Showing posts with label politic malaysia. Show all posts
Showing posts with label politic malaysia. Show all posts

Thursday, September 11

Aku Komen Politik Semasa

Semalam hari paling memenatkan dalam bulan puasa tahun ini bagi aku. Pergi site, bekerja tengah panas. Haus gila… air pipe nampak macam manis dan baru keluar dari freezer. Badan aku dah makin mengada… sial betul. Tapi, as funny as it sound, bila dah berbuka rasa extra puas compare to normal day yang mostly aku spend duduk dalam office.

Ok, stop talking about my boring life. Aku promise sepanjang Ramadhan akan dikurangkan posting kutukan, makian dan yang sewaktu denganya. Kurang sopan la kan. But when I want to talk about politic, susah untuk tidak mengutuk. So, aku spend some time and prepare this for your guys…. Harap pahala puasa aku tidak tinggal senipis kertas A4 70 gram hari ini. Enjoy….


He started it… by stop thinking for few minutes and being too honest…




He spotted the chance and open C4…



…. While Ramadhan for some Malaysian not as hot as it should be.



But, more than 1/3 of Barisan Nasional leaders play hide and seek with Anwar and flew to Taiwan…



He saw not a tiny little problem with that….


And that my friend is the summary of Malaysia current political scenario, stupid but yet amusing.


Footnote 1:

All the words inside the callouts box are purely fabricated by me base on newspapers report. To find the exact vocabulary please search Utusan, TheStar or NST archive section.

Footnote 2:
I wrote the Footnote 1 not to cover my ass, I seriously mean it. Yeahhh…. Right…!

Tuesday, July 29

Salam Bodek Nak Mampos

Notice: Lega… Everything almost done, referring to kerja-kerja aku di office. Although, seperti yang semua orang sedia maklum, kerja kat ofis tidak mungkin habis. Kalau habis, maksudnya company dah bankrupt. Tapi kerja yang aku concentrate 1 minggu lebih, akhirnya selesai. Tinggal nak letak bedak dan gincu je bagi cantik. Penat siot. Those who in telecommunication field mungkin boleh teka aku busy sebab apa. Sebab benda tu besar, macam sebiji kek yang cukup besar, semua orang nak rasa. Kalau tak dapat sepotong pun, dapat rasa buah cherry atau jilat batang lilin pun jadilah. So, blog ini ditinggalkan tanpa update for few days. Sorry, mungkin aku boleh juga curi masa untuk update blog. Tapi aku malas nak memeningkan kepala boss dan rakan sekerja untuk bengang dengan aku. Salah satu tujuan hidup adalah kurangkan menyusahkan hidup orang lain, kan?

Aku dapat satu gambar dari email. Dah lama dapat gambar tu, beberapa bulan lepas. Tapi aku biarkan sahaja. Tadi sambil relax-relax aku terjumpa semula. Gambar tersebut adalah gambar Shahidan Kassim bersalam dengan Najib. Seperti biasa, kalau forwarded email tu, maksud mesti ramai dah dapat gambar yang sama. For sure a lot of blogs already publish and make fun of the same picture. So, sekarang turn aku pula.

Berjabat tangan sememangnya penting. Pembuka dan penutup pertemuan mesti ada salam. Tak kira bangsa, agama dan negara. Salam adalah aktiviti universal yang dilakukan dalam pelbagai acara tak kira besar atau kecil.

Sebelum tengok gambar ‘Salam Bodek Nak Mampos’ (forwarded email tu namakan sebegitu), aku nak tunjuk beberapa jenis salam atau berjabat tangan lagi.

1. Salam Akad Nikah.

Salah satu berjabat tangan yang paling penting dalam hidup seorang lelaki muslim. Pengantin lelaki salam tangan tok kadi atau bapa pengantin perempuan dan melafazkan nikah. Actually aku rasa selain akad nikah, aktiviti ‘akad’ yang lain juga perlu bersalam, seperti akad jual beli dan akad janji.


2. Salam Tak Ikhlas
.

Obviously ini adalah salam orang terpaksa. Kenapa mereka terpaksa salam? Entahlah… bukan suruh tidor sekatil pun. At lest berlakon la sikit.


3. Salam Bernafsu.


Gambar atas tu bukan betul-betul salam la. Itu lebih kepada genggaman tangan. But, bolehlah… Aku tak jumpa gambar salam antara pasangan kekasih, but you guys know what I mean, right?


4. Salam Tak Dapat.


Ini kes lawak. Penat tadah tangan tapi tak merasa salam. Tak boleh nak bercerita dengan anak cucu dia pernah salam dengan perdana menteri. Ok, if look closely actually pakcik tu tengah tunggu turn, bukan tak dapat, Cuma belum dapat lagi.


5. Salam Tak Nak.


Ini memang bukan kes tunggu giliran. Ini memang tak dapat atau lebih tepat, tak nak. Gambar yang cukup popular dikalangan blogger muslim untuk menggambarkan betapa waraknya perdana menteri Iran. Refuse to elobarote more on that, sebab dah ramai pengkritik yang dah berikan pandangan mereka.


