Showing posts with label jumpa akubetul. Show all posts
Showing posts with label jumpa akubetul. Show all posts

Monday, November 26

Aku Betul…! One Year Young

Hooorrrreeeyyy….!

Esok genaplah usia blog ini setahun. Aku tidak ingat the exact date, but somewhere this time la last year aku create blogger account. Aku tengok ramai orang hightlightkan benda-benda menarik yang berlaku sepanjang dia tulis blog. Aku pun tiru…

Ini beberapa events menarik…

27 Nov 2006
1st posting… aku kutuk blogger pengecut yang sorok identity sendiri. What a best way to start a blog, kan?


29 Dec 2006

Di posting hari tersebut, aku ceritakan aku dapat hadiah dari Jeff Ooi. Not related to blogging pun, but be able to terima hadiah dari dia face to face, seronok sikit rasanya. So, terkeluarlah muka aku di blog dia. Nak minta link ke sini, segan pula. But most possibly dia takkan bagi pun. Hahahhaa…


22 Feb 2007

Blogger politik terkenal, Roslan SMS buat link ke cerita aku berkenaan Freedom of Expression. Dia siap quote kata-kata aku lagi. Bangga sekejap time tu. Thanks bro. He just shows not all popular blogger sombong dan kedekut linkbacks.


10 March 2007

Director terkenal, Yasmin Ahmad singgah dan komen disini. Ekoran komen aku pasal filem terbaru dia, Mukhsin. Walaupun cuma beberapa perkataan, but somebody that famous spend few minutes to read your view. Bangga la jugak. Tapi lepas aku tegur tindakan anak kesayangan dia membotakan kepala, dia dah tak layan aku. Orang seni semuanya emotional ke?


28 May 2007

First time aku sedar ada orang cilok tulisan aku. Mamat tu dengan selamber je copy beberapa tulisan aku dan post di blog dia. Dia still paparkan posting tersebut disana tanpa rasa bersalah atau minta maaf. Entah apa dia fikirkan pun aku tak faham. Bodoh ke pura-pura bodoh?


June 2007
Aku terima cek RM50.00 from syarikat PPC. Seronok, 1st time dapat bayaran from Aku Betul...! Sekarang aku still dapat lagi sikit-sikit, lepaslah duit untuk teh tarik dan roti telur.


3 September 2007

Sekali lagi tulisan aku kena copy. Kali ini seorang gadis cantik manis berketurunan Arab salin tulisan aku, edit sikit-sikit dan post di blog Multiply dia. But, gadis tersebut membuktikan ciri-ciri gadis Melayu yang pemalu, telah delete posting tersebut dan limitkan visitor ke sana setelah tahu aku sedar kesilapan dia.


14 September 2007

Aku beli domain www.akubetul.com. After trial and error, akhirkan selepas beberapa hari or maybe weeks, www.akubetul.com berjaya dikaitkan dengan www.akubetul.blogspot.com.


October 2007.

Tanpa ramai sedari, Aku delete beberapa entries diblog ini. My big boss advise me to do so. Dia pula dapat nasihat dari ‘seseorang’. Without much complaint and hesitation, aku delete. Trust me, valid reason and I have no other option. Tak banyak pun… not more that 5.

So, that’s it… few highlight, events yang berlaku sepanjang aku berblog.


List below pula adalah posting terbaik…rasanya la.

Posting with most comments, 33:
Pekerja Wanita Merugikan

Posting yang ditulis paling cepat, 5 minit:
Aku Tidak Akan Komen Bolasepak Malaysia Lagi
Juga posting paling banyak mencarut dek kerana marah yang teramat sangat. Juga mendapat banyak comments, 27.

Posting with most visit, (no statistic),
Malam Pertama
Aku memang tak faham, everyday berpuluh-puluh visitor datang dari search engine. Padahal keyword ‘malam pertama’, blog ini tak rank tinggi sangat pun.

Posting paling panjang, (try buka, memang panjang):
Definisi Kawan
Posting ini lah yang kena cilok dek gadis manis tu.


Kalau ada yang interested, here few fact and figure.

