Ada macam-macam andaian, UMNO tentunya akan buat kaji selidik yang terperinci kenapa mereka kalah teruk. Akan keluarlah puluhan kalau tidak ratusan alasan. Bloggers pun dah ramai yang bertukar jadi pakar analisis politik dengan memberi pandangan mereka. Ada yang radikal sehingga mengatakan Anwar berjaya dapat sokongan Chinese sebab Anwar dah plan dengan menyuruh Tan Sri Khalid umumkan pasal quota non-bumiputera di UiTM dan ada yang lebih Islamic dengan mengatakan Anwar bijak kerana memanggil orang kuat PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang untuk menepis isu moral yang sedang Anwar hadapi.
Aku cuma nak komen pasal 2 alasan dari berpuluh yang telah dinyatakan oleh pakar politik tak bertauliah di Internet.
Antara reason terkuat Anwar menang adalah kerana penduduk sana mengenang jasa Anwar kepada mereka. Semalam aku tidor 4 pagi sebab bersembang dengan member-member UMNO Shah Alam yang baru balik dari Permatang Pauh. Menurut mereka memang ramai makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang cakap tidak mungkin mereka akan undi BN sebab Anwar tolong anak mereka jadi cikgu, Anwar pernah tolong gantikan atap rumah mereka yang kena ribut, Anwar derma basikal kepada anak mereka untuk pergi sekolah dan macam-macam jasa lagi yang Anwar pernah buat. It is a norm for human being expecially in Malays culture to remember and repay any deeds yang pernah diterima. Ini bukan perkara baru, ramai pemimpim ternama membuat benda yang sama. Tengku Razaleigh, Sharir Samad, Rafidah Aziz, dan ramai lagi. No matter what issue or scandal they involve nationally orang kampong would not care less. For them wakil rakyat mereka telah banyak membantu mereka dan mereka yakin usaha itu akan diteruskan. So, cubalah letak Haron Din pun bertanding di Kuala Kangsar, confirm Rafidah akan tetap menang tidak kira la berapa banyak AP kereta import yang dia songlap atau berapa banyak share syarikat milik kerajaan yang dia passing ke kerabat dia. So, factor jasa Anwar itu nothing we say more lah. Happy juga aku dengar Anwar seorang pemimpin yang berjasa dan rakyat Malaysia adalah golongan yang mengenang budi.
Satu lagi reason utama Anwar berjaya belasah BN di Permatang Pauh adalah harapan yang diberikan oleh beliau. Beliau berjanji yang dia akan jadi Perdana Menteri Malaysia selepas 16 September 2008 (sehari lepas birthday aku). Iaitu selepas 31 (bukan lagi 30, sebab Zulkifli Nordin dah atau akan keluar PKR) member of parliament BN akan lompat party. Anwar berdentam-dentum menjanjikan pelbagai ‘kesenangan’ kepada rakyat Malaysia. Dari segi ekonomi, perpaduan, keadilan, rasuah dan beberapa janji lagi. Forget all those promise, temptation to get Prime Minister from their own kampong too hot for Permatang Pauh folks to ignore. Memang syok la kalau dapat Perdana Menteri dari kawasan kita. Sedikit sebanyak mesti akan dapat tempias pelbagai imbuhan dan popularity.
Yang menjadi persoalannya sekarang adakah Anwar mampu untuk menunaikan janji untuk mengumpulkan cukup ahli parlimen? We will never know the answer before 16 September (one day after my birthday). So, just wait and see lah.
But, persoalan yang nampaknya aku seorang terfikir adalah, adakah PAS sanggup menerima taktik Pakatan Rakyat yang merasuah (wang atau jawatan) kepada ahli parlimen yang bakal lompat parti? Adakah PAS sanggup menggadai imej keislaman yang dibawa selama ini? Adakah PAS sanggup bersongkongkol dengan pakatan ‘jalan belakang’ menubuhkan kerajaan?
Aku memang betul-betul tak setuju dengan tindakan ‘membeli’ ahli parlimen. Apalah salahnya Anwar stop here dan menjadi ketua kepada pembangkang yang kuat di parlimen? Dengan barisan tokoh-tokoh yang ada dalam barisan pembangkang aku rasa rakyat Malaysia dah boleh tarik nafas lega. Kerajaan Barisan Nasional tidak boleh lagi sewenang-wenangnya memperkutak-katikkan kita semua. Pembangkang yang kuat ada untuk check segala tindak tanduk mereka dan balancekan apa yang berat sebelah. Cukup lah… Anwar cakap dia telah maafkan majority pihak yang involve framed him pada hujung tahun 90an. Jadi kenapa perlu nak jadi PM lagi? Mungkin tidak semua, tapi banyak juga janji-janji yang dilontarkan masa berkempen boleh dilaksanakan jika duduk di pihak pembangkang.
Tapi siapa aku nak nasihatkan seorang pemimpin berjiwa besar macam Anwar Ibrahim. Seorang genius politic yang telah merasa main semua jenis permainan politik. Aku cuba harap Anwar tidak terlalu tamak dan haloba. Cerita-cerita yang mengaitkan beliau dengan anasir-anasir luar tidak semua kita boleh campak ke laut. Kalau ikut logic akal pun, mana PKR dapat dana untuk sponsor kempen pilihanraya?
So, macam title posting ini. Countdown ke 16 September 2008 (sehari lepas birthday aku) bermula sekarang. Bukan sahaja Malaysian, malah cerita Anwar menarik perhatian dunia luar juga. Macam aku cakap tadi, aku harap Anwar tidak akan jadi PM simply because aku tak suka idea PAS terlibat dalam aktiviti keji dan juga aku believe Anwar and Pakatan Rakyat boleh memainkan peranan yang lebih baik sebagai pembangkang.