6. Salam Teman Tapi Mesra


Satu lagi gambar yang cukup popular diblog-blog politik. Again, aku takde mood nak mengarang ayat untuk mengutuk hari ini. Pergi la search di Google atau search engine baru Cuil.com dengan perkataan "Islam Hadhari", "Pak Lah Hadhari" atau apa-apa yang dirasakan sesuai. Mesti jumpa berlambak pihak yang mengutuk dan tak kurang yang defend Pak Lah.

Ok, dah malas nak cari… malas nak fikir. Jom saksikan…


7. SALAM BODEK NAK MAMPOS.


Ini gambar awal tahun rasanya. So, ini kes bodek untuk bertanding pilihanraya. Dia bertanding tapi malangnya tak dapat jadi menteri besar. Maybe kena cium then laga-laga pipi baru dapat jadi MB kot.

Chow… aku nak balik rumah, nak tengok game Chelsea lawan Malaysia. Kepada member-member yang ajak pergi stadium, sorry lah. Aku tak boleh pergi, bukan tak nak pergi. Tapi kalau Steven Gerrard atau Torres tahu aku pergi nanti both of them merajuk dengan aku. Hahaha….

Semua gambar kecuali gambar last aku ambil dari result page google. Pemilik asal entah siapa.

Tuesday, June 24

Akuan Bersumpah Raja Petra / RPK Statutory Declaration

Jarang-jarang aku tak update blog on Monday. To start up new week, aku selalu update blog, since during weekend selalunya aku tulis 1-2 article. But this weekend aku busy banyak. Saturday kerja, then malam pergi Nuffnang Wild Live Blogging Party, Sunday aku pergi picnic with my big brother at Port Dickson. Then, the whole Monday aku busy with office works. Big boss baru balik from oversea, banyak benda kena update with him.

Ok, today I would like to discuss a very serious issue. No joking, damn serious till I think so many times whether to comments on this issue or not. Mampos lah, stick with the initial plan of creating this blog, aku just tulis what ever pop-ups dalam kepala otak regardless what the consequence. As per title, I want to throw my comment regarding Raja Petra latest exposed.

It’s all very much related to this particular document:

Click to read the document and my advice, save the picture. You never know, that particular document might features in our son or grandson History book.

In short, Raja Petra makes an affidavit or perakuan bersumpah regarding Najib’s wife involvement in Altantuya murder case.

1. Datin Rosmah, her advisor (Kolonel Aziz Buyong and wife) ada di tempat kejadian.

2. Kolonel Aziz Buyong pasang bom di badan mangsa.

3. Pak Lah knews about this from military intelligent report that submitted to him and he asked KJ to keep the report.

4. Ada pihak istana yang tahu akan perkara ini.

That’s the key points.

My views regarding this event are:

1. Why Raja Petra not publish the affidavit on his blog? Instead he asks his friend to posted it on his friend’s blog. Pelik….

2. Why after 3-4 days after the document circulated in email’s inbox and blogs, then we heard few feedbacks from few parties. This affidavit is damn serious and I don’t think authorities should play wait-and-see game.

3. Even after 4-5 days, there are no denial statements from all parties involved. Pak LAh diam sahaja. KJ said he will refer to his lawyer and there are no statement from military intelligent to deny such report existence.

4. There is no ‘damage control’ by Najib’s camp. Najib’s press secretary said they will look into this matter. That’s it?

I also keep wondering who supports Raja Petra? Ok, his reader will say Rakyat support him, his reader and positive comments at his blog gave him the courage to make that move. But, seriously, who support him in term of gave him money to makan? Rulers? Opposition parties? Personally as I mentioned few times here, I not really like Raja Petra style. For me he always tries to convince his reader to believe all type of rumors. Sometimes his accusation is more fantasy than fairytale storyline or Hollywood hi-budget film. But to makes that serious accusation and have guts to make akuan bersumpah, damn that guy really got balls. Dulu 2nd man in this country (Anwar) kena hentam by Dr. M. Ok lah, No. 1 hit No. 2, but now Raja Petra, a blogger with some royal blood in his body dare to makes such claims. Now my perception towards Raja Petra changed, for me Raja Petra either damn-fucking-brave-bastard, or he simply lost his mind, gila.

What will happen now?

Police will again call Raja Petra, few parties will come out will official statements and benda ini akan senyap sebegitu sahaja. Nothing will seriously happen. That my prediction. But, as everybody know Malaysian political scene now not as predictable as before. Anything can happen, just like Russia beats Holland and Italy gave some resistance to Spain. Who in the right mind would predict that to happen?

Maybe….

1. Najib will step down, for some “personal reason”.

2. Raja Petra kena tangkap dan dipenjara or ISA.

3. Sultan yang tahu perkara ini akan bersuara dan membawa kepada political change dalam UMNO seterusnya BN.

4. Pak Lah set up another royal commissioner and will found nothing towards Najib.

A lot of possibilities.

One thing for sure, internationally Malaysia’s image sudah tercalar. Aku malas nak search, but surely Yahoo! News, Google News, TV stations such as Al- Jazeera and CNN sudah cover cerita ini dan akan terus perhatikan apa yang akan berlaku.



P/S: Aku malas nak link ke mana-mana website berkenaan isu ini, just searh google to verify any of above information.

