Friday, May 30

Bolasepak Euro 2008 Prediction

Lepas habis follow liga bolasepak Eropah, sekarang peminat bola ternanti-nanti Euro2008. Kalau ada tournament bolasepak sebegini, surely aku akan TERlibat dalam perjudian. That a very bold confession daripada aku. Paling kurang mesti beberapa ratus duit aku akan melayang. Pedih je rasa hati melihat rakan-rakan bergembira. But not this time, tahun ini adalah tahun aku. Aku akan pastikan aku tidak rugi lagi…. Hahahahhaha (gelak orang jahat)…

Ok, to be honest. Aku bukanlah terlibat dalam perjudian yang besar. Simply having some fun dengan rakan-rakan. Aku pun tidak berniat nak mengaut keuntungan dengan melibatkan diri. Duit kemenangan pun selalunya si pemenang akan gunakan untuk belanja orang lain makan. Ianya hanyalah sekadar hiburan bersama sahabat dan rakan sekerja. Aku harap tiada pihak polis datang dan soal siasat aku kerana terlibat dalam perjudian haram. (Ada ke judi halal?)

Walaupun hanya untuk suka-suka, tahun ini aku nak pastikan aku menang. Aku nak berlagak sombong dengan officemate. Aku nak dengan riaknya belanja mereka makan.

Kami ada pelbagai jenis style betting, tapi yang paling basic adalah pilih team before tournament started. Letakkan sejumlah wang, then siapa yang menang akan ambil semua wang yang dikumpul. Kalau ada lebih dari seorang pemenang, share la duit dalam bowl tu. Aku percaya mesti banyak office juga buat game ini.

So, here my strategy to win or to be exact, tidak kalah….

AKU AKAN PILIH BANYAK PASUKAN….!

Ada 16 teams qualify for final…

Teams yang seorang pun player mereka aku tidak kenal, boleh dilupakan…. Aku memberi sedikit harapan kepada Switzerland kerana mereka tuan rumah…Walaupun Greece defending champion, but the whole world knows it is the biggest fluke of all time.

Jadi tinggal, 11 pasukan lagi….

Pasukan yang nama striker mereka aku tidak boleh pronounce juga aku tidak berikan harapan.

Tinggal 8 pasukan…

Akhir sekali, masukkan sedikit emosi dalam pemilihan. Aku benci Cristiano Ronaldo for obvious reason, aku juga tidak fikir Portugal boleh jadi champion. Sedangkan di kampong sendiri (previous tournament) pun mereka gagal, apatah lagi dinegara orang. So, aku eliminate mereka.

Jadi tinggal 7 teams….

Final, aku akan bet 7 pasukan. Hahahhaha… 4 teams aku main di office aku, dan 3 teams aku main di office member aku. Finally, aku akan merasa menikmati wang kemenangan dari hasil judi. Tak sabar rasanya nak tunggu Euro2008 habis dan aku mengaut hasil keuntungan. Aku memang bijak….

Ok, itu untuk aku. Yang bakal menang at least beberapa puluh ringgit pada awal pagi 29 June nanti. To all friends here, aku dan kawan aku (www.lankapo.com) ada anjurkan simple game untuk kita semua.

Aku tak suka gambar Luca Toni yang Lankapo guna. Jadi aku tampal gambar Torres.

Click gambar (atau sini: Euro2008 Online Contest) untuk pergi ke blog tersebut. Disana, anda semua boleh predict siapa akan jadi juara Euro2008. Tekaan tepat akan dapat hadiah duit. Aku ulang, siapa yang dapat teka dengan tepat, akan dapat hadiah WANG TUNAI. Bukan sticker, bukan voucher membeli belah, bukan coupon discount Domino Pizza. Untuk jadikan lebih thrill selain kena predict bakal juara, peserta juga kena pilih siapa yang dijangka akan menang Golden Boot. Just tinggalkan komen, tulis siapa bakal juara dan siapa akan jadi penjaring terbanyak. Ramai orang declare pengetahuan bolasepak mereka tinggi (terutama peminat fanatic M.U), so sekarang buktikan lah… Jangan sembang je.