Average page view per day: Cuma 300-400.

Visit: 200-300

Unique Visitor: 150-200.

Returining Visitor (loyal reader, kot): 50-60 orang.

Hari paling tinggi visitor: 607 visits.
27 September 2007 (have no idea why, hari tu tiada posting menarik pun.)

And kepada yang dengki dengan aku because what ever reason pun, jika ada lah. Aku nak pesan, one year and only few hundred readers je per day is nothing la. Pergi dengki dengan blogger yang lebih glamer dan berjaya.

To all my friends, online and offline… thanks for all the support. Seriously, aku memang suka-suka sahaja berblog ni. Not to generate money, not to gain popularity or any other nonsense dreams. Aku memang suka bercakap, bercerita dan mengutuk. So, daripada aku bercakap dan memedihkan telinga orang disekeliling, aku rasa disini lagi best.

Friday, September 21

Apa Yang Mereka Cari?

Maybe ada yang dah tahu, but to make everybody understand biar aku cakap juga. Ok, as most blog, aku juga install or letak code untuk track visitor datang dari mana. The origin of the visitor not just limited to their geographic location and their I.P address, aku juga tahu from which site they came from. Ada yang datang dari webpage yang letak link ke blog aku (thanks!) or most people came from Search Page. I don’t know why, but Yahoo! Seem like to rate this blog higher than Google, so ramai orang berakhir disini setelah search some keyword dari Yahoo! Search page. Yang menariknya aku boleh tahu what keyword they key in yang membuatkan mereka kesini. Maksudnya aku boleh tahu apa mereka search.

So, sepanjang seminggu puasa ini terkejut juga aku masih ramai manusia yang search perkataan lucah di Internet. And lebih menjadi misteri how on earth their search end up at my blog? Confuse aku. Tak bijak mana search engine rupanya.

(Firefox akan paparkan sebahagian sahaja link yang panjang, tapi I.E akan tunjuk full. Tapi for both browser, link functioning well, click akan pergi ke search page.)


http://malaysia.search.yahoo.com/search?ei=UTF-8&fr=yfp-t-web&p=aksi%20lubuk%20tapah%20gadis&rs=2&fr2=rs-bottom

Manusia ini try to search “aksi lubuk tapah gadis”, referring to video yang pernah popular sekejap satu masa dahulu. Rakaman aksi remaja melayu beromen di kawasan air terjun nama Lubuk Tapah. Yang ajaibnya, bagaimana blog aku boleh berada di tempat pertama dalam result page? Video ini hanya popular dikalangan remaja Melayu, jadi mestinya Melayu yang buat carian ini. Apa kejadahnya dia search benda lucah tersebut dalam bulan yang mulia ini? Pelik betul.


http://malaysia.search.yahoo.com/search?p=sex%20pertama&ei=UTF-8&fr=yfp-t-web&xargs=0&pstart=1&b=71

Ini pula search “Sex Pertama”. Tapi blog aku tidak berada dalam ranking atas-atas pun. Tapi manusia yang search ini rajin sampai ke result page ke 8, then terjumpa blog aku. Hahaaha… bersungguh dia cari kisah sex pertama. Maybe bakal pengantin baru kot. Hehehehe…


http://malaysia.search.yahoo.com/search?ei=UTF-8&p=cerita%20malam%20pengantin&y=Malaysia&fr=yfp-t-web&fr2=tab-img

Ini seorang lagi bakal pengantin agaknya. Dia search “Malam Pengantin”. Dan blog aku berada di nombor 4 dalam pencarian dia. Hahahaha… Thanks to this posting: akubetul.blogspot.com/2006/12/malam-pertama.html. Dulu, aku pernah tulis kisah lucu malam pertama, and still that entry mendapat perhatian, kerana rating tinggi dalam search engine.


http://malaysia.search.yahoo.com/search?ei=UTF-8&y=Malaysia&fr=yfp-t-web&p=video%20lucah%20uitm%20gadis&rs=0&fr2=rs-bottom

