Showing posts with label woman. Show all posts
Showing posts with label woman. Show all posts

Tuesday, August 14

Wanita, Bolasepak dan Kereta

Aku terpaksa search blog sendiri untuk pastikan aku tidak pernah tulis benda ini. Aku dah tua dan bertukar menjadi pelupa kot?


Ada
buku pasal Venus and Mars, ada filem pasal What Woman Want? Ada berita, sorry, ada banyak berita pasal rumah tangga porak peranda. Macam-macam sebab tercetusnya perkara diatas. Salah satu element penting adalah orang lelaki tidak faham orang perempuan dan vice versa. Meniru kata-kata George dari Seinfeld (again) dalam repeated episode last week, “I’m knew less about woman than any other guy in the world”. Jadi aku tidak akan terangkan misteri pasal perempuan. Aku tak kahwin lagi - a steel prove how shallow my understanding towards woman. Tapi aku lelaki, jadi allow me to tell woman out there what in our mind. Nope, it’s not empty. Also forget about adult joke saying our brains located few inches under our belly. But to be honest, we do hope our mind will not fully utilize. We love to spare some for future use. Of cause I can’t speak for the rest of male species. No one be able to represent our ego self. I will also not write base on any book or research, pergi berdaftar dengan library near to Istana Budaya and glue your butt there to look into that kind of reading materials. I do have membership card there. So, as normal as it sound, aku akan tulis sesuka hati, ikut pegalaman 28 tahun hidup disamping pelbagai jenis makhluk bernama lelaki.

Enough foreplay.

Ok, first let me tell woman who read this very important reminder, men's brain are very simple. See our wallet, our room, our cars, our shirt… we love simple thing. Ops, correction, we love most of the simple thing. Kalau tak macam mana lelaki boleh minat perempuan. Since, there is no simple lady out there.

Antara benda aku belajar dari filem Taxi 1 adalah ayat yag police kawan kepada hero beritahu hero masa dia dijemput ke majlis bersama menteri dan ketua police. Hero takut then kawan dia beritahu;

In French, since nobody here cool enough to understand French language, allow me to translate his words into B.M

“Tentera, polis, menteri… mereka semua lelaki. Dan hanya tiga benda yang menjadi topic perbualan mereka. Wanita, bolasepak dan kereta.”

Tak perlu fikir kenapa hanya tiga benda ini sahaja menjadi topic perbualan kami, the straight answer is… those are the only 3 things in our head. See, I told you men are simple. Not just me, even French director/scriptwriter also believes the same. Selain benda-benda wajib macam agama, kerja, dan keluarga, kepala otak lelaki hanya ada tiga perkara tersebut. Kami khaskan 3 kawasan yang besar dalam kepala kami hanya untuk wanita, wanita, wanita, bolasepak dan kereta. (Notice the ratio?)

Ok, personally dalam kepala aku ada wanita, wanita, wanita, bolasepak, bolasepak dan kereta. Aku memang tak minat kereta sangat. Asal boleh jalan aku belasah.

Kebanyakkan lelaki bekerja keras mencari duit hanya untuk memuaskan 'nafsu' mereka terhadap 3 perkara tersebut. Bila duit dah berjuta dalam bank, petik jari berbaris perempuan datang. Boleh pilih kereta apa pun nak pakai and if we rich enough we can join the latest billionaire ‘playground’, English Premiere League.

That our goals.

Mungkin ada lelaki minat panjat gunung, minat computer, minat video games dan macam-macam lagi benda-benda pelik. But aku rasa majority still minat kereta, bola dan wanita. Men never refuse to have nice cars, beautiful spouse and watch live football match at stadium (Anfield?) Kalau mereka tak minat any of these 3, maybe kita boleh katakan mereka kurang kelakian. Hahahha….

Jadi, kepada kaum hawa, kalau boyfriend, tunang, suami kau berjaga malam tengok bola, tolong bancuhkan teh dan buat cekodok untuk dia. Kalau dia minat make up kereta, lepaskan dia kat Brothers dan biar dia ‘bermain’ dengan all the gadget. Just hope he not pursue his passion towards other woman dah la.

Kenapa aku tulis benda ni?