Selamat berhujung minggu dan menghadiri majlis perkahwinan....

P/S: Aku harap tiada yang kata aku menyokong perjudian. This simply for fun. Menambahkan excitement kepada kejohanan Euro. Jangan ambil serius sangat.

Thursday, May 29

Ezam Masuk UMNO

Ok… seriously malas nak menulis. But then rasa macam nak komen je pasal Ezam masuk UMNO semula.

Since tengah mood seronok copy and paste gambar (read previous posting), aku terfikir nak susun muka-muka yang aku rasa ada memberikan sedikit makna.

Aku tahu gambar tu tak secantik yang ramai lagi blogger lain buat. Aku pun tak berniat nak berkecimpung dalam bidang ‘kutukan sinis melalui gambar’ secara serius.

Pada aku Ezam memang orang tiada penderian lah. Lompat, lompat dan lompat. Hampeh… Walau apa pun alasan, tak kiralah desakan hidup, nak memperjuangkan bangsa, nak tunjuk pandai atau apa sahaja. Tapi menjilat semula ludah…. Damn, malu siot. Dulu bukan main kutuk, buat laporan polis cukup punya banyak, hampir semua pemimpin BN beliau ada simpan 'rahsia ' mereka, konon....

This also show how desperate Pak Lah and geng to fight against Mahathir’s team. Bukan semua orang boleh submit borang keahlian UMNO kepada presiden party.

Lepas Pak Lah cakap nothing special about Ezam and UMNO will never offer any post, Hishammudin terus pergi jumpa Ezam. Hahaha... lawak badut apa mereka sedang pentaskan ni? Pergi check Utusan hari ini, ada both news.

Wednesday, May 28

Roaring My Way to Nuffnang Wild ‘Live’ Blogging

First time aku nak merasa pergi some sort of blogger gathering. Selalu tengok posting orang lain kecoh pasal keseronokan mereka attend semua jenis gathering. Kadang-kadang rasa jealous pun ada sikit-sikit.

Untuk nak dapat invitation pergi gathering tu kena buat posting ada gambar binatang dan buat link ke page Nuffnang. Gathering tu sponsor by Maxis, tapi kenapa kena ada gambar binatang pula? Lantak lah….

Ini link ke page Nuffnang yang cerita pasal gathering tu: Nuffnang Wild ‘Live’ Blogging

Ini pula gambar binatang yang aku penat buat pagi tadi.

Click for larger image

Aku buat gambar tu menggunakan gambar yang dicuri dari internet yang aku edit guna Paint dan Words. Not bad kan… Aku tidak reti guna lain-lain photo editing software. Kepada orang Nuffnang, jangan banyak cerita, bagi je invitation tu kat aku dan berikan juga hadiah untuk posting paling creative. Tak cukup creavtive ke gambar tu?

Ok lah kan, selain dari buat posting 100% bertujuan peribadi, aku selitkan juga unsur kutukan kepada kebodohan wakil kita yang kalah di ICJ. Kalau ada pihak yang tak faham gambar tu, seriously something wrong dengan kepala hotak kau….

Aku memang tak puas hati dengan kekalahan Malaysia menuntut kembali Pulau Batu Putih dari Singapore. Pergi lah search Google untuk kaji kenapa kita kalah. Ramai pihak yang bagi pandangan, kutukan dan tidak kurang yang bersorak gembira. Aku tidak peduli itu semua, aku memang tak suka kalah, apatah lagi kalah kepada musuh tradisi kita, Singapoooorrraaah…

P/S: Punyalah cantik aku rasa gambar tu. Aku jadikan Header terbaru blog ini. Hahahahaa...

Tuesday, May 27

Komen di Blog Ahli Politik

Notice: Short one, aku busy hari ini.

Last Friday masa aku boring dioffice, aku buangkan sedikit masa aku pergi melawat blog politician yang sedar kepentingan blog selepas PRU12. Aku pergi ke blog Dr. Mahathir, Dr. Khir Toyo, Muhammad Muhd Taib dan mirror blog milik Ali Rustam. Funny thing pasal mirror blog Ali Rustam adalah ianya diusahakan oleh someone yang tiru sebiji blog asal milik Ali Rustam. Cuma blog tiruan ini enablekan komen sedangkan blog sebenar Ali Rustam tidak membenarkan pembaca meninggalkan sebarang komen.

