Oh, kerri sayang menantu abah
Tolong lah abah yang dah nak rebah
Kepada rakyat tolong lah hebah
Janganlah pembangkang yang depa pangkah
Bukan aku nak sokong rasuah
Aku tak mampu semuanya nak terjah
Bukan mereka tak pergi sekolah
Semua pemimpin nak hidup mewah
Orang Putih ada pepatah
Hanya gigit yang boleh dikunyah
Tapi nafsu dah macam tong sampah
Asal boleh semuanya dijamah
Rakyat menderita apalah salah
Mereka tak makan pun aku tak kisah
Keringat mereka aku nak perah
Kekayaan negara aku nak ratah
Kalau rakyat rasa nak berubah
Aku gunakan pelbagai helah
Tak kira betul ataupun salah
Janji membolehkan aku tak kalah
Kadang-kadang aku baca Harakah
Takut juga rasa nak lelah
Adakah rakyat dah nak termuntah?
Melihat aku yang tak bermaruah
Rakyat dah minat puak sebelah
Aku harap mereka tak marah
Tapi menantu masih ambil mudah
Siapa bising Pemuda belasah
Sana
Nak dia berhenti punyalah susah
Orang
Harapan aku dah makin punah
MCA-Gerakan baik tak pernah
Orang Cina dah mula berpecah
DAP kacau bagi lagi meriah
Aku dan BN dah makin gelabah
Harap rakan-rakan tidak menyerah
Suruh rakyat hati-hati memangkah
Biar mereka fikir yang sudah-sudah
Semua jasa yang pernah dicurah
Jasa aku semuanya 'indah'
Barang-barang dah tak murah
Harga tol pun tak mungkin rendah
Rasuah pula semakin bercambah
Duit berkempen berjuta sudah
Harta kerajaan habis dikerah
Semuanya mangsa nafsu serakah
Kalau kalah, mana aku nak pindah?
Keadaan makin riuh-rendah
Luka BN dah makin parah
Adakah mereka yang makin gagah?
Atau Barisan yang dah jadi lemah?
Semua pekong pembangkang dedah
Semua halangan mereka dah redah
Aku tahu langit tak selalunya cerah
Kini aku hanya berserah
Esok, jangan silap gambar rajah
Roket terbang tak tentu arah
Lupakan bulatan dan gelang getah
Undilah dacing walaupun nak patah
Gurau senda takkan nak kisah
Suka-suka hilangkan gundah
Jangan emosi, jangan melatah
Nukilan ini bukan dari Pak Lah
8 comments:
I like. Lagi baguih dari aku punya. Aku jeles la.
Ehehe...dua2 ok..Dari KTN pon ok...elokler tu..lawan2 sambung seloka.. Tapi org tak retila nak buat..Incey Aku Betul ni mesti buat dalam masa beberapa minit je nih..huhuhu
Esok tak dapat mengundi...sob sob sob..:-(:-(
"Esok, jangan silap gambar rajah
Roket terbang tak tentu arah
Lupakan bulatan dan gelang getah
Undilah dacing walaupun nak patah"
Muahahaha..Aku suka PART ini.
sekarang orang dah tak pakai DACING. Semua pakai penimbang..Penimbang Elektronik pon Banyak. MUahahahahaha!!!!!!!!
So, Moral of The Story..Pangkah la benda lain Pulak. BUat Pembeharuan sikit. Baru la negara kita maju dan majuuuuu..
Selamat Mengundi Buat Semua Rakyat Malaysia......
Masa Depan Negara Di Tangan Anda.....
tahun yang paling kontroversi dalam sejarah mengundi...kaw-kaw...
seronoknya dapat mengundi. puas rasanya.
mr right,
teruskan komen isu politik lepas habis pru.
tahniah kepada barisan alternatif.
sumber tidak rasmi:
PEnang
Kedah
Kelantan
Ganu
Semua jadi milik pembangkang
beberapa pemimpin terkenal BN tewas.
Samy, Anuar musa, awang adek, koh tsu koon.
tahniah
tahniah
tahniah
KTN,
Thanks.
rose,
Sianya tak leh ngundi. Sebab tu la kot BN menang di Ganu.
kepeng,
Hahaha.. Dacing dah ketinggalan zaman. Betul2.
nasir,
Selamat...selamat
alongovtx,
Yes...
ano,
Insyaallah, aku akan terus. Sambil2.
ano2,
Tahniah. Pukul 9:40 lagi ko dah tau, ko keja SPR ke? Hahaha...
All,
Happy to know alot of my friends enjoy my Seloka. And surprisingly my Seloka menjadi kenyataan.
Post a Comment