Showing posts with label side income. Show all posts
Showing posts with label side income. Show all posts

Thursday, November 13

Cara Pelik Cari Pendapatan

Semenjak dua menjak ni makin ramai orang offer aku duit-duit haram. Since aku tak bekerja dengan kerajaan, aku berani bercerita pasal benda ni. Aku pun tak risau if boss aku tahu. Dia tahu aku takan termakan dengan offer-offer sebegini. Ada yang offer ‘long term relationship’, ada yang offer ‘one night stand’. Walaupun amount yang mereka mention membuatkan mata aku terbeliak sekejap, tapi aku still manage tolak offer mereka secara baik. Aku pun kerja rapat dengan orang kerajaan, dulu aku memang ada involve sikit-sikit. But sekarang tidak lagi, aku bravely said aku totally clean. Aku dah jumpa pelbagai cara lain untuk membuatkan mereka suka aku dan apa yang aku try to propose. Believe me, money is not the best motivation.

Aku still ingat pesan ibu-bapa, especially arwah abah aku yang cukup masak dengan benda sebegini sebab dia retired army. Budak kecil pun tahu askar dan polis kita memang bergelumang dengan aktiviti macam ini. Perfect example adalah kisah yang member aku tulis diblog dia last few weeks. Aku jarang endorse blog posting orang lain unless memang betul-betul berguna dan worth reading. So, kepada member-member kat sini yang ada free time, rasa nak baca kisah tragis seorang pengamal rasuah, boleh lah visit blog member aku: Lankapo.com.

Ok.. aku bukan nak bercerita pasal rasuah or duit haram. Sebenarnya aku nak cerita the opposite of it. Pasal duit halal. Pasal mereka yang sanggup bersusah payah untuk mencari wang ringgit. Ramai yang buat pelbagai 2nd job to generate side income. Ada yang bela cacing, buat bisnes photography, masuk MLM, jual kain sutera Terengganu (wife aku tu…) dan macam-macam benda lagi.

Tapi aku lebih interested to talk about weird and interesting first job yang ada diantara kita sanggup buat untuk cari duit. Biar aku cuba listkan job pelik yang aku pernah dengar member aku or member kepada member aku buat.

Jaga Lembu
Masa main pingpong malam minggu lepas aku sembang dengan seorang abang yang sebenarnya dah taraf pakcik. Dia sekarang menunggu hari untuk retired dari Telekom Malaysia. Pada pertengahan tahun 1970an, dia bekerja dengan Jabatan Pertanian. Kerja jaga lembu. Dia bersama 7 rakan kena uruskan berpuluh ekor lembu yang jabatan jaga untuk kajian. Mereka perlu bangun 2-3 pagi untuk perah susu lembu, kerana dipercayai time itu ‘buah dada’ lembu dan putingnya paling mekar dengan susu. Yang paling menarik adalah ‘ujian’ yang mereka perlu lalui untuk naik gaji or naik pangkat. Dihadapan beberapa pegawai besar, mereka perlu dapatkan air mani lembu jantan, pegang dalam genggaman tangan dan masukkan dalam faraj lembu betina. Then, kena tunggu lembu betina itu kemut, wait for perfect timing then ‘releasekan’ air mani dari tangan….(pause sekejap, try imagine dulu…….) Cool, kan? If that female pregnant, pekerja tersebut akan dapat increment around 50-60 ringgit. After 4-5 years, jabatan pertanian bubarkan department tu sebab takde progress, then abang tadi dapat kerja dengan Telekom Malaysia.



Potong Pokok
Saudara wife aku buat full time job sebagai pemotong pokok. Kerja potong pokok memang tak pelik, cuma dia buat job tu sepenuh masa. Itu yang aku kagum. Dia bukan main-main. Dia ada beberapa biji mesin gergaji yang besar tu. Ada pelbagai peralatan nak tebang pokok. Dan charge yang dia kenakan pun bukan kecil. Beberatus ringgit per tree depend on tree size dan jenis. Since tak ramai orang buat bisnes ini, so dia boleh demand dan control price sesuka hati. Even contractor local council pun cari dia untuk tebang pokok tepi-tepi jalan. Since dia boleh berbini dua, so aku assume income dia tidak kurang banyak la sebulan. Maybe lebih dari gaji aku.