Sedang aku membaca blog ahli politik hebat ini dan sedang aku membelek komen yang ditinggalkan, aku dapati most reader sebenarnya bukan jujur ingin meninggalkan komen, tapi lebih kepada ingin mempromosikan blog masing-masing. Oleh kerana blog ahli politik ini memang popular dan mendapat ratusan malah untuk blog Dr. Mahathir cecah ribuan komen, ramai blogger yang ingin mengambil kesempatan.

Jadi, aku yang sememangnya seorang manusia jujur lagi berhati mulia telah meninggalkan komen seperti dibawah.

Komen aku diblog Dr.Khir.com

Hahahahahhaa….

So far hanya blog mirror Ali Rustam dan blog Dr. Khir Toyo sahaja yang sudah approved komen aku. Blog Dr. Mahathir dah reject dan blog Muhammad Muhd Taib masih waiting for comment moderation.

Dah 4 hari still waiting for moderation, hampeh betul…

Ini link ke komen aku diblog mereka:

Dr.Khir

Ali Rustam 2

For the record, aku tidak lah desperately need visitor. Aku lebih suka reader yang berkualiti macam anda semua (sessi bodek reader) berbanding visitor ramai tapi semuanya bengong. Aku tinggalkan komen disana simply nak menghiburkan hati sendiri sahaja.

Monday, May 26

Petrol Naik Harga, Petronas Untung Besar....

Tomorrow government will have a meeting, discussion or some sort of sit-down-talk nothing-waste money-and-time kind of shit to finalize petrol price in Malaysia. That simply means, tomorrow night petrol price will increase again. Damn….

Ok… selepas government announced the result of so called discussion tomorrow, what we should do?

Let see how other countries around the globe react to similar news.

Our neighbor, Indonesia

Picture from: www.delt.de


Asia neighbor, India….

Picture from: Press Release


In Russia….

Picture from: The Moscow Times


Negara Fernando Torres, Spain

More news here: www.easybourse.com


Kuasa ekonomi dunia, USA

Picture from: Washington Post


Nampaknya semua penduduk negara berkenaan keluar membantah. Mereka berdemonstrasi, ada yang secara ganas ada yang secara aman, ada yang bertindak bodoh dan ada yang cerdik.

Tapi agak-agaknya apa yang akan berlaku di Malaysia nanti?

Almost nothing. Everybody akan marah sekejap, tambah dosa dengan kutuk menteri, ada 1-2 orang berdemonstrasi, dan yang lain-lain tak buat apa-apa dan redha sahaja dengan kenaikan tersebut.

Then, this two news betul-betul buat aku tak faham bagaimana kehidupan berjuta manusia didunia merana kerana kehaikan harga minyak sedangkan ada pihak yang bergembira, termasuklah orang Malaysia.

Panas je telinga aku dan rasa nak menanah mata aku baca syarikat petroleum untung berbillion ringgit, termasuklah Petronas…

Utusan Malaysia

DailyMail

Naik basikal pergi kerja ok kot, badan sihat pocket pun selamat…. Errr... anyone knows Petronas perlukan fiber optic engineer tak?

Friday, May 23

Uniform Pelajar Sekolah Seksi

The white blouse is too transparent for girls and it becomes a source of attraction

National Islamic Students Association of Malaysia vice-president Munirah Bahari said in a statement.

- The Star semalam.

- Iklan -

Aku benar-benar setuju dengan kenyataan Munirah. Macam pernah aku beritahu diblog ini beberapa kali sebelum ini. Aku sememang sedikit orthodox ataupun ketinggalan zaman bila tiba bab-bab sebegini.

