1. Semua pengguna jalan raya pernah atau sekurang-kurangnya tahu cara untuk merasuah polis traffik.
2. Bila sebut je tender kerajaan, ramai orang akan kaitkan dengar rasuah. Pembekal atau syarikat trading tahu hampir mustahil untuk menang sebut harga atau tender kerajaan tanpa memberi ‘duit kopi’. Not to mention banyak urusan ‘direct nego’ yang senang-senang diaturkan.
3. Semua atau hampir semua ahli UMNO tahu semasa persidangan pemilihan agong UMNO di PWTC, akan berlaku pemindahan wang bernilai puluhan juta ringgit. Ini bukannya satu rahsia. Semua pewakilan tahu hal ini, bergantung kepada sikap mereka samada untuk terlibat atau tidak. Cara mereka bercerita kepada aku umpama ianya satu aktiviti yang sihat dan digalakkan.
4. Banyak lagi badan penguatkuasa kita terkenal dengan gejala rasuah. Kastam, JPJ, Puspakom even Jabatan Pendaftaran Negara dikhabarkan terkena penyakit ini.

Persoalannya sekarang how to reduce or to eliminate this problem if possible. So, posting ini adalah cubaan aku memberikan jawapan kepada masalah yang menghantui kita semua, sama seperti posting Cetak Rompak, Keruntuhan Akhlak Remaja dan Kempen Keselamatan Jalanraya. Most of the idea are simply jokes but some I believe boleh digunapakai.
Here my idea to solve masalah rasuah di Malaysia:
1. Improve BPR Function.
Jadikan BPR sekuat Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia. Wujudkan balai pencegah rasuah di setiap kawasan perumahan, disetiap kawasan perindustrian, di celah-celah bangunan kerajaan, dimerata tempat. Ramaikan anggota mereka, berikan mereka senjata, latih mereka seperti melatih tentera atau polis. Gubal undang-undang baru untuk menaiktarafkan fungsi mereka. Letakkan wakil ‘tentera’ pencegah rasuah ini disetiap banggunan kerajaan, balai polis, pejabat JPJ. Selitkan mereka didalam perhimpunan agong UMNO, dalam mesyuarat ahli majlis pihak berkuasa tempatan. Dalam erti kata lain, biar semua orang boleh nampak ‘tentera’ ini dimerata-rata, sama atau lebih jumlah daripada anggota polis. Setidak-tidaknya ini boleh melahirkan gerun dihati pengamal rasuah sedia ada.
2. Naikkan Gaji Menteri.
Kita semua tahu industri rasuah berkembang maju kerana ada sokongan diperingkat atasan sehingga ke peringkat menteri. Come on, lihat sahaja perbelanjaan seorang menteri dan try

3. Islam
Sebagai orang Islam, aku percaya keagungngan agama aku mampu untuk memberi jawapan

4. Tingkatkan Penguatkuasaan.
Standard idea la ni. Tapi aku cadangkan yang lebih radikal. Beratkan hukuman kepada pesalah rasuah. Hukum bunuh pun tak pe. Atau arahkan keseluruhan keluarga dia dibuang negara. Campak kat pulau mana-mana. Ingat, bukan sahaja hukum pesalah, tapi keseluruhan keluarga dia patut diheret sama. Baru mereka takut. Juga hukuman kepada pemberi rasuah juga patut lebih diberatkan berbanding kepada penerima. Pemberi rasuah mungkin patut dipotong tangan atau at least potong jari.
Sebenarnya penyakit rasuah ini sudah cukup teruk di Malaysia sehinggakan kita semua sudah menerima kehadiran ia dengan senang hati. Kita salahkan BN kerana harga barang naik, petrol naik, tol naik, kehidupan semakin sukar. Sebenarnya ini semua banyak disebabkan oleh penyakit rasuah. Contohnya, jika kos pembinaan highway tidak terlalu tinggi dek kerana rasuah, nescaya pihak konsesi tidak perlu naikkan harga tol untuk dapat semula modal besar yang mereka keluarkan. Cuba fikirkan, dari pembelian tanah, pembekalan kelengkapan, pemberian kontrak dan sebagainya tentunya dipengaruhi oleh rasuah. Jika ditolak 'kos rasuah' dalam pembinaan sebuah highway, mungkin modal membina highway akan jauh lebih murah dan tol juga mungkin tidak semahal sekarang.
Sedang sedap aku menaip, bos pula telephone ajak pergi meeting. Aduhai… So, aku stop disini.

Bak kata Ahmad Nabil dalam rancangan Raja Lawak Astro musim ke 2:
Luuu fikir la sendiri…!