Sebab semalam kawan aku yang bukan dalam kategori mewah, tapi bercadang nak buat loan sebab nak modify kereta dan beli 32” LCD TV just to watch football match. For the record, dia dah kahwin. Memang sedikit gila la idea dia, selepas kahwin apa lagi yang orang lelaki boleh fikirkan?



TAPI LEPAS MERAPU HAMPIR 1/2 JAM MENULIS POSTING INI, AKU RASA OTAK LELAKI LEBIH SIMPLE DARI ITU. LELAKI CUMA MAHUKAN WANITA.


Jap, cari gambar cantik.


Jumpa.


Thursday, June 28

Pekerja Wanita Merugikan Organisasi?

Notice: Topic nampak je macam serious, please jangan emotional sangat. Orang perempuan kalau dah start layan emosi susah nak recover. Cool, ok.

Masa lawatan Datuk Bandar Kualu Lumpur ke office aku last Monday, salah seorang ahli rombongan adalah member aku. Senior aku masa kat university. Rasa lawak pun ada, sebelum aku present, aku sempat bisik suruh dia simpan beberapa soalan untuk aku nanti. Hahahha... rasa macam presentation dalam class la pula. Tapi dia tak sempat tanya soalan banyak pun, dah macam peluru aku present. Aku present laju since pada pandangan aku, lebih lama kita biarkan pendengar sedikit keliru, the longer we conquer the meeting, maksudnya lebih banyak masa untuk kita kelentong mereka. Wait until the best moment, and then shoot. Faham tak ni? Takpe, tak penting, tak guna pun faham.

Then, lepas sessi mengabiskan air liur, masa jalan-jalan lawat kilang dan data center, aku dah malas nak layan orang besar-besar yang lain, so aku just berborak dengan member aku. Sampai lah masa makan tengah hari kami still bersembang. Antara topic menarik yang kami bualkan adalah pekerja wanita di pejabat.

Picture from: http://www.officemuseum.com

Office aku ramai jugak kaum hawa ni, dari anak dara sampai lah bini orang. Tapi office DBKL lagi la ramai. 30 tingkat, every floor mesti ada at least seorang kerani.

Pandangan dibawah adalah hasil buah fikiran member aku tu, so kalau tak puas hati atau nak marah, beritahu aku then aku akan sampaikan kat dia. Fair kan…?

Antara idea kurang ajar dari dia;

“Kalau aku mayor KL, dah lama aku pecat semua budak-budak perempuan and makcik-makcik office aku”

Menurut member aku, daily routine for them;

8:00 am – Sampai office

9:00 am – Sarapan ramai-ramai

10:00 am – Start baca newspaper

11:00 am – Sessi bergossip (base on bacaan dari newspaper tadi)

12:00 pm – Baru on computer

12:30 pm – Ready nak lunch

1:00 pm – Lunch

2:00 pm – Sembahyang Zuhur

3:00 pm – Masuk office, baca and reply email

4:00 pm – Start kerja

4:30 pm – Ready packing nak balik

5:00 pm – Dah tunggu depan lift and balik…!

Aku tak sure betul atau tak, member aku cakap macam tu la… aku, “Ooo ye ke?” sahaja

“Kau bayangkan la Dood, makcik ada degree, kerja dah dekat 10 tahun, confirm gaji 2 ribu lebih dekat 3 ribu, ntah-ntah lebih… Padahal tak buat apa pun… banyak pegang jarum kait dari pegang mouse computer…”

Then, aku pula tambah;

“Dah la maternity leave lebih sebulan… merugikan ni”

“Confirm rugi… baik ambil budak lelaki, boleh suruh beli kueh and teh petang-petang” dia pula tambah.

Aku sebagai typical Malay, menghormati tetamu, aku terpaksa setuju dengan segala pandangan dia.

Tapi agaknya memang betul ke ambil pekerja perempuan ni merugikan?

P/S: Member aku dah kahwin, dia kahwin dengan…err..err… officemate…!

Tuesday, June 12

Wallet and Handbag

What we will find inside men’s wallet?

1.

Money

2.

Identity Card

3.

Credit Card

4.

Driving License

5.

ATM Card

6.

Insurance Card

7.

Condom …(optional)



Try look inside woman’s handbag…

1.

Money

2.

Identity Card

3.

Credit Card

4.

Lipstick 1

5.

ATM Card

6.

Insurance Card

7.

Lips liner

8.