Thursday, June 12

Gaji 2 Kali Sebulan

Idea terbaru daripada pegawai-pegawi penasihat Perdana Menteri yang diterima oleh Pak Lah. Pak Lah mentioned yang idea ini datang dari pegawai-pegawai kerajaan pada mesyuarat pasca mesyuarat cabinet. Maksudnya, mesyuarat antara pegawai sebelum mesyuarat antara menteri cabinet. Damn… mereka yang dibayar gaji berpuluh ribu sebulan ini memang genius tahap dewa, selalu memberi idea yang out of the box. Atau mungkin juga memang mereka sering memikir dari luar kotak.

Report by Utusan here: Gaji 2 Kali Sebulan Mula Ogos

Aku tidak nampak kebaikan gaji dibayar 2, 3 atau 4 kali sebulan. Kalau gaji dibayar ikut minggu, aku setuju. Macam player bolasepak Eropah, since kalau dibayar sekali seminggu, selepas setahun kita akan untung 1 bulan gaji. Cuba la kira sendiri kalau tak percaya.

Berbalik kepada gaji kekitangan kerajaan dibayar 2 kali sebulan, pada pertengahan dan penghujung bulan. Potongan KWSP, cukai pendapatan dan lain-lain akan dilakukan pada pembayaran hujung bulan.

Kebaikan
Kerajaan peka kepada masalah kakitangan kerajaan dan membantu untuk manage aliran tunai mereka. Jika diberikan sekaligus, kemungkinan pada hari ke 20, gaji sudah habis dan rakyat akan merana. Bijak…bijak….

Selalunya pekerja makan gaji akan bergembira sekali sahaja iaitu pada hujung bulan...tapi kini mereka akan tersenyum 2 kali sebulan. Seronoknya…

Kepada peniaga pula, sebelum ini most monthly promotion dipusatkan pada hujung dan awal bulan sahaja. Kini mereka boleh mengadakan promosi pada tengah bulan dan sekaligus menambahkan sales.

Tunang aku, seorang kakitangan kerajaan selalu belanja aku makan ikan siakap masak 3 rasa every time dia dapat gaji. Nampaknya ada chance aku makan ikan tu dua kali lepas ni. Hahaha...


Keburukan
End of the month pekerja kerajaan akan dapat separuh gaji, tolak KWSP, tolok cukai dan tolak pemotongan lain. Most loan seperti rumah, kereta, credit card, personal loan dan bill seperti electric, air dan telephone juga perlu dijelaskan pada awal bulan. Hahahaha… maksudnya sementara menunggu second payment pekerja kerajaan kena ikat perut lah. Mungkin lebih dari 10 hari pekerja kerajaan perlu berjimat cermat.


Kesimpulan
Pak Lah anggap government servant bengong, lemah, bodoh, tak reti urus kewangan peribadi sampai tahap kerajaan terpaksa tolong uruskan. Kita bukan merujuk kepada pengurusan kewangan yang besar seperti pengurusan credit control, investment juta-juta atau saving hari tua (KWSP), tapi ini cuma gaji bulanan. Pak Lah merasakan kerajaan perlu pusing semula kebelakang (zaman 60 dan 70 an) dan menyibuk dalam urusan kewangan peribadi mereka dengan memberi separuh gaji pada tengah dan hujung bulan.


Pandangan Peribadi
Kesian government servant dapat big boss yang kurang mempercayai kebolehan staff dia sendiri dalam menguruskan gaji bulanan. Kesian juga kepada rakyat Malaysia mendapat PM yang ‘terlalu bijak’ atau/dan ‘terlalu mengikut cadangan’.

Wednesday, February 13

Parlimen dah Bubar...Nak Undi Siapa? Parti Atau Calon?

Let the fun begin. Parlimen bubar tengah hari tadi.

Under Article 55(4) of the Federal Constitution, a general election must be held within 60 days of the dissolution of Parliament. However, the EC practice after 1969 has been to hold the election within 16 to 20 days of the dissolution. - Bernama

Nampaknya Pak Lah sudah confident dengan bom dan motar untuk membalas peluru dan sumpitan dari pihak pembangkang. Tidak boleh tidak, aku akan membebel pasal politik serba sedikit sepanjang demam pilihanraya umum ini.

Tapi posting ini bukanlah nak promote mana-mana parti atau individu. Aku nak join debat pasal, apakah priority yang patut kita beri semasa ingin mengundi. Peribadi calon atau party yang dia wakili?

Tapi aku rasa salah satu cara untuk mengetahui keperibadian calon adalah dengan melihat party yang dia join, kan? Tidak mengapa lah, aku nak tegaskan aku rasa lebih baik kita nilai calon itu secara dekat dan lihat peribadinya. Lupakan… aku ulang suara dengan huruf capital…LUPAKAN party apa yang dia wakili.