Cari Besi Buruk
Again, I ‘m not referring to pencari besi buruk kecil-kecilan. Ini memang massive search, sehingga pencari besi buruk tu boleh pakai kereta dan hidup senang macam orang lain. Kalau ada sesiapa tahu, ada satu sungai mengalir merentasi separuh Petaling Jaya, Sungai Pencala. Dari Taman Tun, terus sampai sungai Klang, connected near Mid Valley. Sepanjang sungai tu, ada 2 orang pencari besi buruk yang agak terkenal, terutama dikalangan pekerja MBPJ dan local police. Mereka sebenarnya rival yang ‘menjaga’ kawasan masing-masing. Seorang hanya bermotosikal, seorang lagi berkereta. Mereka akan turun ke dalam sungai setiap hari dan collect valuable trash yang dijumpai dalam sungai especially besi dan barang-barang logam. At first pekerja MBPJ suka, since ada orang bersihkan sungai, but mereka telah buat port di pinggir sungai dan membina tempat longgokan sampah mereka sendiri dibawah jambatan. Those yang close to me will know why aku boleh tahu benda ini. Related to my work la. But aku memang pernah tengok salah seorang dari pencari besi ini bertengkar dengan pekerja MBPJ dan police. That Chinese man nampak educated, tahu law dan memang sukar authorities nak take action against him. Apa-apa pun aku kagum dengan career yang dia pilih. At least dia adalah boss kepada diri dia sendiri.



Ahli UMNO Tak Kerja
Ini lagi la super duper pelik. Aku kenal beberapa orang yang memang tak kerja. Cuma bergiat dalam UMNO sahaja. Interesting kan kerja dia. Seorang aku kenal kat Shah Alam, seorang di Teluk Intan dan seorang lagi budak Penang. Ketiga-tiga adalah kawan aku. Memang mereka tidak ada kerja tetap. Ada la buat macam-macam jenis bisnes kecil-kecilan. Tapi their full time job adalah AHLI UMNO. Aku tak berani nak cakap pendapat mereka sebagai ‘ahli UMNO’ ni haram or halal. Info dari mereka sendiri, their job scope adalah menjadi pelobi, perayu or peraih undi. Some sort of marketing job la, cuma product yang mereka ‘jual’ adalah pemimpin yang mereka sokong. Time dekat nak pemilihan agong UMNO ini mereka akan kumpul duit sebanyak yang mungkin untuk cover kehidupan mereka selama 4-5 tahun, sebelum next election. Boleh imagine lah money yang they generate within this few months, boleh tampung 4 tahun tu. Again, aku tak berani nak letak status pendapatan tu. Fikir-fikirkan lah sendiri.


Ada beberapa kenalan lagi yang agak menarik kerja mereka cuma aku tak tahu details job scope untuk aku mention lebih-lebih. Ada yang kerja mengkaji kehidupan lalat (tangkap, kaji then release balik), ada yang kerja dengan SIRIM dan sedang modified helicopter bomba, ada yang kerja dengan jabatan pertanian dan sedang buat project tukar kaler buah limau bali kepada kaler oren macam buah limau mandarin. Interesting, kan?

Tak kisah lah apa job pun. Full time or part time. Asal kita tahu apa yang kita buat tak lari dari ajaran agama dan tatasusila masyarakat, kira ok lah tu. Sekali lagi aku minta member kat sini especially yang muslim, try kaji dalam-dalam sikit. Adakah kerja kita benar-benar halal dan berkat? Kalau ada sedikit unsur haram pun, pandai-pandailah ambil tindakan. Jangan jadi penakut. Rugi lah, sembahyang tak tinggal, puasa penuh sebulan, tapi pendapatan yang dimakan setiap hari tidak diberkati.

Satu lagi, try lah sebaik mungkin untuk suka dengan job kita sekarang. Friend pernah beritahu aku, kalau after 3 years kita belum happy dengan majority of our job scope, cepat-cepat quit dan cari kerja lain. Kalau tunggu lama-lama nanti boleh gila dan memudaratkan kesihatan.

Chow, nak sambung kerja aku yang aku sangat-sangat suka…. Hahahaha….

Total Pageviews

. page counter