(Pergi kursus kahwin pun nak bagitau orang ke?)
Suka hati aku lah… daripada aku mengomel pasal Anugerah Planet Muzik yang dah jadi macam anugerah muzik
Pada mulanya aku ingat mesti lah info yang mereka akan beri semestinya boring dan ‘semuanya aku dah tahu’. Biasalah, aku memang selalunya over confident dengan tahap pengetahuan aku. Hahahhaa… Tapi lepas habis kursus, tergamam sekejap aku dengan ilmu yang mereka berikan. Sepanjang kursus, banyak kali juga aku cakap dalam hati…
“… Oooo… cam tu…”
“… A’ah… betul juga…”
“…. Alamak… baru aku tahu…”
“…. Ini boleh jadikan bahan untuk blog…”
Ok… honestly yang last tu aku baru terfikir pagi tadi. Tapi keseluruhannya memang bagus kursus kahwin anjuran JAIS tu.
Standard la semua yang attend muka toya je. Muka terpaksa. Orang JAIS tu siap pesan banyak kali jangan lah tension… ini majlis ilmu. Tapi Ustaz-ustaz yang bagi ceramah semua dah pengalaman luas dalam kursus kahwin, mereka tahu apa yang peserta suka. Lawak Lucah…! Member-member pun ramai yang dah pesan, lawak lucah kursus kahwin adalah antara yang paling best.
Dengan beralasankan ‘kongsi ilmu’ ustaz-ustaz tu betul-betul telah berjaya memecahkan perut para peserta. Aku yang pada asalnya control macho pun akhirnya gelak ngalahkan menonton sitcom kat TV. Sesetengah lawak memang betul-betul best, kalau masuk Raja Lawak boleh challenge Nabil lah. Memang ada lawak-lawak standard, tapi cara ustaz-ustaz tu bercerita nampak lucu gila….
Ok… leave the funny part aside. Kalau aku tulis lawak-lawak lucah tu kat sini pun akan nampak tak lucu, sebab
Masa mereka edarkan attendant form untuk di sign oleh para peserta pada setiap sessi, ada sekali tu mereka teredar sekali dengan borang yang sepatutnya diisi oleh penceramah. Seolah-olah claim form la. Terkejut juga kami melihat allowance yang mereka dapat. Berbeza mengikut penceramah, but on average mereka dapat RM200 per hour. Fuh… boleh tahan banyak. Lebih kurang payment yang lecturer master dapat untuk ajar budak degree di university. Dasyat…dasyat. Aku juga diberitahu ada beberapa borang yang perlu DIBELI untuk urusan perkahwinan. Borang A, borang HIV, entah borang-borang apa lagi. Dalam file yang diberi percuma juga ada beberapa iklan yang diselitkan.
Simple calculation, ustaz tu dapat lebih kurang RM200 per hour. Mereka beri ceramah 2 jam seorang. So, dapat RM400. Kalau sebulan ada 4 kali (assume sekali seminggu), mereka dapat RM1600 sebulan, tidak termasuk gaji bulanan mereka di jabatan Agama Islam. Itu juga tidak diambil kira kalau mereka memberi ceramah ke beberapa pusat dalam satu hari. Seperti yang salah seorang dari mereka sendiri cakap;
“….maaflah jika suara saya kurang sekarang, pagi tadi baru lepas bagi ceramah di Putrajaya….petang ini ada lagi….”
Mereka turut berikan evaluation form untuk setiap penceramah. So, peserta boleh berikan markah. Mungkin jika markah mereka tinggi, mereka akan dipanggil lagi untuk kursus-kursus di lain masa. Patutlah penceramah seolah-olah bersaing sesama mereka untuk menambat hati peserta dengan lawak lucah yang paling berkualiti.
Aku cuma dengki dengan side income para penceramah, walaupun aku sedar aku tidak patut dengki kerana mereka sememang deserve the money sebab ilmu agama mereka yang tinggi dan mereka sanggup habiskan hari cuti untuk berkerja. Aku juga terfikir, takpelah… daripada aku habiskan duit ke jalan tak tentu arah, lebih baik aku bagi kepada ustaz-ustaz itu yang turunkan ilmu sambil menghiburkan weekend aku. Aku cuma harap benda ini masih dalam kawalan dan tidak dikormersialkan sehingga lari daripada tujuan asal kursus kahwin. Iaitu menyediakan bakal suami dan isteri dengan ilmu alam rumah tangga, bukannya nak menguntungkan poket para pegawai jabatan Agama Islam...
10 comments:
tahniah..... dah nak naik pelamin.... belajarla jadi suami yang mithali dan bertanggungjawab yer....
"bersaing sesama mereka untuk menambat hati peserta dengan lawak lucah yang paling berkualiti"
hahaha gelak besar aku baca...bagus betul ko ni. Apa yg ko buat semua jadi isu dlm blog.. diharap JAIS baca blog ko ni..haha
p/s:apa beza lawak lucah berkualiti dan tak berkualiti? :)
Hehe..sesi ngan ustaz suhaimi paling bes!
banyak benda bermanfaat leh dapat dari kursus nih. dah masuk ari ke-2..rasa nk cepat2 suh abis..sbb dah naik kematu sbb duduk jeer..heheh..
helena,
Insyallah...
kangaroo,
Lawak lucah tak kualiti membuatkan aku berkerut dahi bukannya tergelak.
rose,
Betul2.
Lawak memang lawak tapi jgn lupa ilmu yg diberikan...
BEtul tuh bila cakap dari bagi duit beli tiket konsert or beli majalah tah apa2 baik bayar elaun ustaz-ustaz yg berilmu nih..insyaAllah bila dia org ada duit urusan berdakwah ke tempat-tempat yg jauh2 mudah sket..
sangkaan baik angah..duit yg kita bayar tuh tak mungkin ustaz-ustaz nih dok pi menjudi or buat perkara2 yg haram.. tah2 seperti Sahabat-sahabat Nabi dia sedekah kat orang yg memerlukan..
Syabas..sebab dah upgradekan yourself..
g kursus kawen tu ko dok dengor je yeh? aku takut la kalo dia byk soal..hehe!
eh brape bayaran kursus tu hah? kat masjid shah alam kan? mcm mane nak buat tempahan? tolong lah bgtau aku secepat mungkin..
hal_powerr@yahoo.com
setuju dgn angahyies
Masa beredar, jika dahulu kala majlis ilmu anak murid bayar "upah" dengan tolong bersihkan rumah ustaz atau bawa beras secupak dua...konteks berubah dan tuntutan juga berubah. Hairan juga kadangkala kita alpa berbelanja bagai untuk tujuan lain tanpa banyak kira...semoga ilmu yg mereka turunkan dapat dimanfaatkan sepanjang hayat dan inilah upah yang paling tidak ternilai harganya...sekadar berkongsi...
Post a Comment