Dalam posting Saudara Roslan SMS hari ini, beliau terkilan kerana ramai individu yang tidak setuju, membantah malahan mengutuk kenyataan Saudari Munirah Bahari. Antara yang tidak bersetuju dan sibuk mengutuk adalah seorang editor akhbar, NGO Sister in Islam dan Womens Aid Organisation (WAO). Boleh lah pergi baca ulasan Saudara Roslan diblog dia, www.n32.blogspot.com. Sampai ada yang mengutuk Munirah seolah-olah dia “katak bawah tempurung”. Fuh… kurang ajar betul.

Aku tidak faham mengapa mereka perlu membantah malahan mengutuk kenyataan Saudari Munirah. Minah tu bukannya menyalahkan mana-mana pihak pun. Dia sekadar memberi pandangan dan cadangan. Aku rasa individu yang layak mengeluarkan kenyataan balas adalah pihak kementerian yang berkenaan. Mereka sahaja yang sepatutnya ‘terasa’ dengan teguran tersebut. Apahal pula ramai pihak yang tak senang duduk dan gatal tangan nak bersuara? Penjelasan logic yang boleh difikirkan adalah mereka semua gila glamer. Nak tunjuk pandai dan mengharapkan popularity murahan.



Sememangnya baju kurung putih uniform budak perempuan agak sedikit seksi. Kalau yang skirt tu lagilah, kadang kala tersingkap sampai nampak seluar dalam. Orang lelaki mesti setuju dengan kenyataan ini. Sebab masa zaman sekolah sememangnya kita selalu tengok body budak perempuan yang sedang mekar. Aku sedar ramai ustazah yang berjaya convince pihak sekolah untuk mewujudkan peraturan tambahan seperti mewajibkan pelajar perempuan pakai baju dalam, tidak boleh pakai bra color selain dari putih, mewajibkan mereka menutup belahan dileher, tidak membenarkan baju terlalu ketat dan sebagainya. Tapi masih banyak lagi sekolah terutamanya dikawasan bandar yang guru-gurunya tidak ambil peduli. Remaja lelaki yang juga sedang marak nafsunya sememangnya syok dan teruja dengan keindahan tubuh pelajar perempuan yang kadang-kala sengaja ditayang. Bayangkan pula masa hujan, atau semasa pelajar perempuan berpeluh, sememangnya ianya sungguh mengiurkan untuk ditatapi oleh pelajar lelaki. Memanglah pelajar lelaki tidak akan terus merogol atau mencabul pelajar perempuan itu, tapi sedikit-demi sedikit nafsu mereka diprovoke. Bila pelajar lelaki dah start menggatal, mereka akan ajak pelajar perempuan menggatal bersama. Dan terjadilah macam-macam masalah social.

Aku tidak nampak salahnya jika baju uniform pelajar perempuan ditukar warna. Mungkin seperti warna pengawas, pengawas perpustakaan atau diseragamkan dengan warna kain. Walaupun aku percaya keseksian uniform sekolah bukanlah penyebab utama keruntuhan akhlak remaja. Tetapi segala usaha untuk mengelakkan remaja kita terjebak seperti gambar dibawah, sememangnya aku setuju 100%.


Good luck kepada bakal guru yang akan menduduki peperiksaan MTest hujung minggu ini. Isu diatas adalah masalah kecil yang bakal korang hadapi kelak. Kepada yang tak ambil exam tu, selamat berhujung minggu...


Update (26/05/08)
:

Menteri dah jawap -

TheStar

Iklan:

Thursday, May 22

Download Lagu Percuma

Yes, true aku ada cara untuk download lagu percuma. Tidak perlu bayar satu sen pun. But 1st aku nak cakap sorry, no serious posting for few days, still busy with tons of works. Sometimes as employee with kinda happy when our boss not around so we can ular as much as we want. But sometimes it’s also scary and burdening to imagine there is a lot of works along the pipeline and we know there are not many people willing to help us since everybody busy mengular. Damn….


I also want to congratulate Man U supporters for their 3rd Champ League title. Ok guys, 2 more before you can equal Liverpool’s record. Tak banyak, berusaha lah. Good luck…Now lets concentrate on Euro2008.