Alasan aku:

Lebih Mudah Untuk Nilai Calon Dari Nilai Parti Politik
Di Malaysia sememangnya mustahil untuk nilai tahap kebagusan sesebuah party politik. Tiada, atau hampir tiada saluran berita yang boleh dipercayai. Media arus perdana semunya bias towards Barisan Nasional. Aku dah ulang beberapa kali diblog ini, aktiviti memperkudakan media milik penuh atau separa milik kerajaan adalah contoh terbesar penyelewengan Barisan Nasional. Aku tidak tahu bagaimana penyokong BN boleh memberi alasan kepada aktiviti tidak bermaruah secara terang-terangan sebegini. Umpama melihat manusia dirogol depan mata. Ya, kadang kala aku sedih tengok pembaca berita, wartawan dan pengacara yang jiwa mereka dirogol dihadapan jutaan penonton atau pembaca. Media milik party pembangkang juga tidak kurang hebatnya dengan propaganda dan mainan mereka dengan cara tersendiri. Saluran berita dari laman web pada aku lebih kepada khabar angin kerana tidak boleh diyakini kesahihannya dan esetengah blogger semakin melampau dengan melemparkan pelbagai fitnah kepada kedua-dua belah pihak. This pro-blogger wannabe berharap boleh raih popularity dengan mencipta berita-berita sensasi. So, secara ringkasnya sememangnya mustahil untuk kita sebagai pengundi untuk menilai sesebuah parti politik di Malaysia. Sedangkan jika kita luang sedikit masa, aku rasa kita boleh kenal calon yang diletakkan dikawasan kita. Kalau pilot roket bengong, roket dia akan menjunam kebawah juga.


YB Katak
Perlu diingat, calon pilihanraya boleh bertukar ke mana-mana party politik selepas dia menang kerusi berkenaan. Aku tidak arif undang-undang, tidak pasti ada tempoh masa atau tidak. Tetapi seingat aku di Kelantan dulu banyak kes YB yang dibeli bertukar angin dari PAS ke BN selepas menang pilihanraya umum. Jadi kepada pengundi yang pilih dia sebab parti yang dia wakili, akan mengigit jari melihat pemimpin dia jadi katak kodok.

Parti Politik Tidak Boleh Bekerja.
Apabila kita mengundi, kita memilih ketua untuk mewakili kita ke peringkat yang lebih tinggi. Ketua ini akan menyuarakan pendapat, masalah dan idea kita ke pihak atasan. Jadi aku rasa kita wajib kenal pemimpin kita dan memilih mereka yang boleh bekerja untuk kita. Bukan mereka yang pandai membodek, menyogok, mengugut, memeras keringat untuk terpilih sebagai calon parti. Parti yang diwakili hanya pemudah cara untuk dia bekerja. Jangan terpedaya dengan ugutan manusia-manusia bangang yang kata pembangunan akan terbantut jika kesinambungan tidak diteruskan. Wakil rakyat yang berkelibar dan ada kredibiliti tinggi tidak menumpang keutuhan dan popularity parti yang dia wakili.

Jadi sebelum menanda kertas undi kenali dulu barisan calon. Spend waktu sedikit untuk selidik keperibadian dia. Aku tahu, akan timbul beberapa scenario dimana sukar untuk kita nak kenal calon yang diletakkan dikawasan kita. Kadang-kadang dek kerana ada agenda tersendiri parti akan meletakkan calon yang lansung tidak berkaitan dengan kawasan tersebut. Carilah solution sendiri. Terus terang aku katakan, last general election aku tanda undi rosak untuk bahagian parlimen Teluk Intan kerana aku lansung tidak sempat nak kenal calon Indian dan Chinese yang bertanding.

Kepada mereka yang merasakan fikir pasal politik membuang masa. Tidak berfaedah, useless. Atau semua politician sucks, dirty, bodoh dan sebagainya. Aku senang untuk mengingatkan, terutama kepada saudara Islam aku. Ketahuilah memilih pemimpin adalah wajib kepada semua umat Islam. Kita memilih pemimpin yang akan membentuk pemerintah. Jika kita tersalah pilih atau tidak memilih, aku rasa kita juga akan dipertangungjawapkan jika kerajaan membuatkan tindakan yang lari dari suruhan Allah.

Contoh mudah:

- Aku undi calon parti X.
- Parti X menang majority.
- Parti X membentuk kerajaan.

Kerajaan yang dianggotai oleh pemimpin parti X halalkan pembinaan kilang arak, kerajaan parti X secara terang-terangan mempraktikan amalan rasuah atau kerajaan parti X tidak berusaha seupaya mungkin untuk menegakkan syiar Islam.

Aku rasa aku pun terkena tempias dosa dek kerana tidak kaji kecenderungan calon yang aku pilih.

Fikir-fikirkan lah…


P/S: Aku cakap parti X, bukan Parti UMNO atau mana-mana parti komponen dalam Barisan Nasional. Siapa makan tahi dialah yang akan terasa melekit didalam tekak.

Wednesday, November 28

Pemimpin Gedebe

Masa zaman sekolah dulu ada aktiviti perbahasan dalam kelas masa subjek BM. Tajuknya adalah “Kestabilan Politik Penting Untuk Pertumbuhan Ekonomi Sesebuah Negara”. Aku bahagian pembangkang, so aku dengan kawan-kawan kena buktikan tidak perlu pun sesebuah negara tu stabil politiknya untuk maju. Susah tu… Tapi akhirnya kami menang sebab aku berikan contoh Jepun, Korea dan Taiwan. Di tiga negara ini pemimpin selalu bertukar ganti, tapi ekonomi terus berkembang maju. Bagaimana? Ntah, sorry la masa tu aku budak sekolah, bukannya pakar ekonomi atau pemerhati politik.