Last year ATM receipts

9.

AVON membership card

10.

Current boyfriend picture

11.

Pocket calendar

12.

This week ‘to do’ list

13.

Last month parking tickets

14.

Jusco discount card

15.

Ex-bf pics tore apart

16.

Piece of papers with telephone number

17

Driving License

18.

Mascara

19.

Panadol

20.

Foundation

21.

Cosmetic product 1

22.

Cosmetic product 2

23.

Magazine cutting ‘loose weight in 10 days’

24.

Lipstick 2

25.

Amway discount voucher

26.

Monthly budget list

27.

Perfume in tiny bottle

28.

Pen, pencil, liquid paper…etc


Conclusion:

Woman.
Always prepare for any unwelcome situation. Berpandangan jauh. Tidak suka menyusahkan orang lain. Sanggup bersusah-susah dahulu agar tidak kelam kabut di kemudian hari. Try to be organized.


Man.
Bijak, smart.

Thursday, May 17

Tiap-tiap Bulan Bocor....Hahahaha..

Aku rasa ramai dah tahu dalam persidangan parlimen kadang-kadang MP kita bertindak macam budak-budak sekolah sedang bertengkar. Walaupun tidak extreme sampai baling-baling kerusi seperti di sesetengah negara, tapi ‘kenakalan’ MP kita tidak kurang menarik juga.

I believe last year while MP Batu Gajah ‘kutuk’ kerajaan, some MP ask her to stop talking and balik rumah hisap susu (since tak salah aku dia adalah antara MP paling muda sekarang). And dua hari lepas again Fong Po Kuan kena main dengan MP Barisan Nasional. Hahahhaha… very funny.


Isu itu timbul pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu lepas, ketika dalam keriuhan wakil BN dan pembangkang sedang hangat memperkata isu kebocoran siling bangunan Parlimen,


Bung Moktar (BN-Kinabatangan) kedengaran berkata:
“Mana ada bocor... Batu Gajah tiap-tiap bulan pun bocor (datang haid) juga.”


Source: Utusan


"Where is the leak, the member for Batu Gajah also leaks once a month," - NSTP

Hahahahha…. Is that funny or what?

Actually, not just Bung Moktar throw that joke, several other MPs also laughs and repeats his words.

So, beberapa badan wanita pun berdemonstrasilah di depan office their ‘hero’, Sharizat. And Sharizat manage to calm them down and promise to seek a proper channel to solve their ‘problem’.


While defending the BN’s MPs,

“Sebenarnya mereka (Mohd. Said dan Bung Moktar) tidak bertujuan untuk menghiris atau menyinggung perasaaan kaum wanita….Itu kenyataan yang disampuk oleh mereka dalam perbahasan kerana marah kepada MP Batu Gajah (Fong Po Kuan),” - Utusan

Najib on behave of Jemaah Menteri will ask all the MPs to apologies for the ‘funny’ behavior.

Maybe Najib bertindak sebab takut kena denda RM10,000… Since dalam TheStar ada report ini:

PUTRAJAYA: Employers will face a RM10, 000 fines if they fail to act or investigate complaints of sexual harassment in the workplace.

Pada aku mungkin perangai MPs BN dalam parlimen kadang-kadang melampau, tapi cracking a simple joke like that apa lah salahnya… sekadar melepaskan tension.

MP Batu Gajah pun bocor tiap-tiap bulan…..

Hahaahahaha….

Aku hormat kaum hawa, cuma tak salah rasanya aku appreciate a good not so bad joke, right? Cuma aku sedikit confuse apa maksud MP BN bila cakap 'mana ada bocor'? habis tu yang dilaporkan paip bocor, ceiling pecah... itu semua rekaan ke? Bodoh betul la ...




Tuesday, April 17

Woman's Car



Notice:
Aku terima tulisan ini dari forwarded email. I failed to track down siapa penulis asal. She wrote very interesting issue that I believe worth to share with friends here. So, without change any single word (just rearrange few sentences), I post the whole writing here.


-------------------------------------------------------------

Assalamualaikum. ....

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta ronda polis, berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, seorang polisi datang ke arah saya.

"Selamat Pagi, Cik Kak.."

"Errr selamat pagi"..jawab saya,

Dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polis tu tersenyum sambil berkata:

"Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?".

"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"

"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma...macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas".

"Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar 'mereka' susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih".

"Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik". kata polisi itu lagi sebelum berlalu.

"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat.

Errrrrrrr... . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm... nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

Moral of the story:
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah!!

-------------------------------------------------------------

Aku sendiri pun menyampah dengan segala jenis patung, teddy bear atau bunga-bunga yang orang perempuan letak dalam kereta mereka. So, please get rid all those thing untuk menyenangkan mata aku and for your own safety.


Thursday, March 8

Today is International Woman Day (IWD)

WOMEN have strengths that amaze men…
they carry children…

they carry hardships…

they carry burdens…

but they hold happiness, love and joy…


1908
15,000 women marched through New York City demanding shorter hours, better pay and voting rights.

1909
Socialist Party of America declared 28 February as National Woman Day (NWD).

1910
At a Socialist International meeting in Copenhagen, an International Women's Day of no fixed date was proposed to honor the women's rights movement.

1911
Following the decision agreed at Copenhagen in 1911, International Women's Day (IWD) was honored the first time in Austria, Denmark, Germany and Switzerland on 19 March.

1913
Russian women observed their first International Women's Day on the last Sunday in February 1913.

1914
Women across Europe held rallies to campaign against the war and to express women's solidarity.

1917
On the last Sunday of February, Russian women began a strike for "bread and peace" in response to the death over 2 million Russian soldiers in war. Opposed by political leaders the women continued to strike until four days later the Czar was forced to abdicate and the provisional Government granted women the right to vote. The date the women's strike commenced was Sunday 23 February on the Julian calendar then in use in Russia. This day on the Gregorian calendar in use elsewhere was 8 March.

1918 – 1999
Women's organizations and governments around the world have also observed International Woman Day (IWD) annually on 8 March by holding large-scale events that honor women's advancement.

2000 – 2007
IWD is now an official holiday in Armenia, Russia, Azerbaijan, Belarus, Bulgaria, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Macedonia, Moldova, Mongolia, Tajikistan, Ukraine, Uzbekistan and Vietnam. Thousands of events are held throughout the world to inspire women and celebrate their achievements. While there are many large-scale initiatives, a rich and diverse fabric of local activity connects women from all around the world ranging from political rallies, business conferences, government activities and networking events through to local women's craft markets, theatric performances, fashion parades and more.



For me, everyday like Woman Day since I always treat my mother, my girlfriend, my sister and my girl friends with full of love…
:)….

Women that have special place in my heart…

  1. Gayah binti Zakaria
  2. Roslina binti Muhammad
  3. Faudziyana binti Md Isa


The beauty of a WOMAN is not in a facial mole…but true beauty is reflected in her soul…

Saturday, February 17

Woman Wants Beautiful Cloths and a Lot of Money?

Last few months I keep wondering What Woman What? Ada masanya mereka mahukan layanan istimewa dan ada harinya mereka menuntut keadilan, no gender discrimination. Conclusion aku, it is almost impossible to understand them just try our best and have fun along the process.

Aku juga pernah terfikir apa lebih penting Love & Money? Jika seseorag wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki adakah mereka sanggup menerima lelaki tersebut jika mengetahui dia tidak berharta lansung? That entry dapat 7 comments dari rakan-rakan, so sememangnya ramai yang meminati topic cinta.

Recently I found interesting studies related to this issue.

“Tinjauan yang dibuat ke atas 1,000 wanita di 10 bandar raya utama di Amerika Syarikat mendapati wanita sedia melupakan seks selama 15 bulan untuk memperoleh almari yang dipenuhi baju baru dengan dua peratus daripada mereka sanggup bertahan sehingga tiga tahun.” - Berita Harian, 14/02/07

So, according to that study woman di USA prefer pakaian yang cantik berbanding didampingi oleh teman lelaki. Interesting….

Another study:

“Kajian Universiti Tenaga Nasional (Uniten) membabitkan 1,050 pelajar di tiga IPT, mendapati kira-kira 65 peratus responden berusia antara 21 hingga 28 tahun memilih lelaki kaya berusia 40 hingga 50 tahun.” – Berita Harian, 16/02/07

Kajian ini pula membuktikan wanita memilih lelaki kaya berbanding cinta sejati seorang lelaki muda yang tidak berharta. Kajian bertajuk ‘Pemilihan Lelaki Berusia dan Berharta Sebagai Pasangan Hidup - Kenyataan atau Kebetulan’ itu, dijalankan pada Januari hingga Mac tahun lalu, membabitkan 350 pelajar wanita sebuah universiti swasta dan 700 pelajar di dua universiti awam, berusia antara 21 hingga 28 tahun.