One more thing (related to title), sambil our politician especially from UMNO bergaduh, berpecah, bergolok our local artist and celebrities pula bersatu and produce this beautiful song. Pergi lah ke site mereka to read their story and listen to the song. We can download the song for FREE!

free download


See, tak tipu. Click above image and you can download the song sing by more than 50 Malaysian celebrities with no charge ask.

Tuesday, May 20

Dr. Mahathir Keluar UMNO

Aku damn busy hari ini, banyak gila kerja. Cuma cerita terbaru ini memang sungguh menarik untuk diperkatakan. Tahun lepas aku ada tulis posting pasal telenovela menarik melibatkan tiga watak utama bernama Mahathir, Anwar dan Abdullah….

http://www.akubetul.com/2007/03/telenoveladr-m-anwar-and-pak-lah_07.html


Nampaknya telenovela tu berlaku one big twist dalam storyline
….Dr. Mahathir umum keluar dari UMNO…

http://www.chedet.com/2008/05/pengumuman-keluar-dari-umno.html


Watak utama pula mengharapkan sokongan watak-watak pembantu
Pak Lah minta semua orang bertenang.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


Watak penting seorang lagi nak rampas watak hero…

Pemimpin UMNO Berebut, Rakyat Tidak Terbela – Anwar Ibrahim

http://www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/622/1/


Sekarang muncul pula watak baru yang teringin memegang watak penting
….Najib nak jumpa Dr. M.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm


Seronok melihat telenovela yang semakin berkembang dan menarik makin ramai penonton.

Dulu...


Sekarang...


Friday, May 16

Happy Teacher's Day & Please Answer the Poll

First, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru didunia. Please read my last year postings related to guru.

Pernhayatan Lirik Penting

Contactlah Guru

Funny right, mat salleh gunakan word ‘Guru’ for some sort of very high respectful individual and very much related to spiritual kind of thingy. Macam yoga guru, motivation guru, religious guru. But for us, guru simply means cikgu, teacher, pendidik dan manusia mulia yang dulu aku tak sedar kemuliaan mereka. Cuma bila dan besar gajah ni, barulah terasa. So, again…. Happy Teacher’s Day.

If you guys notice, recent weeks there is a poll running in the right widget of this blog. Actually it’s not created by me, automatically run by Nuffnang. I not bother to change the polling question since I not believe anybody care enough to answer. But, after few weeks, total of 100 plus readers took part. Thanks.

Here the polling results.


Pakcik dan granny pun ada baca blog ni...? Emmm....


Ramai student rupanya, jadi aku ke behave sikit. Tak baik ajar adik-adik buat jahat.

Now I created new poll with my own questions. Please waste spare some of your precious time to answer the questions. I try to be as specific and simplest as I can. As you go through the questions you might see the polling result will determine the look and direction of this blog. So, please answer honestly and help me out here. Ok… Thanks.

Here the questions,

1. This blog perlukan theme baru?
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak kisah.


2. I love to read…
A. Artikel pendek dan padat.
B. Artikel berjela-jela.
C. As long as it is Mr. Right’s original writing.


3. Akubetul should focus more on…

A. Politic.
B. Sports.
C. Mr.Right’s personal life.
D. Rojak, macam sekarang.


4. Mr. Right commercializes this blog…
A. I hate all those Ads…Nuffnang sucks!
B. It’s Ok, some sort of ‘tip’ to Mr. Right.
C. Not bothering me at all.
D. Give me your bank account no.


Please answer the poll on your right and/or care enough to leave any constructive comments.

Thanks and selamat bercuti…

Thursday, May 15

Hand of Hope

Aku jarang post article yang aku ambil dari forwarded email. Kalau tiada idea nak tulis blog, aku just biarkan blog tidak diupdate. Sefaham aku kalau forwarded email tu aku terima maksudnya mesti semua orang juga sudah terima benda yang sama.

But this forwarded email quite special lah. Come to my surprise that this email start circulating dalam inbox perngguna internet seawal tahun 1999 dan early 2000’s. But just last week aku terima.

Many believe this picture adalah big contender for the best picture of all time.

