Let the fun begin. Parlimen bubar tengah hari tadi.
Under Article 55(4) of the Federal Constitution, a general election must be held within 60 days of the dissolution of Parliament. However, the EC practice after 1969 has been to hold the election within 16 to 20 days of the dissolution. - Bernama
Nampaknya Pak Lah sudah confident dengan bom dan motar untuk membalas peluru dan sumpitan dari pihak pembangkang. Tidak boleh tidak, aku akan membebel pasal politik serba sedikit sepanjang demam pilihanraya umum ini.
Tapi posting ini bukanlah nak promote mana-mana parti atau individu. Aku nak join debat pasal, apakah priority yang patut kita beri semasa ingin mengundi. Peribadi calon atau party yang dia wakili?
Tapi aku rasa salah satu cara untuk mengetahui keperibadian calon adalah dengan melihat party yang dia join,
Alasan aku:
Lebih Mudah Untuk Nilai Calon Dari Nilai Parti Politik
Di Malaysia sememangnya mustahil untuk nilai tahap kebagusan sesebuah party politik. Tiada, atau hampir tiada saluran berita yang boleh dipercayai. Media arus perdana semunya bias towards Barisan Nasional. Aku dah ulang beberapa kali diblog ini, aktiviti memperkudakan media milik penuh atau separa milik kerajaan adalah contoh terbesar penyelewengan Barisan Nasional. Aku tidak tahu bagaimana penyokong BN boleh memberi alasan kepada aktiviti tidak bermaruah secara terang-terangan sebegini. Umpama melihat manusia dirogol depan mata. Ya, kadang kala aku sedih tengok pembaca berita, wartawan dan pengacara yang jiwa mereka dirogol dihadapan jutaan penonton atau pembaca. Media milik party pembangkang juga tidak kurang hebatnya dengan propaganda dan mainan mereka dengan cara tersendiri. Saluran berita dari laman web pada aku lebih kepada khabar angin kerana tidak boleh diyakini kesahihannya dan esetengah blogger semakin melampau dengan melemparkan pelbagai fitnah kepada kedua-dua belah pihak. This pro-blogger wannabe berharap boleh raih popularity dengan mencipta berita-berita sensasi. So, secara ringkasnya sememangnya mustahil untuk kita sebagai pengundi untuk menilai sesebuah parti politik di
YB Katak
Perlu diingat, calon pilihanraya boleh bertukar ke mana-mana party politik selepas dia menang kerusi berkenaan. Aku tidak arif undang-undang, tidak pasti ada tempoh masa atau tidak. Tetapi seingat aku di Kelantan dulu banyak kes YB yang dibeli bertukar angin dari PAS ke BN selepas menang pilihanraya umum. Jadi kepada pengundi yang pilih dia sebab parti yang dia wakili, akan mengigit jari melihat pemimpin dia jadi katak kodok.
Parti Politik Tidak Boleh Bekerja.
Apabila kita mengundi, kita memilih ketua untuk mewakili kita ke peringkat yang lebih tinggi. Ketua ini akan menyuarakan pendapat, masalah dan idea kita ke pihak atasan. Jadi aku rasa kita wajib kenal pemimpin kita dan memilih mereka yang boleh bekerja untuk kita. Bukan mereka yang pandai membodek, menyogok, mengugut, memeras keringat untuk terpilih sebagai calon parti. Parti yang diwakili hanya pemudah cara untuk dia bekerja. Jangan terpedaya dengan ugutan manusia-manusia bangang yang kata pembangunan akan terbantut jika kesinambungan tidak diteruskan. Wakil rakyat yang berkelibar dan ada kredibiliti tinggi tidak menumpang keutuhan dan popularity parti yang dia wakili.
Jadi sebelum menanda kertas undi kenali dulu barisan calon. Spend waktu sedikit untuk selidik keperibadian dia. Aku tahu, akan timbul beberapa scenario dimana sukar untuk kita nak kenal calon yang diletakkan dikawasan kita. Kadang-kadang dek kerana ada agenda tersendiri parti akan meletakkan calon yang lansung tidak berkaitan dengan kawasan tersebut. Carilah solution sendiri. Terus terang aku katakan, last general election aku tanda undi rosak untuk bahagian parlimen Teluk Intan kerana aku lansung tidak sempat nak kenal calon Indian dan Chinese yang bertanding.
Kepada mereka yang merasakan fikir pasal politik membuang masa. Tidak berfaedah, useless. Atau semua politician sucks, dirty, bodoh dan sebagainya. Aku senang untuk mengingatkan, terutama kepada saudara Islam aku. Ketahuilah memilih pemimpin adalah wajib kepada semua umat Islam. Kita memilih pemimpin yang akan membentuk pemerintah. Jika kita tersalah pilih atau tidak memilih, aku rasa kita juga akan dipertangungjawapkan jika kerajaan membuatkan tindakan yang lari dari suruhan Allah.
Contoh mudah:
- Aku undi calon parti X.
- Parti X menang majority.
- Parti X membentuk kerajaan.
Kerajaan yang dianggotai oleh pemimpin parti X halalkan pembinaan kilang arak, kerajaan parti X secara terang-terangan mempraktikan amalan rasuah atau kerajaan parti X tidak berusaha seupaya mungkin untuk menegakkan syiar Islam.
Aku rasa aku pun terkena tempias dosa dek kerana tidak kaji kecenderungan calon yang aku pilih.
Fikir-fikirkan lah…
P/S: Aku cakap parti X, bukan Parti UMNO atau mana-mana parti komponen dalam Barisan Nasional. Siapa makan tahi dialah yang akan terasa melekit didalam tekak.