Tentunya, 2 kajian diatas tidak merangkumi semua wanita dan tidak adil jika kita melabelkan kaum hawa keseluruhannya mahukan harta dan memilih duit berbanding cinta. I not a statistic expert, tapi yang pasti percentage for men to find young girl yang benar-benar cintakan dia dan menerima dirinya seadanya agak kecil.

Love is a very complex subject to discuss, aku sememangnya bukan pakar, so buatlah conclusion sendiri. But if any woman wonder what man wants, easy.... we want woman...!


I don’t think there are any Chinese reading my blog, but jika ada… Happy Prosperous New Year… and to the rest of us, enjoy our holiday…




Monday, January 8

What Woman Want?

I’m not talking about woman’s needs or their expectations towards man. I just a little bit confuse how to treat them, why? Read on…

"There should be no differences between men and women"

- e-RHAM

"Di Malaysia kita menuntut perseimbangan hak dan keadilan di antara lelaki dan perempuan....."

- Dr.M

Kita selalu dengar pihak-pihak yang memperjuangkan kaum hawa menegakkan kesaksamaan layanan terhadap lelaki dan wanita. For instance, there are cases where NGO kutuk company yang neglects to promote their female workers to managerial role even she qualified and ada yang sampai masuk mahkamah. There also cases where in Kelantan sometimes ago, tukang canang dalam wanita and puteri UMNO marah bila kerajaan Kelantan tidak menggalakan wanita perkerja sehingga larut malam. Also bila lelaki main bolasepak, perempuan pun main juga, woman nowadays believe anything can be achieved by any man also within their reach. In simple words, perempuan mahu diberi layanan yang sama seperti lelaki. Ok, I can take that, no problem.

Here the beautiful part….It is a gentlemen act for a guy to offer a seat to a woman dalam train or bus, right? See where I heading to? Then, social rule also indicate, any expenses masa dating should be cover by lelaki. Dalam family pun the main bread gainer also lelaki..memang tanggungjawap lelaki. Kalau main futsal dengan perempuan guys a not allow to play rough, need to be a little bit gentle. Even boss yang maki staff perempuan pun akan dikatakan lebih kejam compare to yang hanya mencarut kat muka staff lelaki. I not saying perempuan lemah, I just write what I believe a common thing dalam masyarakat kita.

At one point they fight for equality, jangan ada gender discrimination at all. But sometime they aspect special attention from us.

My conclusion:

Woman is a complicated creature and I love the quest to understand them....!

Tuesday, December 19

Love & Money...!

Selalu kita dengar dalam filem or member perempuan kita bercakap betapa cinta seorang gadis kepada jejaka, tidak berlandaskan wang ringgit. Cinta sejati hanya menerima diri lelaki itu seadanya …

No one, I mean nobody will love somebody if he has zero money in his pocket now, and she knows difficult for him to find one. In other words, perempuan tidak akan suka lelaki yang tidak mempunyai duit dan tidak ada prospek untuk mencari duit dalam masa terdekat. Ada perempuan yang penyabar, dia boleh terima lelaki miskin sekarang, but surely she confident he will become somebody in the future. Love tidak perlukan money…? Cinta itu buta? Pergi bagitahu pada batang pisang, mungkin benda itu boleh percaya kalau dia tak percaya boleh tumbuk atau tendang batang pisang tu.

