Kepada member-member dan pembaca yang biasa baca blog aku sudah pasti tahu yang aku sedang menyahut seruan kerajaan untuk mengubah cara hidup dek kerana harga minyak yang telah dinaikkan. So, selama satu bulan aku telah mencuba berkongsi kereta, dan sudah hampir dua bulan aku naik public transport ke office. Kepada yang masih belum tahu, kalau rajin dan ada free time bolehlah baca previous posting related to same topic:
1. Aku Ubah Gaya Hidup
2. Beromen Dalam Bas
Ok… sekarang aku nak cerita pasal ilmu, skill atau pengetahuan yang aku perolehi daripada pengalaman naik bas. Nothing serious, mostly akan membuatkan anda semua tersenyum… hopefully. See, walaupun time consuming tetapi naik public transport memang banyak kelebihannya. Although bulan ni separuh je aku naik bas, yang lainnya aku still naik kereta sebab kenderaan company yang aku selalu gunakan untuk kemana-mana time office hours terpaksa digunakan untuk outstation works, ada yang kena hantar service dan ada yang involve dalam accident. Jadi 7-8 hari juga aku drive ke office. Rugi…rugi.
But, for the past 1 ½ month, ada banyak ilmu yang aku berjaya dapat dan skill yang aku berjaya develop daripada pengalaman naik bas dan teksi.
1. Tidor-tidor Ayam Yang Berkualiti.
Salah satu kelebihan naik bas adalah boleh tidor sepanjang perjalanan. Setiap pagi aku boleh tidor 30-45 minit dalam bas. But, since takut terlepas dan juga kerana aku bawa laptop dalam bag, aku tak boleh tidor lena macam dalam kereta. Tangan kena maintain pegang tali bag laptop dan mata kena alert tengok sekeliling, takut over shoot hentian aku. Dulu aku ingat memang mustahil nak tidor sebegitu. But now, aku semakin mahir. Tips paling utama adalah kena ada sifat tak peduli. Buat tak tahu je apa orang nak kata. Tak kisahlah kita akan berdengkur ke, meleleh air liur basi ke… biar lantak. Yang penting kita mesti dapat tidor yang puas. Angle kepala kena betul, sandarkan nicely di bangku atau dinding bas. Kalau dapat relaxkan kepala guarantee dapat tidor yang lena. Few minutes intervals kena gerakkan sedikit kaki dan tangan agar darah dapat mengalir dengan lancar. Aku tengok ramai gadis yang peluk bag, buku, file masa tidor. Since bag aku besar sangat aku tak try la buat, but aku percaya peluk something juga boleh membantu dalam mendapat tidor yang berkualiti dalam bas.
2. Tidor Berdiri
Ini adalah ultimate skill tidor lah. Aku belum 100% lulus but still work on it. Aku naik bas dari Section 2, Shah Alam, itu adalah starting point untuk bas tersebut. So, selalunya aku akan dapat kerusi. But time balik aku akan naik di tengah-tengah perjalanan, so selalunya terpaksa berdiri kalau aku balik sebelum gelap. Diwaktu pagi pun kalau ada makcik atau perempuan mengandung aku sebagai lelaki yang berhemat tinggi dengan penuh paksa rela dan separuh ikhlas bagi kerusi kepada mereka. So, aku perhatikan ada penumpang yang boleh tidor sambil berdiri. Ada beberapa style. Style paling simple adalah rapatkan kepala ke dinding atau tiang, ada yang sampai peluk tiang. 2nd method, ‘gantung’kan diri dengan kedua-dua belah tangan pegang holder yang disediakan dan sandarkan kepala pada lengan sendiri.. Both method effectively boleh relaxkan badan dan boleh tidor. Kalau dah master skill ini, even bas berhenti atau penumpang pack macam tin sardine pun kita still boleh lelapkan mata. Since aku jarang-jarang berdiri, so aku tidak mempunyai banyak masa untuk practice skill ini.