Countdown counter ini aku kira sehingga tengah malam 16 September 2008 (sehari selepas birthday aku). Kalau tidak ada apa-apa announcement pasal Anwar ke Putrajaya sehingga countdown ini berhenti, maksudnya Anwar memang penipu. Kalau aku rajin aku akan letakkan counter ini di tepi blog ini, saja sebagai peringatan bersama.
P/S: 4 kali aku mention tarikh birthday aku dalam posting ini. Tak faham-faham lagi ke? Prepare kan hadiah yang mahal-mahal. Hahahaha….
Ralat:
Diatas aku ada mentioned yang YB Zulkifli Noordin sudah atau akan keluar parti PKR. Aku minta maaf, aku tertipu dek sms, email dan cakap-cakap kosong dengan member-member. Di blog beliau, ada penafian rasmi. <sini>. Thanks to few emails yang memberitahu.
Macam dalam paper la pula, ada ralat...:)
15 comments:
hahaha... cukup2la peringat kat kami besday hang tu... semoga ALLAH menunjukkan kebenaranNYA,memberikan petunjuk dan hidayahNYA dan semoga umat Islam kembali bersatu tanpa mengira fahaman politik.amin.
.Little MissY.
4 kali angin berlalu membawa khabar "sehari selepas birthday aku"..
hm.. membeli ahli parlimen ..tu kira rasuah kan?
aku hanya tertarik kepada "gentle reminder" en.aku betul ttg birthdatenya..hehehe.
Ok en Dood....
Aku akan preparekan hadiah utk ko... yang paaaaaaaaaaaaaaaaaling....................................................... kecit...
Heheheh...
edds
ye la ...ye la...selamat hari tue..smoga Anwar kekal kt barisan pembangkang..baru ade fight!
Hehe..promote besday nampak..
hadiah besday dah bagi in Advance kan..Jam untuk Hantaran..hahahha...
ermm..buffet buke pose kat intekma resort..ok tak? leh la kot..dah nye jatuh bulan pose..kenela lanjer untuk buka pose..gegegege....
Oppsss...out of topic..sori..ngehehehe..
aku teruja kt sentence in bracket..( Besday aku 10 hari slpas 16 sept ):p
salam...
aku rase anwar takkan jd PM... org ameno akan buat ape cara jijik skalipon utk sekat dia jadi PM. kalo betul dia jadi PM dengan beli ahli parlimen aku harap PAS kuar dari pakatan dan lebih baik jalan sorang2.... dari subahat ngn rasuah...
anwar kalo jd PM pon sepenggal jek... igt bodoh sgt ke rakyat nak pangkah lagi calon yang boleh dibeli ngan duit ni dalam PRU akan datang...
yg paling ditakuti adalah anwar lupa daratan...
Yer aku setuju Anwar takkan dapat jadi PM tapi aku tak menafikan dia akan berusaha keras untuk mencapainya.
Ini kerana orang PAS tentu tidak setuju menggunakan rasuah untuk melompat parti.
Tapi, rakyat akan menunggu. Kita takkan boleh meramalkan dengan mudah apa yang bakal terjadi.
Cis, ko berjaya mensuspenkan aku. kuang kuang kuang
last minute reminder ni ......
PAS dah ckp awal2 mrk tak setuju utk terima ahli parlimen BN yg lompat krn wang dan pangkat.
PAS suci. aku yakin pemimpim PAS yg btul2 faham perjalanan PAS takkan setuju. Cuma aku risau sbb aku perasan ada sesetengah pemimpin PAS yg skrg ni mcm dah taksub gn Anwar.
aku ckp sesetengah k. cuma jgn lupa yg anwar adalah anak didik Mahathir. keke... lupa lak. au\ku yakin kalo PR berkuasa DAP gn PKR takkan hapuskan ISA.
kalo baca beriat baru2 ni DAP n9 buat laporan polis dan minta kerajaan ISA kan pemimpim2 ISLAM yg bantah forum majlis peguam baru2 ni kan?
little missy,
Amin...
tiang lampu,
Pada aku itu dah dikira rasuah.
intan,
Hehe... mesti sampai tarikh 15 september korang akan teringat aku.
atin,
Hadiah kecil takpe, asalkan mahal. Muahhaha... takde, asalkan ikhlas.
atune,
Betul, baru fight kerajaan dan pembangkang. KAlau semua nak jadi mat jenin susah lah.
rose,
Jam yang cantik.:). Intekma lagi? Takde, kena pegi hotel lain.. nyam..nyam..nyam..
angerik ungu,
Teruja saja ke? Prepare la apa2 yg patut. Hahahah
marrang nung,
Betul.. kalau Anwar berjaya beli ahli parlimen BN, confirm next election rakyat akan ajar dia.
ramonez,
Nampak gaya dah nak jadi cam tu je. Angkuh lain macam aku tengok.
malaymind,
Takkan pakar politik macam kau pun gagal nak meramal kot. Ermmm...
sad, with a white hair.,
Suspen apanya ni? Hahaha..
Johnny Ong,
Not last minutes, awal lagi ni. Still boleh prepare macam-macam.
akukaya,
DAP ni ISA dorg setuju bila nak tahan orang yang mereka benci je. Aku dengar ISA adalah undang2 masa darurat, dan darurat yang dikenakan pada 1969 masih belum ditutup lagi, betul ke?
Post a Comment