Don’t get me wrong, I’m not saying ladies nowadays semuanya mata duitan. Even kalau dia seorang perempuan baik, bukan pengikis, jujur menyayangi seorang lelaki, still love memerlukan duit. Betul tak? Manusia hidup memerlukan keperluan, keselesaan dan keseronokan. Tiga element ini akan bertambah dengan dasyatnya apabila kita mula bercinta. Dulu sms atau telephone seseorang bukannya satu keperluan, but after you meet someone you love, perkara itu dah jadi keperluan. Walaupun cuma beberapa sen, still involve money. Right? Aku rasa itu adalah contoh perkara paling basic, malas nak cerita pasal pergi dating, pujuk time merajuk, belikan hadiah masa birthday dan macam-macam lagi yang mewajibkan kita mengeluarkan wang yang mana kalau kita solo, itu semua tidak perlu. Bear in mind, IF that guy failed to deliver majority what the girls ask for, that not going to be happy ending. Perkara-perkara itu bukan lah untuk ‘menjaga’ seorang perempuan yang high class, cuma benda-benda biasa. Kalau yang kategori high maintenance lagi la, kena belikan bedak asas make up pun mencecah RM100 every month. Itu baru bedak asas. Ada rakan aku yang bercinta dengan pramugari (aku tak kata semua pramugari macam ini), baru seminggu dapat gaji duit dah habis belikan alat make up girlfriend dia. Bodoh punya lelaki!

Aku yakin semua perempuan akan mamandang status kewangan seseorang lelaki sebelum consider untuk menyayangi lelaki tersebut. Aku tidak kata benda ini salah malah aku setuju seratus peratus. Aku cuma sakit hati dengan wanita yang confident gila mengatakan cinta dia sejati dan tidak pandang wang ringgit. Mungkin untuk kenal dan sayang seseorang tidak memerlukan duit, tapi untuk memberitahu seseorang kita sayang dia, or untuk menunjukkan kasih sayang kita sememangnya memerlukan duit. So, money and love related or not?


P/S: Orang kata lepas kahwin boleh save duit, betul ke? Jom kahwin...!

Tuesday, December 12

Ruqaya Al Ghasara

Malas nak update blog hari ini, but can't help myself to say something about latest news from Doha. If there still people don't know about Ruqaya 'won' yesterday, pelik la. She all over cnn, espn, and almost all online and offline newspaper. If she tidak nervous and make a fault start masa 100 meters, i bet she will make headlines 2 days ealier. Her hijab got Nike logo, not sure its official Nike brand hijab or not la, but cool right?


"No bother at all: Bahrain sprinter Al Ghasara says Muslim dress only makes her faster" - International Herald Tribune

"Thank God for this medal, for this great achievement for the Bahraini people," said Al Ghasara. - CNN

Bahrain's Ruqaya al Ghasara wins the gold medal in the women's 200 meters at the 15th Asian Games in Doha Qatar, Monday, December 11, 2006. - NewsCom

“Mengenakan pakaian tradisional Muslim memberikan saya satu dorongan. Ia bukan satu halangan tetapi sebaliknya,” kata Ruqaya, yang memenangi emas acara 200 meter dengan catatan 23.19 - Metro


Hope this can inspired all the muslim girls around the world to active in sport, expecially girls from Arab world. Also, looking from bigger picture this can inspire all of us to achieve anything in this world, just do it our way...!

Friday, December 8

Nurul Ain Binti Mohd Isa

Aku anak bongsu, aku ada seorang abang dan seorang akak. Aku cuba imgine aku ada adik perempuan. Memang menakutkan, baru sekarang aku faham kenapa abang aku overprotective masa dia jaga akak aku dulu. Dia pernah bergaduh sehingga berdarah dengan budak lelaki kampung aku, hanya kerana budak tu cuba sentuh tangan akak aku masa akak aku on the way pergi kedai.