Dari dulu lagi kita selalu tergelak or at least tersenyum melihat pergaduhan ahli politik dari negara-negara berkenaan. Baling-baling kerusi, sepak terajang, tumbuk-tumbuk… sampai berdarah-darah la. Tapi yang penting negara mereka terus maju.

So, aku rasa seorang ahli politik kita pun nak tiru benda yang sama. Mungkin dia harap negara kita or to be more specific, negeri dia akan maju jika dia gaduh-gaduh ikut style Japan, Korea dan Taiwan. Bijak…bijak….

Kepada orang daerah Paloh, hambo nak rhoyak sikik…

Gapo demo pilih pemimpin gedebe lagu tu? Doh takdok ko pemimpin hok senonoh sikik. Kalo meme doh takdok, demo cori la hok dari parti laing. Kalau semuo calon meme dokleh guno, pilihanrayo nanti demo pakak-pakak buak undi rosak, ok? Errmmm… teh O beng se, tomyam campur se, nasi toksei, kawe diet lo ni.

Housemate aku dua-dua dari Kelantan… Hehehe… jangan pukul aku wei… kawe gurau je ni.

Kepada pro-BN, pergi baca Utusan dan Berita Harian. Ada kisah ini, boleh tambah kebencian korang kepada parti PAS, dan seperti biasa kepada anti-BN, pergi la search blog-blog politic popular dan baca their version pula. Confirm akan meluap darah tengok orang pakai suit nak belasah orang pakai baju melayu. Siapa yang betul? Ntah... tapi pada aku, sesiapa yang nak selesaikan apa-apa dengan kekerasan, memang bodoh la orang tu. Tambahan pula awak tu pemimpin. Kalau rasa diri tu bodoh, tak boleh nak control amarah, jangan jadi ahli politik, pergi cari kerja lain.

Sunday, November 11

Aku Komen Pasal BERSIH

Notice: Aku tahu majority rakan disini fed up dengan cerita politik. Sorry BERSIH just too big to be ignore lah.

Pic from Harakahdaily


Syukur alhamdulliah, dari semua berita yang aku baca tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Although as usual nobody knows the exact number of participants in today BERSIH rally to Istana Negara, but at least aku rasa impactnya dapat dirasai oleh semua pihak. Yang penting memorandum tersebut berjaya disampaikan ketangan yang dipertuan Agong. Bila pagi-pagi nak pergi kerja aku jumpa 2 roadblocks, tengok helicopter diudara dan dengar cerita roadblock semua tempat, aku confident gelombang kuning tidak akan bergelora di KL. Jangkaan aku meleset, puluhan, jika tidak ratusan ribu manusia berjaya mengharungi segala rintangan untuk menyokong perjuangan BERSIH. Aku kagum... aku kagum sangat-sangat dengan mereka.

Pergi lah visit website-website dan blog-blog popular untuk dapatkan data, tengok gambar atau tengok clip video pasal perhimpunan tersebut. Di Youtube pun ada clip yang diupload oleh orang ramai dan comparison dengan laporan dari media bangsat milik Barisan Nasional. Kalau rajin, judge it yourself.

Jika ada yang berminat nak tahu apa isi memo tersebut, click link ke Harakahdaily ini. Rata-rata kandungan memo tersebut seperti tujuan BERSIH ditubuhkan. Meminta pilihanraya yang bersih dan adil. Didalam memo tersebut diselitkan contoh scenario penyelewengan pilihanraya dan juga beberapa cadangan untuk mem’bersih’kan pilihanraya dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Pandangan aku terhadap cerita perhimpunan 100,000 rakyat ini:

1. Aku sedikit kagum dengan pasukan Polis yang tidak bertindak terlampau ganas. Sekarang kita tahu yang polis kita masih bermaruah. Tahniah.

2. Aku tabik kepada puluhan ribu rakyat yang sanggup redah segala rintangan untuk sampai ke ibukota dan ikut rombongan ke Istana Negara. Nampaknya disekitar Klang Valley pun puluhan jika tidak ratusan ribu rakyat merasakan perlu ada perubahan dalam system pilihanraya. Tahniah x 10.

3. Website rasmi BERSIH dan website media alternative commercial, Malaysiakini down kerana congested dengan visitor dari seluruh Malaysia. Maksudnya, jutaan rakyat dari luar KL berminat dengan isu ini. Mereka juga kemungkinan besar mahukan pilihanraya yang lebih adil dan bersih. Tapi Harakahdaily tak down, steady je… server power tu.

4. Rata-rata perhimpunan ini dapat liputan dari luar negara, terutama Al Jazeera yang update hourly pasal kejadian dia KL. Tahniah Malaysia, kita dah hampir sama dengan Myanmar, Indonesia dan Pakistan…!

5. Aku sakit hati dengan sekatan jalan raya yang melampau oleh pihak polis. Aku dapat lihat sebuah ambulans tersangkut dicelah-celah jem di federal highway sekitar Subang.