3. Tahan Teksi Dengan Pantas.
Dari hentian bas ke PJ, aku kena naik satu lagi bas ke office. Kalau nak cepat aku akan naik teksi sahaja. Dari kiraan aku, naik teksi pun aku still save money compare to drive sendiri ke office. Cara paling cepat dan mudah tahan teksi adalah berdiri hampir dengan gadis yang juga sedang tahan teksi. Since pemandu teksi selalunya lelaki, naluri kelakian dia akan membuatkan dia prefer passenger perempuan berbanding lelaki. Jadi kita boleh ambil kesempatan dengan cut immediately selepas teksi berhenti dekat dengan gadis tersebut. Pilihlah gadis yang paling cun dan seksi yang sedang tunggu teksi. Cara ini tidak pernah mengecewakan aku.
4. Minta Bas Berhenti di Bukan Hentian Bas.
Ini satu skill yang kena buat slow and steady. Kadang kala hentian bas yang disediakan tidak hampir dengan destinasi kita. So, kita terpaksa berjalan kaki beberapa puluh meter, kalau nasib kurang baik terpaksa jalan kaki beberapa ratus meters. Jadi cara terbaik adalah dengan berborak dengan driver bas. Naik bas, terus pergi dekat dengan driver dan start friendly talking. Gunakan ayat-ayat yang sedap, bodek dia, puji dia dan organisasi dia. Confirm, kalau kita minta berhenti ditengah-tengah highway pun dia akan berhenti. Dia pun serba salah, sebab dah terlayan kita. But, cara ini ada backfire juga, kalau kita cuba berborak dengan dia, tapi dia buat tak tau sedikit malu lah.
5. Jangan Tekan Loceng Bas Lebih Dari Sekali
Ini satu information yang aku dapat la. Baru aku tahu rupanya bus driver akan get offended kalau passenger yang ingin turun tekan loceng bas few times. Kalau driver yang panas baran, dia akan terus maki. But if driver yang sedikit pendiam dia akan membalas dengan berhenti jauh dari perhentian bas, either before or after the original bus stop. Kalau early morning still ok, but kalau dah lewat petang or malam, driver yang dah penat akan lebih sensitive.
6. Alasan Datang Lambat
Ini bukan skill masa naik public transport, tapi salah satu keuntungan yang kita boleh dapat daripadanya. Cukup senang memberi alasan kepada boss jika kita datang lambat kalau kita naik public transport. Since for our boss yang mainly tidak pernah naik bus, LRT atau taxi akan menjangkakan yang semua kemudahan itu tidak bagus. So, dengan sedikit olahan cerita yang menarik confirm boleh lari dari problem datang lambat. Driver bas mogok, bas rosak, bus terpaksa divert ke hospital sebab ada penumpang pitam, taxi driver try to cheat dengan ambil laluan jauh, bas terpaksa slow down sebab ada angsa nak cross jalan…. Macam-macam. Baru aku sedar ada macam-macam alasan lagi yang boleh digunakan selain dari traffic jem.
Ok, that’s it. Good luck kepada sesiapa yang ingin mencuba naik public transport ke office. Boleh la try pratikkan skill dan information yang aku nyatakan diatas.
Chow…. Selamat berhujung minggu.
12 comments:
salam..
Wah bro..aku paling ske entry yg ni..bkn ape..time aku study dulu..aku kene naik bus dr larkin ke rumah aku..klau naik kereta amek masa dlm 15 minit dah leh sampai..tp bile naik bus , lebih kurang 2 jam baru sampai umah aku..aku ade gak praktik kn cara2 yg Bro ckp tu..siap tdo lena..dan saat aku bukak mata, msti bus tu mmg dah nak sampai umh aku..hahaha..best kn?...
Mmg ler kelaka enrty kau kali ni..
well... kalo ko naik tren lagi banyak karenah org..yg bergaduh semua ada. sebab naik pagi2 macam sardin dlm tin.. wakakkaka
Mmg ler kelaka enrty kau kali ni..
well... kalo ko naik tren lagi banyak karenah org..yg bergaduh semua ada. sebab naik pagi2 macam sardin dlm tin.. wakakkaka
Pak Lah pun naik komuter last week. Peak hour lagi. Dah keluar statement tak memuaskan. Mana Datuk Shahrir Samad nak letak muka? Baru naik ERL sekali from Putrajaya to KL Sentral, off peak pulak tu siap declare public transport kat Malaysia viable.
Mana menteri dan timbalan pengangkutan serta setiausaha parlimen kementerian pengangkutan nak letak muka... Ini kerja dia orang ni...
p/s - dah nak masuk tahun ke-5 guna Komuter - Rapid KL/ Teksi ke offce..