11 comments:
YES! pilih calon, bukan Parti
bulan MAC eh ngundi? hehe..balik kg lagi..bes2
ni 2nd time mengundi..calon mane la plak tahun ni kat tempat aku..hmmm
aku tak penah nk daftar mengundi....tak de rasa pun....tapi aku sedar kepentingan mengundi....tp ntah la...i have no guts....:D
First time saya masuk blog ini..
dan tulisan bro ni tertarik dan menarik...
Teruskan memblog..
PAS sebelum memerintah Kelantan: Pemimpin UMNO yang meluluskan penjualan arak akan masuk neraka! Mereka yang mengundi kerajaan yang meluluskan arak adalah bersubahat merujuk kepada ayat AlQuran.. bla bla bla
PAS selepas memerintah Kelantan: Kita cuma meluluskan arak untuk kegunaan orang bukan Islam sahaja.
ULASAN: ?? Orang UMNO dulu meluluskan arak untuk orang Islam kee?
Sekadar satu contoh.
++++++++++++++
Malaymind katakan: Arak diluluskan di Kelantan walaupun 2% je bukan Islam. Apa yang buat anda fikir, PAS akan hapuskan kilang arak di Selangor apabila 30% penduduknya adalah bukan Islam?
Tiada kilang di Malaysia bermakna harga arak akan lebih mahal kerana diimport. Sudah tentulah yang mahal itulah yang akan disukai oleh bukan Islam kerana mereka akhirnya mereka boleh membayar lebih bukan?
Strategi mendapatkan undi bukan Islam paling bijak dari PAS.
To Malaymind and others
Kau orang Kelantan ke atau orang luar. Sekurang-kurangya kalau pi Kelantan kau tak akan tengok orang bukan Islam minum arak in public. Hatta orang Islam sendiri tak pegang tin/ botol arak in public. Tapi kalau kau pi Bkt Bintang malam minggu atau malam lain, siapa yang tonggang tin arak....??? Orang yang ada perkataan bin dan binti dalam IC dia. Benda haram tu dijual merata even kat seven eleven. Pernah masuk mana-mana seven eleven kat Kelantan,langsung tak de jual menatang tu.
Memang kita tak boleh nak ikut keseluruhan perintah ALLAH, tapi buatlah setakat yang mampu dan jangan pula tinggal semua.
Undi lah apa yang korang rasa nak pangkah sape.. nanti jawablah kat padang mahsyar nanti....
-AC-
malaymind,
Ko Org Melayu Kan? sbb nickName pon Malaymind kan? Islam? Atau Islam pada IC sahaja?
Bila Diteliti dari Gaya Penulisan Ko, Aku Rasa Seperti Ko Menggalakkan Kewujudan Kilang2 Arak, Penjualan Arak..MasyaAllah
Betul Kata AC..
Buat Mana yang Termampu..Sesungguhnya Mencegah Adalah lebih Baik Dari Mengubati. Jika Takde Penjualan Arak, Takde kilang Arak..automatiknya dapat mengurangkan Jumlah org yang minum Air Syaitan Tuh! Ibu Kepada Segala Kejahatan n Kemungkaran..
Fikir2kanla..
rose,
Undi betul2, Ganu ada chance PAS nak menang.
cik henr,
Rugi lah tak daftar. Rugi...rugi.
kasawari,
Terima kasih...
malaymind,
Aku tak tuduh mana-mana parti politik. Aku cakap jika kita sokong satu2 parti politik dan parti tersebut luluskan aktiviti maksiat, aku rasa aku pun terkena tempias dosa sebab tak selidik pendirian calon dan partinya dalam usul ini.
AC and Nasir,
Memang style MalayMind sebegitu. Dia tidak akan kata BN betul, tapi dia akan kata pambangkang juga salah.
Haha sabar sabar kawan-kawan semua.
Percayalah, kalau aku komen apa - apa pasal Kelantan, aku tahu.
AC,
Secara umum, aku setuju apabila kita perlu buat baik dan mencegah setakat termampu. Yang menjadi masalahnya ialah, realitinya pun PAS memang tak mampu buat, dan mereka masih tetap menyalahkan UMNO dalam beberapa isu.
Kalau kita nak bincang pasal ini, ia akan menjadi panjang.
Nasihat aku cuma, jadilah orang Kelantan dibawah PAS. 'Rasai'lah sebenar-benarnya apakah itu PAS bukan hanya tengok kepada mimpi-mimpi PAS semata-mata.
Nasir,
Aku tak menyokong kilang arak ditambah. Aku cuma nampak realitinya kenapa yang sekarang tu ada dan kenapa PAS takkan mampu mengubahnya.
Ini kerana dalam apa jua pertimbangan korang, cuba ingat fakta ini: Kelantan adalah 98% melayu Islam dan berlainan di Selangor/KL yang komposisinya sama rata.
Di Kelantan, nak membuat apa-apa tindakan drastik ke atas kaum bukan Islam pun tidak apa kerana undi mereka hanya 2%.
Jadi jangan bercakap hanya dari kacamata sebagai orang Melayu Islam apabila undi Cina & India juga diambilkira.
Nak menguruskan sejenis kaum saja sememangnya lebih senang. Nak bercakap saja pun senang.
pilih wakil dari parti yang perjuangkan islam..tu yang dituntuk oleh al quran dan assunnah..kalu calon tu wakil dr parti yang x nak kepada islam maknanyer die pon penyokong kezaliman ler..dah parti yang tolak islanm tu kan zalim.menidakkan hukum allah..dah pokok perjuangan parti pon dah x kene..
Anonymous,
Aku setuju kita pilih parti yang tidak zalim dan tidak bersekongkol dengan parti yang tak mahu Islam.
DAP menentang penubuhan negara Islam dan semua sekutu-sekutunya tidak perlu dipilih.
Ops, adakah PAS rakan karib DAP?
Post a Comment