Ini adalah gambar baby dalam perut yang bernama Samuel Alexander Armas, doctor perlu melakukan pembedahan keatas beliau yang masa itu masih berada dalam perut ibu dia. More stories about the picture you can find from these links:

http://en.wikipedia.org/wiki/Samuel_Armas

http://www.famouspictures.org/mag/index.php?title=Fetus_hand_reaches_out

(Dalam forwarded email tu ada 2 gambar, seperti yang ditulis di website diatas. Satu lagi gambar adalah baby lain, bukan Samuel. Ia adalah gambar Sarah Marie Switzer, yang juga mengalami masalah sama seperti Samuel)

So… enjoy the photos guys. Gambar agak sedikit graphic la, but still tidak meloya atau mengerikan.

Picture copyrighted under this site: http://www.michaelclancy.com

Tangan kecil baby terkeluar dai perut ibunya, seolah-olah mengapai dan gengam tangan doctor yang sedang cuba menyelamatkan nyawa dia. Kalau sesiapa tidak tersentuh dengan gambar diatas, pergi check doctor, kemungkinan besar hati kau diperbuat daripada kepingan besi buruk.

Sekarang baby tu dah menjadi kanak-kanak yang sihat dan hidup happily ever after with his parent. Cewah…


Wednesday, May 14

Malaysian Childhood Hero

I not going to compare comic character and said how lame for us to have superhero like KluangMan, CicakMan compare to others like Ultraman, Superman, Ironman and so on. Instead, aku nak cerita pasal hero in the sense of idol, role model, someone we want to become when we grow up, thing like that.

For other countries, such as England, almost every single boy in the country dream to become professional footballer. Semua orang nak jadi Beckham, Gerrard or Cristiano Ronaldo. Same goes for any other football-mad countries like Brazilian or Argentina. Maybe for Chinese boy, they want to be like Yao Ming, Jackie Chan or Jay Chou. For American pula, again obviously sportsmen and artist such as LeBron James, Puff Daddy is their idol. For nerd and geek American kids pula aku rasa ramai nak jadi macam Bill Gates atau co-founder of Google, Sergey Brin and Larry Page.

My question now, how about Malaysian? I don’t think any kids in Malaysia dream to become footballer like Khalid Jamlus or Akmal Rizal. Aku juga tak pasti ramai remaja yang berangan-angan nak jadi artist macam Rosyam Nor, Awie atau Amy Search. Mungkin ada anak-anak kecil yang bercita-cita nak jadi Mawi but hakikatnya kanak-kanak dan remaja kita sebenarnya tidak mempunyai cukup celebrity yang boleh dipilih untuk menjadi idola dan sumber inspirasi mereka.

Biar aku tolong bagi suggestion….

1. Angkasawan.

Obvious first choice la. Tak kira budak laki atau budak perempuan memang ramai yang bercita-cita nak jadi seperti Dr. Sheikh Muszaphar. Memang cool boleh pakai baju paling mahal didunia. Yes, officially astronaut suit is the most expensive dress in the world. Since our angkasawan juga selalu pergi ke sekolah-sekolah untuk bagi motivasi pastinya ramai budak sekolah kita yang menjadikan dia sebagai idol.


2. Nicol David.

Number one squash player for 3 consecutive years, straight A’s student, won almost everything in squash scene, pocketed a lot of money. Kalau adik or anak aku nak jadikan dia idola pun aku tak risau. She simply a very, very good role model.

That’s it…. There are no other option Malaysian kids can ook for. Let’s see some other not-so-good choices they have.

1. Mat Rempit.

Make headlines for almost every week. Setiap minggu pastinya ada berita pasal mat rempit dalam suratkhabar. Their acts mendapat perhatian sehingga ke peringkat menteri dan pernah dibincangkan didalam parlimen. Setiap kali mereka beraksi akan mendapat perhatian beratus penyokong, dirakam oleh lensa camera dari pelbagai sudut, juga beratus polis setiap weekend ditugaskan 'menjaga' mereka. Selain dari bahan-bahan lucah, perkataan 'Mat Rempit' juga antara yang paling popular di search di internet. Cool, right?