Public transport????
hehehehe...tobat..tobat..takkan naik dah.
Cukuplah sengsara masa study dulu.
Then pernah try naik bus recently..oh my! never changed..
dari dulu sampai sekarang, tetap sama..big disappointment!!
-Ipoh Lass-
salam...
kiranya kalau naik bas nie memang safe budget,dulu-dulu sebelum ada keta aku pun penah naik bas... tak kira la bas bandar or bas express.
yang paling best bila naik bas, dapat ngorat awek... hehehe...
tapi bukan nak ngorat sangat... cuma nak ajak borak sebab boring.... duk dalam bas lama... especially bas bas express...
yang paling tak best... aku rase semua penah kena, kalu naik bas bandar... bila sesak, berhimpit-himpit cam sardin... hehehe...
ada sejenis bau da...
korang pikir la sendiri...
p/s: tak tahan bau tengik...
HuHu..sempat tido ye..mesti dengkor..KrrOOhhh..KrrooHHHH...sian org sebelah..gegegegege....
Wakkakakakaka...
Kelakor.
Aku tak pernah lagi la pergi kerja guna kenderaan awam.
Sebab aku ngah studi lagi..so, tadela istilah pergi KERJA naik kenderaan awam...weheheheh...
tapi skunk mmg aku guna kenderaan awam..takde kenderaan sendiri lagi..kenderaan uni tak cukup seh..:-D
Biasala kenderaan Awam..dah namanya pon nak kene kongsi dan berebut ngan org org awam kan. Hoho..
Aku selalu gak naik bas RapidKl.
Kadang2 ok..Kekadang Mcm Hampeh.
Yg Oknye bila dpat duduk. dan Yg tak ok nye..time driver bawak mcm nak membunuh semua penumpang.Laju nak Mampos. Huhu.
Ape2 pon..bersyukurla kita duk kat Mesia nih. Sbb pengangkutan kita kira maju la jugak dari negara2 lain....:-)
bukanke kenderaan awam skang dimonopoli oleh orang yg xde IC..foreigner la kan...mmg jimat abes la kn...besh naek bas..ade mcm² peel...
shidah,
Wah... practice make perfect tu. Buka2 mata je dah sampai rumah ye. Tak penah terlepas ke? Aku tengah training lagi ni.
cicak,
Ada org bergaduh ke? Train lagi boring rasanya, sama je view. Bas best sikit kot.
abikhsan,
Ada lagi ke jawatan setiausaha parlimen? Rasanya dah takde kan. Bagus juga Pak Lah tak terima offer kerusi yang penumpang nak bagi. Kalau tak guarantee dia tertido. Hahahhaha...
ipoh lads,
Wah... ipoh punya public transport that bad? Masa aku high school dulu ada juga naik bas mini kat Ipoh. Dari Kg Tunku Husein ke bandar Ipoh. Memang berbeza la condition bas mini tu compare dengan bas RapidKL.
miekabo,
Ngorat awek? Hahaha.. mesti ko pernah bagi seat kat awek cun. Memang kalau berhimpit tu, bau... fuh... tambah2 kalau ramai pekerja asing. Boleh pening kepala.
rose,
Mana tau abang tidor dengkur? hah...hah... jgn bagi orang lain fikir yang bukan2. Hahaha...
my gurl @}-- ,
Kat Shah Alam dan PJ memang penuh bas dengan student. Tapi takpe, most student wangi2 dan comel2.
bunga,
Kalau driver bawa laju tu sebab dia dah terlepas trip. Dorg kena check time in and out. Strict juga management dia jaga. Rehat beberapa minit je. Kalau dah ke toilet atau pergi minum, terpaksa lah bawa laju2 nak keja trip.
atune,
Pekerja asing memang ramai. Tapi time awal pagi and petang je. KAlau bukan time rush hour tak la ramai sangat. Lagipun selalunya majikan akan bagi tempat tinggal dekat ngn ofis.
bak kata cicak, mmg klaka tp ini mmg realiti beb..
"get offended after tekan loceng a few times" betul2...ada member aku penah kene maki oleh driver bas sbb tekan loceng 2 kali..
tp kalu kita naik bas, mmg byk yg kita dpt tgk...x mcm kalu naik keta..
Post a Comment