Tak tahu la apa nasib pesakit dalam ambulans tu. Semua perjalanan di ibukota menjadi terhenti dan sesetengah tempat kelam kabut. Polis perlu lebih bijak dalam cubaan menghalang perhimpunan tersebut, bukan dengan jadikan 3 lane highway ke 1 lane, itu bodoh namanya.

6. Nampaknya Pak Lah yang memberi ‘arahan’ dengan melaungkan ‘kejantanan’ beliau kononnya pantang dicabar semakin kelam kabut. Siapa pula cabar dia? Dia tahu ke tidak tujuan BERSIH? Pak Lah merasakan diri dia Suruhanjaya Pilihanraya ke? Ke dia dah nyanyuk?

7. Aku tidak rahu reaksi pemimpin BN pasal perhimpunan ini sebab aku tulis posting ini sebelum dengar komen mereka. But, surely they will comment base on news from media milik mereka. So, better we just ignore their irrelevant komen and views.

8. Walaupun puluhan ribu hadir, ratusan ribu tersangkut dan jutaan visitor cari info pasal perhimpunan ini. Hakikatnya puluhan juta lagi rakyat Malaysia yang tidak mengendahkan perkara ini. Semuanya malas nak ambil tahu apatah lagi nak terlibat. Bangun la oi…! Jangan dok tidor lama-lama nanti jadi gila.

9. Aku takut, malas, penat, tak confident akan berjaya dan ambil keputusan untuk tidak pergi perhimpunan tersebut. For this particular event aku admit, aku sedikit loser. Juga aku nak maki kawan-kawan yang pergi tapi tak ajak aku. Dah balik baru nak sms. Blah lah…

Pesanan ikhlas kepada kawan-kawan aku dalam UMNO including my own beloved sister. Buka mata… buka minda. Baca memorandum tersebut, peruntukan sedikit masa untuk kaji the whole scenario. Kenapa permit perhimpunan direject? Rayuan juga direject? Pergi search harakahdaily untuk dapatkan copy surat permohonan dan surat rayuan.Kaji elok-elok setiap butir dan fakta yang diberi. Fikir masak-masak. Korang semua dah besar, takkan nak kena tunjuk segala bukti dan fakta depan mata baru nak terbeliak kepala otak tu. Jangan fikir perut sahaja, naikkan sedikit harga diri, angkat sedikit maruah bangsa dan martabatkan keagongan agama.

Dah la, aku malas nak berceramah macam wakil rakyat. Adios… nak pergi layan game Liverpool dengan member-member yang sememangnya tidak peduli hal ehwal politik negara.


Saturday, November 10

Kita Dirogol

Mungkin tajuk aku tu terlalu dramatic. Sengaja, untuk tipu search engine dan sememangnya itulah pendapat aku.

Kalau kebebasan dan keadilan dianggap sebahagian dari maruah diri kita, sememangnya hari ini kita seumpama dirogol. Pertama kali dalam hidup aku melihat roadblock ditengah-tengah highway. Baru sebentar tadi aku lalu 2 roadblock di federal highway. Satu selepas toll Batu Tiga, Shah Alam dan satu lagi di Petaling Jaya. Member-member office aku kata di Damansara, Puchong, Sungai Buluh semunya ada roadblock dari tengah malam tadi. Kemungkinan besar di Selayang, Gombak dan kesemuanya pintu masuk ke KL juga ada sekatan jalan raya. Ini semua angkara kerajaan nak halang berlansungnya perhimpunan 100 ribu rakyat anjuran BERSIH.


Kenapa
Pak Lah, UMNO, Polis, Kerajaan Barisan Nasional paranoid sangat?


Kenapa parti komponen BN tidak sertai BERSIH? Mereka tidak mahu pilihanraya yang tulus dan bersih ke? Bukankah itu motif perjuangan BERSIH?


Aaarrrgggh… aku memang tidak faham…hasilnya aku nak dating dengan girlfriend pun susah, nak survey site aku di Bukit Jalil kan jadi sukar, nak bergerak kesana-kesini semuanya jem. Bodoh…bangang…..stupid!

Tunggu dan lihat sahajalah laporan yang totally akan berbeza dari media arus perdana dan saluran media alternative nanti. Kalau nak elakkan pening kepala untuk kaji which one yang betul, lebih baik buat tak tahu saja dan biarkan diri kita terus dinodai, dorogol dan dihina.

Pilihlah sendiri.


Update (tgh hari):

Confirm, KL dah kelam kabut. Roadblock semua tempat. Helicopter terbang macam burung. Website BERSIH down...


Macam sial....! Penakut, bacul, kanak-kanak pra sekolah....!

Harap takde gaduh-gaduh, takde pertumpahan darah. Aku nak balik, dating dengan awek lagi best.

Monday, November 5

Jenaka Politik

Kalau nak diumpamakan masalah yang aku ceritakan di posting sebelum ini umpama memasak nasi minyak, aku rasa ianya sudah hampir selasai. Aku dah tumis minyak yang bermutu tinggi dengan secukup rasa segala jenis rempah ratus. Aku juga sudah masukkan beras yang mahal dan air secukupnya. Sekarang cuma perlu kacau dan kecilkan api. Harap-harapnya ia akan jadi hidangan yang enak, insyaallah.


