Monday, March 31

Artis Reality TV Show

Sudah ramai orang bercerita pasal benda ni. Dari dalam majalah hiburan, talkshow kat TV atau di laman blog hiburan. Aku teringin nak join…Ada yang suka, tidak kurang yang menyampah dengan lambakan artis yang dilahirkan oleh rancangan realiti.

Yang suka atau buat-buat suka memberi alasan standard…

“Memeriahkan lagi industry muzik tanahair”….

Yang menyampah pula rata-rata mempersoalkan kualiti artis tersebut. Kebanyakan artis veteran tidak berapa suka dengan kebanjiran artis mee segera ini kerana bukan sahaja kualiti hasil kerja mereka yang mungkin tidak begitu bagus, tetapi tingkah laku mereka juga kadang kala memberi tanggapan buruk kepada semua artis. Betul juga, bila ada peserta AF yang kena tangkap basah contohnya, orang ramai akan chop artis kita tak bermoral, sedangkan peserta AF tu terkeluar pada konsert pertama atau kedua. Tapi aku juga rasa ramai artis lama yang jealous dengan instant fame yang artis-artis baru tu dapat.

Aku bukan artis, pada aku artis dibayar untuk menghiburkan aku. Jadi aku suka jika bilangan artis bertambah, bermaksud lebih ramai manusia yang bekerja untuk buat aku gembira samada menerusi lagu, lakonan atau berita-berita (gossip) lucu.

Selain dari itu, aku rasa memang ada banyak kebaikkan terhasil dari percambahan artis reality tv show. Antaranya:

1. TV Show
Mungkin dulu sukar untuk penerbit rancangan talk show untuk cari artis jemputan. Sekarang tidak lagi. Bagi Astro contohnya, kalau artis-artis class A gagal hadir untuk mana-mana rancangan talk show mereka, mereka boleh dapat instant replacement dengan memanggil mana-mana bekas peserta AF. Sama juga untuk mana-mana TV show yang lain. TV3 selalu panggil budak-budak dari rancangan Mentor atau GangStarz untuk memeriahkan rancangan-rancangan hiburan mereka. Mungkin bayaran pun tidak seberapa dan artis-artis fast track sebegini mungkin kurang sikit ragam compare to artis yang dah establish. Ramai juga artis dari reality tv show yang berbakat jadi pengacara, sekali lagi penerbit rancangan tv akan tersenyum melihat pilihan yang makin ramai.

2. Free Casting
Untuk penerbit dan pengarah drama pula aku rasa mereka akan gembira dengan kehadiran rancangan reality yang mengcungkil bakat peserta. Kerana, ianya umpama free casting agency for them. Jika pengarah ingin mencari pelakon lawak contohnya, mereka ada beberapa nama yang sudah diuji beberapa minggu oleh Raja Lawak Astro. Confirm bayaran mereka tidak setinggi Apek atau Kumpulan Senario. Begitu juga untuk pengarah filem jiwang atau love story, awek-awek comel dari AF atau Connetto Love Perhaps confirm boleh buat kaki wayang cair. Pengarah ini cuma perlu panggil beberapa muka cun untuk audition dan pilihlah yang paling berbakat. Mungkin M.Nasir tidak terfikir benda ini sehinggakan berbulan-bulan belum dapat lead actress untuk filem Saleha.

3. Wartawan Ada Banyak Scope
Selain dari penerbit rancangan tv dan pengarah drama, wartawan juga very much related dengan dunia hiburan. Dengan bertambahnya bilangan artis, confirm sedikit mudah untuk wartawan hiburan dapat cerita menarik. Kiraan mudah, setiap tahun ada berpuluh kalau tidak beratus muka-muka baru yang wartawan boleh follow untuk dapat berita. Kalau seseorang wartawan dibenci oleh sekumpulan artis contohnya, not a big deal, since next year ada ramai lagi artis yang akan muncul untuk dijadikan kawan dan bahan berita.

4. Endorsement Deal
Jika dulu cuma syarikat-syarikat besar sahaja mampu untuk buat exclusive endorsement deal dengan artis. Tapi kini, kopi campuran dan mee segera pun mampu. Since dah makin banyak option jadi senang untuk pihak corporate untuk pilih artis yang sesuai dengan brand mereka.

Dalam erti kata mudah, lebih ramai artis tak kira lah lahir dari mana, lagi menguntungkan kepada pihak yang terlibat dalam dunia hiburan.

Punyalah ramai artis yang lahir dari reality tv show, tapi tiada seorang pun yang aku kenal. Ermm… kawan-kawan aku takde yang berbakat ke?

7 comments:

Anonymous said...

Dari reality TV show ni jugaklah boleh tengok artis bukak baju atas stage tayang huruf S.... Ha ha ha ... lawaknya...

Bunga said...

if tgk dari gambar2 yang mr. Right tunjuk tu..mawi, ct norhaliza, jamal, apek senario...semua dah berjaya kan.

Semalam, Mawi lagi dapat kete..ish2.jelesnyerr aku. he He he..murah betol rezeki dia ya..

Anonymous said...

Malaysian reality show??? This Malaysia-nowadays-phenomenon are totally outrageous and rubbish!
I would agree with the idea of "non-quality" singer or actor/actresess as the product of these out-of-mind programmes. And don't blame us for not supporting Malaysian artist (specially the youngster) because it is TOTALLY waste of time!!!
But still a fan of "old timer" because they really rocks!!
(Amy Search,Ramli Sarip, Kathy Ibrahim,Ella etc.)

-Ipoh Lads-

Mek Rose said...

ano..
ye ke rubbish?
at least org2 mcm datuk siti, mawi..dah berjaya..menang itu ini..kete pon dah brapa bijik disambar dek mawi tuh..kaya rayaa..huhuhu

aku rasa tak semua artis dari reality show ni tak berkualiti.....

Anonymous said...

Rose,
sorry not a fan of both...
But yeah..not EVERYONE of them got the real talent,they only win by popularity.And they make money by the popularity eventhough zero for the voice.
p/s : have u ever hear siti or mawi sing??? I mean..REALLY...REALLY hear them????

-Ipoh Lads-

Mek Rose said...

Off course la..I’m really hear them..meremang la bulu roma..
Even I’m not a big fan both of them but I must confessed that both of them had a good talent
and then followed by their popularity....
Have you remember, that Siti is not judge by SMS?

Mr. Right said...

ac,
Betul2... feeling lebih tu. Siap buat body painting lagi. Kesian..kesian.

bunga,
Pelik jugak, apahal la org ramai asyik undi dia je. Org kita mmg tak suka berubah. Siti dah menang berpuluh tahun kot, berturut-turut. Shiela Rusly, Rabbani, Apek... Semuanya menang berturut-turut banyak kali sangat.

ipoh lads,
Aku rasa ada juga artis reality tv ni yang on par with veteran artist or some even better. But have to admit la, majority memang hampeh. Kita kena ingat artis veteran yang still ada ni adalah the best yang terhasil dari zaman mereka. Kalau mereka tak bagus mereka akan tengelam seperti yang lain2. For artis reality tv sekarang pula, we cant deny Jac from Malaysian Idol atau Nabil dari Raja Lawak antara yang lebih bagus dari artis lama2.

rose,
Betul juga. Takkan majority rakyat Malaysia tidak reti menilai.

Total Pageviews

. page counter