemudiannya disahut dengan gelak ketawa oleh exco-exco bukan Melayu sambil minum.

Apakah yang dimaksudkan oleh Khalil Ibrahim apabila menyindir pelajar-pelajar UiTM itu sebagai otak belacan. Adakah ingin mengatakan bahawa lulusan UiTM adalah lulusan IPTA bertaraf kampung (merujuk belacan) dan juga membawa maksud sebagai graduan yang berkualiti kampung?....

Nota: Sekarang terlalu byk IPTS dilahirkan (bagai cendawan) kebanyakkan kepunyaan org lain bukan orang melayu. Org Melayu kebanyakkan tidak berkemampuan untuk membiayai pelajaran tanpa biasiswa penuh terutama diUni swasta. Maka UITM lah harapan org Melayu untuk meneruskan pendidikan mereka kalau kita fikirkan dari sejak penubuhan sehinggalah sekarang ini.

Busuk-busuk sijil dari ITM (dulu) pun boleh dapat kerja malah diterima untuk meneruskan pengajian ke peringat diploma.

Susahnya dahulu hendak menempatkan diri kerana kaum lain terutama cina (masa itu)lebih tinggi keputusan peperiksaan berbanding melayu. Terasa cukup perik kekadang mengharapkan agar dilahirkan semula dan dpt menduduki peperiksaan SPM/SPTM kerana terasa sgt keputusan anak melayu cukup tinggi dan sama dengan kaum lain sekrang ini. Bayangkan end of 80an, nak masuk (kolej swasta)course NCC DIP (dlm kelas 4 melayu, 2 India 18 Cina)pun kena ambil exam, lulus baru boleh continue study up to final bila sampai final tak mampu kena bayar duit exam in pound sterling, mahal. Masa itu mana ada PTPTN mana ada lagi. Bukan nak mengampu kerajaan, tetapi bila direnungkan kembali alangkah indah kehidupan dahulu yg aman damai, orang melayu dpt pelbagai faedah (walaupun tidak sepenuhnya - (1) tidak mengambil peluang atau mempunyai sikap tidak apa, leka serta terlalu dimanjakan (2) Politik menghalang dari menerima), pendidikan orang melayu ditahap tertinggi, banyak anak melayu yg berjaya serta kaya.

Tetapi bila org melayu menjadi kaya dan berjaya ada pula dikalangan mereka yg lupa, mcm TDM kata "orang melayu cepat lupa".

Yang penyebab kepada pengangguran ini datangnya dari mereka terutama NGO yg tidak pernah berfikir betapa kalau ada penjawat K'jaan berundur bila mencecah usia 55 tahun alangkah baiknya mereka ini diganti oleh anak-anak muda lepasan Universiti kerana usia 55 tahun eloklah direhatkan kerana faedahnya cukup byk..untuk bersama keluarga, beribadat, merehatkan diri etc. Pengangguran dapat dikurangkan malah kerja-kerja dipejabat dapat dibereskan dengan cepat, aktif serta tidak sambil lewa. Janganlah kita cepat melatah dan fikir fikirkan lah..

Cut the story short...

I'm very proud to say that most of my families member lahir dari ITM/UITM.

Biarlah ia kekal seperti sedia ada kerana inilah harapan anak melayu untuk meneruskan perjuangan dalam bidang pendidikan.

abe said...

a'kum dan salam sejahtera kepada semua...

baru balik dari langkawi, kursus...

baru tgk balik blog ni...

hehe...dah ada yg marah kat aku pasal komen aku ttg uitm tu...

takpe....seperti dijangkakan..dan aku minta maaf la kalau ada yg marah...

biasa la, sifat manusia, suka dipuji, tak suka dikeji...

act, adik aku adalah salah sorg pelajar di uitm sekarang...

so aku tahu kemampuan dia dalam akademik...entah lam maybe sekarang ni dah lebih mudah nak masuk U...maklumlah, IPTA sahaja dah berpuluh-pulu...
IPTS dah beratus-ratus...

nak tak nak, ipta dan ipts kena longgarkan syarat untuk memastikan ipta dan ipts ni dipenuhi pelajar....

dan kalau korang perasan, budak2 sekarang kalau SPM ramai yang cemerlang....

10a1 berlambak....

tapi kalau sembang2 dengan diaorg ni...rasanya takde ape yg hebat sgt pun....

bukan nak nafikan keupyaan akademik mereka...tapi...maybe ada kemungkinan kementerian pendidikan dah 'main'/exploit graf/statistik keputusan sebab nak bagi ramai yang lulus cemerlang...

kalau korang perasan, setiap tahun, pencapaian kelulusan spm/pmr/upsr pasti meningkat...

kalau ada penurunan, matilah pengarah pendidikan/menteri pendidikan nak bagi surat tunjuk sebab kenapa keputusan merosot...

silap, kena pecat jadi menteri pelajaran/pendagarh pendidikan / etc...

so, langkah yang diambil adalah mudah: bermain dengan statistik...
hasilnya result spm/pmr/upsr akan menunjukkan peningkatan setiap tahun....makin ramai yang cemerlang...