Ok… let’s move on. This week will be very interesting week. Ada beberapa rakan lama dari seluruh pelusuk negara akan hadir ke ibukota. Confirm akan ada yang ajak minum sambil menayangkan betapa seronoknya mereka berpesta menggunakan duit ketua cawangan yang dapat peruntukan dari ketua bahagian yang pula dapat peruntukan dari ketua-ketua mereka. Yup, I’m referring to perhimpunan agong UMNO. Takpe lah, biarlah mereka berpesta, rezeki peniaga KL, UMNO pun memang kaya.

Then, next weekend, kawan-kawan dari PAS dan Keadilan ajak aku pergi perhimpunan 100 ribu rakyat. Ayat dari pemuda PAS di kawasan sekitar Perak.

“Pergi ke perhimpunan BERSIH? Dentam-dentum dalam blog je tak guna”.

Hahahaahhaa… Sorry bro, aku nak releasekan tension di air terjun dengan member-member.

Never mind, to celebrate kawan-kawan dari UMNO dan kawan-kawan dari penyokong BERSIH, aku tulis 2 lawak dibawah.

Lawak Pertama:
Tiga orang kawan, Abu, Ali dan Amir sedang menonton tv di kedai mamak. Mereka melihat iklan shampoo rambut.

Abu: Cantiknya Fasha Sandha tu kan?

Ali: Itu bukan Fasha Sandha, itu Maya Karin.

Amir: Hahaha… itu Fasha Sandha lah, yang digossipkan dengan menantu Pak Lah.

Mereka terus bertengkar walaupun iklan dah lama habis dan bolasepak dah bermula. Kemudian rakan mereka seorang ahli UMNO datang menghampiri mereka. Untuk selesaikan perbalahan mereka Abu, Ali dan Amir setuju untuk meminta pendapat Ahmad (ahli UMNO).

Abu: Mat, yang berlakon iklan shampoo ..(bla..bla..bla).. itu siapa?

Ahmad: Ooh… tu Fasha Sandha. Benda simple tu pun tak tau ke?

Ali: Hah..! Kan betul aku cakap… Maya Karin tu…

Abu, Amir: Ohhh…betul lah Maya Karin rupanya….

Ahmad: Oi, korang pekak ke? Aku cakap itu Fasha Sandha lah…

Ali: Sorry lah Mat, kami memang tak pernah percaya cakap ahli UMNO.


Cool, jangan melenting. Ok, untuk sejukkan ahli UMNO, aku buat pula lawak ini.


Lawak Kedua:
2 orang yang saling tidak kenal menghadiri satu pameran senilukis. Mereka terhenti di sebuah lukisan.

Si A: Lukisan ini cantik, cuma koordinasi kaler yang kurang sesuai. Suram. Tiada unsur-unsur kontra untuk pinpointkan pandangan kita. Motif kemanusiaan yang cuba ditonjolkan pula tidak jelas. Perempuan tu sedih? Gembira? Takut? Blur…Saya gagal connect dengan mesej yang cuba disampaikan. What say you?

Si B: Awak ahli DAP ke Keadilan?

Si A: Keadilan, tapi macam mana awak tahu?

Si B: Sebab ini bukan lukisan, ini poster decoration je. Original copy kepada karya agong terkenal…Monalisa.

Si A: Ooohhh… patutlah, agong memang tak pandai melukis.

Si B: … yela, yela… (berlalu sambil tersenyum)


Dapat apa yang aku cuba sampaikan?

Sebagai penutup, satu teka teki kepada ahli UMNO. Boleh la bawa ke PWTC nanti teka teki ini.

Manakah dibawah adalah rumah seorang menteri besar dan yang manakah rumah seorang ahli dewan undangan negeri?

Tik, tok… tik tok… masa berjalan. Teka cepat.


Answer:

A – gnalK nahubalep NUDA
B – natanleK BM


Selamat bersidang kepada ahli UMNO dan selamat berhimpun secara aman untuk penyokong BERSIH…!


Monday, September 10

Aku Komen Bajet 2008

Mungkin nak ambil berkat hari Jumaat, tiap tahun bajet mesti dibentangkan selepas sembahyang Jumaat. Aku pada asalnya tidak berniat untuk komen pasal perbentangan bajet 2008. Its simply not my cake, not my cup of tea, bukan selera aku. But, aku still baca serba sedikit pasal cadangan bajet oleh Pak Lah. Then, I found this interesting picture dalam surat khabar percuma: Sinar Harian. They published this a day after the bajet. Cool kan, penuh symbolic and lucu.


I not really concern about budget 2008 since aku percaya semestinya apa yang Pak Lah baca dari buku yang diberikan kepada dia last Friday will try to satisfy everybody. With general election in mind, surely government will try their best to make public happy. Months before last Friday opposition parties and NGOs predict it will be ‘voters friendly’ budget. So, aku malas nak peningkan kepala mengkaji each and single details, aku just assume Pak Lah and the gang already crack their brains out to write the best proposal. Lagipun, cukai rokok tak increase, apa lagi aku nak complain. Hahahaha…

Few plus points yang aku terbaca adalah; pendidikan percuma (tiada yuran dan beri free buku teks), kenaikan kadar biasiswa, skim bantuan pembelian rumah, pengeluaran KWSP bulanan, elaun bulanan kepada golongan OKU, bantuan kepada warga emas, peruntukan untuk memajukan pengangkutan awam dan banyak lagi. Semuanya bernilai jutaan ringgit, ratus juta.

