Showing posts with label birthday aku. Show all posts
Showing posts with label birthday aku. Show all posts

Monday, September 15

Today My Birthday

Since today birthday aku, so posting hari ini totally pasal aku. Tiada masalah negara, tiada komen pasal isu semasa, tiada lawak-lawak jenaka. 100% pasal aku. Walaupun ada orang email, minta aku komen pasal recent scenario involving ISA detainees. Tapi aku malas, malas nak penatkan kepala. Maybe esok lusa….

Nyanyi dulu…..

Allah selamatkan aku….
Allah selamatkan aku….
Allah selamatkan Fandi…
Allah selamatkan aku….


Lagu orang putih pulak….


Happy birthday to me…
Happy birthday to me…
Happy birthday to Fandi…
Happy birthday to me…

Hahahha… macam budak-budak.

Pedulikan, tak salah rasanya aku nak celebrate birthday aku sendiri di blog aku sendiri. Honestly, masa budak-budak pun aku tidak pernah sambut birthday. Sebenarnya, semenjak ada awek dan kerja di company sekarang baru aku merasa celebrate birthday, sebelum tu tak pernah pun.

Macam aku war-warkan minggu lepas, hari ini birthday aku. Ramai member aku yang ambil cuti bila tiba birthday mereka. Aku malas nak cuti, weekend pun aku dah boring dok rumah tak buat apa. Better aku datang office, siapkan kerja (hope my boss read this) dan update blog.

Last year, aku gunakan duit dari iklan Nuffnang dan aku beli domain akubetul.com sempena birthday aku. Aku anggap ia sebagai hadiah dari reader blog ini kepada aku. Betul la kan, since aku dapat duit tu sebab reader rajin datang blog ini dan ada yang berminat untuk click iklan, so duit tu consider hadiah, upah, bayaran daripada pembaca kepada aku. Register domain hanya USD10 sahaja. This year sebab rezeki dari iklan pun dah sedikit bertambah, so aku belikan diri aku hadiah yang sedikit mahal menggunakan duit iklan.

Sepasang suit hitam. Blazer, kemeja dan seluar panjang. Aku tempah di Teluk Intan last few months. Semuanya RM600. Aku anggap ianya hadiah dari pembaca blog ini sebab again, 100% bayaran untuk suit itu aku gunakan duit dari sumber iklan disini. So, thank you guys.

Lepas habis duit Nuffnang aku gunakan untuk suit tu, aku simpan pula untuk hadiah perkahwinan nanti. Tengoklah apa aku akan beli untuk diri aku yang akan aku anggap hadiah dari korang semua.

Birthday aku tahun ni best sebab beberapa perkara. 1st, last Saturday aku attend majlis buka puasa anjuran Nuffnang kat The Apartment di KLCC.

Gambar atas, aku curi dari mana, lupa. Atas tu gambar aku lepak hisap rokok dengan celebrity blogger Muzaffar dari sultanmuzaffar.blogspot.com memang cool, kurang bercakap....banyak fikir kot. Yang bawah dari blog redmummy.com (celebrity blogger). Aku dok semeja dengan Mira (Redmummy), aku tak suka sangat dia. Sebab aku rasa dia sombong dan berlagak, but hubby dia cool. Juga jadi smoking buddy aku malam itu.

Jemputan makan free, bodoh la aku tak pergi. Kat sana aku jumpa ramai bloggers, ada yang glamer dan ada yang baru nak naik. Aku selalu percaya dah tua-tua ni malas nak buat member baru. Aku confident better aku jaga sahaja kenalan yang dah sedia ada daripada tambah kenalan-kenalan baru dan start all over again process mengenali hati budi manusia lain. But semenjak dua menjak ni tanggapan aku dah sedikit berbeza. Aku suka pula buat kawan baru. Kenal dan belajar benda-benda baru. Malam tu aku kenal ramai juga bloggers, sorry kalau tak termention kat sini. Kalau aku mention 2-3 orang, nanti yang lain kecil hati. Nak mention semua, mustahil lah. Baru kenal, dah kecil hati tak best.... kan?

