
Lebih 2 jam perjalanan dari sekolah beliau ke kaki Bukit Larut, Marzuki dan kawan-kawannya menjalankan aktiviti rutin mereka, dengan memasang khemah, menghidupkan ungun api, menyediakan makanan, tempat solat dan sebagainya. Selepas semuanya selesai, mereka memulakan aktiviti ‘jungle tracking’, meredah hutan belantara untuk mendapatkan kepuasan. Hampir 1 jam bermandi peluh mereka terserempak dengan seekor anak harimau yang
sedang dihanyutkan air. Anak harimau tersebut kelihatan tidak berupaya untuk menyelamatkan diri. Dalam keadaan genting tersebut Marzuki dengan penuh beraninya terjun ke dalam sungai dan menarik anak harimau ke tebing. Anak harimau tersebut kelihatan penat tapi masih berupaya bangun dan berlalu pergi. Sebelum anak harimau itu melangkah lebih jauh, dia menoleh kearah Marzuki yang masih tercungap-cungap kepenatan. Anak harimau itu seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih kerana jasa Marzuki menyelamatkan nyawanya. Dia merenung tepat ke mata Marzuki. Semua yang ada disitu tergamam. Selepas beberapa saat, anak harimau tersebut pun berlari kedalam belukar tebal. Semua rakan-rakan Marzuki kagum dengan keberanian dan kemulian hati Marzuki yang sanggup mengadai nyawa untuk menyelamatkan seekor binatang liar. Mereka meneruskan perkhemahan mereka seperti biasa.
Semenjak hari tersebut Marzuki tidak dapat melupakan anak harimau itu terutama renungan tajamnya. Marzuki benar-benar berharap dapat berjumpa dengannya sekali lagi, sekadar untuk melihat dan merasakan kepuasan menyelamatkannya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Ingatan Marzuki terhadap anak harimau tersebut semakin pudar ditelan waktu.
Kini Marzuki sudah berjaya dalam hidup, menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Dia sudah berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata yang sudah meningkat remaja. Satu hari, anak
bongsu beliau mengajak Marzuki sekeluarga melawat Zoo Taiping. Mereka pun pergi kesana, nampaknya kegemaran Marzuki terhadap aktiviti lasak bakal diwarisi oleh putera bongsunya, sedangkan puteri sulongnya yang sedang menuntut di universiti tempatan lebih mengikut sifat lemah lembut isteri Marzuki yang manis dan berkerja sebagai seorang guru. Setelah berjalan-jalan didalam zoo selama 1 jam, Marzuki sekeluarga sampai ke kandang harimau. Anak bongsu Marzuki begitu gembira dan berlari untuk melihat haiwan liar itu dari dekat. Marzuki memanggil anaknya agar berhati-hati. Suara Marzuki yang sedikit tinggi mengejutkan seekor harimau tua yang sedang tidur. Harimau tersebut lantas melihat tepat
kewajah Marzuki dan terus mara menghampiri pagar sangkar kediamannya. Dia terus berhenti dan menghulurkan tangan seolah-olah ingin menyentuh tubuh Marzuki yang menjauhkan diri kerana bimbang keselamatan dirinya. Setelah beberapa minit, Marzuki terkenang kisah dia lebih 20 tahun dulu. Marzuki dapat merasakan inilah harimau yang telah Marzuki selamatkan dulu. Memberanikan diri, Marzuki bergerak perlahan melepasi pagar keselamatan dan mara kearah sangkar harimau tersebut. Suara anak-anak dan isterinya yang memanggil tidak dihiraukan.
Confirm, at least aku berjaya membuatkan korang semua tersenyum. Boleh agak bila aku dapat ilham nak tulis cerita ini?