Ini pula sudah pasti pencarian remaja gatal. Dia cari “video lucah uitm gadis”. Aku tak tahu pula gadis UiTM ada buat video lucah, but again student university kita sekarang memang advance semuanya. Mungkin ada kot video mereka. Sekali lagi aku confuse, kenapa lah blog aku berada dipetak pertama dalam result page? Kesian manusia gatal tersebut, dia mati-mati ingat ini blog lucah agaknya. Tengok-tengok cuma ada celoteh aku, hahahaha….

http://malaysia.search.yahoo.com/search?ei=UTF-8&fr=yfp-t-web&p=free%20video%20lucah%20uitm&rs=1&fr2=rs-top

http://malaysia.search.yahoo.com/search?ei=UTF-8&y=All%20the%20Web&fr=yfp-t-web&p=video%20lucah%20student%20uitm&rs=2&fr2=rs-top

Lagi 2 search video lucah budak UiTM, memang budak UiTM banyak buat video ke sekarang? Pelik..pelik.....


http://search.yahoo.com/search;_ylt=A0oGkxdWCvJGCtIAizxXNyoA?p=video%20ella%20atas%20kapal%20YOUTUBE%20BLOG&y=Search&fr=yfp-t-501-s&fp_ip=MY&rd=r1&meta=vc%3Dmy

Isu baru, “video ella atas kapal YOUTUBE BLOG”. Dia search ayat tersebut, mencari clip video yang kononnya ada Ella dengan Jojie. Aku ada dapat clip itu, nampak memang macam Ella, tapi rasanya bukan. Wallahualam. Tapi kenapa lah bulan puasa ini ada manusia gatal nak tengok clip tersebut? Pelik...pelik... Mungkin dia nak buat kajian, mungkin. Aku tidak pernah mention pun pasal clip tersebut disini, tapi still blog aku top ten dalam result. Sesiapa rakan disini ingin clip tersebut, sekadar untuk nak ambil tahu dan bukan nak naikkan syahwat, boleh email aku. Aku boleh bagi.


http://search.yahoo.com/search?p=persatuan%20datin%20datin&fr=yfp-t-104-s&toggle=1&cop=mss&ei=UTF-8&vc=&fp_ip=MY

Ini pula sedikit lawak. Kenapa ada orang search “Persatuan Datin-datin”?. Hehehe… dan boleh juga terselit blog aku dicelah-celah result. Nombor 4 pula tu. Confirm la aku rasa search engine dah gila.


Ok, that’s it. Manusia-manusia pelik yang search benda pelik-pelik dan dengan sedihnya berakhir diblog aku yang tak pelik. Mungkin ada diantara pengunjung setia blog ini pun pada mulanya juga ‘terjumpa’ blog aku selepas search apa-apa keyword yang mungkin tak berkaitan pun dengan blog ini. Kalau ada share lah your story….

Aku boleh check I.P address mereka yang search perkataan-perkataan lucah tersebut, tapi malas. Just hope mereka insaf setelah tahu orang lain boleh tahu apa mereka cari. Nanti aku paparkan pencarian lain yang aku rasa lucu dan pelik. Ada macam-macam.

Ok, selamat berbuka puasa dengan family, saudara-mara, mak, mak mertua, rakan-rakan lama, member university, member sekolah atau kekasih-kekasih hati. Since during weekdays masing-masing busy. Tak sempat nak rushing untuk berbuka bersama, jadi weekend pastinya dipenuhi dengan aktiviti berbuka beramai-ramai. Alhamdullilah… merapatkan sirratulrahim. Ingat, during weekend aku akan offlinekan blog ini, ada urusan sedikit. Monday nanti everything akan jadi seperti biasa, don't aspect anything special pula. Not much different pun. Selamat berhujung minggu. Kepada manusia-manusia pelik yang search result anda aku paparkan diatas, insaf lah...

P/S: Search result berbeza dari masa ke semasa, or dalam technical term people said ‘time sensitive’. So, jangan kata aku tipu if penerangan aku tidak sama dengan result yang dipaparkan jika korang click link tersebut.

Total Pageviews

. page counter