Itu 1st reason aku suka time birthday tahun ini.
2nd, masa tengah makan dan bersembang dengan geng bloggers, aku dapat beberapa sms daripada rakan-rakan. Dimulakan dengan SMS kutukan yang aku terima pukul 7:50 dan diakhiri dengan SMS sedih pada pukul 9 lebih. Hahahah… Sedih tu maksudnya member aku yang sedih sebab team bola yang mereka sanjung-sanjung sangat tersungkur di bumi Anfield. Hahahhaa.. Steven Gerrard dan kawan-kawan bagi hadiah birthday best pada aku tahun ni. Diaorg sepak bontot Manchester United 2-1.

Berbatov konon… pppiiiiiiirrrrraaaaahhhhh! To M.U fans, doa la banyak-banyak supaya Ronaldo sihat cepat dan tak injured lagi. Kesian aku tengok (replay) player M.U main macam budak sekolah rendah tengah padang. Hahaha…. Yup, dah 4-5 tahun kami tak menang lawan M.U… but that fact does not make M.U players less motivated, infect maybe mereka lagi bersungguh nak jaga record. But apakan daya… Kesian…kesian…kesian…. Dah la kalah, player kena gantung….. kesian… ada player yang injured…. Kesian…kesian. Itu belum Torres main lagi tu…. Hahahhaa….. Again, Berbatov konon…. Hahahahhaa….

Fergusen salam tak ikhlas... Hahahahha.... LOSER...!


Malam ni nak berbuka dengan tunang aku. Mesti dia belanja aku makan sedap-sedap. Best…best.


Kalau ada sesiapa nak bagi hadiah, contact email aku. Ingat, hadiah yang mahal-mahal, yang ada class dan yang best-best sahaja. Kalau sekadar kad, pen sebatang, atau pemotong kuku, takpe lah. Simpan je lah… Hahaha… kidding.

Chow….

Monday, November 26

Aku Betul…! One Year Young

Hooorrrreeeyyy….!

Esok genaplah usia blog ini setahun. Aku tidak ingat the exact date, but somewhere this time la last year aku create blogger account. Aku tengok ramai orang hightlightkan benda-benda menarik yang berlaku sepanjang dia tulis blog. Aku pun tiru…

Ini beberapa events menarik…

27 Nov 2006
1st posting… aku kutuk blogger pengecut yang sorok identity sendiri. What a best way to start a blog, kan?


29 Dec 2006

Di posting hari tersebut, aku ceritakan aku dapat hadiah dari Jeff Ooi. Not related to blogging pun, but be able to terima hadiah dari dia face to face, seronok sikit rasanya. So, terkeluarlah muka aku di blog dia. Nak minta link ke sini, segan pula. But most possibly dia takkan bagi pun. Hahahhaa…


22 Feb 2007

Blogger politik terkenal, Roslan SMS buat link ke cerita aku berkenaan Freedom of Expression. Dia siap quote kata-kata aku lagi. Bangga sekejap time tu. Thanks bro. He just shows not all popular blogger sombong dan kedekut linkbacks.


10 March 2007

Director terkenal, Yasmin Ahmad singgah dan komen disini. Ekoran komen aku pasal filem terbaru dia, Mukhsin. Walaupun cuma beberapa perkataan, but somebody that famous spend few minutes to read your view. Bangga la jugak. Tapi lepas aku tegur tindakan anak kesayangan dia membotakan kepala, dia dah tak layan aku. Orang seni semuanya emotional ke?


28 May 2007

First time aku sedar ada orang cilok tulisan aku. Mamat tu dengan selamber je copy beberapa tulisan aku dan post di blog dia. Dia still paparkan posting tersebut disana tanpa rasa bersalah atau minta maaf. Entah apa dia fikirkan pun aku tak faham. Bodoh ke pura-pura bodoh?


June 2007
Aku terima cek RM50.00 from syarikat PPC. Seronok, 1st time dapat bayaran from Aku Betul...! Sekarang aku still dapat lagi sikit-sikit, lepaslah duit untuk teh tarik dan roti telur.


3 September 2007

Sekali lagi tulisan aku kena copy. Kali ini seorang gadis cantik manis berketurunan Arab salin tulisan aku, edit sikit-sikit dan post di blog Multiply dia. But, gadis tersebut membuktikan ciri-ciri gadis Melayu yang pemalu, telah delete posting tersebut dan limitkan visitor ke sana setelah tahu aku sedar kesilapan dia.