Some might say, banyak negara sudah memberi kemudahan sebegini kepada rakyat mereka. So, Malaysia lambat dan lembab. Hasilnya, they not satisfy with bajet 2008. Oi.. stupid, its better late than never lah. For me, kalau idea dan cadangan itu bernas, bagus, majority pihak happy, tidak perlu lah nak cari point untuk kutuk juga. Just shut our mouth up and nikmati segala kemudahan yang bakal diberikan.

Aku tidak baca pasal perniagaan, percambahan ekonomi, pengurangan cukai, pengecualian cukai, peruntukan ratusan juta untuk pelbagai sector. Aku tak berminat nak kaji, sebab tidak kena mengena dengan aku. Mungkin belum kena mengena, 10, 20 tahun lagi mungkin aku akan cari benda-benda sebegini. Aku terdengar juga cakap-cakap mengatakan private sector as always, berada dipihak yang rugi. Betul kot, lantak lah. Aku tidak ada mood nak mengkaji dan mengutuk.

Aku ada terbaca comparison perbelanjaan menyambut kemerdekaan dengan peruntukan untuk sesetengah sector. Dalam dewan rakyat last week Kekkwa inform Malaysia spend RM 67.7 juta untuk sambutan ambang Merdeka. Banyak, memang banyak… Membazir? Aku sedikit setuju. Tapi kalau in return, kita dapat menonjolkan image yang hebat kepada orang luar, boleh meningkat jati diri rakyat, boleh mengurangkan racist, boleh meningkatkan perpaduan. Aku tak kisah. Cuma diharapkan angka tersebut 100% disalurkan ke channel yang sepatutnya. Harapnya that RM 67.7 mil are properly spent. Tidak seperti laporan Sunday Star semalam. Kalau duit 67.7 juta itu terlalu banyak portionnya yang disalurkan ke perut-perut boroi pemimpin-pemimpin BN yang bususk, then baru aku rasa nak pecahkan perut mereka. Yang menariknya, laporan audit tersebut tidak dijadikan berita utama oleh media arus perdana berbahasa Melayu.

Berita Sunday Star, here. Utusan pula cover that story here. Bayangkan ini baru cerita screwdriver dan buku. Sudah ratusan ribu wang rakyat terang-terangan di curi, dirompak, disonglap, digunakan untuk memuaskan nafsu manusia-manusia bangsat. Jangan bayangkan berapa nilai wang yang dilacurkan bila kita bercerita pasal pembinaan bangunan, pembangunan hartanah, pemberian permit. Takut aku bila aku tiba-tiba jadi rajin dan ambil tahu semua benda-benda ini.

Dari cerita bajet 2008, masuk cerita perbelanjaan ambang merdeka dan terus ke laporan Ketua Audit Negara. Sebelum aku melalut jauh, better stop here. Aku pun tidak berminat nak memaki dan mengutuk lebih-lebih hari ini. Simpan lain hari.

Berapa banyak peruntukan untuk apa-apa sekalipun yang penting ianya disalurkan ke jalan yang betul. Bukan ke poket manusia-manusia bangsat. Full stop.


Friday, August 10

4J

Notice: Politic sikit.

“ADUN Barisan Nasional (BN) mestilah sanggup mengabdikan diri, sedia berkhidmat dan berjuang untuk rakyat, jangan utamakan perkara-perkara yang dianggap glamor, sukakan sanjungan ketika menghadiri sesuatu majlis tetapi tidak buat kerja… mengamalkan konsep 4J iaitu Jaga Diri, Jaga Rakyat, Jaga Kawasan dan Jaga Parti dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.” kata Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)

- Utusan, 10/08/07

Kepada orang sekepala dengan aku, tolong jangan gelak. TPM ikhlas menasihati ADUN UMNO tu. Ikhlas dari lubuk hati yang suci murni. Seorang pemimpin berjiwa rakyat menyeru kepada rakan seperjuangan agar berbakti kepada rakyat. Memperhambakan diri untuk kesejahteraan rakyat, membela nasib mereka yang kurang bernasib baik. Alangkah indahnya sifat TPM kita.

....

....

....

....

....

....

....


On 2nd thought…jom gelak. Hahahahahahahha….


Najib umpama seorang wanita yang mengimpikan lelaki sejati; handsome, baik hati dan banyak duit. Muahahhaha… teruskan bermimpi wahai wanita-wanita loser dan Najib. Admit je lah, impossible to practice konsep 4J yang Najib cadangkan. Most of them will still apply 4J konsep, but slightly different la.

Jaga Diri.

Jaga Kroni.

Jaga Parti

Jaga Bini-bini.

Wah… 4J aku lebih ‘cantik’ dari 4J version Najib. Rhymes… boleh buat lirik lagu. Maybe that Ah Beng from Muar interested to include this lyric in his Malay language version of hip hop Negaraku yang kurang ajar.

Have a fun weekend…! For me, no car… patah kaki. Aaaarrrggghhhhhh….!

Total Pageviews

. page counter