Jika ditakdirkan aku ada adik perempuan, yang aku rasa akan dinamakan Nurul Ain oleh orang tua aku, salah satu syarat penting untuk jadi buah hati adik aku adalah mempunyai kereta sendiri. Aku tidak akan membenarkan adik aku membonceng motosikal mana-mana lelaki. Bukan aku berlagak atau inginkan adik ipar yang kaya. Aku cuma tidak boleh terima adik perempuan aku memeluk lelaki lain tambahan pula dihadapan khalayak ramai. Pada aku, gadis yang membonceng lelaki bukan muhrim sedikit murah berbanding mereka yang dating naik kereta atau menaiki kenderaan awam. Bayangkan, sebenarnya mereka melakukan perkara sumbang (berpelukan) di atas jalan raya. Sememangnya pembonceng perlu memeluk atau sekurang-kurangnya memaut bahu penunggang. Aku benar-benar benci melihat anak gadis memeluk pinggang teruna masa di traffic light. Kalau boleh, aku nak syorkan kerajaan menggubal undang-undang melarang perkara ini dari berlaku. Satu lagi reason aku mahu adik aku bercinta dengan lelaki yang mempunyai kereta adalah selalunya mereka yang berkereta sudah mempunyai kewangan yang kukuh, aku ulang… selalunya. Dan jika lelaki itu sudah boleh memandu kereta, semestinya adik aku juga sudah berumur hampir dua puluhan, aku percaya dia sudah matang untuk menilai baik buruk tindakan dia. Aku juga sedar maksiat lebih mudah dilakukan dalam kereta, tapi itu different issue, paling tidakpun at least tidak di tengah-tengah jalan dan seolah-olah bangga dengan adegan maksiat mereka, mintalah dijauhkan. Jika dia tidak mampu atau memilih untuk tidak berkereta, dia mestilah sanggup dating dengan menggunakan kenderaan awam seperti bas, komuter, LRT atau teksi. Aku rasa inilah cara terbaik kerana hampir mustahil mereka boleh menjadi sebahagian daripada statistik remaja rosak akhlak.

Kepada yang ada adik atau anak perempuan, tolong lah… aku merayu…tolonglah jaga dia sebaik mungkin. Aku tidak tahu lah orang lain, tapi berita pasal gadis mengandung atau kena tangkap basah sudah semakin hampir dengan aku. Maksud aku, aku ada kenal perempuan yang mengalami pengalaman ini, malahan bukan seorang sepupu aku sendiri menjadi mangsa kepada kemodenan yang dicorakkan oleh mereka sendiri.


P/S: Aku betul-betul sakit hati melihat aksi Hafiz Hashim semalam. Mendahului Lee Hyun Ill, 17-9 pad set pertama, dia still boleh kalah 22-20, dan 21-6. Kalau sesiapa kenal Hafiz, tolong ketuk kepala dia untuk aku.


Thursday, December 7

Shahrizat atau Nik Aziz..?

“Menteri besar Kelantan menyokong Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) yang akan menguatkuasakan undang-undang kecilnya yang menegah wanita berpakaian tidak sopan daripada bekerja di premis perniagaan di kawasan tadbirannya. Denda maksimum RM500.00 terhadap wanita yang melanggar undang-undang kecil ini” – di olah dari artikel di Malaysianbar

Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said:
“It is so disrespectful to the women there. The ruling makes it seem like women cannot decide for themselves what they should or should not wear and need the government to help them decide” – di olah dari artikel di Mstar

Aku gagal menyusun apa-apa ayat untuk dijadikan alasan logik kenapa Datuk Sharizat tidak memandang peraturan baru di Kelantan itu dari sudut yag positif. Ianya salah satu usaha murni Datuk Nik Aziz Nik Mat yang aku percaya boleh membawa kepada pelbagai manfaat kepada semua pihak. Cuba kita letak fahaman politik dalam almari kasut dihadapan rumah sebentar dan berfikiran lebih terbuka.

Semua peraturan didunia ini kita boleh cari idea untuk menentangnya. Kerana itulah sesetengah negara mahupun negeri mempunyai perbezaan undang-undang dalam beberapa isu. Di Amerika umpamanya, terdapat negeri yang menghukum pemandu yang membenarkan orang tidak kenal menumpang kenderaan mereka. Semestiya kita boleh mencabar undang-undang tersebut, kan?

Berbalik ke Negeri Cik Siti Wan Kembang, Sharizat merasakan kaum wanita di Kelantan dihina dengan undang-undang baru tersebut kerana ‘mereka tidak arif etika berpakaian sehingga perlu diajar oleh kerajaan’. Ramai juga menyatakan kerajaan Kelantan telah menyentuh perihal peribadi seorang individu khususnya kaum hawa. Kedua-dua alasan itu benar dan boleh diterima akal. Namun kalau dikaji kesan positif dari undang-undang tersebut dipercayai ianya boleh mengurangkan pelbagai masalah dan kita terpaksa ‘melupakan’ alasan remeh itu. Sharizat juga tahu kerajaan memang telah lama menyentuh hal peribadi kita, sehinggakan hal dalam kelambu pun ada peraturan khusus. Tentu ada yang pernah dengar kes ‘Rogol Isteri’, kan? Kalau cerita hubungan kelamin suami isteri tidak dikira peribadi aku tidak tahu la apa lagi yang dimaksudkan peribadi. Aku juga tahu etika menaiki kereta, tapi kenapa kerajaan pandai-pandai suruh aku pakai tali pingang keledar dan tangan memegang stering mesti setara dengan bahu.