14 September 2007

Aku beli domain www.akubetul.com. After trial and error, akhirkan selepas beberapa hari or maybe weeks, www.akubetul.com berjaya dikaitkan dengan www.akubetul.blogspot.com.


October 2007.

Tanpa ramai sedari, Aku delete beberapa entries diblog ini. My big boss advise me to do so. Dia pula dapat nasihat dari ‘seseorang’. Without much complaint and hesitation, aku delete. Trust me, valid reason and I have no other option. Tak banyak pun… not more that 5.

So, that’s it… few highlight, events yang berlaku sepanjang aku berblog.


List below pula adalah posting terbaik…rasanya la.

Posting with most comments, 33:
Pekerja Wanita Merugikan

Posting yang ditulis paling cepat, 5 minit:
Aku Tidak Akan Komen Bolasepak Malaysia Lagi
Juga posting paling banyak mencarut dek kerana marah yang teramat sangat. Juga mendapat banyak comments, 27.

Posting with most visit, (no statistic),
Malam Pertama
Aku memang tak faham, everyday berpuluh-puluh visitor datang dari search engine. Padahal keyword ‘malam pertama’, blog ini tak rank tinggi sangat pun.

Posting paling panjang, (try buka, memang panjang):
Definisi Kawan
Posting ini lah yang kena cilok dek gadis manis tu.


Kalau ada yang interested, here few fact and figure.

Average page view per day: Cuma 300-400.

Visit: 200-300

Unique Visitor: 150-200.

Returining Visitor (loyal reader, kot): 50-60 orang.

Hari paling tinggi visitor: 607 visits.
27 September 2007 (have no idea why, hari tu tiada posting menarik pun.)

And kepada yang dengki dengan aku because what ever reason pun, jika ada lah. Aku nak pesan, one year and only few hundred readers je per day is nothing la. Pergi dengki dengan blogger yang lebih glamer dan berjaya.

To all my friends, online and offline… thanks for all the support. Seriously, aku memang suka-suka sahaja berblog ni. Not to generate money, not to gain popularity or any other nonsense dreams. Aku memang suka bercakap, bercerita dan mengutuk. So, daripada aku bercakap dan memedihkan telinga orang disekeliling, aku rasa disini lagi best.

Saturday, September 15

Thanks for the Gift…


Allah selamatkan aku…
Allah selamatkan aku…
Allah selamatkan Affandi…
Allah selamatkan aku…

Today is my birthday…

Aku dah beli hadiah pada diri sendiri, since semua orang taknak belikan, hahahaha…

Akhirnya, lahirlah…


www.akubetul.com


Dengan menggunakan 100% duit dari iklan Nuffnang, aku beli domain tersebut. So, secara tak lansung aku anggap ini hadiah dari korang semua. Lepas ni rajin-rajin la click lagi. (Ops, dah langgar polisi mereka ni, I not suppose to ask you guys to click the ads. But my birthday, mereka maafkan rasanya.....Hahahaha...)

Apa-apa pun, thanks guys.

But, please do not change your bookmark or link to that domain yet. Although it’s running well so far, I still need to check with Nuffnang and Adverlets whether their counter accept this kind of ‘forwarding’ or not. Since I not buy any hosting, still host at blogger, just redirect to that domain. Monday I’ll give them a call.

Aku dah makin tua. But who cares, umur hanya pada angka. Actually aku tak pernah celebrate birthday pun. Cuma ada 2-3 tahun orang lain celebratekan. So, memang aku tidak anggap birthday satu hari yang special. Sebab tu hari ini aku kerja, malas nak ambil cuti. Lagipun bulan puasa, nak pergi dating pun letih.

But again,

Selamat hari lahir to Dood…

Betul kot orang kata blogger takde life, birthday pun celebrate diri sendiri… Hahaha… hahaha…

Aku nak balik kampung, celebrate birthday dengan 2 wanita paling aku sayang… Seronoknya.

Update (10 am):
Donno what the problem, that hosting company's server got problem or what. But the domain not working. Haiya... ini malas support company Melayu ni. When the domain not working, means people can't visit this blog. Now I have to disable the domain back. I can't even log in to my account at their webpage. Siap lah mereka Monday ni.

Total Pageviews

. page counter