ini pun dibuat untuk diselaraskan dengan jumlah kekosongan dan pengambilan pelajar baru di IPTA dan IPA dan juga sekolah berasrama pnuh/mrsm, etc...

aku pun ada kenalan kat kementerian pengajian tinggi...mereka pun tak nafikan...

so, hasilnya jumlah lepasan ijazah bertambah...jumlah pengangguran turut bertambah...

sebab dah terlalu ramai graduan berijazah...

sekarang kalau nak selamat, masuk jer kursus ijazah perguruan..confrim ada keje(paling teruk pun hanya lambat posting)....
hasilnya plak...ramai yang tak minat jadi cikgu, dah jadi cikgu...sebab takut menganggur/dah lama menganggur(ambil DPLI/KPLI)...

kesannya plak, mutu dan prestasi pengajaran tak bagus...mangsa: pelajar/budak sekolah...

fikir2 kan..

sori ye, melencong topik ....tapi masih ada related la dengan isu graduan uitm tak berkualiti...

hehe...
a'kum...

Jared said...

(*Am writing in sadness)
I am also a Malaysian.
Until when will Malaysia address me as 'kaum pendatang'?
I am the third generation in Malaysia. Would my grandchildren or great grandchildren still be called as pendatang?
I am ready to be in the army to fight for this country-but is Malaysia willing to accept me into its public university fairly?
I am ready to thrust our national flag in the pinnacle of Himalaya-but are you ready to trust a non-Bumi to lead any big administration?
Everytime the word 'kuota' is used, 1Malaysia is becoming a bigger lie.
If it is true that there is no racial manipulation in Univeristy Intake or Bank Loans, why is there a need to fill a BANGSA column?

I am very proud to be a Malaysian. Just make sure my child is also.

Anonymous said...

In any way by now.. UiTM is the only hope for the Malay students.. All other Universities in Malaysia have been conquered by other races.. This is true and a fact.. So, please by now we should think about increasing the quality of UiTM..

Anonymous said...

tersisih:

teguran dan pendapat tu biarlah membina..yang terbaik ialah didik diri berfikir sebelum berkata dulu sebelum buat penyataan...kalau nak bandingkan yang Universiti masing2 lebih baik..or diri tu lebih bagus..tak kemane la jawabnye...proses blajar sama cuma kita je bley mengatur jadi lebih baik atau jadi lagi teruk..da ada akal kan...pandai2 la berfikir...bukak quota pon blum tentu akan lebih baik masa akan datang kalau tiada penerapan nilai kesedaran nak bersaing dalam diri pelajar (misalnya)... memperlekehkan yang lain adalah seperti memperlekehkan diri sendiri...renung2kanlah...

Anonymous said...

Sy XUiTM, sekarang kerja kat one of the largest conglomerates in South East Asia, sekarang dah 5 tahun kerja kat oil&gas company, selalu meeting dgn international client, I gave my briliant opinion, tidak ada beza pun dgn budak2 lain yg berkelulusan oversea, atau UTM, USM, UM, dan sebagainya. Malah ramai jugak kelulusan U lain yg banggan, kerana kat sini hanya ada berapa org dari UiTM dan kesemuanya Xcillent.

Sy bangga pd UiTM yg melahirkan ramai insan yg seperti sy. Sejarah hidup sy, berasal dari kampung, dari keluarga miskin, SPM cukup2 makan, beberapa kali gagal dalam hidup, sehingga UiTM menjadi platform utk sy ke dunia.Siapa sy kalau UiTM tidak memberi peluang ? di mana melayu yg tercicir akan pergi ? Sedangkan melayu adalah bangsa yg hebat, cuma perlu diasah, digilap dan dicanang menjadikan batu permata yg gemerlapan. Itulah tugas yg dipikul oleh Uitm.

Soal silibus kat UiTM,
sy rasa UiTM adalah the best, contohnya sy adalah pelajar Science Comp, FTMSK, kami belajar calculus sampai level3 dgn semua subject mate mempunyai 4 credit, berbeza dgn U lain mate nye hanya 3 credit, It's high core, mate make us briliant. silibus sama dgn U oxford, kami face fwd.

p/s : XUiTM you are welcome to joint oil&gas field for bright future, sbb tak ramai geng kita kat sini, contact me, klu ada chances, I will let you know.

niesh said...

hi.
this is my opinion k.
saya ni memang totally macam melayu dah tapi masalah nya ayah saya cina dan otak saya tak la secerdas budak cina lain. kalau uitm ni tak dibuka untuk org2 macam saya ni, tak kesian ke awak?

azim said...

you all racist dog.. face it

Anonymous said...

My cousin recommended this blog and she was totally right keep up the fantastic work!

wak joko said...

emm sedih nye aku xsangka boleh jadi macamtu dah la kite nie kene tindas jadi smkin kekendas lah adu mane la prang melayu nak belajar uitm lah tempat kite hidup buniputra

wak joko said...

emm sedih nye aku xsangka boleh jadi macamtu dah la kite nie kene tindas jadi smkin kekendas lah adu mane la prang melayu nak belajar uitm lah tempat kite hidup buniputra

Total Pageviews

. page counter