2. Politician.

Ada ramai tokoh ahli politik yang boleh dipilih oleh remaja untuk dijadikan role model. Ada yang ganas, ada yang mulia, ada yang sopan santun, ada yang kurang ajar dan ramai yang bodoh atau pura-pura bodoh. Antara perkara yang pernah dilakukan oleh our politician, bina istana besar, scandal dengan artist yang cun, kahwin dengan artist, buat rakaman video lucah, nyanyi rap live di international TV station, bertomoi dalam dewan undangan negeri. Fuh… and the list memang tidak akan putus. Memang cool jadi ahli politik Malaysia. Mesti ramai adik-adik yang bercita-cita nak jadi ahli politik.


3. Mat Ganja.
Selain dari Mat Rempit ini adalah idola paling diminati remaja kita. Especially Melayu. Memang glamer kalau jadi mat ganja ni. Di kampong atau kawasan perumahan, asal ada kecurian hatta kehilangan selipar dimasjid pun orang akan sebut nama mat ganja kawasan itu. Nama mereka juga dah disimpan dibalai polis berdekatan. Mat ganja juga ada ramai kawan yang kongsi same interest. Mereka ada tempat lepak sendiri, ada port-port sendiri yang mereka jadikan sebagai tempat mereka melarikan diri dari hiruk pikuk kegilaan manusia. Mereka hidup dalam dunia mereka sendiri yang penuh misteri. Cool, kan?


4. Football Player.
Mungkin tidak ramai, tapi ada juga budak-budak yang semangat nak jadi footballer. Tengok sahajalah rancangan Soccer Kids di TV3, beratus budak-budak datang trials. Syok juga jadi player bolasepak Malaysia, dapat couple dan kahwin dengan pelakon/penyanyi, dapat gaji besar padahal main lebih kurang je, dapat jadi cover belakang majalah Hai. Dan kalau gaji tak cukup atau lambat dibayar mereka ada option untuk terima rasuah.


Dulu masa aku kanak-kanak, aku nak jadi player badminton. Aku suka dengan Razif dan Jailani Sidek. Bila abang aku belikan racket brand yang mereka pakai, Fuh… aku suka sampai jadikan bantal peluk untuk tidor. Hahahhaa…. So, kepada adik-adik pandai-pandai lah pilih idola yang sesuai. Kalau payah sangat pergi baca kisah-kisah nabi dan jadikan mereka sebagai role model.

Monday, May 12

Gangstarz 2 vs Akademia Fantasia 6 vs Rentak Juara

Boring pula rasanya nak startkan minggu dengan cerita serius. Jadi, aku postkan benda santai… Very interesting scenario for those who follow local music scene, currently there are 3 local really TV shows on air now. AF musim ke-6 di Astro, Gangstarz di TV3 dan Rentak Juara di RTM 1.

Aku nak komen ketiga-tiga program.


AF 6.

Dari awal lagi aku minat kat Nadia, comel, suara best, gaya cool dan friends told me ‘The Boys’ from Ella and the Boys yang train dia. Walaupun ‘boys’ tu sekarang dah jadi pakcik and some dah jadi datuk but the fact that those experience musician accept her as anak murid membuatkan aku percaya she really beauty with talent. But sadly current sms ranking shows that she positioned last from 6 contestant left. I can’t believe it. How on earth viewers voted Nubhan and ranked him at 1st place. Crazy lah. For me, Akademi Fantasi is the most complicated TV show ever. Ianya bukan semudah yang dilihat. Tidak semudah ajar, nyanyi dan undi. Semua peserta sudah tahu ‘keuntungan’ menjadi juara. Jadi masing-masing melakukan pelbagai usaha, off and on screen. Keluarga dan rakan peserta menjalankan kempen besar-besaran. Melibatkan modal dan usaha yang banyak. Kempen di laman forum, diblog, di chatting room, poster, sticker dan macam-macam lagi. Aku tidak terkejut kalau ada yang ambil consultant professional untuk ‘jual’ peserta AF. Aku benar-benar berharap Nadia, Stacy, Riz dan Toi akan berada di final. Nubhan dan Stanley, damn… aku menyampah dengan mamat dua orang ni. Poyo gila…


Gangstarz.