Segala usaha mengurangkan gejala sosial khususnya rogol dan cabul, jika perubahan dikenakan keatas kaum wanita, pelbagai pihak akan menentang. Di barat pengunaan peralatan keselamatan seperti pepper spray, penggera mudah alih sehinggalah alat untuk diletakan dalam kemaluan wanita (Rapex) di kecam penggunaanya. Aktivis wanita merasakan tidak adil bagi mereka untuk bersusah-payah, sedangkan masalah sebenarnya berpunca dari nafsu rakus lelaki. Aku sukar nak faham pandangan sebegini, adakah mereka yang mengenengahkan pendapat ini tidak mengunci kereta mereka atau memasang system penggera (alarm system) dirumah? Senario yang sama di Malaysia, ramai yang merasakan tidak adil wanita ‘dihukum’ sedangkan pihak yang satu lagi yang bermasalah. Menurut mereka, jika benar berpakaian seksi punca gejala sosial, bagaimana menjelaskan binatang yang merogol budak umur 8 tahun atau nenek berusia 80 tahun? Aku dengar dalil ini dari mulut pengacara 3R, maksudnya bukan aku reka-reka. Satu soalan daripada aku kepada pengacara itu dan mereka yang setuju dengan dia, anda semua ni bodoh ke atau pura-pura bodoh? Memanglah budak perempuan dan nenek tu tidak seksi, tapi hasil daripada melihat perempuan yang berpakaian menjolok biji mata kat luar sana, lelaki bernafsu binatang ni tidak tahu macam mana nak lepaskan ‘beban’ yang terkandung dalam kepala dia. Sememangnya kalau dia tengok peha atau buah dada perempuan yang tunduk-tunduk mencuba kasut dalam galeri Vincci, tidak mungkin dia kejar perempuan tu dan rogol dia di depan kedai Bata sebelah, kan.

Tiada siapa menidakkan kesalahan di bahu binatang yang merogol atau mencabul wanita, pelbagai usaha dijalankan untuk membenteras mereka. Mengukuhkan undang-undang sedia ada, mengenal pasti mereka yang berpotensi menjadi binatang untuk di pulihkan, kempen menghormati wanita dan bermacam-macam lagi usaha di laksanakan oleh pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Tetapi seperti mana-mana jua masalah didunia ini, semua pihak tidak berkecuali untuk membantu. Dan pada aku kaum wanita boleh membantu dengan berpakaian sopan dan menjaga tingkah laku mereka dia khalayak ramai. Selain dari pakaian, akhlak mereka juga wajib dijaga, dalam erti kata yang lebih mudah ‘jangan la murah sangat’. Ramai yang faham maksud aku tu kan. Anak gadis sekarang ada yang terlalu senang untuk diajak kemana-mana sehinggakan ke bilik tidor. Kita harus faham, orang lelaki ni sama seperti manusia lain, bila mereka sudah dapat apa yang mereka mahu dengan percuma, sukar untuk mereka ‘membeli’ untuk melunaskan hasrat yang berikutnya. Aku perfikiran sebegini kerana kalau diikutkan tidak perlu binatang ini merogol kerana pusat pelacuran berlambak dan dengan RM30.00 pun ada wanita tak bermaruah yang sanggup ‘membantu’ mereka.

Kes rogol meningkat 449 kes kepada 1,833 kejadian dalam tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding hanya 1,384 kes dalam jangka waktu sama tahun lalu. Aku harap semua pihak boleh membantu mengurangkan statistik ini. Adakah undang-undang yang mengajak kita berpakaian sopan sukar diterima dan mereka lebih rela melihat angka rogol meningkat saban tahun?

Susah sangat ke nak ikut peraturan sebegini?:


P/S: Aku merasakan aku tidak layak menggunakan dalil agama untuk isu ini, namun aku percaya tiada agama yang menggalakkan penganutnya mendedahkan angota tubuh sehingga membangkitkan nafsu jantina lain.

PP/S: Aku jarang-jarang menonton 3R.

Total Pageviews

. page counter