Semalam start 1st konsert for Gangstarz 2nd season. 1st season dulu aku follow juga sikit-sikit. Group dari Indon jadi champion. Mereka buat sedikit controversy dengan jerit “Allah Huakbar” atas stage bila diumumkan juara. Walaupun aku tak berapa suka gaya mereka but, I have to admit their voices and style quite unique la. Aku juga bangga sebab rakyat Malaysia menunjukkan kematangan kerana mengundi peserta yang paling berbakat, and not judging their nationality. This year the challenge will be bigger, since we have contestant from Malaysia, Singapore, Thailand and Philippines. Aku cuma tidak faham dengan few decision by TV3. 1st, why there is no English speaking host for the program? Why both Farah Fauzana and Mr. Superman (Faizal Tahir) mengendalikan rancangan dalam Bahasa Melayu. 2nd, why TV3 tak panggil international judges? Ajai dan badut dari Football Crazy yang dipanggil. Aku tahu Sheik Haikel adalah pemuzik yang dihormati di Singapore, hosting Football Crazy di ESPN dan menjadi juara Asia Bagus 1991 juga membuatkan dia agak popular in whole Asia but, Ajai? Outside Malaysia kenal ke siapa Ajai? Since voters will be from Malaysia, maybe they should call judges from other country. Pinoy or Siam maybe.


Rentak Juara.

Ok… I know nothing about this show. Aku cuma pernah tertengok sekali atau dua kali. Itupun semasa flip channel TV. If I not mistaken this show look for talented band, and most band yang masuk adalah rock band. For details here: Rentak Juara Website.


If any of you guys wonder what the hell fat guy who declare he not really love music watch those shows. The answer is, aku memang tiada kerja lain nak buat malam-malam. Daripada aku habiskan duit, pecahkan lemak perut dan tambahkan dosa diluar better aku jadi tikus mondok depan TV. Right? Lagipun semenjak dua menjak ni, weekend aku boring sikit. Al maklumlah, tak follow bolasepak dah. Hahahahha...


Pic from soccernet.com

Aku terpaksa juga mengucapkan tahniah kepada semua penyokong Mangkuk a.k.a Manchester United Football Club for their 17th title. Next season try la equal Liverpool 18 times record, ok? And hopefully end of this month you guys can catch up with Liverpool European record pula. All the best…!

Friday, May 9

Thanks to Nuffnang Advertiser for April

Aku tengok ramai blogger terkenal dedicate one posting to thanks sponsor for one particular month. Aku pun rasa nak tiru. Walaupun rasanya aku belum layak. Lantak lah, apa aku peduli.

Aku memang tidak jual advertisement space or link diblog ini. Aku hanya jadi member Nuffnang dan mereka yang salurkan ads. Tak payah aku nak terang panjang lebar, rasanya ramai blogger dah tahu. Kepada yang tak tahu, simply assume Nuffnang seperti advertisement firm yang jadi orang tengah antara advertiser dan website owner (blogger).

Again, seriously aku rasa aku tidak layak untuk buat posting sebegini. But, aku fikir takde salahnya. Bukan sahaja aku boleh bodek Nuffnang dan advertiser, tapi aku rasa ini juga seolah-olah mendekatkan pembaca dengan blog ini. Seperti ucapan terima kasih aku kepada pembaca yang datang, tengok dan clik iklan advertiser yang Nuffnang berikan.

Ok, tanpa membebel panjang untuk cover diri dan jaga hati orang, here the list of advertiser for month of April 2008 disini.

  1. Radio ERA
  2. Monster Malaysia – Job Search
  3. Sony Malaysia
  4. iTalk
  5. Digi

You guys can freely click above link since there no advertorial code attached. Maksudnya, aku tidak dapat apa-apa daripada click anda semua, ianya juga tidak boleh menyebabkan aku dituduh melakukan fraud for illegal click.

Thanks you all…!

Selamat berhujung minggu….


P/S: Ini bukan ads dalam posting, ini cuma sessi membodek Nuffnang dan advertiser yang memilih blog aku. Bagi chance la...

Total Pageviews

. page counter